CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih enam dekad tunggu status warganegara

[Copy link]
Post time 8-9-2025 03:48 AM | Show all posts |Read mode
Lebih enam dekad tunggu status warganegara

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
07 September 2025 01:23pm




Siew Khim (dua dari kanan) bersama 14 individu yang memperoleh kewarganegaraan di dalam Program Kewarganegaraan Pulau Pinang pada Ahad.




GEORGE TOWN – Penantian panjang seorang lelaki warga emas, Chan Weng Poh, 83, untuk mendapatkan status kewarganegaraan Malaysia berakhir apabila menerima kelulusan selepas lebih enam dekad menetap di negara ini.

Weng Poh yang berasal dari China tiba di Tanah Melayu pada tahun 1957 ketika berusia 15 tahun, beberapa bulan sebelum negara mencapai kemerdekaan.


Menurutnya, keadaan hidup yang susah menyebabkan dia dan pakciknya datang ke negara ini dengan menaiki kapal.

“Perjalanan mengambil masa seminggu atas kapal. Masa tu tiada apa, hanya mahu mencari kehidupan lebih baik di sini,” katanya ketika ditemui di Pusat Transit Gelendangan George Town di sini pada Ahad.


Weng Poh adalah salah seorang daripada 14 individu yang memperoleh kewarganegaraan menerusi Program Kewarganegaraan Pulau Pinang.

Program tersebut turut dihadiri Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim.

Weng Poh berkata, Selepas menetap di Malaysia dia membina keluarga dengan berkahwin dengan seorang wanita tempatan ketika berusia 50 tahun.


Katanya, perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Chan Wei Lun, 33 dan Chan Khai Loon, 26.

Namun, ujarnya, status kewarganegaraan menjadi persoalan besar dalam hidupnya apabila dia hanya memiliki taraf penduduk tetap sepanjang lebih 67 tahun tinggal di Malaysia.

"Saya telah memohon kewarganegaraan sejak kira-kira 10 tahun lalu sebelum akhirnya diluluskan tahun ini. Sebelum ini, saya hanya memegang status pemastautin tetap.

“Memang lama saya tunggu, syukur akhirnya dapat juga status kewarganegaraan. Saya sudah anggap Malaysia sebagai rumah saya sejak dulu lagi kerana di sinilah saya membesar, berkahwin dan membesarkan anak-anak,” ujarnya.

Kini, dengan status kewarganegaraan yang sah, Weng Poh berasa lebih lega dan bersyukur kerana tidak lagi dibelenggu kebimbangan berkaitan hak serta kedudukannya di negara ini.


"Paling saya gembira, saya dapat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan banyak lagi keistimewaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Anak istimewa

Peniaga laksa, Teoh Guat Kheng, 66, turut berkongsi kegembiraan apabila anak istimewanya, Teoh Zheng Yang, 13, berjaya memperoleh taraf kewarganegaraan.


Menurutnya, Zheng Yang merupakan seorang kanak-kanak sindrom Down yang kini bersekolah di sekolah khas di Jelutong.

"Sebelum ini anak saya berdepan kekangan kerana tidak mempunyai dokumen kewarganegaraan sah. Ibu Zheng Yang berasal dari Indonesia telah pulang ke negara asal sejak lama dahulu selepas beberapa tahun melahirkannya.

“Saya tidak berkahwin dengan ibunya, tetapi saya kemudian berkahwin dengan orang tempatan dan ada empat anak-anak termasuk Zheng Yang,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya status kewarganegaraan yang sah, anaknya itu berjaya memperoleh kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang amat penting bagi mendapatkan kemudahan dan bantuan sewajarnya.

“Syukur sangat, sebab kalau tak ada kewarganegaraan, anak saya memang susah nak dapat hak sebagai OKU. Sekarang lebih lega, ada perlindungan untuk masa depan dirinya,” katanya lagi.

Sementara itu, Siew Khim berkata, Kerajaan Pulau Pinang komited dalam memastikan golongan tidak berwarganegara khususnya kanak-kanak mendapat bantuan sewajarnya melalui Program Kewarganegaraan Pulau Pinang.

Menurutnya, program itu bukan sahaja menyediakan khidmat permohonan dan konsultasi malah berperanan sebagai jambatan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dalam mencari penyelesaian yang lebih berkesan.

“Kanak-kanak tidak berwarganegara bukan salah mereka. Kerajaan tidak boleh membiarkan kelemahan sistem dan kekurangan maklumat terus merampas masa depan mereka,” ujarnya.

Menurutnya, sejak ditubuhkan pada 2013 program berkenaan telah menguruskan lebih 5,595 kes meliputi 3,504 permohonan kewarganegaraan Malaysia yang mana 569 kes berjaya diluluskan.

"Kebanyakan kes tanpa kewarganegaraan berpunca daripada faktor perkahwinan tidak berdaftar dengan pasangan warga asing, kelewatan mendaftar kelahiran serta kekeliruan ibu bapa tentang undang-undang.

Tidak tahu

“Ramai bapa sebenarnya tidak berniat mengabaikan tanggungjawab tetapi mereka tidak tahu bahawa perkahwinan dengan pasangan asing wajib didaftarkan secara sah di Malaysia.

"Jika tidak, anak yang lahir tetap tidak layak mendapat kewarganegaraan walaupun dilahirkan di negara ini,” katanya.

Jelas beliau lagi, masalah ini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat berpendidikan rendah atau kurang akses maklumat, sama ada di bandar atau luar bandar.

"Saya menasihatkan ibu bapa agar mendapatkan bantuan terus melalui program itu dan tidak bergantung kepada ejen atau pihak luar yang menawarkan perkhidmatan ‘urus kewarganegaraan’. Ramai yang ditipu oleh mereka tidak bertanggungjawab.

“Program ini percuma sepenuhnya, tiada bayaran dikenakan. Pegawai akan membantu menyediakan dokumen, memberi konsultasi dan menguruskan koordinasi dengan jabatan berkaitan.

"Selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan diluluskan, ramai kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang sebelum ini gagal memohon akhirnya mendapat peluang baharu untuk menghantar permohonan semula,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Program Kewarganegaraan Pulau Pinang di Komtar Aras 44 atau talian 04-6505105.

https://www.sinarharian.com.my/article/746928/edisi/utara/lebih-enam-dekad-tunggu-status-warganegara


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4148 Replies : 179

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.205966 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list