|
View: 1803|Reply: 3
|
Peniaga Mesir jual perhiasan ayat al-Quran silap cetakan didenda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan
[Copy link]
|
|
|
KUALA TERENGGANU – Gara-gara menjual perhiasan ayat al-Quran yang mengandungi kesilapan cetakan, seorang peniaga warga Mesir didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini hari ini.
Majistret Yuhanis Mohd Roslan menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, ElkIlany Osama Aly Shaban Ahmed membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dan menjual bahan bercetak al-Quran yang tidak mendapat kelulusan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dia di premis perniagaannya di sebuah pasar raya di daerah ini pada pukul 1.15 petang, 21 Mac lalu.
Mengikut fakta kes, pemeriksaan pasukan penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menemukan 14 barangan berkaitan al-Quran yang mengandungi kesilapan cetakan dipamerkan di rak jualan premis perniagaan ElkIlany Osama.
Barangan tersebut iaitu lima unit al-Quran Multazan bersaiz A4, jam al-Quran (empat), bingkai ayat al-Quran(tiga) dan al-Quran ar-Riyad bersaiz A5 (dua unit) telah dirampas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa KDN, Nur Nabiha Izzati Wahit.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut fakta kes, pemeriksaan pasukan penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menemukan 14 barangan berkaitan al-Quran yang mengandungi kesilapan cetakan dipamerkan di rak jualan premis perniagaan ElkIlany Osama.
Barangan tersebut iaitu lima unit al-Quran Multazan bersaiz A4, jam al-Quran (empat), bingkai ayat al-Quran(tiga) dan al-Quran ar-Riyad bersaiz A5 (dua unit) telah dirampas.
Kudos to semua penguatkuasa yang disebut di atas boleh spot kesalahan.
Pak arab ni sengaja ka? Ke seroel ejen mocad? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak de siapa tanya tp iols nak khabo. Rumah iols mmg x de frame2 ayat kursi ke apa ke sbb satu susah nak hapuskan. Cuma ada bingkai frame Allah Muhammad jer. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|