|
|
[Tempatan]
DNA tak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan - Pakar forensik
[Copy link]
|
|
|
ko yg bongok atau aku yg bongok
ko kata..
"Muntri Pendidikan komen ntah apa2"
lepas ko kata tu
aku plak tanya ko
"adakah Muntri boleh komen mendahului mahkamah"

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2025/09/1447722/saksi-mahu-tahu-kandungan-diari-selepas-ibu-zara-qairina-berulang-kali
Saksi mahu tahu kandungan diari selepas ibu Zara Qairina berulang kali minta
KOTA KINABALU: Saksi kelapan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, pihaknya mahu tahu kandungan diari arwah selepas ibunya berulang kali menyebut mengenai dokumen itu.
Pada prosiding hari ini, Ketua Warden, Azhari Abd Sagap, berkata tiada siapa yang memberi kebenaran kepada pihaknya untuk membaca diari arwah selepas ditanya peguam ibu arwah, Shahlan Jufri mengenai perkara itu.
Beliau turut menjelaskan mengenai penyerahan barangan milik arwah Zara Qairina kepada ibunya yang turut merangkumi sebuah diari 'Love and Peace' di bilik isolasi asrama perempuan sekolah arwah sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya beliau pertama kali melihat gambar diari berkenaan pada prosiding hari ini dan tidak pernah melihatnya sebelum ini.
Shahlan: Siapa benarkan kamu dan cikgu lain baca diari Zara?
Azhari: Tiada, kami yang mahu tahu apa isinya sebab ibu Zara yang minta dengan kami berulang kali.
Shahlan: Ketika ibu Zara ambil barang milik arwah di bilik isolasi ada dairi diberi pihak sekolah. Siapa yang menjumpai diari 'Love and Peace' ini? (merujuk kepada eksibit mahkamah).
Azhari: Ini tiada yang menjumpai, semua barang yang di lokar arwah diberi kepada ibu Zara kecuali yang dijumpai Cikgu Miswati, iaitu diari Zara dan kawannya semasa mengemas barang di lokar.
Shahlan: Boleh beritahu mahkamah siapakah yang mengemas barang Zara untuk diberi kepada ibu Zara di bilik isolasi?
Azhari: Cikgu Miswati dengan dua pelajar, sebab arahan itu saya bagi kepada Cikgu Miswati.
Shahlan: Siapa dua pelajar itu?
Azhari: Saya tidak ingat, semasa di hospital, ibu dia (Zara) minta diari dan dompet Zara. Dompet memang ada di lokar Zara dengan baki duit sebanyak RM7.
Shahlan: Adakah kamu tahu kewujudan id22 iaitu diari 'Love and Peace'?
Azhari: Tidak, saya baru nampak hari ini.
Shahlan: Mengapa diari 'Love and Peace' diberikan kepada ibu Zara tapi tidak empat diari lain yang dijumpai di lokar Zara?
Azhari: Sebab Cikgu Miswati tidak perasan buku ini, tidak dijumpai di lokar Zara pada masa itu.
Sementara itu, Azhari memberitahu Mahkamah Koroner bahawa 15 helaian kertas dipercayai mengandungi tulisan arwah Zara Qairina yang disebut dalam kenyataan saksinya sebelum ini ditemui di rak buku yang terdapat di belakang kelas arwah.
Beliau berkata rak terbabit yang tidak berkunci dan diperbuat daripada kayu digunakan untuk menyimpan buku teks, buku latihan dan buku nota pelajar.
Saksi memberitahu perkara itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan ketika diminta Shahlan untuk menjelaskan kedudukan rak buku di bilik darjah arwah.
Azhari turut mengakui adalah tidak logik diari milik arwah disimpan di rak buku yang boleh diakses oleh sesiapa saja, namun mengulangi kenyataannya bahawa dokumen itu ditemui di rak berkenaan.
Sebanyak 15 helaian kertas mengandungi tulisan dipercayai milik arwah itu katanya diserahkan kepada pihak polis dan polis turut mengambil gambar kedudukan rak buku terbabit.
Helaian kertas terbabit sudah diserahkan kepada Mahkamah Koroner sebagai eksibit atau barang kes mahkamah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 18-9-2025 06:34 PM
ko yg bongok atau aku yg bongok
ko kata..
aku komen "Muntri Pendidikan komen ntah apa2"
ko plak pi tanya ""adakah Muntri boleh komen mendahului mahkamah"
dah mmg bongok la soalan ko.. tetiba pi tanya pasal mendahului mahkamah.. apekebendenya yg kaitan kritikan aku pasal komen ntah apa2 tu dgn mendahului mahkamah ke tak
dok ulang2 benda bongok je yg ko tanya
dah.. cukup.. ko pi je kat fb menteri pendidikan yg ko sanjung tu pehtu ko puji2 je la dia kat situ
tred ni biar buat letak info2 berita rasmi je buat bacaan acik2 porem utk tidak terlepas apa2 info
takyah nak semak dgn komen2 bongok ko
bingai tak beragak  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
muntri tu x nak komen lebih2
sbb sub judice
ko plak komplen
naper Muntri komen tah hape hape
dah tua pon bodo

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
semua komen pun dia boleh nak kelaskan sbg sub judice.. tu la pasal bongok tak beragak 
ok la acik2 porem sekalian yg setia membaca tred ni utk mendapatkan info2 rasmi kes dan inkues arwah Adik Zara ni, kita abaikan je la komen2 yg tak berkenaan.. kita terus ikuti info2 rasmi je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/09/18/warden-tells-inquest-zara-qairinas-school-began-bedtime-prayers-following-her-death/191560
Warden tells inquest Zara Qairina’s school began bedtime prayers following her death
KOTA KINABALU, Sept 18 — The late Zara Qairina Mahathir’s school, SMKA Tun Datu Mustapha, has introduced bedtime prayers following her tragic death.
Chief warden Azhari Abdul Sagap told the Coroner’s Court today that the measure was decided during a meeting convened by the school’s administration shortly after Zara Qairina’s passing on July 17.
“At the meeting, which was held in the dormitory’s Block C, the school discussed improvements. One of the new things was the recitation of prayers before sleep. Before this, it was only a lights-off order over the loudspeaker at 11pm,” he said.
He said the move was intended to prevent a repeat of similar tragedies, though he could not recall if any other preventive actions were agreed upon.
When asked by Shahlan Jufri, counsel for Zara Qairina’s mother, whether he knew of another case of bullying at the boys’ dormitory that reportedly mirrored Zara Qairina’s, Azhari replied he was unaware.
“I don’t know because I am no longer at the school,” he said, adding that he was temporarily transferred to the department’s headquarters shortly after the incident.
Azhari also confirmed that before Zara Qairina’s death was officially declared, a meeting was held on July 17 involving the school principal, the senior assistant for student affairs and wardens to discuss issues at the hostel.
However, he said he left early to accompany a student to the Papar district police headquarters and did not know the outcome of the meeting.
On the school’s internal probe into alleged bullying on the night of July 15 before Zara Qairina was found unconscious, Azhari said students were questioned and five written statements were taken.
“That was all. As far as I know, the school did not carry out further investigations beyond that, except that there was also an inquiry into another student, referred to as A,” he said.
The inquest into Zara Qairina’s death is ongoing. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2025/09/remaja-didakwa-buli-zara-qairina-pernah-ditegur-buah-tuduhan-melulu/
Remaja didakwa buli Zara Qairina pernah ditegur buat tuduhan melulu
KOTA KINABALU: Salah seorang remaja yang didakwa membuli Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah ditegur pihak sekolah agar tidak membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.
Ketua warden, Azhari Abd. Sagap memberitahu, teguran tersebut diberikan kepada pelajar yang dinamakan sebagai Pelajar A pada 4 Julai lalu.
Katanya, bermula Mac lalu, iaitu kira-kira sebulan selepas sesi persekolahan baharu bermula, ibu kepada Pelajar A itu sering membuat aduan mengenai anaknya yang kehilangan dompet, kad telefon awam diambil dan digunakan oleh senior asrama, almarinya diumpil serta barang peribadi digunakan tanpa kebenaran.
Dalam beberapa aduan yang dibuat oleh ibu Pelajar A, nama Zara Qairina dan seorang penghuni dorm yang sama dengan remaja itu turut disebut.
“Dakwaan A ini tidak ada bukti. Saya sudah siasat tetapi tiada bukti. Saya juga sudah tanya pada pelajar yang dikatakan mengumpil almari Pelajar A tetapi pelajar yang dituduh itu menafikannya,” katanya.
Mengenai kehilangan wang sebanyak RM300, Azhari berkata, Pelajar A seolah-olah tidak kisah sedangkan jumlah kecurian adalah besar.
Katanya, pelajar terbabit juga tidak memberikan sebarang reaksi apabila ditanya mengenai permohonan ibunya yang ingin menukarnya ke dorm lain.
Zara Qairina dan Pelajar A ditempatkan di dorm A3-5 dan ibu Pelajar A membuat permohonan agar anaknya itu dipindahkan ke dorm A3-6.
Ditanya oleh peguam Joan Goh yang mewakili Pelajar A kemungkinan anak guamnya tidak memberikan sebarang respons kerana dia sering dipulau ekoran tindakan ibunya yang selalu membuat aduan, Azhari atau Ustaz Azhari menafikannya.
“Saya tak nampak dia dipulau di kelas. Pelajar A juga tidak menunjukkan bahawa dia stres. Sejak dari Mac sehingga Julai lalu, Pelajar A tidak pernah membuat aduan terus kepada saya atau warden mengenai apa-apa masalah sebaliknya aduan datang daripada ibu Pelajar A,” kata saksi kelapan inkues kematian Zara Qairina pada prosiding yang memasuki hari kesembilan, hari ini.
Selain itu, Azhari turut memaklumkan kira-kira dua hari sebelum Zara Qairina ditemukan terlentang dan tidak sedarkan diri di asrama Blok A, Rabiatul Adawiyah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, remaja terbabit juga dituduh mencuri wang rakan sekelas.
“Pada 14 Julai lalu, ada aduan kepada guru lain dan Zara telah dituduh. Guru itu, Cikgu Sham terus buat spotcheck (pemeriksaan) tetapi tidak menemui apa-apa. Esoknya ibu Pelajar A menghantar mesej melalui Telegram memberitahu dompet Pelajar A yang mengandungi wang, kad pengenalan dan kad bank telah hilang.
“Hasil siasatan mendapati kad pengenalan Pelajar A ada bersama guru hoki kerana pelajar terbabit akan mewakili sekolah dalam satu pertandingan hoki,” kata Azhari.
Terdahulu, Azhari turut memaklumkan ada menerima aduan daripada ibu Pelajar A sekitar Mac lalu, antara lain menyatakan anaknya mengadu wangnya dicuri oleh seorang pelajar dan turut mendakwa bahawa Zara Qairina mempunyai kecenderungan seksual songsang.
“Saya berjumpa dengan Pelajar A dan tanya dia apa berlaku. Dia cerita (perkara sama) mengenai Zara dan seorang lagi pelajar (yang didakwa mencuri). Saya telah maklumkan kepada unit disiplin dan satu OPR (one page report) juga telah dibuat. Salinan OPR saya dah serah pada pihak polis.
“Saya rasa inilah isu gangguan seksual yang tular di media sosial. Hasil siasatan (sekolah) mendapati semuanya adalah salah faham. Ada pengakuan bertulis daripada Pelajar A, Zara dan pelajar yang seorang lagi. Ketiga-tiga mereka juga telah diberikan kaunseling,” katanya.
Ketua warden itu akan menyambung keterangannya esok. – UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-ibu-kepada-salah-seorang-pelajar-dituduh-dakwa-anak-dibuli-539046
Inkues Zara Qairina: Ibu kepada salah seorang pelajar dituduh dakwa anak dibuli
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini, dimaklumkan bahawa ibu kepada seorang pelajar yang dituduh di mahkamah dalam kes membabitkan Allayarham Zara Qairina Mahathir, sering berhubung dengan ketua warden asrama menyatakan anaknya dibuli sejak Mac lalu.
Saksi kelapan, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap berkata, ibunya melaporkan perkara itu secara peribadi kepadanya melalui aplikasi Telegram.
Beliau bagaimanapun berkata, pelajar dikenali sebagai 'A' itu tidak pernah membuat aduan kepada mana-mana guru atau warden.
Azhari berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili salah seorang remaja terbabit dalam kes tersebut, berhubung mesej yang dihantar oleh pelajar 'A'.
Joan: Apa tindakan kamu apabila menerima aduan dari ibu pelajar A?
Azahari: Saya berjumpa sendiri dengan pelajar 'A' dan tanya dia apa yang berlaku. Selepas saya jumpa pelajar 'A', saya beritahu kepada unit disiplin, sudah ambil tindakan dan saya serahkan kepada pengawai polis dan saya rasa inilah isu gangguan seksual yang diviralkan di media sosial. Hasil siasatan sekolah perkara ini cuma salah faham yang diceritakan oleh pelajar 'A'.
Joan: Ibu pelajar 'A' juga ada mengadu bahawa almari anaknya diumpil. Boleh jelaskan?
Azhari: Saya dah siasat tapi tak ada bukti.
Joan: Ada bukti yang almari pelajar 'A' memang kena umpil?
Azhari: Itu saya tidak pasti.
Joan: Cikgu, kamu siasat macam mana kamu tidak pasti? Kamu tengok almari kunci kena umpil atau tidak?
Azhari: Tidak.
Azhari menjelaskan, beliau hanya melakukan siasatan dengan bertanya kepada pelajar yang dituduh mengumpil pintu almari pelajar 'A'.
Prosiding inkues melibatkan Azhari dan saksi-saksi pelajar SMKA Tun Datu Mustapha bersambung esok. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1265536/inkues-ketua-warden-tak-pernah-terima-aduan-buli-terhadap-zara-qairina
Inkues: Ketua Warden tak pernah terima aduan buli terhadap Zara Qairina
Kota Kinabalu: Ketua Warden, Azhari Abd Sagap berulang kali menyebut, tidak pernah, ketika ditanya sama ada pernah menerima aduan buli membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir daripada sesiapa sebelum ini.
Menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah ketika prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina di Mahkamah Koroner hari ini, Azhari berkata, beliau juga tidak pernah menerima aduan daripada ibu bapa arwah.
Beliau juga menjawab, tidak pernah, ketika ditanya sama ada pernah menerima aduan mengenai arwah Zara dibuli oleh empat tertuduh remaja diwakili Abdul Fikry bersama rakan guamannya yang dinamakan B, C, D dan E.
Azhari juga menjelaskan bahawa tahap disiplin pelajar di sekolahnya terkawal dan tidak berlaku masalah disiplin, manakala kebanyakan aduan hanya membabitkan kerosakan peralatan asrama seperti lampu dan kipas, selain lambat turun solat Subuh atau ke sekolah.
Abdul Fikry: Sepanjang menjadi Ketua Warden dari Februari 2025 ada dimaklumkan berkenaan Zara dibuli?
Azhari: Tidak pernah.
Abdul Fikry: Adakah kamu pernah terima aduan Zara berkenaan dia dibuli oleh B, C, D, E?
Azhari: Tidak pernah.
Abdul Fikry: Adakah kamu pernah terima aduan ibu bapa Zara bahawa Zara ada dibuli atau dipukul?
Azhari: Tidak pernah ada aduan daripada ibu bapa Zara dan Zara sendiri.
Sementara itu, Azhari juga menjawab, tiada, apabila ditanya sama ada beliau ada dimaklumkan oleh mana-mana pelajar di lokasi kejadian mengenai buli oleh pelajar B, C, D dan E.
Jawapan yang sama diberikan terhadap soalan sama ada pelajar ada memaklumkan kepada beliau mengenai Zara dipukul di kepala di lokasi kejadian dan selepas kejadian pada 16 Julai lalu.
Abdul Fikry: Sewaktu bersama pelajar di tempat kejadian, adakah mana-mana mereka maklumkan mengenai buli oleh pelajar B, C, D, E?
Azhari: Tiada.
Abdul Fikry: Adakah mana-mana daripada mereka memaklumkan bahawa Zara telah dipukul di kepala?
Azhari: Tiada.
Abdul Fikry: Selepas kejadian menimpa Zara pada 16 Julai, adakah mana-mana pelajar tampil mengadu bahawa kononnya Zara dibuli senior?
Azhari: Tiada.
Abdul Fikry: Adakah mana-mana pelajar tampil buat aduan bahawa Zara ditolak atau dibuang dari tingkat tiga?
Azhari: Tiada.
Abdul Fikry: Adakah mana-mana pelajar tampil buat aduan bahawa Zara dibunuh Senior?
Azhari: Tiada.
Beliau juga mengakui tiada perkara berkaitan buli diceritakan ibu arwah Zara Qairina ketika berjumpa dengannya di hospital, namun pernah melihat posting ibunya di TikTok mengenai perkara itu, namun tidak pasti sama ada ia berunsur buli atau tidak.
"Iya, tiada cerita buli, kami dapat tahupun selepas kami nampak 'posting' ibunya di TikTok. Itupun tidak tahu bulikah apa," katanya.
Terdahulu, Azhari menyifatkan tuduhan yang tular di media sosial kononnya kamera litar tertutup (CCTV) di asrama sekolah dipotong bagi melindungi pembuli sebagai fitnah dan tidak betul.
Beliau menjelaskan memang tiada CCTV dipasang di asrama dan menjelaskan bukan bidang kuasanya ketika ditanya kenapa peralatan itu tiada dipasang.
"Fitnah, itu semua tidak betul, memang tiada CCTV di asrama," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/09/18/graffiti-mocking-zara-qairina-as-perasan-cantik-more-bullying-claims-surface-at-inquest/191568
Graffiti mocking Zara Qairina as ‘perasan cantik’, more bullying claims surface at inquest
KOTA KINABALU, Sept 18 — The Coroner’s Court today heard further allegations of bullying at SMKA Tun Datu Mustapha that may not have been confined to Zara Qairina Mahathir.
The inquest was told that graffiti mocking Zara Qairina as “perasan cantik” — or “thinks she’s pretty” — was scrawled on a classroom wall, and that bullying at the school may have extended to another student who has since transferred out following Zara Qairina’s death.
The school hostel’s chief warden Azhari Abdul Sagap confirmed he was aware of the graffiti in the school’s Design and Technology (RBT) room but denied knowledge of an alleged female student group known as “Circle 19.”
Pressed by lawyer Shahlan Jufri, Azhari also acknowledged that Zara Qairina was likely subjected to unsanctioned questioning by her seniors before she was found critically injured on the hostel grounds.
“Yes, she was accused of stealing by Form One students,” Azhari testified, adding that the students had gone through her locker and bag in search of missing items without permission from her or the wardens.
Earlier, the court also played an audio recording in which Zara Qairina was heard telling her mother about another student, “Kak M”, using threatening words against her — which Azhari described as a reaction from someone who was “emotionally unstable.”
Separately, lawyer Joan Goh presented messages from another student’s mother, showing months of complaints of harassment and theft that allegedly left her daughter feeling isolated.
The complaints, lodged between March and July, alleged that her daughter’s locked cupboard had been pried open, her belongings tampered with and strewn about, money stolen, items used without permission and that she was ostracised after speaking out.
Azhari confirmed receiving the complaints over Telegram but said he had “investigated” the matter by questioning the victim — a student referred to as “A”, who he said seemed unbothered — as well as those accused, who denied any wrongdoing.
He said no action was taken because there was “no proof”, adding that A never personally approached him and that all complaints came from her mother.
“We do make reports if there is evidence. But in these cases, there was none,” he told the court.
Goh detailed multiple messages sent by A’s mother over four months, including an official request to move her daughter to another dorm, saying the situation was out of control.
In response, Azhari said he had asked the student if she was “okay” during class, but she remained silent and appeared unbothered.
At one point, Coroner Amir Shah Amir Hassan and lawyers debated whether questions relating to other complaints should be allowed, with Shahlan objecting that they went beyond the inquest’s scope of determining Zara Qairina’s cause of death.
Goh argued the pattern pointed to a culture of neglect and bullying at the school.
“My client is also a victim. We do not even know what she had done to be accused in court of bullying,” she said.
The inquest continues tomorrow with Azhari still on the stand. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1447760/ma-bermaksud-mesyuarat-asrama-ketua-warden
'MA' bermaksud mesyuarat asrama - Ketua Warden
KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) – Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa istilah 'MA' yang digunakan pelajar merujuk kepada "Mesyuarat Asrama".
Azhari, 31, yang juga guru Bahasa Arab kepada Zara Qairina, berkata istilah itu bermaksud perjumpaan ramai pelajar dan bukannya sesi memanggil dan menyoal seorang pelajar secara peribadi.
Saksi kelapan itu berkata demikian ketika disoal peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara Qairina, pada hari kesembilan prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Shahlan: Kenapa wujudnya 'MA' di asrama?
Azhari: Tidak tahu
Shahlan: Zara Qairina dipanggil pelajar senior untuk kes curi adalah 'MA'? Boleh kamu memberi respons terhadap pemahaman saya ni?
Azhari: Kalau pemahaman saya, nama pun mesyuarat maksudnya ramai-ramai, bukan dipanggil secara peribadi dan disoal, macam tu lah. Apa yang saya faham, tindakan pelajar senior itu adalah melakukan siasatan terhadap kes curi (membabitkan Zara Qairina), sekadar bertanya saja, 'betul atau tidak kau (Zara Qairina) mencuri,' itu saja.
Pada minggu lepas, pengawal keselamatan sekolah itu, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, mengesahkan wujudnya budaya 'MA', iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior di asrama sekolah itu, dan beliau tidak menolak kemungkinan Zara Qairina turut dipanggil menghadiri sesi berkenaan.
Menurut Linah, 'MA' telah diharamkan kerana pelajar senior bertindak sesuka hati.
Prosiding inkues bersambung esok. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 18-9-2025 08:52 PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1447760/ma-bermaksud-mesyuarat-asrama-ketua-warde ...
Chuols kat sini rupanya. Jom la g benang sebelah sis. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa contoh "komen ntah apa2" Menteri pendidikan tu
dan apa sebab ko kata komen tu "ntah apa2"

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 18-9-2025 09:04 PM
Chuols kat sini rupanya. Jom la g benang sebelah sis.
takpe la.. korang borak2 je la.. saya silent read je sambil2 tengah buat kerja lain ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 18-9-2025 09:16 PM
takpe la.. korang borak2 je la.. saya silent read je sambil2 tengah buat kerja lain ni
Meh la angkut link² tu sis. Ai copypaste ,hbs semua dicopy |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 18-9-2025 09:20 PM
Meh la angkut link² tu sis. Ai copypaste ,hbs semua dicopy
nanti time saksi kanak2 nanti kena tunggu ulasan para peguam je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 18-9-2025 08:19 PM
https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2025/09/remaja-didakwa-buli-zara-qairina-pernah-ditegur- ...
matilamaknakkkkk harap semua wasap tu tk delete dn ibu A akn d panggil jugakkkk sebagai saksi....sib bek la A ni kaki ngadu...siapakah A adakah Y yg mak arwah bayangkan yg baik tu sebenarnya tk baik gitu la kot....speku sajaaac |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakaman Audio Zara,Ibu Diperdengarkan di Mahkamah
KOTA KINABALU, 18 September – Rakaman audio perbualan antara Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan ibunya, Noraidah Lamat, diperdengarkan di Mahkamah Terbuka hari ini sebagai sebahagian prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
Rakaman berdurasi lebih dua minit tersebut memaparkan luahan Zara mengenai seorang pelajar dikenali sebagai A, yang didakwa menjadi bahan ejekan rakan-rakan selepas mengeluarkan kenyataan “Sok Sok Senior” terhadap adik salah seorang pelajar lain.
Pelajar A merupakan salah seorang daripada lima tertuduh yang kini berdepan prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak atas kesalahan mencela Zara.
Rakaman berkenaan dikemukakan pasukan peguam mewakili ibu Zara di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, ketika sesi soal jawab bersama saksi kelapan, Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap.
Menjawab pertanyaan peguam mengenai tindakan susulan berhubung penularan audio itu, Azhari memaklumkan siasatan dalaman telah dijalankan, termasuk mendapatkan kenyataan bertulis daripada pelajar yang terlibat.
Prosiding turut dimaklumkan bahawa sejak Mac lalu, ibu pelajar A ada membuat aduan kepada Azhari, mendakwa anaknya menjadi mangsa pelajar senior, termasuk barang dipinjam hingga rosak dan tidak dipulangkan, selain wang turut dicuri.
Sumber : Berita RTM Sabah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2025/09/1277543/zara-qairina-inquest-close-friend-witnessed-her-ambulance-arrived
Zara Qairina inquest: Close friend witnessed her before ambulance arrived
KOTA KINABALU: A student who witnessed the late Zara Qairina Mahathir before she was taken to hospital moved out of SMKA Tun Datu Mustapha a few weeks later, the Coroner's Court heard.
The school's chief warden, Azhari Abd Sagap, told the inquest that the student — referred to as Student A — was a close friend of Zara.
Under examination by Student A's lawyer, Joan Goh, the 31-year-old witness confirmed that Student A had been present when Zara was found unconscious on July 16 at around 3am.
"On that day, I asked Student A to come after reading a message from her mother. I do not recall the exact time I contacted her, but it was before the ambulance arrived. Student A did see Zara," Azhari said before Coroner Amir Shah Amir Hassan on the 10th day of the inquest.
Student A's mother had last messaged Azhari on July 15 at 10.54pm to inform him about her daughter's missing wallet.
Zara was discovered unconscious at the school on July 16 and was pronounced dead the following day at Queen Elizabeth Hospital.
Forensic pathologist Dr Jessie Hiu, the first witness in the inquest, previously testified that Zara's injuries were consistent with a fall from height and that foul play had been ruled out.
Meanwhile, Azhari said he was unsure whether Student A had requested a transfer because she was traumatised by the incident.
The court also heard that Student A's mother had applied for her daughter's medical leave between July 28 and Aug 4, and again between Aug 8 and. On Aug 11, she informed Azhari that she would come to the school to collect her daughter's belongings. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|