CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2638|Reply: 13

[Tempatan] Dikejar 'harimau', wanita diselamatkan selepas tersesat di hutan Bukit Dinding

[Copy link]
Post time 6-9-2025 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Dikejar 'harimau', wanita diselamatkan selepas tersesat di hutan Bukit Dinding
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor - September 6, 2025 @ 8:20pm

Seorang wanita diselamatkan apabila tersesat di hutan Bukit Dinding selepas dikejar haiwan yang disangka harimau, hari ini. - Foto Ihsan APM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita diselamatkan selepas tersesat di hutan Bukit Dinding, di sini selepas dikejar haiwan yang disangka harimau, hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.03 tengah hari.

"Menurut pemanggil, beliau tersesat dan tidak dapat mencari jalan keluar daripada bukit rekreasi berkenaan dan memaklumkan dikejar seekor haiwan seakan-akan harimau.

"Susulan itu dua pasukan dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota daripada Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Lumpur dikejarkan ke loķasi bagi memberikan bantuan," katanya.

Menurutnya, anggota APM menemui mangsa dalam keadaan sesak nafas kerana ketakutan, sebelum dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

"Haiwan yang dikatakan seakan-akan harimau itu selepas mendapatkan penerangan daripada mangsa, pasukan mengandaikan ia seekor babi hutan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2025 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bukit dinding ni ikutkan tagging dia punyalah clear, mcmana lah boleh sesat tu, lgpun ramai je hiking naknya time cuti, kalau ular tu mmg biasalah nampak
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah pewai tu, bunyik tapak kaki sendiri pun kata diekori..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 08:56 AM | Show all posts
Harimau jadian barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Serious ada babi hutan situ? X selamat da tmpt tu kalo mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 10:11 AM | Show all posts
otai_g replied at 7-9-2025 09:48 AM
Serious ada babi hutan situ? X selamat da tmpt tu kalo mcm tu

babi hutan boleh percaya lagi kalau ada kat hutan tu,kalau harimau tu mmg payah la nk ada,hutan kecik je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2025 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena kejar dgn slazenger ke tak pun kucing utan mcm alip sokri punya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkinkah dikijar...'werewolf dari Bangladesh'???-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
biskut tiger?...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 7-9-2025 07:11 PM

Nak manja2 abang apm angkat turun dan stabilkan emosi dgn cerun bukit itu kalau turun sendiri mau tergolek sbb bukan laluan org awam
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tersesat tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi hutan ni.. Kt situ mmg ada babi hutan sblm ni.. Ingatkan dh pupus.. Kalo ular tu mmg ada..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 02:26 PM | Show all posts
Samerosie replied at 7-9-2025 10:38 AM
Dia kena kejar dgn slazenger ke tak pun kucing utan mcm alip sokri punya tu.

Mungkin dikejar Puma di kaki sendiri. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pilih trek jalan tar lepas ni. Ramai sikit manusoa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.095700 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list