CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2024|Reply: 33

[Tempatan] Lelaki maut lepas rogol, samun wanita di Wangsa Maju

[Copy link]
Post time 8-10-2025 09:46 AM | Show all posts |Read mode
bharian.com.my
Oleh Safeek Affendy Razali - Oktober 7, 2025



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika hendak diberkas kerana disyaki terbabit dalam kes samun dan rogol di sebuah kediaman di Wangsa Maju, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, suspek berusia 26 tahun itu cuba melarikan diri dengan menyerang anggota polis yang hendak memberkasnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pecah rumah di lokasi berkenaan.

"Bertindak atas maklumat, dua anggota polis bergegas ke lokasi dan memanggil penghuni rumah, namun tiada jawapan diterima.


"Lima minit kemudian, pintu dibuka oleh seorang lelaki sebelum polis memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan masuk untuk membuat pemeriksaan," katanya dalam sidang media sebentar tadi.


Fadil berkata, suspek yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan kes samun secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau pemotong daging dan cuba menetak anggota polis, menyebabkan berlaku pergelutan.


"Anggota polis berjaya mengelak sebelum suspek menumbuk muka dan menggigit tangan salah seorang daripada mereka.

"Dengan bantuan pengawal keselamatan, suspek akhirnya berjaya ditahan," katanya.

Beliau berkata, selepas ditangkap, suspek mengadu sesak nafas dan bantuan kecemasan ambulans dipanggil ke lokasi tetapi pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba 40 minit kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

"Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini dan mendapati punca kematian masih dalam siasatan dan laporan makmal telah dipohon bagi mengenal pasti punca sebenar.

"Pemeriksaan forensik juga tidak menemui sebarang kecederaan nyata pada tubuh badan suspek," katanya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati semasa kejadian, empat wanita tempatan berada di dalam rumah berkenaan.

"Suspek mengikat tangan kesemua mangsa sebelum mengurung tiga daripadanya di bilik utama.

"Seorang lagi mangsa dibawa ke bilik kedua dan dirogol sebanyak dua kali termasuk di bilik mandi. Keempat-empat mangsa turut mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan, muka dan badan," katanya.

Fadil berkata, dalam kejadian sama, suspek turut melarikan wang tunai RM200 serta kad ATM milik mangsa sebelum melakukan serangan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2025 09:48 AM | Show all posts
"Betul-betul mengejutkan dan menyedihkan mendengar kejadian ini. Kes jenayah seperti ini memang amat merisaukan dan membimbangkan kita semua. Tindakan pantas pihak polis dan pengawal keselamatan yang berjaya menahan suspek sangat dihargai, walaupun akhirnya berakhir dengan kehilangan nyawa. https://izzatsabyan.com/pasif-income-terbaik-di-malaysia/ Saya harap siasatan penuh dapat dilakukan bagi mengetahui punca kematian dan memastikan keadilan dapat ditegakkan untuk mangsa dan semua pihak yang terlibat. Semoga keempat-empat mangsa dapat pulih dengan cepat dan diberikan sokongan yang mereka perlukan. Kita semua perlu lebih berhati-hati dan bekerjasama untuk menangani isu keselamatan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 09:53 AM | Show all posts
mak aihh gila la malaysia mcm ni. tp dia tak bagi nama penuh, siap bin dan alamat nenek dia sekali jadi aiols jd musykil...type m ke c ke k?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 10:20 AM | Show all posts
perh berani betul sorg2 buat keje menyamun siang2 wlpn semua dlm tu perempuan tp still berani. sempat plak dia rogol sorg tu 2x kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 10:21 AM | Show all posts
"Suspek mengikat tangan kesemua mangsa sebelum mengurung tiga daripadanya di bilik utama.

"Seorang lagi mangsa dibawa ke bilik kedua dan dirogol sebanyak dua kali termasuk di bilik mandi.


Lemah sangat ka perempuan ni sempat dia ikat 4 orang tu masing2 pakat tengok ja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan BDSM gone wrong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2025 10:32 AM | Show all posts
Padan muka dah mati. Sial sangat. Semoga kes genuine takada yang khianat. Lokasi mungkin condo sebab ada security. Sure bleh trace cct.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 10:45 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-10-2025 10:21 AM
Lemah sangat ka perempuan ni sempat dia ikat 4 orang tu masing2 pakat tengok ja.

dia ada senjata kot,tu yg xberani,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2025 10:49 AM | Show all posts
IzzahF replied at 8-10-2025 01:53 AM
mak aihh gila la malaysia mcm ni. tp dia tak bagi nama penuh, siap bin dan alamat nenek dia sekali j ...

Baca komen FB kata type K. Siap kata tengah mabuk todi. Entah la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana boleh bagi masuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 11:01 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-10-2025 10:21 AM
Lemah sangat ka perempuan ni sempat dia ikat 4 orang tu masing2 pakat tengok ja.

Kann

musykil2
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
terus dpt cash...
jap dia mati masa tgh merogol ke apa...br nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kan sorang2 rupa nya ada 4 org dlm rmh pun tak selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya yg sorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 11:03 AM | Show all posts
Prickford replied at 8-10-2025 10:49 AM
Baca komen FB kata type K. Siap kata tengah mabuk todi. Entah la.

hah patut la
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps tngkap tu kena gari tangan kan, beberapa ketika sesak nafas pulak, naib polis panggil ambulans wlaupun pun 40 min kemudian. Kesian, samun dpt 200 dan kad ATM je. Ajal dia sudah dtg msa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2025 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
apala nk jadi... elok la camni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 08:04 PM | Show all posts
lerrr TERmampos la pulak. belum sempat merasa mereput dlm jel dan bontot rabak kena rotan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhh...puashati baca cerita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cassieopeia replied at 8-10-2025 10:20 AM
perh berani betul sorg2 buat keje menyamun siang2 wlpn semua dlm tu perempuan tp still berani. sempa ...

Dlm 4 org tu mesti yg kena rape tu paling lawa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319313 Replies : 3240
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2988 Replies : 1764
Benda boleh bincang buat apa gaduh:Netizen Berang Barista ZusCoffee Dilayan Teruk Oleh Pelancong China Sengaja Tumpahkan Kopi Atas Kaunter ke Arah Barista
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:Netiz
Views : 843 Replies : 35
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2593 Replies : 1255
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 116 Replies : 1
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36990 Replies : 602
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 101 Replies : 4
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23405 Replies : 1229
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 136 Replies : 5
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2350 Replies : 146

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052031 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list