CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 164|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat kenderaan kemalangan punca lebuh raya sesak hampir sejam

[Copy link]
Post time 8-9-2025 03:23 AM | Show all posts |Read mode
Empat kenderaan kemalangan punca lebuh raya sesak hampir sejam

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
07 September 2025 03:57pm





Keadaan lori dan kereta remuk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Kampung Batu Uban pada Ahad.




GEORGE TOWN - Lebuh raya utama yang menghubungkan bandar ke kawasan perindustrian Bayan Lepas sesak teruk selepas berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori dan tiga buah kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Kampung Batu Uban pada Ahad.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.25 tengah hari itu, empat pemandu termasuk seorang lelaki berusia 40 tahun yang memandu lori Isuzu dilaporkan terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.


Menurutnya, tiga lagi pemandu yang memandu Nissan Serena berusia 24 tahun, pemandu Perodua Alza (56 tahun) serta pemandu Proton Persona (65 tahun) tidak mengalami kecederaan.

"Orang awam yang berada di lokasi bertindak pantas membantu mangsa keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak tiba pada jam 1.40 petang dan mendapati kemalangan melibatkan empat mangsa. Pemandu lori mengalami cedera ringan dan menerima rawatan awal daripada unit Insentif Rawatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau menambah, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya menjalankan kerja pembersihan sisa kemalangan bagi memastikan laluan selamat.

"Operasi tamat pada jam 2.24 petang selepas kawasan disahkan selamat sebelum kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Difahamkan, kejadian itu menyebabkan aliran trafik di lebuh raya berkenaan terganggu hampir sejam sebelum keadaan kembali terkawal.

https://www.sinarharian.com.my/article/746961/edisi/utara/empat-kenderaan-kemalangan-punca-lebuh-raya-sesak-hampir-sejam


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2026 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.051933 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list