CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1170|Reply: 1

[Tempatan] KPDN Kelantan Rampas Barangan Kawalan Bersubsidi Lebih RM375,000 Sejak 1 Jan

[Copy link]
Post time 8-10-2025 04:38 PM | Show all posts |Read mode

KPDN Kelantan Rampas Barangan Kawalan Bersubsidi Lebih RM375,000 Sejak 1 Jan





Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan kawalan bersubsidi bernilai RM375,185, bagi tempoh 1 Jan hingga akhir bulan lepas.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata jumlah itu merangkumi barangan kawalan utama di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 seperti petrol, diesel dan minyak masak yang diseleweng untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran dan dijual di pasaran gelap.

"Antara sitaan termasuk petrol (75,929.44 liter), diesel (29,483 liter) dan minyak masak peket bersubsidi (38,750 kilogram)," katanya kepada Bernama hari ini.

Azman berkata rampasan secara keseluruhan termasuk kenderaan dan barangan kontraban lain adalah sebanyak RM3.52 juta hasil pelaksanaan pelbagai operasi penguatkuasaan di seluruh negeri dalam tempoh Januari hingga September 2025.

"Dalam tempoh sama, sebanyak 1,086 tindakan kes telah diambil di bawah perundangan KPDN, manakala 197 tangkapan turut dilakukan melibatkan individu tempatan dan warga asing.

"Kejayaan ini hasil pelaksanaan Operasi Bersepadu Membanteras Penyelewengan dan Penyeludupan Barang Kawalan Bersubsidi yang dijalankan secara berterusan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan agensi keselamatan lain," katanya.

Beliau berkata dalam kes terbaharu, pihaknya bersama PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh berjaya merampas 850 kilogram minyak masak peket bersubsidi bernilai lebih RM7,000 hasil penahanan seorang suspek di Tok Bali, Pasir Puteh semalam.




https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2476098

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2025 04:40 PM | Show all posts
Ada sesiapa yang boleh tolong menerangkan kenapa penduduk negeri perlis, kedah dan perak tak ada buat kerja haram menyeludup barangan bersubsidi ke Thailand melalui sempadan negeri mereka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.090362 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list