CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1852|Reply: 3

Pasangan kekasih hidup macam laki bini hingga ada anak luar nikah - JAINJ

[Copy link]
Post time 8-9-2025 02:37 PM | Show all posts |Read mode








KLUANG – Sepasang kekasih yang tinggal seperti pasangan suami isteri sejak lima tahun lalu di sebuah rumah sewa di bandar ini ditangkap pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana tidak mempunyai ikatan perkahwinan sah.


Sumber JAINJ berkata, pasangan itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam semalam selepas menerima aduan penduduk taman perumahan yang curiga dengan hubungan mereka walaupun menjalani kehidupan seperti sudah mempunyai ikatan.


Katanya, ketika pemeriksaan di dalam rumah berkenaan, pihak penguatkuasa menemui seorang lelaki bujang dan seorang ibu tunggal masing-masing berusia awal 30an serta dua kanak-kanak.


“Hasil semakan daripada Surat Daftar Kelahiran kedua-dua kanak-kanak itu mendapati mereka dilahirkan di Hospital Kluang namun tiada nama ayah dicatatkan kecuali nama ibunya.


“Siasatan mendapati kedua-dua kanak-kanak itu adalah anak tidak sah taraf dipercayai hasil hubungan pasangan ini yang telah tinggal bersama selama kira-kira lima tahun,”katanya.


Menurut sumber itu lagi, hasil siasatan awal wanita itu pernah bernikah dengan seorang lelaki di luar negara melalui satu ejen namun telah ditinggalkan oleh suaminya itu.


Ujarnya, sepanjang tempoh lima tahun itu tiada mana-mana pihak mengetahui mereka bukan pasangan suami isteri sehingga tampil seorang individu yang mahu mencegah kemungkaran di kawasan kediamannya.


“Bagi kesalahan perzinaan, pasangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan atau ketiga-tiganya sekali,”katanya.


Sumber -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2025 10:58 PM | Show all posts
Nak komen lebih nanti ada org terasa plak.. yelah dia tak ambik duit rakyat, dia dok dlm rumah je, ni dosa peribadi, dosa dia dgn tuhan kan.. money corruption is equally wrong as morally corrupted, as simple as that.. kita ni dok dlm negara ada undang2 ye, nafsu sedap ni sekejap je

Dekat Malaysia ni, kita kena daftar perkahwinan kita, jadi bila dapat anak tu nanti baru dikira sah taraf, baru boleh dapat kewarganegaraan.. sebab kita dah tau dah ada bukti mak ayah dia berkahwin dgn cara yg sah, contoh kalau kahwin dkt Thailand tu cuma mungkin sah dari sudut agama sahaja, tp dari undang negara tak sah, dia kena daftarkan perkahwinan tu dgn bayar denda sikit sblm anak tu lahir.. kalau tak biasanya ramai baby akan jadi stateless dan tercicir dlm semua benda, sbb takde ic, takde surat beranak.. mak ayah angkat nak ambik secara legal pun susah sbb takde documentation, dah banyak benda ni kecoh sebelum ni, tu belum kes anak takde ic sbb mak ayah dah takde daftar perkahwinan pastu bercerai dan berpisah plak.. sama mcm kes anak gelandangan dkt lorong gelap tu.. mak ayah takde daftar or even worst takde documentation pun.. mmg susah lah anak tu sampai ke besar nanti.. kesian budak2 yg tercicir sekolah ni nanti, takde keje tak boleh mintak bantuan pun sbb takde documentation..

dulu mak ayah yg seronok sakarang anak yang teruk..

Stateless children in Malaysia are those not recognized as a national by any state, often caused by unregistered births, marriages, or children born to stateless parents or parents who are undocumented migrants. These children face severe restrictions, including denial of access to formal education, healthcare, and legal employment, hindering their social and economic participation. Causes include issues with marriage and birth registration, gender discrimination in nationality laws, abandoned or adopted children, and those from refugee communities.

Causes of Statelessness

Parental Issues:
Unregistered Marriages/Births: Parents may not register their marriage or birth, leading to a lack of citizenship for the child.
Out-of-Wedlock Births: Children born outside of a legally recognized marriage to a Malaysian father and a non-Malaysian mother often do not inherit Malaysian citizenship.

Gender Discrimination: Malaysian law lacks gender equality in citizenship, making it difficult for children born out of wedlock to gain citizenship if the mother isn't Malaysian.

Migration-Related Factors:
Refugees and Migrants: Children born to parents who are refugees, asylum-seekers, or undocumented migrants may be stateless because their parents lack a nationality.
Abandoned or Adopted Children: Abandoned children or those whose adoptions were not properly handled may lack documentation to prove their nationality.

Community-Specific Issues:
Nomadic Communities: Groups like the Bajau Laut in Sabah face statelessness due to their nomadic lifestyle and lack of integration with legal systems.

Impact of Statelessness

Education:
Stateless children are denied access to public schools due to citizenship requirements, often forcing them into alternative education systems that may lack quality.

Healthcare:
They are excluded from free or subsidized public healthcare services and face higher costs for medical care.

Employment:
Stateless individuals cannot access formal employment, leading to exploitation in dangerous jobs within the informal sector.

Basic Services:
Access to basic services like clean water, electricity, opening bank accounts, and obtaining a driver's license is severely restricted.

Legal and Social Exclusion:
They lack legal recognition and identification, making it difficult to participate in society and leaving them vulnerable to exploitation and abuse.
Current Challenges and Advocacy

Bureaucratic Delays:
Even when a path to citizenship exists, the application process is often complex, lengthy, and fraught with delays.

Lack of Systemic Solutions:
There has been a perceived lack of concrete government efforts to address the root causes of statelessness, particularly regarding gender-discriminatory nationality laws.

Advocacy:
Organizations like DHRRA Malaysia and Dignity for Children Foundation work to highlight these issues and advocate for reforms.



Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat aku dia elok je bahagia....orang yang nikah elok elok ada yang kahwin 7 bulan bercerai.

Dia tak nikah bahagia dah 5 tahun....kalau nak nikah better ko datang situ suruh dia sign surah nikah..mudah..tak perlu nak kepoh sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
GILA...
Maknanya selama 5 tahun pasangan ni x solat?..mereka letak Allah kat mana dlm hidup mereka?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2026 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.190403 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list