CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 82|Reply: 0

[Kedah] Banjir makin surut, orang ramai ambil kesempatan cuci rumah

[Copy link]
Post time 8-10-2025 03:56 AM | Show all posts |Read mode
Banjir makin surut, orang ramai ambil kesempatan cuci rumah

Zuliaty Zulkiffliam@hmetro.com.my





Banjir semakin surut, sukarelawan dari Kubang Pasu membersihkan rumah mangsa. FOTO WAN NABIL NASIR.




Alor Setar: Keadaan banjir di Pekan Langgar dan Makam Diraja Langgar, di sini, beransur surut hari ini berikutan cuaca semakin cerah.

Penduduk juga dilihat turut mencuci rumah masing-masing selain beberapa premis perniagaan di Pekan Langgar beroperasi seperti biasa selepas air surut.

Penduduk, Zulkiffli Omar, 72, berkata, dia bersyukur kerana ada dua kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) datang ke rumahnya untuk mencuci rumah.

Katanya, banjir yang berlaku Sabtu lalu menyebabkan bahagian dalam rumahnya berlumpur.

"Kalau nak cuci sendiri memang ambil masa yang lama sebab air banjir hanya bertakung dalam rumah.

"Syukur hari ini kumpulan NGO datang membantu mencuci seluruh bahagian dalam rumah sehingga bersih," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Makam Diraja Langgar, di sini, hari ini.

Setiausaha Khidmat Malaysia Kubang Pasu, Mohd Tarmizi Ishak berkata, dia membawa enam sukarelawan dari Kubang Pasu untuk membersihkan bahagian dalam rumah mangsa banjir menggunakan 'water jet'.

"Kami turut bekerjasama dengan kumpulan wakil Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kuala Nerang seramai enam orang yang diketuai Pengarahnya Haris Harun.

"Kami mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuang air yang bertakung dalam rumah secara manual sebelum membersihkannya menggunakan 'water jet'," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 7, 2025 @ 1:08pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1272543/banjir-makin-surut-orang-ramai-ambil-kesempatan-cuci-rumah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319313 Replies : 3240
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2988 Replies : 1764
Benda boleh bincang buat apa gaduh:Netizen Berang Barista ZusCoffee Dilayan Teruk Oleh Pelancong China Sengaja Tumpahkan Kopi Atas Kaunter ke Arah Barista
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:Netiz
Views : 843 Replies : 35
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2593 Replies : 1255
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 116 Replies : 1
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36990 Replies : 602
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 101 Replies : 4
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23405 Replies : 1229
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 136 Replies : 5
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2350 Replies : 146

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038373 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list