|
View: 1955|Reply: 3
|
[Jenayah]
Wanita didakwa lakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak
[Copy link]
|
|
|
Wanita didakwa lakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak
Zahratulhayat Mat Arif - September 8, 2025 @ 10:40am
Nurshazwani Afni Mohamad Zorki didakwa di Mahkamah Majistret hari atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, 31 Ogos lalu. - NSTP/L MANIMARAN
IPOH: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, kira-kira jam 8.20 pagi, 31 Ogos lalu.
Pertuduhan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan kecederaan parah itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Nurhaswani yang kelihatan tenang, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul, memaklumkan tiada pengakuan akan direkodkan memandangkan laporan awal dari Hospital Bahagia Ulu Kinta mengesahkan tertuduh menghidap skizofrenia.
"Oleh itu, pihak pendakwaan memohon perintah di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah untuk mendapatkan penilaian psikiatri lanjut bagi menentukan keadaan mentalnya dan kesesuaian untuk diadili," katanya.
Peguam tertuduh, M Saravanan, tidak membantah permohonan berkenaan.
Majistret Mohd Harith membenarkan permohonan dan memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri lanjut bagi mendapatkan laporan penuh sebelum prosiding diteruskan.
Mohd Harith berkata, mahkamah tidak akan menawarkan jaminan dan memerintahkan tertuduh kekal menerima rawatan di hospital.
Kes ditetapkan untuk sebutan pada 8 Oktober ini.
Pada 31 Ogos lalu, Nurhaswani ditahan ketika cuba mendekati Sultan Nazrin di pentas utama ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak nmpk pun dia guna kekerasan .. nmpk dia cuma peluk sultan perak je. Nk kasih sayang dari laki org tu je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo,skizofrenia rupanya. Kategoru oku jugak ke atau penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Makcik.Kiah at 8-9-2025 01:37 PM
Allah Hantar Mak Saya Untuk Tunjukkan Yang Kerajaan Bagaimana Dengan Penjagaan Sultan - Anak Suspek

Lelaki Dakwa Anak Kepada Wanita Cuba Serang Sultan Perak Bersuara
Pada 31 Ogos lepas, tular rakaman memaparkan seorang wanita bertindak naik ke atas pentas utama dan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Ipoh.
Susulan itu, wanita berkenaan telah ditahan dilokasi kejadian dan dibawa ke balai polis untuk disiasat. Menerusi perkembangan terbaru, wanita tersebut telah dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan untuk tindakan lanjut.
Anak bersuara susulan penahanan ibu?

Walau bagaimanapun, pada Selasa lalu, seorang lelaki yang mendakwa anak kepada wanita yang didakwa cuba mendekati Sultan Perak itu telah bersuara di media sosial berkenaan ibunya.
Menurutnya, dia meminta netizen untuk tidak membuat fitnah yang berlebihan terhadap ibunya dan hanya dia yang mengetahui sakit apa yang dialami wanita itu.
Posting yang dimuat naik di TikTok itu memaparkan gambar lelaki berkenaan bersama seorang wanita yang didakwa individu yang terlibat dalam kes tersebut.
Biar orang nak kata apa yang penting dia tetap mak aku.
“Tak perlu nak buat fitnah yang melebih, aku je yang tahu apa sakit yang dia alami selama ni. Semoga statemeng yang ***** buat untuk selesaikan kes ini berjalan dengan lancar.
Anak mana nak tengok mak sendiri dicaci sedangkan dia sakit seumur hidup,” tulis di kapsyen. Sementara itu di ruang komen, lelaki terbabit juga mengatakan yang dia tidak akan memaafkan tindakan mereka yang tidak ‘censor’ video yang tular berkaitan isu membabitkan baginda Sultan Perak itu.
Pun begitu, perkongsian berkenaan telah mengundang pelbagai komen netizen yang mendakwa tindakan lelaki itu memuat naik gambar ibunya telah menyebabkan identiti ibunya tersebar.
Malah ada juga yang mengatakan perkara yang berlaku boleh menjadi asbab untuk menunjukkan betapa longgarnya tahap keselamatan terhadap individu bergelar VVIP.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang memakai kemeja dan seluar hitam telah berlari ke arah Sultan Nazrin yang sedang berdiri memberi tabik hormat ketika lagu kebesaran negeri Perak dimainkan.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah selain rekod rawatan psikiatri yang kini berada di bawah pengawasan pakar.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|