CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Johor] Kesan tinggalan racun dalam sayur, 2 syarikat didenda RM5,000 dan RM5,500

[Copy link]
Post time 7-10-2025 08:36 PM | Show all posts |Read mode


MUAR: Dua syarikat membekal sayur-sayuran dan buahan masing-masing didenda RM5,000 dan RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyedia dan menjual sayur mengandungi kesan tinggalan racun perosak, April lalu.

Syarikat Khang Agriculture dan Hehe Ventures Sdn Bhd kedua-duanya beroperasi di Batu Pahat, dijatuhi hukuman itu selepas mereka diwakili pengarah masing-masing mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, Khang Agriculture didakwa menjual kacang bendi mengandungi lebih daripada 0.01 mg/kg kesan tinggalan racun perosak iaitu organophosphorus/profenofos sebanyak 0.02 mg/kg yang tidak dinyatakan dalam Jadual Keenam Belas atau Codex Alimentarius.

Sementara itu, Hehe Ventures Sdn Bhd didakwa menjual sayur petola mengandungi lebih daripada 0.01 mg/kg racun triazole & triazine/difenoconazole sebanyak 0.06 mg/kg dan carbamates/carbendazim.

Kedua-dua syarikat terbabit didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pasar raya di Bukit Bakri, di sini, jam 10.15 pagi, 16 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 397 (1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 397 (2) peraturan sama, denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Anuar Nordin dan Nurfarahain Karim manakala kedua-dua syarikat tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh sebagai pengajaran kerana kesalahan dilakukan serius membabitkan nyawa dan kesihatan pengguna.

"Mahkamah perlu mengambil kira perbuatan tertuduh yang bertindak memasukkan racun kerana boleh menjejaskan kesihatan," katanya.

sumber : berita harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.288420 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list