CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 279|Reply: 0

[Johor] Pasangan suami isteri ditahan, dadah hampir RM3 juta dirampas

[Copy link]
Post time 8-9-2025 05:56 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad menunjukkan rampasan 80,330.00 gram syabu (76 bungkus) bernilai RM2,570,560.00 pada sidang media mengenai sindiket menjadikan rumah teres sebagai stor transit dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. - Foto NSTP/Najmi Nor’Azam

JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas dadah jenis syabu seberat 80 kilogram (kg) bernilai hampir RM2.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Penawar, Kota Tinggi di sini pada 2 September lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata serbuan jam 10.30 malam pada 2 September hingga 4 pagi, 3 September itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Tinggi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

"Dalam serbuan tersebut, pasukan serbuan telah menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita termasuk seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia, berusia antara 34 hingga 43 tahun.

"Hasil serbuan, JSJN Johor telah merampas dadah disyaki syabu seberat 80,330 gram atau dianggarkan 80kg, yang dibungkus dalam 76 bungkusan minuman teh Cina. Nilai anggaran rampasan dadah adalah RM2,570,560," katanya pada sidang media di IPK Johor, hari ini.

Ab Rahaman berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan menggunakan kawasan rumah teres berpagar dan berpengawal sebagai stor transit sebelum dadah diedarkan ke pasaran luar negara terutamanya di Riau dan Pulau Batam, Indonesia.

Sindiket tersebut dipercayai aktif sejak April 2024 dan jumlah syabu yang dirampas boleh digunakan oleh kira-kira 401,650 penagih jika terlepas ke pasaran.

Ab Rahaman berkata, hasil saringan urin mendapati dua suspek positif dadah jenis metamfetamine dengan semakan rekod menunjukkan lelaki tempatan terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah lampau manakala wanita tempatan memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Selain itu, beliau berkata, dalam tempoh 1 Januari hingga 3 September tahun ini, JSJN Johor menahan 17,242 individu atas pelbagai kesalahan dadah dengan rampasan dianggarkan seberat 1.47 tan dadah selain dadah dalam bentuk cecair sebanyak 6,921.45 liter bernilai anggaran RM125.88 juta.

sumber : berita harian


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 09:13 AM GMT+8 , Processed in 1.134596 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list