CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 47|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penganjur hidang arak cemar imej kerajaan - Pemuda Amanah

[Copy link]
Post time 7-10-2025 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Penganjur hidang arak cemar imej kerajaan - Pemuda Amanah

07 Oktober 2025 02:13pm





Mohamad Khairul






GEORGE TOWN - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang menyifatkan penganjur majlis pelancaran Kalendar Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) tidak bertanggungjawab dan mencemarkan imej kerajaan berikutan tindakan menghidangkan minuman keras dalam acara rasmi kerajaan baru-baru ini.

Ketuanya, Mohamad Khairul Mohd Ali berkata, tindakan berkenaan adalah kegagalan yang amat memalukan, tidak mencerminkan nilai budaya Malaysia, serta menimbulkan persoalan besar tentang kepekaan pihak penganjur dan agensi terlibat terhadap sensitiviti agama dan masyarakat.


Menurutnya, Malaysia sebagai negara majmuk yang berpegang kepada adat dan kesopanan, justeru majlis rasmi kerajaan sepatutnya menampilkan wajah harmoni negara, bukannya dicemari dengan hidangan alkohol.

"Kami mempersoalkan bagaimana insiden sebegini boleh berlaku tanpa kawalan kementerian yang sepatutnya menjaga imej negara di mata rakyat dan pelancong antarabangsa.


"Kami menuntut agar pihak penganjur dan kementerian terlibat memohon maaf secara terbuka serta segera menggubal garis panduan ketat bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, perkara yang berlaku bukan sekadar isu teknikal, tetapi melibatkan maruah negara dan imej kerajaan.\

Jesteru itu, katanya, Pemuda Amanah Pulau Pinang akan terus lantang menegur serta mendesak agar setiap acara rasmi kerajaan benar-benar mencerminkan wajah Malaysia yang beradab, harmoni, dan menghormati kepelbagaian.

Terdahulu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendakwa terdapat minuman beralkohol dihidangkan dalam majlis makan malam gala sehingga menyebabkan tetamu beragama Islam meninggalkan program lebih awal.


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, pada Sabtu menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab terhadap program Global Travel Meet selama dua hari setengah, dan bukan acara makan malam.

Beliau sekali lagi pada Ahad menegaskan bahawa majlis makan malam dalam program Global Travel Meet 2025 merupakan inisiatif daripada pihak industri dan sektor swasta.

https://www.sinarharian.com.my/article/751326/berita/politik/penganjur-hidang-arak-cemar-imej-kerajaan---pemuda-amanah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319313 Replies : 3240
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2988 Replies : 1764
Benda boleh bincang buat apa gaduh:Netizen Berang Barista ZusCoffee Dilayan Teruk Oleh Pelancong China Sengaja Tumpahkan Kopi Atas Kaunter ke Arah Barista
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:Netiz
Views : 843 Replies : 35
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2593 Replies : 1255
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 116 Replies : 1
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36990 Replies : 602
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 101 Replies : 4
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23405 Replies : 1229
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 136 Replies : 5
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2350 Replies : 146

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.044560 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list