Bosan la asyik cerita kawen-cerai-vitamin.pasangan.belum.halal.
Meh la kita baca pasal artis berilmu, walaupun bukan gosip.
Baru 30 hari berpantang, Yana Samsudin gigih hadir konvokesyen… Terima ijazah sarjana
PELAKON dan pengarah Yana Samsudin tetap gigih menghadiri majlis konvokesyen di Univestiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) walaupun masih dalam tempoh berpantang hari ke-30 selepas melahirkan anak ketiga secara pembedahan.
Yana yang berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Korporat bertekad untuk hadir acara tersebut bagi menghargai segala usaha dan pengorbanan sepanjang pengajian.
“Saya berharap kehadiran ini akan menjadi kenangan manis bukan saja buat diri saya tetapi juga anak dan suami suatu hari nanti.
“Sepatutnya hari ini (semalam) merupakan tarikh bersalin tapi ditakdirkan bersalin awal, saya berpeluang naik ke pentas konvokesyen dengan memakai jubah,” katanya memetik laporan Facebook UMPSA Malaysia.
Pada acara bermakna itu, Yana turut ditemani suami, Fadzil Zahari dan ibunya.
Kata Yana, kerjayaan itu juga tidak akan berjaya dikecapi tanpa sokongan suami dan keluarga tercinta.
|