|
View: 1653|Reply: 1
|
Kerajaan akan pinda Akta Orang Asli 1954 - Zahid Hamidi
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) bagi meningkatkan mobiliti sosial Orang Asli supaya mereka mampu ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan masyarakat lain di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu antara lain akan membolehkan masyarakat Orang Asli bersaing secara positif dalam bidang kerjaya.
“Banyak saya pelajari ketika melawat Orang Asli di New Zealand. Hak golongan ini dikembalikan sehingga memiliki industri tenusu, perladangan dan lain-lain yang kemudian dieksport.
“Insya-Allah kita akan lakukan bukan sahaja melalui pindaan Akta 134, tetapi beberapa pendekatan baharu agar taraf kehidupan Orang Asli meningkat,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad berhubung sasaran meningkatkan pembabitan Orang Asli berkhidmat dalam Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, jumlah golongan profesional dalam kalangan masyarakat Orang Asli mencatatkan peningkatan.
Menurut beliau, ia termasuk lebih 20 individu Orang Asli memiliki taraf pendidikan di peringkat doktor falsafah (PhD) yang membuktikan kerajaan tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli.
Kata beliau, pengangkutan dan elaun RM4 sehari serta banyak bantuan lain turut diberikan kepada murid sekolah rendah dan menengah Orang Asli bertujuan menggalakkan peningkatan mobiliti sosial dalam kalangan mereka.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by theotherfriend at 9-9-2025 07:16 PM
Kerajaan memang tak pinggirkan orang asli. Buktinya perkampungan yang baik infrastruktur, bantuan persekolahan melimpah2, bas sekolah pun free, peluang ke tertiary education pun luas. Tapi kenapa lepas 70 tahun merdeka (iols futuristik) mobiliti sosial mereka kurang cemerlang.
Dari pengalaman iols, we failed them.
Kata nak beri Bantuan baju sekolah, ni dah bulan September, sekolah buka bulan 2, masih tak dapat lagi.
Mereka ni yang di perkampungan orang asli miskin tegar tau. Pendapatan bawah RM400 mostly. Mereka betul2 hungry. Kerajaan beri Wang Saku pun mereka tak datang. Sebab apa? Sebab lapar tak Ada duit belânja. Sekolah balık pukul 2 Ada yang sampai pükul 6 kalau terlepas bas. Wang Saku pergi mana? Ada yang langsung tak pernah dapat sebab sekolah tak pernah claim. Kau suruh Cikgu buat kerja kerani kewangan memang lambert la. Ada yang claim, tapi 2,3 bulan sekali. Budak lapar hari-hari.
Lagipun, mereka reward tak Cikgu yang kerja lebih masa, bawa budak buka akaun bank, masuk kampung nak Cari budak cıcir? Reward tak Cikgu yang usaha bawa budak asli merata nak masuk pertandingan?
Jadi school dropout tinggi. Yang disalahkan orang Asli, tak Ada motivasi. Lama-lama buat NGO dengan orang Asli pun boleh jadi sasau. Bukan dengan Orang Asli tapi dengan kerenah jabatan yang uruskan OA tapi beri lip service. Lemah to the core.
Nak ubah keluarga, muka Dari budak kecil through education. Kerajaan buat macam2 tapi yang penjalan tugas kurang cargas, absol saja. Bila bagi email, tak balas, pilih2 bulu betul.
Yang menteri pergi jalan merata nak Cari idea majukan OA. Pergi dengan siapa? The same higher-ranking officer yang tak tau pun berapa percent pelajar OA ada akaun untuk bank untuk terima wang Saku?
The cycle will continue.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|