CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 151|Reply: 0

[Kedah] Kedah Showcase 2025 x Fantastic Food Festival gegar ibu kota

[Copy link]
Post time 7-10-2025 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Kedah Showcase 2025 x Fantastic Food Festival gegar ibu kota

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
07 Oktober 2025 05:51pm





Persiapan akhir Kedah Showcase 2025 x Fantastic Food Festival yang dilakukan pada malam Isnin sebelum membuka tirai hari ini.






ALOR SETAR - Lebih 70 usahawan dari Negeri Kedah berkampung di Medan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kuala Lumpur sempena program Kedah Showcase 2025 x Fantastic Food Festival yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

Program berimpak tinggi anjuran Pejabat Mara Negeri Kedah dengan kerjasama Nabilah Bahrin Sdn Bhd (NB Group) itu dirangka khusus bagi memperkasakan jenama perniagaan usahawan negeri berkenaan serta membuka ruang promosi dan jaringan perniagaan yang lebih luas.


Menurut Pengarah Mara Negeri Kedah, Rizal Effendi Razali, program ini bukan sahaja mengetengahkan produk makanan dan minuman, malah turut mempamerkan hasil tangan usahawan dalam bidang tekstil, kraf, serta makanan tradisi yang menjadi warisan negeri Jelapang Padi.

“Promosi secara fizikal seperti ini masih relevan kerana pelanggan dapat melihat, menyentuh dan merasai sendiri produk yang ditawarkan. Ia juga menjadi platform penting untuk usahawan membina rangkaian bersama pemain industri dan ejen pemasaran,” katanya kepada Sinar Harian.


Sebanyak 23 usahawan pempamer dan 48 vendor makanan dan minuman mengambil bahagian dalam festival kali ini.

Antara tarikan utama sepanjang festival berlangsung termasuk persembahan silat gayong, muay thai, tarian kebudayaan, persembahan busker, pertandingan mewarna batik, pertunjukan fesyen kanak-kanak fusion kurung Kedah, sesi Meet & Greet bersama pempengaruh Fantastic Food Festival serta persembahan artis undangan.

Jelas Rizal, pengunjung juga berpeluang menikmati jualan “happy hour” produk usahawan serta menyaksikan persembahan tradisional seperti wayang kulit yang jarang dipertontonkan di ibu kota.

Menurutnya, program ini berlangsung sehingga Sabtu bermula jam 7 pagi hingga 10 malam di Medan Mara dan orang ramai dijemput hadir untuk menyokong produk tempatan dan merasai sendiri keunikan budaya serta cita rasa negeri Kedah.

https://www.sinarharian.com.my/article/751365/edisi/utara/kedah-showcase-2025-x-fantastic-food-festival-gegar-ibu-kota


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.037095 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list