CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 210|Reply: 0

[Johor] Baru setahun dibuka, Jalan Kampung Rahmat-Sri Gading ditutup semula kerana rosak

[Copy link]
Post time 7-10-2025 08:34 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan Jalan Kampung Rahmat-Sri Gading yang rosak teruk selepas dilalui kenderaan berat. - Foto Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Baru dibuka kepada orang ramai namun Jalan Kampung Rahmat-Sri Gading yang pernah menimbulkan kontroversi akibat projek tergendala selama lima tahun, terpaksa ditutup semula enam minggu selepas terdapat sekurang-kurangnya 10 kerosakan dikesan di laluan terbabit.

Penutupan jalan sejauh sembilan kilometer yang menelan kos RM33.5 juta itu dibuat bagi menjamin keselamatan penduduk kawasan berdekatan serta pengguna jalan raya lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Yusla Ismail berkata, penutupan jalan itu akan bermula 15 Oktober ini sehingga 30 November ini bagi kerja membaik pulih jalan yang menelan kos RM2 juta melalui peruntukan kerajaan negeri.

"Penutupan jalan berkenaan juga bagi memberikan laluan kerja pembinaan membaik pulih kerosakan sepanjang kira-kira dua kilometer.

"Antara kerja dilakukan adalah mengorek semula jalan rosak sebelum diturap semula serta mengecat garisan lebih sempurna.

"Sepanjang penutupan itu, semua kenderaan dari kedua-dua jalan utama Kluang-Batu Pahat dan Pontian-Batu Pahat tidak dibenarkan memasuki Jalan Kampung Rahmat-Sri Gading," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat Jabatan Kerja Raya daerah Batu Pahat yang turut dihadiri Jurutera Daerah Batu Pahat, Ir Fairul Azrie Yaacob dan Jurutera Jalan JKR Batu Pahat, Khairul Shahril Ramili.

Dianggarkan lebih 200 kenderaan pelbagai jenis termasuk kenderaan berat melalui jalan itu setiap hari selepas siap pada Oktober dan dirasmikan Disember tahun lalu.

Menurut Yusla lagi, Jalan Kampung Rahmat-Sri Gading itu dikategorikan sebagai Jalan Negeri R3 yang mana hanya untuk kegunaan kenderaan ringan dengan berat maksimum 30 tan.

"Kami berharap orang ramai mematuhi segala arahan agar tidak berhadapan sebarang kesulitan kelak," ujarnya.

Jalan Kampung Rahmat-Sri Gading mula dibina pada 2018 dengan kos RM29 juta namun tergendala sebelum projek itu disambung semula lima tahun kemudian dengan kos tambahan RM4.5 juta dan memberi manfaat kepada 40,000 pengguna termasuk Jalan Tanjung Laboh dan Sri Gading.

sumber : berita harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2026 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.324889 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list