CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Tentera Israel bedil bandar di selatan Lubnan, cabuli gencatan senjata

[Copy link]
Post time 13-11-2025 02:28 PM | Show all posts |Read mode





BEIRUT: Tentera Israel membedil kawasan antara bandar Houla dan Meiss al-Jabal di selatan Lubnan semalam, sekali gus mencabuli perjanjian gencatan senjata tahun lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.


Agensi berita negara NNA melaporkan artileri Israel mengenai kawasan Wadi al-Jamal dan Birkat al-Tayri di bahagian barat Houla.


Tiada maklumat mengenai jumlah kecederaan setakat ini.


Ketegangan di selatan Lubnan meningkat sejak beberapa minggu lalu, dengan tentera Israel menggandakan serangan udara hampir setiap hari di wilayah Lubnan atas dakwaan menyasarkan anggota dan infrastruktur kumpulan Hizbullah.


Serangan Israel sejak Oktober 2023, yang bertukar menjadi pencerobohan besar-besaran pada September 2024 meragut lebih 4,000 nyawa dan mencederakan hampir 17,000 orang di Lubnan. – BERNAMA-ANADOLU


Sumber - BH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2026 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045084 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list