CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 601|Reply: 8

Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia

[Copy link]
Post time 10-11-2025 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sugarBunn at 10-11-2025 05:42 PM

Penyanyi terkenal tanah air, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, kembali dengan sentuhan berbeza menerusi single terbaharu berjudul Ahai, yang mengangkat semula keindahan Irama Malaysia dalam gaya moden dan segar.

Dicipta oleh Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh di bawah label 1711 Music, lagu Ahai menjadi simbol kecintaan Nana terhadap genre muzik tradisional yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu.

Menurutnya, karya ini adalah impian yang sudah dirancang selama dua tahun untuk mengembalikan semula nostalgia lagu Irama Malaysia dalam arus muzik semasa.

“Sudah lama saya berniat nak keluarkan lagu Irama Malaysia. Dulu saya pernah rakam lagu genre ini dan memang teringin nak kembalikan semula momen itu. Selepas dua tahun berfikir dan merancang, alhamdulillah akhirnya terlaksana juga bila saya kongsi hasrat ini
dengan Ikhwan dan Wan Saleh,” katanya.

Berbeza dengan lagu-lagu sebelumnya yang lebih menjurus kepada pop balada dan pop rock, Ahai mengetengahkan elemen tradisional seperti gendang dan kompang, menjadikannya karya yang segar namun tetap mudah diterima pendengar masa kini.

Menurut Nana, kolaborasi bersama dua komposer berpengalaman itu cukup serasi dan menghasilkan sesuatu yang benar-benar mencerminkan jiwanya.

“Saya puas hati dengan hasil mereka. Ahai memang jiwa saya sebab ada bunyi kompang, gendang dan lenggok vokal yang menggambarkan semangat Irama Malaysia, tapi dalam gaya moden,” ujarnya.

Tambahnya, Ahai bukan sekadar hiburan, tetapi juga usaha kecilnya untuk memartabatkan semula muzik tradisional Melayu agar terus relevan dalam kalangan generasi muda.

“Saya membesar dengan lagu-lagu Irama Malaysia dan dulu pernah keluarkan album genre ini berjudul Firuz pada 2003. Apabila ramai peminat minta saya nyanyi lagu sebegitu, saya rasa inilah masa terbaik untuk hidupkan semula genre ini,” katanya.

Dari segi mesej, Ahai mengandungi nilai kasih sayang, nasihat dan tanggungjawab dalam rumah tangga, sesuai dengan pendekatan lembut tetapi bermakna yang sering dibawa oleh Siti Nordiana.

“Lagu ini mengingatkan kita supaya menjaga pasangan, niat perkahwinan dan jangan aniaya orang yang kita sayang. Ia bukan sekadar lagu cinta, tapi panduan kehidupan,” jelasnya.

Sebagai meraikan pelancaran lagu tersebut, majlis pelancaran rasmi Ahai diadakan di Bukit Bintang semalam, menyaksikan kehadiran ramai peminat serta ahli Siti Nordiana FC yang turut memeriahkan acara.

Ahai kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital, manakala video muzik rasmi akan dilancarkan pada 7 November, jam 10 malam di saluran YouTube 1711 Music, menampilkan kemunculan khas Siti Nordiana FC bagi menambah kemeriahan visual karya tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2025 04:11 PM | Show all posts
Edited by sugarBunn at 10-11-2025 04:15 PM

  

  





Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2025 04:22 PM | Show all posts
sedap lagunya, ada iras2 muzik pakngah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2025 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap lagunya
terrepeat byk kali dgr lagu ni
sesuai kalau guna lagu ni kat majlis kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2025 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
welkambek mader... blhla kita bgosip santai2, penat dh baca gosip nubhan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2025 11:11 AM | Show all posts
macam kureng sikit, lagu Amaran sebelum ni macam lagi best

tapi recording/mixing dia sedap didengar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu best.Tpi sayang viewer MV sendu gile.Fans mader sume da lari ke?Da 3hari  X sampai 30k .Dulu 2 hari da lebih 50k tontonan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2025 02:24 PM | Show all posts
Mawar91 replied at 12-11-2025 10:23 AM
Lagu best.Tpi sayang viewer MV sendu gile.Fans mader sume da lari ke?Da 3hari  X sampai 30k .Dulu 2  ...

mimi fly keluar single baru tajuk temberang
baru semlam release mv

dah 111k



takpe

slowly but surely

iols suka lagu2 etnik fusion slowly naik balik skrg

klu ada rezeki masuk top 5 aim next year yach


or ajl, of kos

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2025 06:29 PM | Show all posts
Kurang promosi kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056812 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list