CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1416|Reply: 9

[Tempatan] Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew

[Copy link]
Post time 8-10-2025 10:36 AM | Show all posts |Read mode


Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew




Polis sedang  menjalankan siasatan terperinci berhubung sebuah kenderaan pacuan empat roda didakwa menampal pelekat tulisan Hebrew di belakang kenderaan itu yang membawa maksud 'Malaysia adalah Rumah Kita' atau 'Malaysia di Tangan Kami'.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata siasatan dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka pada 3.32 petang semalam, selepas melihat sebuah video berkaitan tindakan itu di media sosial 'Thread'.

Beliau berkata video berdurasi 14 saat yang tular semalam di media sosial mengundang pelbagai reaksi termasuk kebimbangan dan kemarahan orang ramai terhadap maksud pelekat berkenaan.

"Berdasarkan semakan dijalankan, kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 504(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan telus demi memastikan keselamatan dan keharmonian masyarakat sentiasa terjamin.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penyebaran video tersebut.


https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2475905

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2025 10:39 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-10-2025 06:40 PM

HAIRUL Amin menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Merlimau.

PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA GESA SIASAT 4×4 PAMER TULISAN HEBREW[size=1.2]

FARAH SUHAIDAH OTHMAN
SELASA, 7 OKTOBER 2025 [url=home.php?mod=space&uid=2395945]@ 21:56[/url]

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

SERKAM 7 Oktober – Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Ketua Menteri Melaka membuat laporan polis berhubung video tular menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang memaparkan pelekat tulisan bahasa Hebrew yang dipercayai membawa maksud ‘Malaysia milik kami’ di negeri ini.

Laporan itu dibuat Pegawai Khas Agama Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon selepas video berdurasi 14 saat yang didakwa berlaku di Melaka tular di media sosial hari ini.
Hairul Amin berkata, penggunaan tulisan etnik Ibrani yang juga bahasa rasmi Israel itu amat tidak sensitif terhadap sentimen umat Islam di negara ini, apatah lagi ketika konflik di Gaza masih berlarutan.

“Perbuatan itu boleh menimbulkan kegusaran awam di saat masyarakat sedang marah menyaksikan kekejaman berterusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Tulisan Hebrew yang difahamkan bermaksud ‘Malaysia milik kami’, ‘Malaysia di tangan kami’ atau ‘Malaysia rumah kami’ wajar disiasat segera,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.
Susulan kejadian itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau pada jam 3.32 petang selepas melihat video berkenaan yang tular di media sosial tengah hari tadi.

Menurutnya, hasil perkongsian pengguna media sosial mendapati kenderaan jenis Isuzu itu dipercayai dikesan berada di sekitar Melaka dan turut bergerak ke Negeri Sembilan.
“Perkara ini amat menyentuh hati rakyat, khususnya umat Islam di Melaka yang mengikuti rapat perkembangan di Gaza serta misi bantuan Sumud Flotilla,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti pemilik kenderaan serta asal-usul pelekat berkenaan, selain menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Jelas beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2025 10:44 AM | Show all posts
Ada yang kata bermaksud Malaysia rumah ku, sama seperti spanish mikasa tapi disebabkan hebrew tu buat ada yang sentap
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah ke tampal stiker mcm tu. 'Malaysia Rumahku'
Cumanya tulisan Israel, mgkin la netizen di luar sana marah sbb aktivis GSF bru je dibawa pulang ke msia.
Cuba esok² tmpal stiker Malaysia Rumahku dlm bahasa Korea,kot ada yg marah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 11:37 AM | Show all posts
Start dah main probok2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 12:36 PM | Show all posts
yg duk argue salahkah kew tulisan hebrew dan compare ngan tulisan korea bagai. halooo. common sense takde ke. hebrew = yahudi tu well known. sapa yg wat tampal tulisan tu sah sah nak provok. malaysia sejak dulu kala anti yahudi. jgn low IQ sangat, plzzz.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2025 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 8-10-2025 12:59 PM
zasrfikri replied at 8-10-2025 12:36 PM
yg duk argue salahkah kew tulisan hebrew dan compare ngan tulisan korea bagai. halooo. common sense  ...


agree chuols.. nk samakan korea bagai.. adoiii korea tu negara yg malaysia diiktiraf.. nk samakan plk ngan yisrahell laknatullah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 01:45 PM | Show all posts
'Rumah' bagi seroel tak sama makna dengan rumah dalam bahasa BM, manderin, jepun, english, tagalog.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2025 04:17 PM | Show all posts
yg samakan sgt tulisan hebrew dgn korea tu mungkin sekolah x habis kot... jenis yg asal boleh komen..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Greece dia dah masuk, telen pun dia buat mcm rumah sendiri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319313 Replies : 3240
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2988 Replies : 1764
Benda boleh bincang buat apa gaduh:Netizen Berang Barista ZusCoffee Dilayan Teruk Oleh Pelancong China Sengaja Tumpahkan Kopi Atas Kaunter ke Arah Barista
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:Netiz
Views : 843 Replies : 35
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2593 Replies : 1255
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 116 Replies : 1
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36990 Replies : 602
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 101 Replies : 4
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23405 Replies : 1229
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 136 Replies : 5
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2350 Replies : 146

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.045847 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list