CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 58|Reply: 0

[Kedah] ‘Terima kasih bantu, saya mahu balas jasa dengan kejayaan’

[Copy link]
Post time 8-10-2025 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Putera Iman Shah (kiri) menerima sumbangan komputer riba dan wang tunai RM1,000 daripada YPM yang disampaikan oleh Syed Mohd. Johan (kanan) sambil disaksikan Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Foad Sakdan di UUM, hari ini.





‘Terima kasih bantu, saya mahu balas jasa dengan kejayaan’



  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 8 Oktober 2025, 1:56 pm


SINTOK – Pelajar yatim piatu, Putera Iman Shah Shahiran, 19, yang tular selepas mendaftar seorang diri di Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lalu, menerima sumbangan berupa komputer riba dan wang tunai RM1,000 daripada Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Sumbangan seperti yang dijanjikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini disampaikan kepada Putera Iman Shah oleh Ahli Lembaga Pengarah YPM, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri, di UUM hari ini.

Menurut Syed Mohd. Johan, penyerahan sumbangan itu melambangkan keprihatinan pihak Mara dan YPM serta Pengerusi Mara terhadap kebajikan pelajar, khususnya selepas kisah Putera Iman Shah tular di media sosial baru-baru ini.

“Kami berharap bantuan ini dapat menjadi dorongan buat Putera untuk terus bersemangat menuntut ilmu walaupun berdepan pelbagai cabaran. Saya telah menyampaikan amanah ini dan berharap dia akan terus berjaya serta mengharumkan nama universiti, agama, bangsa dan negara,” katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut.

Sementara itu, Putera Iman Shah melahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada pihak Mara, khususnya Pengerusi Mara atas sumbangan yang diberikan.

“Saya amat berterima kasih atas bantuan ini kerana ia benar-benar meringankan beban dan memberi semangat baharu untuk saya belajar bersungguh-sungguh. Saya mahu gunakan peluang ini untuk berjaya dan suatu hari nanti menyumbang semula kepada masyarakat,” ujarnya.

Putera Iman Shah kehilangan ibu, Khatijah Mohd. Rashid sejak berusia 13 tahun, manakala bapanya, Shahiran Pake Chi, meninggal dunia beberapa minggu sebelum dia mendaftar di UUM.

Kesedihan Putera Iman Shah yang mendaftar di UUM tanpa ahli keluarga pada 23 September lalu sedikit terubat apabila dia disambut mesra oleh kakitangan universiti itu sebaik tiba di Stesen Keretapi Arau, Perlis. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/10/08/terima-kasih-bantu-saya-mahu-balas-jasa-dengan-kejayaan/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319313 Replies : 3240
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2988 Replies : 1764
Benda boleh bincang buat apa gaduh:Netizen Berang Barista ZusCoffee Dilayan Teruk Oleh Pelancong China Sengaja Tumpahkan Kopi Atas Kaunter ke Arah Barista
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:Netiz
Views : 843 Replies : 35
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2593 Replies : 1255
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 116 Replies : 1
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36990 Replies : 602
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 101 Replies : 4
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23405 Replies : 1229
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 136 Replies : 5
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2350 Replies : 146

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.044768 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list