CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62|Reply: 0

[Sarawak] Pertikaian PETRONAS-PETROS kembali ke mahkamah, hak agihan gas jadi taruhan

[Copy link]
Post time 7-10-2025 06:13 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pertikaian undang-undang antara PETRONAS dan Petroleum Sarawak (PETROS) mengenai hak pengagihan gas di Sarawak kini berlanjutan di mahkamah, sekali gus meletakkan isu hak negeri dan perundangan persekutuan dalam perhatian.
Perkembangan terbaharu menyaksikan PETRONAS mencabar kedudukan PETROS sebagai pengagregat gas tunggal di negeri itu, satu langkah yang dilihat sebagai usaha untuk mempertahankan hak tradisinya di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Menurut laporan CGS International, pertikaian itu kembali ke Mahkamah Tinggi Kuching selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian melalui rundingan yang diadakan selama sebulan sebelum ini.

Pada 30 September lalu, PETRONAS mengemukakan hujah di mahkamah bahawa ia tidak memerlukan lesen di bawah Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016 Sarawak untuk membekalkan gas di negeri itu.

PETRONAS menegaskan bahawa PDA 1974, sebagai sebuah undang-undang persekutuan, mempunyai keutamaan mengatasi undang-undang negeri seperti DGO, selaras dengan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Dengan hujah itu, PETRONAS berpendapat bahawa pelantikan PETROS sebagai pengagregat gas tunggal di Sarawak adalah 'ultra vires' atau melangkaui bidang kuasa PDA, yang memberikan Petronas pemilikan tunggal ke atas semua sumber hidrokarbon di darat dan luar pesisir di seluruh Malaysia.

Pertikaian ini pada awalnya berpunca daripada dakwaan PETRONAS bahawa PETROS berhutang sebanyak RM26.3 juta di bawah Perjanjian Pembekalan Gas Sarawak (SGSA) setakat 8 November 2024.

PETROS kemudiannya memfailkan saman pada Oktober 2024 untuk menghalang PETRONAS daripada menuntut jaminan bank atas alasan PETRONAS tidak mempunyai lesen untuk menjual gas di Sarawak di bawah DGO 2016.

Penganalisis CGS International, Raymond Yap, berkata kes ini dijangka akan dibawa sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan memandangkan kepentingannya yang amat besar.

"Walaupun undang-undang dilihat memihak kepada PETRONAS, landskap politik semasa mungkin memerlukan aspirasi Sarawak untuk dipertimbangkan, membuka kemungkinan PETROS akan mencapai matlamatnya," katanya.

Ketidaktentuan akibat pertikaian undang-undang ini, ditambah dengan harga minyak yang lebih lemah, dijangka menyebabkan perbelanjaan modal (capex) PETRONAS kekal dibuat secara berhemah pada tahun-tahun akan datang.

Walaupun berdepan cabaran, CGS International mengekalkan saranan 'wajaran tinggi' ke atas sektor minyak dan gas, dengan Dialog Group Bhd menjadi pilihan utama kerana dijangka memperoleh beberapa kontrak terminal tangki utama tidak lama lagi.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching dijadualkan bersambung semula pada 17 November 2025.


Sumber : Bharian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319313 Replies : 3240
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2988 Replies : 1764
Benda boleh bincang buat apa gaduh:Netizen Berang Barista ZusCoffee Dilayan Teruk Oleh Pelancong China Sengaja Tumpahkan Kopi Atas Kaunter ke Arah Barista
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:Netiz
Views : 843 Replies : 35
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2593 Replies : 1255
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 116 Replies : 1
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36990 Replies : 602
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 101 Replies : 4
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23405 Replies : 1229
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 136 Replies : 5
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2350 Replies : 146

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list