CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 419|Reply: 0

‘Pertikai artis pergi misi, mufti bagi jawapan tak nak dengar’ - Zizi Kirana

[Copy link]
Post time 10-9-2025 01:39 PM | Show all posts |Read mode





Usaha murni jadi bahan perdebatan, penyanyi Zizi Kirana menzahirkan perasaan terkilan atas pandangan negatif segelintir netizen yang mempertikaikan penyertaan selebriti dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza.


Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, berkata, sewajarnya semua pihak memberi fokus terhadap matlamat utama misi global yang digerakkan sebagai cara untuk dunia melihat lebih dekat penjarahan kejam di Palestin.


  



“Sedikit kecewa dengan pemikiran orang yang tak habis-habis dengan pertikaian.


“Pertikai kenapa artis pergi misi, belum lagi ada yang pertikaikan hukum wanita pergi misi.


“Dah terang-terang mufti bagi jawapan (tapi) tak nak dengar,” katanya dalam hantaran di InstaStory.


  



Menerusi hantaran lain, peserta Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini dalam pelayaran menuju Gaza itu juga berkongsi kenyataan wakil pertubuhan terbabit mengenai caj penyertaan.


Daripada perkongsian itu, jelas menunjukkan setiap ahli rombongan tidak ditaja sebaliknya membayar sendiri perjalanan mereka termasuk tiket penerbangan ke Barcelona sebelum menyambung pengembaraan dengan menaiki kapal layar.


Pada masa sama, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu turur menzahirkan penghargaan terhadap mereka yang mendoakan dan memberikan sokongan.


Selain Zizi, aktivis lain yang menyertai misi bantuan kemanusiaan bersama aktivis pro-Palestin sejak 29 Ogos lalu terdiri daripada tiga wanita termasuk pelakon Ardell.


Difahamkan, sekitar 20 kapal belayar dari pelabuhan di Sepanyol pada Ahad minggu lalu dengan misi membuka koridor kemanusiaan dan menamatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dalam kemelut Israel-Hamas.


Semua rombongan dijangka tiba di Gaza pada pertengahan September ini selepas dua cubaan terdahulu membawa bantuan ke wilayah berkenaan pada Jun dan Julai lalu dihalang Israel.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengisytiharkan krisis kebuluran di Gaza dengan amaran lebih 500,000 penduduk kini berada dalam keadaan amat kritikal.


Sumber -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 44965 Replies : 838
Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gigi Anak Erra Fazira Sebagai ‘Jongang’ Tampil Mohon Maaf - “FB Saya Kena Hack…”
ZORRO5555Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gi
Views : 4308 Replies : 100
V85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS di INGLEWOOD
taliaV85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS
Views : 3848 Replies : 245
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 335754 Replies : 3365
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1810 Replies : 1131
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
YgBenarUpdate:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairu
Views : 3034 Replies : 95
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 1047 Replies : 115
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 715 Replies : 2
Jangan Pinjam Duit, Menipu, Scam, Fitnah Orang yang Ada Saka dan Pendamping
B40tastePoshJangan Pinjam Duit, Menipu, Scam, Fitnah
Views : 34713 Replies : 42
Education & Further Studies Fair
CariReporterEducation & Further Studies Fair
Views : 19823 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.069614 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list