CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 176|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kadar jangkitan Influenza di Pulau Pinang kekal terkawal - Exco

[Copy link]
Post time 8-10-2025 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Kadar jangkitan Influenza di Pulau Pinang kekal terkawal - Exco

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
08 Oktober 2025 01:22pm





Orang ramai diminta untuk terus berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Daniel





GEORGE TOWN - Analisis terkini Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang menunjukkan kadar jangkitan Influenza di negeri ini masih terkawal dengan bacaan lebih rendah berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, berdasarkan data daripada Minggu Epid (ME) 32 hingga ME 37 tahun ini, kadar Survelan Influenza Like Illness (ILI) berasaskan klinikal berada antara 9.5 hingga 10.5 peratus tanpa sebarang peningkatan ketara.


“Survelan berasaskan makmal pula mencatat sedikit peningkatan kadar positif iaitu antara 26.7 hingga 28.9 peratus dengan Influenza A kekal sebagai strain dominan.

"Namun kadar ini masih lebih rendah berbanding tempoh sama pada tahun 2024 yang mencecah antara 35.6 hingga 51.1 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Menurut Daniel, jumlah kluster jangkitan saluran pernafasan yang dilaporkan tahun ini juga menurun sebanyak 52.4 peratus berbanding tahun lalu.

"Walaupun keadaan masih terkawal, pola peningkatan kes biasanya kekal konsisten menjelang hujung tahun seperti yang berlaku saban tahun.

“Orang ramai diminta untuk terus berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan khususnya di kawasan tertutup dan sesak,” katanya lagi.

Tambahnya, antara langkah pencegahan disarankan ialah menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin menggunakan tisu atau pelitup muka.


“Bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dengan sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid, mereka boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan.

“Kerajaan Pulau Pinang melalui JKN akan terus memantau perkembangan jangkitan saluran pernafasan di dalam dan luar negara serta meningkatkan kesiapsiagaan dari semasa ke semasa.

“Kesedaran, pencegahan dan kerjasama masyarakat menjadi kunci utama dalam memastikan keadaan Influenza di negeri ini kekal terkawal,” ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/751478/edisi/utara/kadar-jangkitan-influenza-di-pulau-pinang-kekal-terkawal---exco


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 1.465267 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list