CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Johor] Gara-gara wajah mirip Along Spoon, pemuda digelar Along Garfu

[Copy link]
Post time 8-10-2025 05:33 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Amirul Mohd Hady mirip Allahyarham Along Spoon (gambar kecil). FOTO ihsan Muhammad Amirul Mohd Hady

Simpang Renggam: Biarpun tiada pertalian darah, wajah pemuda ini mirip vokalis kumpulan Spoon, Allahyarham Along atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafie.

Lantaran itu, video perkongsian Muhammad Amirul Mohd Hady, 23, di TikTok meraih perhatian hingga ratusan ribu tontonan dan meninjau ruangan komen, rata-rata warganet turut menyedari persamaan hingga menggelarkan dia Along Garfu.

Menurut Muhammad Amirul, dia pada awalnya tidak menyedari hal itu jauh sekali mengambil serius mengenainya.

"Saya pun buka akaun TikTok untuk suka-suka saja jadi kongsi gambar dan video macam orang lain.

"Tapi emak antara orang terawal yang kata muka saya seiras arwah dan jujurnya, saya tak tahu mengenai Along.

"Cuma bila disamakan, saya cari maklumat dan baca kisahnya. Boleh dikatakan 80 peratus netizen kata wajah saya macam arwah Along setiap kali kongsi video atau gambar terbaru," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Amirul berkata, bukan hanya di media sosial malah ada juga yang menegurnya dan beritahu mengenai persamaan itu ketika terserempak di luar.

"Apa yang saya tahu, video saya mula tular sejak pertengahan Januari lalu selepas dikongsikan bekas rakan sekerja, Mohd Faizal Yusof (44).

"Bila keluar rumah, memang ada yang tegur dan kebanyakannya lebih berumur daripada saya mungkin kerana mereka membesar dalam era populariti Allahyarham.

"Saya okay saja cuma biasalah, ada juga komen di media sosial mengatakan saya nak menumpang populariti. Hakikatnya saya sedar siapa siri saya jadi tak pernah terlintas nak dikenali ramai," katanya.

Menurutnya, dia minat menyanyi namun sekadar untuk suka-suka saja.

"Di TikTok pun banyak 'miming' saja nyanyi lagu Allahyarham, untuk berseronok saja.

"Lagipun, saya ada kerja hakiki sebagai pembantu di sebuah kedai tayar dan akan terus cari rezeki di situ," katanya yang berasal dari Negeri Sembilan.

sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.420238 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list