CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60|Reply: 0

[Kedah] Muhyiddin disaran ambil alih jawatan Ketua Pembangkang - Penganalisis

[Copy link]
Post time 7-10-2025 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin disaran ambil alih jawatan Ketua Pembangkang - Penganalisis

ROSLINDA HASHIM
07 Oktober 2025 10:20am






Dari kiri:Muhyiddin, Hamzah dan Azmin.




ALOR SETAR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran keluar daripada zon selesa dan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang bagi menyelamatkan parti itu serta memperkukuh blok Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, langkah itu perlu dilakukan segera memandangkan Bersatu kini berdepan kemelut kepimpinan dalaman dan kehilangan arah selepas Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025.


Menurut beliau, Muhyiddin yang juga arkitek sebenar penubuhan Bersatu perlu tampil mengemudi semula parti yang dibinanya sendiri, selepas beberapa tahun memilih untuk berperanan sebagai elder statesman yang hanya memberi pandangan dari belakang.

“Inilah masanya untuk Muhyiddin keluar dari zon selesa dan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang daripada timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.


“Langkah ini sepatutnya dibuat sejak lama demi masa depan parti,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Zaharuddin berkata, PAT 2025 mendedahkan kelemahan yang selama ini disembunyikan, apabila sesi perbahasan yang sepatutnya membina bertukar menjadi medan pertembungan ego antara pemimpin.

“Keadaan itu lebih membimbangkan apabila tiada sesiapa dalam parti berani mempersoalkan ketiadaan Muhyiddin di barisan hadapan, khususnya di Parlimen.

“Hamzah memang berpengalaman, tetapi beliau tidak mempunyai graviti politik yang diperlukan untuk menyatukan parti atau menarik keyakinan rakyat. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang suatu ketika dahulu dianggap kingmaker kini semakin tidak relevan,” ujarnya.


Menurut beliau, kemampuan Hamzah semakin diragui apabila suaranya mudah ditenggelamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

“Berhadapan dengan Anwar memerlukan karisma, pengalaman eksekutif dan kredibiliti tinggi. Ini bukan soal kemampuan peribadi semata-mata, tetapi liga politik yang berbeza,” katanya.

Beliau menegaskan, sekiranya Muhyiddin terus menolak memegang jawatan Ketua Pembangkang, Bersatu dan PN akan dilihat tidak serius untuk menjadi kerajaan alternatif.

https://www.sinarharian.com.my/article/751273/berita/politik/muhyiddin-disaran-ambil-alih-jawatan-ketua-pembangkang---penganalisis


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319313 Replies : 3240
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2988 Replies : 1764
Benda boleh bincang buat apa gaduh:Netizen Berang Barista ZusCoffee Dilayan Teruk Oleh Pelancong China Sengaja Tumpahkan Kopi Atas Kaunter ke Arah Barista
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:Netiz
Views : 843 Replies : 35
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2593 Replies : 1255
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 116 Replies : 1
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36990 Replies : 602
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 101 Replies : 4
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23405 Replies : 1229
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 136 Replies : 5
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2350 Replies : 146

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039610 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list