CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5539|Reply: 27

[Tempatan] Rakyat sudah lama tahu,kerajaan yang lalai:Kahwin Rakyat Tempatan, Taktik Warga Asing Berniaga Secara Sah- Datuk Dr Fuziah Salleh

[Copy link]
Post time 6-9-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 6-9-2025 05:58 PM

Kahwin Rakyat Tempatan, Taktik Warga Asing Berniaga Secara Sah



KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Perkahwinan dengan rakyat tempatan dikenal pasti sebagai modus operandi utama untuk membolehkan warga asing menjalankan perniagaan di negara ini secara sah di sisi undang-undang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) hanya membenarkan warganegara dan pemastautin tetap mendaftar perniagaan milikan tunggal atau perkongsian.

“Namun terdapat warga asing mengambil kesempatan dengan mendaftar perniagaan atas nama pasangan tempatan mereka.

Mungkin kita boleh bincang bagaimana hendak melihat ini sebagai ancaman kepada keadaan peniaga yang lain,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Dewan Negara hari ini.

Fuziah berkata pihaknya sering menerima aduan daripada peniaga tempatan yang berasa tergugat dengan keadaan tersebut namun hakikatnya pendaftaran perniagaan tersebut adalah sah memandangkan yang berdaftar ialah pasangan tempatan mereka.

Fuziah berkata pendaftaran perniagaan seperti kedai runcit di bawah Akta 197 terhad kepada warganegara Malaysia atau pemastautin tetap sahaja, sebagai langkah perlindungan kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan daripada persaingan luar.

Setakat ini, ​​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak ada undang-undang yang mengatakan kalau berkahwin dengan warga asing, tidak boleh daftar perniagaan, tidak ada undang-undang yang begitu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima pelbagai saranan masyarakat termasuk mengehadkan pendaftaran perniagaan kepada pasangan warga asing dalam tempoh tertentu selepas berkahwin, termasuk hanya dibenarkan selepas lima tahun perkahwinan.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga asing dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan KPDN tidak mempunyai kuasa tangkapan.

Mereka boleh mengambil pekerja asing tetapi kadang-kadang apabila kita tidak buat serbuan, pekerja asing ini duduk di kaunter hadapan. Itu tidak boleh tetapi apabila KPDN turun dan tidak ada kuasa, kita kena panggil JIM.

“Pekerja asing memang tidak boleh duduk di kaunter juruwang tetapi mereka boleh duduk di stor, kira stok dan angkat barang. Itu undang-undang apabila kita beri permit,” katanya.

Sumber: BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2025 06:26 PM | Show all posts
Edited by silance at 6-9-2025 06:30 PM

Zaman govt sebelum-sebelum ni mana ada ambil tau semua ni.
Modus operandi by pati paki. Bangsa lain kurang dapat sambutan.
Step 1 : Pati paki datang airport konon tourist dulu takdak strict checking. Suda masuk tak mau keluar duduk as pati sambil cari bini. Macamana documention untuk nikah boleh lulus pun tak taulah.
Step 2 : Bini apply lesen kedai runcit. Suda dapat 1 lesen mereka buka 3  4 kedai guna lesen sama. Staff yang luluskan lesen mungkin tak tau sebab bini apply single name kot.
Step 3 : Angkut adik abang sepupu sepapat kerja kedai runcit tadi. Satu bini dipergunakan untuk bawa belas/puluh sedara-mara. Yang nasib cerah boleh repeat steps di atas lagi.

Ini suda banyak taun bukan baru taun ini. Hanya baru taun ini ada AKPS dapat rejek 'tourists' ini halau balik. So sekarang MO mereka mungkin terganggu sedikit.

Aku harap Madani pinda undang-undang kawin asing worang ni ASAP suruh bini ikut balik kampung pati sana.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2025 06:37 PM | Show all posts
Bersyukur atas rezeki masing - masing. Jangan ada sifat iri hati dengan rezeki orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2025 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
TADA la.. Malaysia parampuan cinta kita pakistan.Pakistan pun cinta Malaysia parampuan la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang dengki ka???-Decaff
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2025 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah tahu bertanya pule
Mokcik jgn segan bertanya
With luv bang la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2025 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 6-9-2025 06:37 PM
Bersyukur atas rezeki masing - masing. Jangan ada sifat iri hati dengan rezeki orang lain.

Takda dengki. Kalau perangai elok takpa jugak. Kau tu patut bersyukur duduk sini kawen laki sini. Pastu duk ngata perempuan Malaysia. KO tengok jela indon sana huru Hara. Nusantara mangkrak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2025 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat aku ni membiak kedai runcit Aceh. Yang aku heran maju plak. Mahal berganda plak tu. Banding kedai runcit melayu..tak lama bangkrap. Aku mmg xshopping brg kat Aceh la..MMG beza gila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2025 11:21 PM | Show all posts
sbb tu jgn marah dipanggil malaydesh rata2 pergi boleh nmpak muka bangla (pakistan timur) dan pakistan barat
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2025 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak tutup itu unchr? Dasar betul tak nak tutup bangunan itu. Bukan pun rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 6-9-2025 06:37 PM
Bersyukur atas rezeki masing - masing. Jangan ada sifat iri hati dengan rezeki orang lain.

Lho pikir ada msa orang lain mau iri sama warga asing kahwin dengn tempatan.. Kenapa datang lepas itu suka menghina Malaysia kemudian buat jahat onar? Patut kmu bersyukur.. Madodong sihh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 02:34 PM | Show all posts
boikot bisnes warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 6-9-2025 11:38 PM
Bila nak tutup itu unchr? Dasar betul tak nak tutup bangunan itu. Bukan pun rugi.

Unicef tak pe eh.. kawan anak iols study self funded.. kaya wooo
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 07:52 PM | Show all posts
bisnes paki ni ada yang jaga. persatuan barangakali. pengembangan bisnes dengan kawin adalah strategi yang bagus sebab law susah sedikit nak detect ada salah laku..

klu kerajaan tak putuskan apa nak buat, samada nak hentikan atau tidak, maka kedai2 paki ni akan bertebaran di mana-mana...

sekarang kerajaan kena buat keputusan, kalau tak, maka nanti ada rakyat tempatan merusuh rosakkan atau musnahkan kedai-kedai ni semua ... kalau nak sekat buat law baru, orang asing yang berkawin dgn orang tempatan(ini aku rasa tak boleh elak, sebab ramai andartu) maka perlu had kedai yang dibuka...


Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 6-9-2025 06:26 PM
Zaman govt sebelum-sebelum ni mana ada ambil tau semua ni.
Modus operandi by pati paki. Bangsa lain ...

Zaman Barisan Nasional. Sebab pemimpin Barisan Nasional dari Makassar dan Ponorogo.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hok aloh..  Sang Saka Tuwe tu dulu aman2 je kawen bini dia siap dapat jadi PM lebey 2 dekad lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2025 09:10 AM | Show all posts
Bila tanya pej agama nape bagi kawen

pej agama kata "abis tak kan nak galak kan maksiat"

guano tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 12:47 PM | Show all posts
kedai acheh, arab yang berleluasa kat malaysia ni macamana pula?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm priskis lah. Sanggup bermadu lps tu buat bisnes kat sini guna nama laki.
Lps tu kutuk madu, kutuk negara kita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 6-9-2025 06:37 PM
Bersyukur atas rezeki masing - masing. Jangan ada sifat iri hati dengan rezeki orang lain.

Cuba warga MALAYSIA pegi negara kau buat mcm tu. Mesti warga kau pun tak suka kan.
Tgk je la perangai warga kau yg suka baling telur kat kedutaan malaysia.
Mcm tu punya perangai nak panggil apa? Haramjadah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.204417 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list