|
|
[Tempatan]
DNA tak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan - Pakar forensik
[Copy link]
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-aku-tidak-mencuri-zara-qairina-menangis-nafi-tuduhan-sebelum-ditemui-tidak-sedarkan-diri-538862?amp=1
Inkues: 'Aku tidak mencuri!' - Zara Qairina menangis, nafi tuduhan sebelum ditemui tidak sedarkan diri
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir telah dituduh mencuri sejumlah wang pada malam sebelum kejadian dan diminta bersumpah menafikan tuduhan tersebut.
Saksi kelapan, Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Azhari Abdul Sagap, 31, berkata beliau mendapat maklumat itu melalui pengakuan bertulis daripada lima pelajar terbabit.
Menurut keterangan, ketua bilik asrama telah menuduh Zara Qairina melakukan perbuatan itu selepas seorang pelajar melaporkan kehilangan sejumlah wang.
Zara Qairina bagaimanapun menafikan dakwaan dan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak melakukannya.
“Pelajar lain kemudian memeriksa lokarnya dan menjumpai pin bendera milik ketua dorm.
"Zara dipanggil semula ke bilik lain dan diminta bersumpah ‘wallahi’. Dia tetap tidak mengaku,” kata Azhari menjawab soalan peguam keluarga Zara, Shahlan Jufri, pada hari ke-8 prosiding inkues di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.
Katanya, ketika itu, berlaku perbalahan lisan dengan kata-kata kesat daripada ketua dorm terhadap mangsa.
Selepas keluar dari bilik, Zara Qairina dilaporkan menangis sambil menjerit, “Aku tidak mencuri” sebelum menuju ke tandas asrama yang mana merupakan kali terakhir mangsa dilihat rakan-rakan.
Azhari menambah, maklumat itu diperoleh daripada lima pelajar tingkatan satu melalui siasatan dalaman serta pengakuan bertulis yang diserahkan kepada pihak sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2025/09/1265164/inkues-zara-qairina-dompet-ditemukan-hari-sama-wang-barangan-lain-hilang
Inkues: Dompet hilang sudah ditemukan senior sebelum Zara Qairina 'disiasat' mencuri
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner diberitahu dompet hilang yang didakwa dicuri Allahyarham Zara Qairina Mahathir sebenarnya sudah dijumpai di blok akademik sekolahnya pada petang 15 Julai lalu.
Ketua Warden, Azhari Abd Sagap berkata dompet itu ditemui seorang pelajar senior, namun belum diserahkan kepada pemiliknya pada malam hari yang sama ketika arwah Zara 'disiasat' atas dakwaan mencuri.
Beliau bagaimanapun, berkata hanya dompet yang dijumpai, manakala duit dan barangan lain dalam dompet itu hilang.
Saksi kelapan inkues kematian Zara Qairina itu berkata demikian ketika ditanya peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu arwah di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada prosiding petang tadi.
Shahlan bertanya sama ada tiada mana-mana barangan yang didakwa hilang itu ditemui semula, termasuk dompet, kad pengenalan (IC) dan kad bank.
Shahlan: Tuduhan curi adalah kecurian duit?
Azhari: Duit, IC dan kad bank, itu yang saya ingat.
Shahlan: Berapa tuduhan curi hari itu yang cikgu tahu terhadap Zara?
Azhari: Ini sahaja pada 15 Julai itu.
Shahlan: Tidak ada dompet, IC atau duit dijumpai?
Azhari: Dompet kita tahu ada mengadu dengan ketua bilik, tapi dompetnya sebenarnya sudah dijumpai.
Shahlan: Di mana?
Azhari: Di blok akademik, bangunan sekolah, cuma belum diserah kepada dia pada waktu malam itu, yang pasal pengadu kepada ketua bilik.
Shahlan: Siapa jumpa dompet itu?
Azhari: Pelajar (senior) pada petang 15 Julai, cuma belum diserah kepada pemiliknya pada malam itu.
Shahlan: Maksudnya apa yang Zara buat, iaitu dengan bersumpah wallahi dia tidak curi dompet itu betullah?
Azhari: Berdasarkan pengakuannya, iya. Cuma dompet itu, maksudnya duit tidak ada.
Shahlan: Tiada benda lain dijumpai di loker atau beg Zara oleh ahli dorm (bilik asrama)?
Azhari: Yang saya tahu itu sahaja.
Azhari turut mengiyakan bahawa tiada duit dan IC ditemui dalam almari di bilik asrama arwah Zara Qairina.
Sementara itu, Azhari turut mengakui tiada laporan kepada warden mengenai kes kecurian yang dikaitkan dengan arwah Zara Qairina.
Beliau juga mengakui kes seperti itu sepatutnya dilaporkan kepada warden untuk disiasat apabila ditanya Shahlan sama ada boleh atau tidak ketua bilik dan pelajar senior mengambil tindakan sendiri terhadap arwah Zara Qairina. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
updated malaymail article..
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/17/students-last-saw-zara-qairina-crying-after-being-accused-of-stealing-flag-pin-inquest-hears/191443
Students last saw Zara Qairina crying after being accused of stealing flag pin, inquest hears
KOTA KINABALU, Sept 17 — The Coroner’s Court was told today that 13-year-old Zara Qairina Mahathir was last seen by other students in distress after being accused of stealing.
According to head warden Azhari Abdul Sagap, written statements from students said Zara Qairina was confronted by those from a neighbouring dorm over allegedly stolen items, which she denied.
Azhari testified that during the confrontation, some students were said to have searched her bag and locker and claimed to have found a Malaysian flag pin belonging to the dormitory leader.
“They confronted her and she swore that she did not [steal]. That’s when some harsh words were uttered by Zara’s dorm leader. That’s what the students said. That’s all that was written,” said Azhari.
“From the investigation, she left the room crying and screamed ‘I did not steal, stupid’ as she went to the toilet.”
“That’s the last she was seen, at the toilet, before she was found on the ground floor,” he added.
Azhari is the eighth witness called in the inquest into Zara Qairina’s death.
She was found unconscious in a drain beside her hostel at SMKA Tun Datu Mustapha in Papar in the early hours of July 16.
She was taken to Queen Elizabeth Hospital, where she was pronounced dead the following day after succumbing to her injuries.
Azhari told the Coroner’s Court that an internal investigation was conducted on July 16 by a “disciplinary unit,” which resulted in five written statements from students.
Shahlan: Do you still have these written confessions?
Azhari: I no longer have them, but I surrendered them to Inspector Wong on July 16.
Shahlan: What did they say?
Azhari: They said a Form One student reported missing belongings and Zara was called to the dorm leader for a confrontation. She swore she did not take anything. Meanwhile, some students opened her locker and bag looking for the stolen items. They found a Malaysian flag pin belonging to Zara’s dorm leader. The dorm leader then went to confront her. Zara again denied it.
Shahlan: What else?
Azhari: They said Zara left the room crying, shouting, “Saya tidak mencuri bah, bodoh” (“I didn’t steal, stupid”), before running to the toilet. That was the last time she was seen before being found below the hostel.
Shahlan: What were the accusations?
Azhari: I recall the accusations were about money, an IC and a bank card. A wallet was missing, but it was found. No money or IC was discovered in Zara’s locker or bag.
Shahlan: So when Zara swore she didn’t steal the wallet, she was telling the truth?
Azhari: Based on the confessions, yes. Only the wallet was found. No money or IC was found.
Shahlan: Based on your opinion, can action such as this be taken by the dorm leader and other seniors — bolehkan buat begini?
Azhari: They should have reported it to the warden.
Shahlan: Was any report made?
Azhari: No. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/17/zara-qairinas-diaries-were-read-by-warden-teachers-and-students-before-being-handed-to-police-court-told/191464
Zara Qairina’s diaries were read by warden, teachers and students before being handed to police, court told
KOTA KINABALU, Sept 17 — The Coroner’s Court here was told that the diaries and handwritten pages of Zara Qairina Mahathir were read by her school warden, teachers and students before being handed over to police in the days following her fall and death at a religious boarding school in Papar.
Azhari Abd Sagap, the 31-year-old head warden of SMKA Tun Datu Mustapha, testified that he, another teacher and some students had gone through the 13-year-old’s writings before surrendering them to the investigating officer on July 18, two days after she was found unconscious on the ground floor of her dormitory.
Below is a transcript of the exchange between lawyer Shahlan Jufri and Azhari:
Q: But you had already seen the diaries on July 17?
A: Yes. On July 17, I had two diaries in my possession. I read about two pages, but the IO (investigating officer) told me to collect everything first and only hand them over once complete. So I returned them to Cikgu Yuslina for safekeeping until July 18.
Q: Were the diaries read before police received them?
A: Yes. On July 17, both I and Cikgu Yuslina read through almost all the contents separately. Some students also saw the diaries. There were a few pages we photographed and passed to the police that day.
Q: Where did you read them?
A: At the school.
Q: Did Zara’s mother ask about the diaries?
A: Yes. On July 16, at the Emergency Department, she mentioned that Zara was diligent in writing and cheerful, and she asked us for the diaries. She said Zara loved keeping journals.
Q: Why didn’t you give the diaries to her then?
A: Because of the school’s internal discussion and later instructions from the IO. On the way to the hospital, Inspector Wong told me not to give them to the mother yet, but to hand them to him first.
Q: What did you tell Zara’s mother?
A: I told her, ‘sorry, I have already handed them to Inspector Wong’ on the evening of the 17th.
Earlier, Azhari told the court that on July 16, Cikgu Gloria found two diaries in Zara’s locker and showed them to him. The following day, Cikgu Miswati discovered another diary and an exercise book, while on July 19 she found 15 loose diary pages inside Zara’s classroom bookshelf.
All the items were eventually channelled through teacher Cikgu Yuslina and then to Azhari before being surrendered to investigating officer Inspector Wong Yew Zhung.
The first two diaries — a green one and a purple one — were discovered in Zara’s locker on July 16.
Azhari instructed that the diaries be given to Cikgu Yuslina for temporary safekeeping while he was at Queen Elizabeth Hospital attending to Zara.
On July 17, Zara’s mother arrived to collect her daughter’s belongings from the hostel. Azhari asked Cikgu Miswati to help pack the items from her locker, during which she found a brown diary and an exercise book. She was told to pass them to Cikgu Yuslina.
The following morning, Yuslina handed all three diaries and the exercise book to Azhari, who then passed them to Inspector Wong at around 5pm on July 18.
On July 19, Miswati discovered another 15 handwritten pages in Zara’s classroom bookshelf during an inspection. Azhari confirmed handing them to Inspector Wong at about 3pm that day.
Azhari was still being questioned when court adjourned at 5pm. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2025/09/1265355/inkues-zara-qairina-pelajar-pindah-sekolah-ketua-warden
Inkues Zara Qairina: Pelajar A pindah sekolah - Ketua Warden
Kota Kinabalu: Seorang daripada rakan Allahyarham Zara Qairina Mahathir sudah berpindah sekolah.
Perkara itu disahkan Ketua Warden, Azhari Abd Sagap ketika ditanya peguam mewakili ibu arwah, Shahlan Jufri pada prosiding inkues kematian arwah Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, pagi ini.
Azhari mengiyakan perpindahan pelajar terbabit yang dinamakan sebagai 'A', namun mengaku tidak mengetahui punca atau alasan pelajar terbabit berpindah daripada sekolah berkenaan.
Beliau juga menjelaskan bahawa bukan bidang tugasnya membuat keputusan mengenai perpindahan pelajar walaupun Kementerian Pendidikan (KPM) difahamkan membekukan perpindahan pelajar.
Shahlan: Saya difahamkan pelajar A sudah pindah sekolah?
Azhari: Ya.
Shahlan: Jadi, pelajar yang masih sekolah di sana ialah B, C, D dan E?
Azhari: Ya, betul.
Shahlan: Saya difahamkan selepas kejadian Zara, KPM membekukan pemindahan pelajar ke sekolah lain. Bagaimana pelajar A pindah sekolah?
Azhari: Itu bukan bidang tugas saya.
Shahlan: Cikgu tahu bila pelajar A pindah sekolah?
Azhari: Tidak ingat, beberapa minggu selepas kejadian.
Shahlan: Mengikut kefahaman saya, untuk pindah sekolah kita mesti sertakan alasan untuk pindah, adakah kamu tahu apa alasan pelajar A pindah sekolah?
Azhari: Saya tidak tahu.
Shahlan: Adakah cikgu tahu bagaimana proses pindah sekolah ke sekolah lain?
Azhari: Ada isi borang tiga untuk mohon pindah sekolah.
Shahlan: Selalunya ambil masa berapa lama?
Azhari: Selesai semua dokumen boleh proceed (teruskan).
Shahlan: Berapa lama permohonan itu diluluskan?
Azhari: Itu saya tidak tahu, bukan bidang tugas saya.
Saksi kelapan inkues kematian Zara Qairina itu turut ditanya mengenai tindakan pihak sekolah terhadap empat lagi pelajar yang dinamakan B, C, D dan E selepas apa yang berlaku pada 15 Julai lalu.
Perkara itu merujuk kepada perjumpaan pelajar terbabit bersama arwah Zara Qairina dan pelajar lain berkaitan tuduhan mencuri terhadap arwah.
Azhari berkata, tindakan sekolah selepas itu hanya mengambil keterangan daripada pelajar terbabit dan memberi sesi kaunseling.
Beliau turut mengiyakan apabila ditanya Shahlan sama ada pelajar B, C, D dan E itu masih tinggal di asrama sekolah selepas insiden yang berlaku di sana pada 16 Julai lalu.
Bagaimanapun, katanya pelajar E yang juga ketua bilik tidak lagi menginap di bilik yang sama selepas kejadian itu kerana trauma.
"Sekarang pelajar E bukan lagi (ketua bilik) sebab dia bagi tahu dia trauma dengan kejadian ini dan tidak boleh menginap lagi di bilik itu," katanya.
Katanya, hanya pelajar B,C dan D masih menginap di bilik yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-seorang-pelajar-yang-dituduh-pindah-sekolah-selepas-kejadian-saksi-538963?amp=1
Inkues Zara Qairina: Seorang pelajar yang dituduh pindah sekolah selepas kejadian - Saksi
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini, hari ini, dimaklumkan bahawa salah seorang pelajar yang dituduh di mahkamah dalam kes membabitkan Allayarham Zara Qairina Mahathir, telah berpindah ke sekolah lain.
Perkara tersebut didedahkan saksi kelapan, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, yang memberitahu pelajar itu berpindah beberapa minggu selepas kematian Allayarham.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan peguam keluarga Allahyarhamah, Shahlan Jufri.
Shahlan: Saya difahamkan pelajar A sudah berpindah sekolah?
Azhari: Ya
Shahlan: Jadi yang masih sekolah di sana buat masa ini hanya pelajar B,C,D dan E?
Azhari: Ya
Shahlan: Saya difahamkan selepas kes Zara, Kementerian Pendidikan Malaysia membekukan pemindahan pelajar lain? Bagaimana pelajar A ini boleh pindah sekolah?
Azhari: Tidak pasti, itu bukan tugas saya.
Bagaimanapun, menurut Azhari, beliau tidak mengetahui alasan sebenar pemindahan pelajar terbabit kerana urusan berkenaan bukan di bawah bidang tugasnya.
Namun, katanya pelajar lain yang turut dituduh masih bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha dan telah dipanggil untuk sesi kaunseling serta diambil keterangan.
Media sebelum ini melaporkan, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini pada 20 Ogos atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.
Mereka didakwa dalam mencapai niat bersama, telah menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina, 13, yang mana perkataan tersebut didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan pelajar itu terganggu dengan perkataan tersebut.
Kelima-lima pelajar didakwa melakukan perbuatan itu di blok Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, SMKA Tun Datu Mustapha Limauan W.D.T 15, Papar, dekat sini antara jam 10 malam dan 11 malam, pada 15 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2025/09/1277007/schoolmate-who-complained-missing-wallet-transferred-another
Schoolmate who complained of missing wallet transferred to another school, says witness
KOTA KINABALU: One of child suspects charged in the Zara Qairina Mahathir case has been transferred to another school.
This was confirmed by Chief Warden Azhari Abd Sagap when questioned by lawyer representing Zara's mother, Shahlan Jufri, during the inquest proceedings before Coroner Amir Shah Amir Hassan today.
Azhari confirmed the transfer of the student, referred to as "A" but admitted he did not know the reason or circumstances for the transfer even though the Education Ministry (MOE) was understood to have frozen transfers at that time.
Student "A" complained about her missing wallet to the school security guard Linah Mansoding.
Shahlan: I was informed that student A has transferred to another school?
Azhari: Yes.
Shahlan: So the ones still studying there are B, C, D and E?
Azhari: Yes, correct.
Shahlan: I was informed that after Zara's incident, MOE froze student transfers to other schools. How did student A managed to get a transfer?
Azhari: That is not within my authority.
Shahlan: Do you know when student A was transferred?
Azhari: I don't remember, a few weeks after the incident.
Shahlan: From my understanding, to transfer to other schools, one must state a reason. Do you know why student A transferred?
Azhari: I do not know.
Shahlan: Do you know how the process of transferring to another school works?
Azhari: There's a form, Jadual Borang 3, to apply for transfer.
Shahlan: Usually, how long does it take?
Azhari: Once all documents are complete, it can proceed.
Shahlan: How long until the application is approved?
Azhari: I don't know, that's not my responsibility.
The eighth witness in the inquest was also asked about the school's action against the other four students, B, C, D and E, after the events of July 15.
This was in reference to a meeting between the students, the late Zara Qairina, and others in relation to the theft allegation against her.
Azhari said the school only recorded statements from the students and arranged counselling sessions.
He also confirmed that students B, C, D and E continued staying in the hostel after the July 16 incident.
However, student E, who was the dorm leader, no longer stayed in the same room due to trauma.
"Student E is no longer the leader because she said she was traumatised by the incident and could not stay in that room anymore," he said.
He added that only students B, C and D remained in the same room. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/utama/2025/09/1265318/inkues-pakar-dokumen-wakili-peguam-ibu-zara-qairina-hadir-ke-mahkamah-periksa
Inkues: Pakar dokumen wakili peguam ibu Zara Qairina hadir ke mahkamah, periksa diari, buku catatan
Kota Kinabalu: Seorang pakar Pemeriksa Dokumen Forensik dari Kuala Lumpur, Dr Linthini Gannetion, hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini bagi menjalankan pemeriksaan awal terhadap dokumen dan catatan yang didakwa milik Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Dr Linthini, yang tiba kira-kira jam 9 pagi bersama pasukan peguam mewakili ibu arwah, dilihat memasuki bilik persediaan lelong bersama barisan peguam keluarga dengan membawa alat pengesanan ketulenan dokumen.
Tidak lama kemudian, pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar turut hadir untuk urusan berkaitan bahan yang diperiksa.
Difahamkan, pakar ini ditugaskan meneliti dan mengesahkan kesahihan bahan bertulis termasuk buku catatan, dokumen peribadi dan diari yang dikaitkan dengan arwah.
Langkah pengesahan ini dilihat penting bagi memastikan sebarang analisis psikologi terhadap tulisan Zara Qairina kelak berasaskan dokumen yang benar-benar sahih.
Dr Linthini ialah seorang pemeriksa dokumen bertauliah dengan pengalaman lebih enam tahun mengendalikan pelbagai kes berkaitan dokumen.
Beliau juga diiktiraf sebagai wanita pertama di Malaysia yang memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemeriksaan Dokumen Forensik, sebagaimana direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).
Beliau akan menjadi saksi bagi pihak ibu Zara dalam prosiding inkues nanti.
Minggu lalu, peguam keluarga, Shahlan Jufri, memaklumkan hasrat untuk turut melantik pakar psikologi bebas dari Kuala Lumpur bagi menilai keadaan minda Allahyarhamah sebelum tragedi berlaku.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa aspek psikologi hanya boleh diberi pertimbangan penuh selepas kepastian identiti dan kesahihan hasil tulisan arwah diperoleh melalui pemeriksaan forensik.
Sementara itu, prosiding inkues hari ini diteruskan dengan sesi soal jawab bersama Ketua Warden asrama, Azhari Abd Sagap. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.nst.com.my/amp/news/crime-courts/2025/09/1276922/forensic-document-examiner-study-zaras-notes
Forensic document examiner to study Zara's notes
KOTA KINABALU: The country's first female forensic document examiner arrived at the court complex here today to study documents and notes purportedly belonging to Zara Qairina Mahathir.
Dr Linthini Gannetion, who arrived at 9am, was seen with lawyers representing Zara Qairina's mother.
They were joined by an investigating officer from the Papar police headquarters.
It is understood that Linthini has been tasked with verifying the authenticity of the written materials, which include notebooks, personal documents and a diary as part of the ongoing inquest into the death of the 13-year-old girl.
This authentication is crucial to ensure any psychological analysis of Zara Qairina's writing is based on genuine documents.
Linthini is recognised by the Malaysia Book of Records as the first woman in the country to earn a PhD in forensic document examination.
She will be a witness for Zara's mother during the inquest.
Last week, Zara Qairina's family's lawyer Shahlan Jufri said the family also planned to appoint an independent psychologist from Kuala Lumpur to assess the girl's state of mind before her death.
However, he said the psychological aspect could only be considered after the forensic examination confirmed the authenticity of her handwriting.
Meanwhile, the inquest continued today with a question-and-answer session with the head hostel warden, Azhari Abd Sagap.
Yesterday, it was reported that Zara Qairina's mother, Noraidah Lamat, had requested her daughter's three diaries from the school while at the emergency unit of Queen Elizabeth Hospital on July 16. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.sinarharian.com.my/article/748517/berita/semasa/inkues-zara-qairina-ketua-warden-sebak-kecaman-netizen
Inkues Zara Qairina: Ketua Warden sebak kecaman netizen
KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini pada Khamis berlangsung penuh emosi apabila seorang saksi meluahkan kesedihan dan terkilan dengan kecaman netizen atau warga siber.
Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31, tidak dapat menahan sebak ketika memberi penjelasan tentang kecaman yang yang dilemparkan ke atasnya pada hari kesembilan prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Saksi kelapan itu menegaskan bahawa beliau serta pihak sekolah tidak pernah melindungi sesiapa, sebaliknya sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dengan menyerahkan semua bukti dan keterangan berkaitan kes berkenaan.
"Kalau kami mahu melindungi pembuli atau pembunuh Zara Qairina, saya tidak akan ceritakan apa (insiden tuduhan curi) yang berlaku pada malam 15 Julai itu kepada pegawai polis. Saya maklumkan perkara itu sebelum ibu Zara Qairina membuat laporan polis kali kedua.
"Saya sendiri yang berurusan dengan polis. Apa-apa polis minta, siapa sahaja yang polis mahu bawa ke IPD Papar saya bawa, termasuklah audio ‘Kak M’. Saya juga yang memberitahu polis siapa ‘Kak M’,” katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/09/18/i-tried-to-save-her-chief-warden-breaks-down-in-zara-qairina-inquest-says-he-did-his-best-but-was-vilified-by-internet-users/191517
‘I tried to save her’: Chief warden breaks down in Zara Qairina inquest, says he did his best but was vilified by internet users
KOTA KINABALU, Sept 18 — The chief warden of SMKA Tun Datu Mustapha broke down in the Coroner’s Court today saying he felt victimised by internet users cyber bullying him and the school in the events following 13-year-old Zara Qairina Mahathir’s death.
Thirty-one-year-old Azhari Abdul Sagap broke down in the Coroner’s Court today as he defended himself and his school from accusations of covering up the events and other criticism and vitriol towards the school claiming cover-ups and mishandling of the incident.
Breaking down in tears, Azhari said he had fully cooperated with police investigations from the start, insisting that neither he nor the school had hidden any information and that he had tried his best to be supportive throughout the ordeal.
“If I wanted to protect her bullies or killers, I wouldn’t have told the police what happened on the night of the 15th. I told them everything on the 16th even before Zara Qairina’s mother lodged her second police report,” he said.
Azhari said it was unfair that he and another student were targeted by online bullies, who had discovered Zara Qairina after she fell from the dormitory building, saying she was being unfairly vilified online.
“To me, the accusations towards her are so cruel — just because she was the first to find Zara. Maybe Zara could have died on the spot if she had not found her. She is a good student — my top hafazan student every year. Why is she being attacked like this?” he said, while visibly choked with emotion.
Azhari recounted how he personally tried to do his best upon finding Zara Qairina lying by the drain, by trying to take her to the hospital, calling for an ambulance, accompanying her to Queen Elizabeth Hospital, and remaining with her family until late into the night.
“I tried to save her. I followed the ambulance to the hospital, I stayed until her mother arrived, and I was there until midnight. Is this what the school and I deserve?” he asked.
He also described doing his best to be present for Zara Qairina’s family through Zara Qairina’s final hours, the morgue process, and her burial, saying he and other teachers never abandoned her family and only left them when requested for help by police.
“There were no complaints from Zara or her mother to the school before this. We were not hiding anything,” he said.
“I am looking for justice for her, but why do we have to go through this too?” he said, adding that accusations of a cover-up against the school had caused immense strain on him and his family.
Azhari said he felt wronged, as the school community was now being cyberbullied and branded as “murderers and bullies” online, even though they had tried their best to help.
“For the record, two weeks before the incident, they had approved for my wife’s transfer to my school. We have been doing long distance since 2020. But since the incident, the plans have changed, and now my child is in Beaufort. Is this my reward? My family being attacked because I made the report? That’s not logical,” he said.
Azhari had been asked by lawyer Abdul Fikry Jaafar how he wanted to respond to allegations and speculations from netizens that targeted their school after the incident.
The coroner called for a lunch break after Azhari’s emotional rant. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.nst.com.my/amp/news/crime-courts/2025/09/1276991/warden-breaks-down-says-he-received-backlash-despite-efforts-seek
Warden breaks down, says he received backlash despite efforts to seek justice for Zara
KOTA KINABALU: There were no attempts by staff of SMKA Tun Datu Mustapha to conceal the truth behind the death of Zara Qairina Mahathir, a witness told the Coroner's Court today.
Chief warden Azhari Abd Sagap, who broke into tears during the inquest this afternoon, said he and school received severe backlash from the public despite their efforts in trying to save the 13-year-old girl on July 16, right to the end when she was buried in Sipitang the following day.
Azhari said he had also accompanied Zara Qairina and her mother to the hospital and had fully cooperated with the police and yet, he was among those accused of covering up the girl's death.
"I did not try to protect Zara's bully or killer. If I had wanted to protect (the bullies), I would not have told the police what happened on the night of the 15th. I was the one who dealt directly with the police.
"Whatever the police requested, whoever they wanted me to bring to Papar IPD (Papar district police headquarters), I compiled (evidences) and handed over the audio recording of the student who found Zara. I was the one who identified her to the police.
Netizens had accused the student as being the bully after the audio recording had implied that she had bullied Zara Qairina.
The 31-year-old warden said the student was a good student and not the alleged girl whose picture had gone viral on social media.
"The accusations against the student are cruel. Just because she was the first to find Zara, people accused her.
"It was the same for me when I tried to save Zara that morning (July 16), I called 991 for an ambulance and followed her to the hospital. I stayed until the evening without even having a bath. Is this what I deserve? Should my school have to endure this?" he said.
Azhari said when the police was investigating if the audio recording was genuine, he was the one who explained it to the police.
The 31-year-old, who also taught Arabic and religious subjects, said the issue surfaced in May but there had been no complaints from Zara Qairina or her mother.
"That is my question. Why were there no complaints? Why was there no complaint from Zara? There should have been one from her mother, but there wasn't. None at all."
Azhari, who had worked at the school from 2020 until this year, said he felt moved because Zara Qairina had mentioned his subject in her diary.
"I once told my class, 'If you don't want to cover your aurat properly and wear hand socks, then you might as well throw stones at your father.' After that, Zara started wearing white hand socks. I remember that.
"I too want justice but why is it that in trying to pursue justice, we are the ones who face threats?" he said.
The inquest will resume in the afternoon. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2025/09/seorang-remaja-didakwa-buli-tiada-di-sekolah-hari-zara-qairina-ditemui-tidak-sedarkan-diri/
Seorang remaja didakwa buli tiada di sekolah, hari Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri
KOTA KINABALU: Ketua warden yang juga guru Bahasa Arab, Azhari Abd. Sagap yang mengajar Allahyarham Zara Qairina Mahathir, ketika menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan netizen menularkan gambar beberapa pelajar yang tidak terlibat dengan kejadian tersebut.
Ini susulan tular beberapa nama yang dikaitkan dengan kematian Zara Qairina yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warga maya.
“Pada masa kejadian, pelajar ini tiada pun di sekolah. Dia dibawa oleh seorang guru, Cikgu Amit Hamid ke Perlis untuk satu program. Saya (juga) perlu tegaskan, pelajar yang menemui Zara pada pagi itu bukan Kak M. Tetapi kenapa dia dikecam, kenapa gambar dia yang ditularkan.
“Hampir setiap tahun saya bawa dia (sebagai) peserta hafazan. Kecaman terhadap pelajar itu kejam. Kalau bukan dia yang menemui Zara, mungkin Zara akan kehilangan nyawa di situ (di lokasi remaja itu ditemui),” katanya.
Azhari turut menafikan dia dan pihak sekolah cuba melindungi pembuli remaja terbabit.
“Kalau saya, sekolah ingin tutup, kenapa saya ceritakan segalanya kepada polis. Saya ceritakan semua kejadian (polis) sebelum ibu Zara buat laporan polis. Saya yang bocorkan kepada polis siapa Kak M, Kak C. Saya yang bagi audio Kak M kepada polis.
“Saya kenal Zara, saya yang ajar Zara. Saya tersentuh sebab Zara ada sebut subjek saya dalam diarinya. Selepas ditegur, Zara mula pakai handsock (sarung lengan), saya ingat lagi, handsock Zara warna putih, putih. Saya baca diari Zara, saya tahu deritanya Zara sebab itu segala yang keluar berkaitan Zara, saya ambil tahu.
“Saya ada, saya tunggu sampai Zara dicabut mesin, saya tunggu Zara di forensik, saya ikut solat jenazah. Saya dikecam hanya kerana saya pengadu, logik kah?,” katanya sambil teresak-esak.
Rakaman audio yang tular adalah rakaman suara berdurasi 44 saat perbualan antara Zara Qairina dan ibunya, Noraidah Lamat yang mana remaja terbabit meluahkan rasa takut terhadap seorang pelajar senior dikenali sebagai ‘Kak M’.
Selain itu, Azhari turut mempertikaikan perilaku Noraidah.
“Siasatan sekolah mendapati kisah Kak M bermula bulan lima (Mei). Kenapa ibu Zara tidak pernah lapor apa-apa kepada sekolah? Itu persoalan saya. Kalau tiada aduan daripada Zara, kenapa ibu Zara sendiri tidak melaporkan kepada sekolah. Ini tidak ada langsung (aduan),” kata Azhari.
Tambahnya, sewaktu berjumpa di Hospital Queen Elizabeth, selepas Zara Qairina dibawa untuk mendapatkan rawatan, Noraidah juga tidak pernah menimbulkan isu anaknya dibuli oleh sesiapa, sebaliknya hanya meminta diari dan menyatakan ‘Zara ceria-ceria saja’.
Menurut Azhari, dia hanya mengetahui isu buli selepas Noraidah membuat hantaran di platform TikTok.
Prosiding bersambung pukul 2.30 petang ini. – UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2025/09/1265384/inkues-ketua-warden-nafi-sekolah-sembunyi-kebenaran-kematian-zara-qairina
Inkues: Ketua Warden nafi sekolah sembunyi kebenaran kematian Zara Qairina, tuduhan terhadap Kak M kejam
Kota Kinabalu: Saksi kelapan inkues menitiskan air mata ketika memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha mahupun kakitangannya tidak pernah cuba menyembunyikan kebenaran di sebalik kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Azhari Abd Sagap menafikan tuduhan menyembunyikan kebenaran kematian arwah seperti dilemparkan pihak yang mengecam beliau, pengetua serta warga sekolah keseluruhannya.
Dalam nada yang beremosi dan sedih, Azhari menceritakan apa yang terbuku di hatinya berhubung semua kecaman dan tuduhan itu serta tindakan yang diambilnya selaku Ketua Warden sejak hari kejadian pada 16 Julai lalu.
Luahan perasaan itu disuarakan beliau selepas peguam empat tertuduh kanak-kanak, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, meminta maklum balas beliau mengenai pelbagai kecaman terhadap warden dan pengetua serta warga sekolah yang didakwa cuba melindungi pembuli dan pembunuh dalam kes Zara Qairina.
"Kalau kami mahu melindungi pembuli atau (sekiranya ada) pembunuh Zara, saya tidak akan ceritakan apa yang berlaku pada malam 15 Julai kepada pihak polis dan saya maklumkan perkara itu pada malam 16 Julai sebelum ibu Zara membuat laporan polis kali kedua, kalau itulah yang dianggap kami cuba menutup kes.
"Saya sendiri yang berurusan dengan polis, bawa siapa-siapa untuk memberi keterangan, termasuk menyerahkan audio Kak M dan saya maklumkan kepada polis siapa Kak M ini dan saya tegaskan di sini Kak M itu bukan (nama pelajar), kenapa dia yang dikecam, diviral.
"(Dia) (nama pelajar) budak yang baik, hampir setiap tahun dia pelajar hafazan saya setiap tahun. Tahun lepas saya buat program Halaqah Huffaz bagi mengisi program selepas UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik).
"Saya buat program Halaqah Huffaz dan dialah antara tiga pelajar terawal selsaikan hafazan dia dan saya (saksi menangis), bagi saya tuduhan terhadap dia kejam hanya kerana dia pertama jumpa Zara di sana, tapi ini yang dia dapat," katanya.
Ketika itu beliau yang juga seorang ustaz menceritakan kekesalannya terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada seorang pelajarnya yang disifatkannya sebagai kejam kerana bertentangan dengan perkara yang sebenar.
Azhari turut menceritakan tindakan yang diambilnya bermula sejak Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada awal pagi 16 Julai lalu dan pertemuan dengan ibu arwah selepas kejadian berkenaan.
"Sama juga dengan saya, ini (kecaman) yang saya dapat. Saya cuba bawa Zara ke hospital, call (hubungi) 991 untuk minta ambulans ambil Zara, saya ikut ambulans ke hospital dan saya tunggu sampai ibunya sampai.
"Saya di unit kecemasan sampai petang tidak mandi, adakah ini yang patut saya dan sekolah terima? Saya tinggalkan Zara dan ibunya (pada 16 dan 17 Julai) hanya kerana jumpa polis, itu saja saya tinggalkan, selain jumpa pegawai penyiasat (IO) di sekolah.
"Selepas itu dia (IO) arahkan saya bagi keterangan di IPD Papar dan dari IPD Papar saya kembali ke hospital lawat Zara. Saya tidak terfikir tinggalkan ibu Zara pada masa itu dan saya hanya kembali (ke sekolah) selepas tengah malam, tapi patutkah ini saya terima," luahnya.
Saksi berusia 31 tahun itu berkata, pada pagi 17 Julai beliau membawa seorang pelajar untuk membuat keterangan di IPD Papar sebelum kembali lagi ke hospital untuk melihat keadaan Zara dan berjumpa ibu arwah di sana.
"Pagi 17 Julai itu bukan saya tidak mahu jumpa Zara, saya bawa (nama pelajar) buat keterangan lepas itu datang balik hospital dan pada subuh 17 Julai itu lebih 600 pelajar menjadi saksi macam mana saya imamkan solat subuh pagi itu.
"Saya ada, saya tunggu sampai Zara dicabut mesin (bantuan pernafasan) hingga ke forensik dan ke kuburan. Inikah patut saya terima? Dari 16 Julai sampai habis siasatan, polis berhubung dengan saya.
"Bermula dari siasatan oleh IPD Papar sampailah Bukit Aman (ambil alih siasatan) patutkah ini. Tiaa yang kami selindung, semua kami beritahu, apa-apa saja. Itu tanggungjawab saya, saya tidak mahu Zara teraniaya,"
Atas segala yang dilakukannya, Azhari berkata sekolah dan beliau sendiri teraniaya.
Beliau turut menceritakan bahawa dua minggu sebelum kejadian itu, isteri beliau dapat berpindah ke sekolah sama setelah berjauhan sejak 2020.
Namun, katanya disebabkan kes itu, anaknya terpaksa ditinggalkan dengan keluarga di Beaufort dan menjelaskan bahawa keluarganya turut dikecam akibat kes itu.
"Saya kenal Zara, saya mengajar dia di kelas, malah saya tersentuh apabila subjek saya disebut dalam diarinya dan saya pernah pesan di kelas, kalau tidak mahu tutup aurat dan handsock kamu humban bapa kamu dan selepas itu Zara pakai handsock.
"Saya tidak tahu apa sebenarnya dialami arwah, saya pun mahu cari keadilan, tapi kenapa kecaman ini yang kami dapat. Sebab itu saya tahu semua cerita, saya tahu derita Zara kalau betul itu, diari Zara.
"Sebab itulah apa-apa saja di media sosial saya ambil tahu semua, audionya, semua saya bagi tahu dan saya yang berikan kepada polis. Kalau kata mahu tutup, saya tidak akan bagi tahu siapa Kak M itu.
"Cerita Kak M ini berlaku sekitar bulan lima, itu berdasarkan siasatan sekolah, kenapa ibu Zara tidak lapor kepada sekolah. Itu yang jadi persoalan saya, sebab itu saya ambil tahu. Sebab saya rasa terkesan kehilangan Zara... kenapa tiada aduan daripada ibu Zara.
"Saya sudah minta dari group (kumpulan) laman rasmi, tiada langsung tiada aduan," katanya.
Selepas meluahkan perasaannya, Koroner Amir Shah Amir Hassan kemudian menangguhkan prosiding untuk rehat tengah hari sebelum disambung dengan saksi yang sama pada jam 2.30 petang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.kosmo.com.my/2025/09/18/hanya-kerana-dia-orang-pertama-jumpa-zara-orang-menuduhnya/
‘Hanya kerana dia orang pertama jumpa Zara, orang menuduhnya’
KOTA KINABALU – Ketua warden asrama, Azhari Abd Sagap memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa remaja tular dikenali sebagai Kak M seorang pelajar yang baik, bukan gadis yang wajahnya dikongsi dalam media sosial seperti didakwa.
Saksi kelapan inkues kematian Zara Qairina Mahathir itu berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap remaja tersebut dianggap kejam.
“Tuduhan terhadap pelajar itu kejam. Hanya kerana dia orang pertama yang jumpa Zara, orang menuduhnya. Kalau bukan kerana dia, Zara mungkin sudah kehilangan nyawanya di sana (lokasi kejadian) jika dia tiada, tetapi ini balasan yang dia terima?” katanya.
Menjelaskan berkaitan Kak M, guru berusia 31 tahun itu memaklumkan perkara tersebut timbul sekitar Mei tetapi tiada sebarang aduan daripada Zara Qairina atau ibunya.
“Persoalan saya mengapa tiada aduan? Mengapa tiada aduan daripada Zara? Sepatutnya ada aduan daripada ibunya, tetapi tiada. Langsung tiada,” katanya.
Azhari berkata, dirinya berasa terharu kerana Allahyarham Zara Qairina ada menyebut tentang subjek yang diajarnya di dalam diari.
“Saya pernah beritahu kelas saya, ‘Kalau tidak mahu tutup aurat betul-betul dan pakai sarung tangan, lebih baik kamu baling batu pada ayah kamu.’ Selepas itu, Zara mula memakai sarung tangan berwarna putih. Saya ingat itu.
“Saya juga mempersoalkan dan menuntut keadilan. Mengapa dalam usaha menuntut keadilan, kami pula yang berdepan ugutan?” katanya.- KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/09/18/zara-qairinas-warden-kak-m-bullying-was-in-may-tomboy-away-in-perlis-during-fall/191525
Zara Qairina’s warden: ‘Kak M’ bullying was in May, ‘Tomboy’ away in Perlis during fall
KOTA KINABALU, Sept 18 — The chief warden of the school where 13-year-old Zara Qairina Mahathir fell to her death told an inquest today that two students implicated in the case had not been involved.
Azhari Abdul Sagap, 31, said the alleged bullying incident by “Kak M”, mentioned in a 44-second audio recording between Zara and her mother, had been investigated by the school after the clip was publicised.
“The Kak M incident happened in May,” he said during an emotional outburst at the inquest, adding that the information had been passed to the police.
Azhari added that there had been no information from Zara Qairina or her mother about the incident before the audio clip went viral.
“Why didn’t Zara’s mother report to the school? That’s my question. I would have paid attention.
“Why was there no complaint? Not from Zara, or her mother, there was none,” he said.
The audio that was released in August was verified by Zara Qairina’s mother Noraidah Lamat, mentions a “Kak M” that was allegedly bothering Zara Qairina who “still had a problem” with her and had not “forgiven her”.
Azhari also told the court that another student known as “Tomboy”, whose name had spread across social media for allegedly harassing Zara, was not in the state during the incident on July 16.
“Cikgu Amit Hamid, a fellow teacher, was in Perlis for a programme at the time. I am not sure what programme, but he brought some students to Perlis with him on the day of the incident.
“For the information of the court, he had brought a student whose been viralled, known as ‘tomboy’ with him to Perlis. She wasn’t even there during the incident but her name ws viralled,” he said.
Azhari is the eighth witness called in the inquest into Zara Qairina’s death.
She was found unconscious in a drain beside her hostel at SMKA Tun Datu Mustapha in Papar in the early hours of July 16.
She was taken to Queen Elizabeth Hospital, where she was pronounced dead the following day after succumbing to her injuries. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
seb abek Muntri Pendidikan tak komen sblm inkues kan?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 18-9-2025 06:15 PM
seb abek Muntri Pendidikan tak komen sblm inkues kan?
entah berapa kali la aku nak cakap kat ko.. nampak sangat bongoknya ko ni
pihak berkuasa (menteri2 termasuk menteri pendidikan, menteri kdn, perdana menteri juga, polis, sekolah) amat lemah dan lembab menguruskan isu dan kes ni.. sbb tu isu ni jadi tak terkawal seperti sekarang ni
makin lama inkues ni, makin banyak nampak kelemahan pihak berkuasa menguruskan isu dan kes termasuk menteri pendidikan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/748538
Ketua warden asrama persoal ibu Zara Qairina berdiam walau anak mengadu masalah
KOTA KINABALU - Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha mempersoalkan tindakan ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat yang berdiam diri walaupun anaknya dikatakan pernah mengadu mengenai masalah yang dihadapinya di asrama.
Azhari Abd Sagap, 31, yang juga guru bahasa Arab membangkitkan persoalan itu ketika memberi keterangan sebagai saksi kelapan pada hari kesembilan prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
"Cerita mengenai ‘Kak M’ ini bermula sejak Mei lepas, mengikut hasil siasatan pihak sekolah … Kenapa ibu Zara Qairina tidak membuat sebarang laporan kepada pihak sekolah? Itu yang menjadi persoalan saya.
"Saya rasa sangat terkesan dengan kehilangan pelajar itu … sebab itu saya ambil tahu semuanya. Kalau tiada aduan daripada Zara Qairina sendiri, sepatutnya ada aduan daripada ibunya. Tetapi langsung tidak ada,” katanya dengan nada kecewa.
Menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar yang mewakili empat tertuduh kanak-kanak dalam kes itu, Azhari berkata ibu mangsa juga tidak pernah menceritakan sebarang inisiden buli kepadanya ketika mereka bertemu di unit kecemasan hospital.
"Ya, tidak ada. Kami tahu (buli) pun selepas ibu mangsa membuat hantaran di TikTok,” katanya.
Azhari yàng meluahkan rasa sedih kerana secara peribadi mengenali Zara Qairina sebagai pelajarnya, turut mengimbas kembali pesanan yang pernah disampaikannya dalam kelas bahasa Arab yang dihadiri mangsa.
"Saya ajar Zara Qairina… saya pernah berpesan dalam kelas, kalau kamu (semua murid perempuan) tidak mahu menutup aurat dengan baik atau tidak mahu memakai handsock, kamu humban saja bapa kamu dengan batu.
"Selepas itu, Zara Qairina mula memakai handsock. Saya masih ingat handsock putih yang dipakainya. Saya tidak tahu apa yang sebenarnya dialami mangsa. Saya sendiri tertanya-tanya dan mahu cari keadilan,” katanya.
Zara Qairina yang belajar di kelas Tingkatan 1 Fatimah, tinggal di Asrama Qurratu Ayun di tingkat 3 Blok Rabiatul Adawiyah bersama 11 pelajar lain dan bangunan itu di bawah seliaan Azhari.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada kira-kira 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.
Sebelum itu, AGC pada 8 Ogos telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Allahyarhamah bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/09/1447725/inkues-zara-qairina-kak-m-cakap-kalau-aku-touch-touch-kau-ini
Inkues Zara Qairina: Kak M cakap 'kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni' sebab emosi tak stabil - Ketua Warden
KOTA KINABALU: Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa 'Kak M' membuat kenyataan 'berbaur ugutan' terhadap arwah Zara Qairina Mahathir dan seorang lagi pelajar kerana berada dalam keadaan emosi tidak stabil.
Azhari berkata, 'Kak M' didakwa mengeluarkan kata-kata 'kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni' selepas mengetahui adik perempuannya dikatakan diejek oleh Zara Qairina dan seorang lagi pelajar itu.
"Seperti yang saya katakan, Kak M berada dalam keadaan emosi tidak stabil. Dia memberitahu kami, ia kerana biliknya semak serta kotor. Itulah sebabnya dia cakap begitu, itu saja," katanya.
Saksi kelapan inkues kes kematian Zara Qairina itu memaklumkan, 'Kak M' didakwa berkata sedemikian ketika lalu di hadapan bilik adik perempuannya yang sedang berjumpa Zara Qairina dan seorang lagi pelajar ketika itu.
Beliau berkata, Zara Qairina dan pelajar lain itu didakwa telah mengejek adik perempuan 'Kak M' yang berada di Tingkatan Dua, dengan menulis nota: 'Dia seorang yang sok orku, sengaja takutkan Form 1 (Tingkatan Satu), padahal baru juga junior'.
Katanya, nama panggilan kepada adik 'Kak M' itu juga disebut dalam bukti yang telah diserahkan kepada polis.
Peguam, Joan Goh yang mewakili seorang daripada tertuduh kanak-kanak dalam kes berkait Zara Qairina, kemudian bertanya kepada Azhari mengenai maksud 'sok sok' dan 'orku.'
Azhari menjelaskan bahawa 'sok sok' bermaksud 'acah atau berlagak seperti', manakala 'orku' pula akronim kepada 'orang kuat.'
Sebelum ini, warganet menuduh 'Kak M' sebagai individu terbabit dalam kes membuli Zara Qairina.
Ia susulan tular rakaman audio perbualan antara Zara Qairina dengan ibunya, dalam media sosial.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang di tingkat bawah bangunan asrama, sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokannya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|