CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 1

[Jenayah] Peniaga wanita rugi lebih RM500,000 terpedaya skim pelaburan tak wujud

[Copy link]
Post time 8-9-2025 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga wanita rugi lebih RM500,000 terpedaya skim pelaburan tak wujud
BERNAMA - September 8, 2025 @ 9:32am


BATU PAHAT: Seorang peniaga wanita kerugian RM571,242 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui iklan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mangsa berusia 55 tahun itu mula berurusan dengan suspek yang tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp selepas tertarik dengan tawaran pulangan keuntungan tinggi yang diiklankan pada 16 Mac 2024.

"Antara 10 hingga 31 Julai lalu, mangsa membuat beberapa transaksi ke tiga akaun bank berbeza berjumlah RM571,242. Mangsa kemudian melihat paparan keuntungan sebanyak RM804,000 dalam aplikasi pelaburan tersebut.

"Bagaimanapun, apabila cuba mengeluarkan wang tersebut akaun berkenaan didapati disekat. Mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, Shahrulanuar Mushaddat menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai jenayah komersial melalui portal rasmi Cyber Crime Alert.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan juga disaran segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi membolehkan tindakan pantas menyekat pengaliran keluar wang dilakukan. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2025 10:17 AM | Show all posts
Sudah-sudah la skim pelaburan palsu macam ini. Merdekakan diri kita daripada jerat pelaburan palsu sempena Hari Malaysia ini. Selamat Hari Malaysia. Maaf zahir dan batin.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4047 Replies : 179

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.306613 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list