CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2125|Reply: 6

[Dunia] Lelaki tembak polis diburu, tinggalkan kereta ada mayat wanita

[Copy link]
Post time 7-9-2025 01:18 PM | Show all posts |Read mode
IPOH: Seorang anggota polis cedera ditembak dan ditikam dalam pergelutan dengan lelaki yang kemudian dikesan membawa mayat wanita dalam kereta dipandunya di Simpang Pulai di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian berkenaan, konstabel polis berusia 26 tahun itu cedera ditembak di perut dan ditikam manakala pistol miliknya turut dilarikan suspek.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata pasukan rondaan pencegahan jenayah dari Balai Polis Simpang Pulai mengesan sebuah kereta mencurigakan di Taman Desa Pakatan kira-kira jam 1.15 pagi tadi.
"Apabila anggota bertugas cuba menahan kenderaan itu, suspek terus memecut untuk melarikan diri

"Kereta suspek kemudian berhenti di kawasan kebun kelapa sawit sebelum berlaku pergelutan membabitkan suspek dan anggota polis yang mengejarnya.
"Ketika bergelut, suspek merampas senjata anggota itu lalu menembaknya di bahagian perut.
"Mangsa turut ditikam sebelum suspek melarikan diri bersama pistol terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Noor Hisam berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kereta dipandu suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang.
"Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mengenal pasti identiti serta punca kematian wanita berkenaan," katanya.
Beliau berkata, anggota polis berkenaan dalam keadaan stabil dan mendapatkan rawatan di HRPB.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Noor Hisam berkata, polis giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 012-2500019



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape la naseb polis Perak ni..  Asek kene buli je le.  Aritu senang2 pompuan naik pentas pelok raje.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Parah anggota ni kan. Harap yang baik2 utk dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 07:46 AM | Show all posts
Noh suspek lari pulak. Dahla pistol dlm genggaman
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hart_attack at 8-9-2025 05:44 PM

Beraninya suspek tu, apa motif dia lari mayat wanita?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 08:38 AM | Show all posts
bangsa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2025 12:40 PM | Show all posts
bahayanya lari dgn pistol pulak tu. harap polis dapat tangkap cepat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046105 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list