Witness tells inquest he had no expertise in initiating Zara Qairina's post-mortem
KOTA KINABALU: A witness told the inquest he had no expertise to initiate Zara Qairina Mahathir's post-mortem.
Queen Elizabeth hospital neurosurgery ward medical officer, who testified before Coroner Amir Shah Amir Hassan, refused to comment when he was examined by the counsel of Zara's family Rizwandean M. Borhan whether a postmortem should be initiated.
"Normally this type of police case, we will hand over to investigating officer (IO) and let IO discuss with the forensics (officer).
"I usually don't keep track of what are the discussions," said the fourth witness of Zara's inquest before the Coroner Amir Shah Amir Hassan.
Datuk Ram Singh, who represents an accused child related to Zara, also examined the witness' statement that after a discussion with Zara's mother, the investigating officer had instructed the body to be sent to the Forensics Medicine department.
Ram Singh: If the body were to be sent to the forensics medicine department, surely the next thing to do is post-mortem.
Dr Pravankumar: The decision of postmortem (for Zara) is a discussion between the police and forensics.
Ram Singh: What is this Forensics Medicine department?
Dr Pravankumar: A mortuary.
Ram Singh: The place is to do a postmortem?
Dr Pravankumar: Yes
Ram Singh: What happened there, you do not know? Correct?
Dr Pravankumar: Correct.
Earlier, Dr Pravankumar said when Zara was pronounced dead, the staff nurse at the neurosurgery ward had notified the investigating officer.
The doctor also added that he was initially informed that the patient was found unconscious but was not sure of the time he was informed of the alleged fall from a building.
He told the court that the severe brain injuries were consistent with trauma but he was not sure the nature of what caused it.
Kecederaan otak teruk disahkan punca Zara meninggal dunia
KOTA KINABALU – Pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan otak yang teruk.
Saksi keempat inkues kematian remaja itu, Dr. Pavankumar Balachandran berkata, pasukan Pre-Hospital Care (PHC) dari Klinik Kesihatan Kinarut membawa mangsa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini pada pukul 4.38 pagi, 16 Julai lalu.
Menurut pasukan PHC, pesakit ditemui terbaring tidak sedarkan diri berhampiran longkang di kawasan tingkat bawah sebuah asrama sebelum trauma alert diaktifkan pada pukul 4.42 pagi.
Dr. Pavankumar berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dalam keadaan kritikal dengan skor Glasgow Coma Scale (GCS) E1VTM1, anak mata tetap dan membesar serta tiada refleks batang otak.
“Mangsa juga mengalami hematoma di bahagian belakang kepala dengan luka koyak yang sudah dijahit.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kecederaan lain pada tubuh mangsa termasuk kecacatan pada pergelangan tangan kiri, buku lali kiri dengan luka terbuka bersaiz 1 sentimeter (cm) x 1cm, serta kecacatan pada kedua-dua buku lali.
“Hasil imbasan CT otak mengesahkan pendarahan subarachnoid akut yang melibatkan kedua-dua hemisfera otak, pendarahan subdural akut, pengecilan ruang otak, tanda awal herniasi tonsil dan hematoma pada kulit kepala tanpa patah tulang tengkorak,” katanya ketika membacakan kenyataannya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Dr. Pavankumar memaklumkan mangsa kemudiannya dirawat oleh pelbagai pasukan termasuklah Jabatan Kecemasan, Bedah Am, Ortopedik dan Bius.
Menurutnya, sesi penerangan diadakan bersama keluarga untuk menjelaskan keadaan kritikal pesakit dengan prognosis yang sangat lemah.
Katanya, Zara seterusnya dimasukkan ke Wad Bedah Saraf dengan diiringi kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma pada pukul 6.40 petang hari sama. – KOSMO! ONLINE
Inkues Zara Qairina: Saksi kelima akui pertama kali buat simulasi
Kota Kinabalu: Saksi kelima inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, hari ini menunjukkan kepada Mahkamah Koroner patung yang digunakan ketika menjalankan simulasi kejadian di asrama sekolah arwah pada 3 Ogos lalu.
Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah, D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Inspektor Maidon Bernadus yang menyambung keterangan hari ini berbuat demikian selepas diminta Pegawai Pengendali inkues, Datuk Badiuszaman Ahmad.
Pada prosiding itu saksi menunjukkan patung yang sudah rosak dengan bahagian kepala terpisah daripada badan patung dan patah kedua-dua bahagian kaki.
Selesai menunjukkan patung berkenaan, peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu arwah Zara Qairina kemudian mengemukakan soalan mengenai latar belakang saksi dan hasil dapatan daripada simulasi yang dijalankan saksi sebelum ini.
Maidon berkata beliau mula terbabit dalam siasatan tempat kejadian sejak 2016 dengan lebih 10 siasatan kes setahun membabitkan pelbagai jenis siasatan tempat kejadian seperti 'sudden death report' (SDR), kes bunuh, pemeriksaan Akta Dadah Berbahaya (ADB), pecah rumah dan Seksyen 457, selain kes curi kenderaan.
Bagaimanapun, katanya simulasi untuk kes membabit inkues adalah yang pertama dibuat sepanjang bertugas sebagai pegawai di bahagian siasatan.
Shahlan: Boleh beritahu mahkamah pernahkah kamu dan pasukan kamu lakukan simulasi seperti yang kamu buat untuk inkues?
Maidon: Belum pernah.
Shahlan: Bermaksud ini adalah kali pertama sepanjang kamu berkhidmat sebagai inspektor tempat kejadian sejak 2016?
Maidon: Betul.
Shahlan: Sebelum kamu menjawat inspektor tempat kejadian, apa jawatan dan skop tugas jawatan kamu?
Maidon: Saya bertugas sebagai pegawai penyiasat jenayah di IPD Kota Kinabalu.
Inkues Zara Qairina: Patung simulasi kaki patah, kepala tercabut dikemukakan di mahkamah
KOTA KINABALU – Patung yang digunakan bagi membuat simulasi untuk menggambarkan keadaan Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar, dibawa pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini hari ini.
Patung berkenaan yang dibungkus dalam dua bungkusan warna coklat, dibuka Inspektor Siasatan Tempat Kejadian Maidon Bernadus dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.
Saksi kelima itu, menunjukkan keadaan patung yang rosak, iaitu di kedua-dua kaki kiri dan kanan patah serta kepala patung tercabut akibat dijatuhkan dari tingkat tiga asrama berkenaan pada 3 Ogos lepas.
Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa beliau bersama pasukannya menjalankan dua simulasi menggunakan patung berkenaan, iaitu pertama dijatuhkan secara tegak lurus dari koridor tanpa tolakan, manakala kedua dengan tolakan minimum ke hadapan.
Beliau berkata secara keseluruhan, hasil daripada simulasi mendapati, simulasi pertama, iaitu jatuhan patung ke bawah tanpa daya tolakan atau dorongan adalah hampir dengan kedudukan mangsa hasil siasatan awal, yang dilaksanakan oleh pegawai penyiasat melalui taklimat ringkas diberikan pada awalnya.
Ketika disoal peguam Shahlan Jufri yang mewakili keluarga Zara Qairina, Maidon menjelaskan simulasi itu dibuat di tingkat tiga susulan taklimat yang diterimanya daripada pegawai penyiasat kes Inspektor Wong Yew Zhung.
“Melalui siasatan awal Inspektor Wong, menurut saksi kedudukan terakhir Zara Qairina dipercayai berada dalam tandas (di tingkat tiga) yang berhadapan dengan koridor,” katanya.
Saksi itu berkata bahagian pinggang sehingga ke bawah patung dibalut dengan batu-bata menggunakan pita pelekat yang mempunyai lambang forensik, dan batu-bata difikirkan sesuai bagi menyerupai berat fizikal si mati, iaitu 53 kilogram.
Dalam pernyataan saksi, Maidon berkata berat asal patung itu ialah 10 kilogram, namun ditambah pemberat menggunakan batu-bata untuk menyerupai berat fizikal remaja berkenaan.
Berhubung soalan peguam mengapa patung 180 sentimeter digunakan sedangkan ketinggian Zara Qairina 153 sentimeter, saksi itu berkata ini kerana beliau tidak dapat mencari patung yang sama tinggi dengan mangsa.
Shahlan: Ketinggian patung lebih kurang 180 sentimeter, iaitu melebihi 27 sentimeter daripada ketinggian fizikal si mati (153 sentimeter). Bagaimana perbezaan ketinggian ini boleh memberi kesan kepada pusat graviti dan jarak jatuhan?
Maidon menjawab: “Saya tidak pasti.”
Setelah saksi selesai memberi keterangan, mahkamah memerintahkan patung itu disimpan dalam milikan polis.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung dengan saksi keenam, iaitu pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papa, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, memberi keterangan.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. – BERNAMA
Inkues Zara Qairina: Saksi kelima bukan pakar biomekanik
Kota Kinabalu: Saksi kelilma prosiding inkues kes kematian Zara Qairina Mahathir, Inspektor Maidon Bernadus memberitahu mahkamah beliau bukan pakar biomekanik atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang itu.
Itu keterangan Maidon pada prosiding hari kelima di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini selepas disoal peguam Shahlan Jufri yang juga pihak berkepentingan mewakili Ibu Zara, Noraidah Lamat.
Semasa sesi soal jawab itu Maidon turut menyatakan beliau juga tidak biasa dengan bidang jatuhan biomekaik (Fall biomechanics)dan bukan pakar dalam bidang berkenaan.
Shahlan Jufri: Adakah kamu dan pasukan kamu yang melakukan proses bina semla ini atau rekonstruksi tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai biomekanik atau dalam erti kata lain bukan pakar? Maidon: Betul Shahlan Jufri: Adakah kamu 'familiar' (biasa) dengan bidang 'fall biomechanics'? Maidon: Tidak Shahlan Jufri: Kamu tidak 'familiar' dengan bidang 'fall biomechanic' ini kerana kamu bukan pakar dalam bidang ini? Maidon: Betul.
Maidon juga tidak pasti bagaimana perbezaan ketinggian antara patung dan tubuh arwah Zara Qairina lebih kurang 27 sentimeter boleh memberi kesan kepada pusat graviti dan jarak jatuhan.
Dalam keterangan semalam, Maidon memaklumkan kepada mahkamah polis Sabah melaksanakan simulasi jatuhan di Asrama Blok Rabiatul Adawiyah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, 3 Ogos lalu, sebagai sebahagian siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir.
Menurut saksi, simulasi itu dijalankan pasukan D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah diketuai beliau sendiri selepas menerima permohonan daripada pegawai penyiasat kes, Inspektor Wong Yew Zhung.
Proses bina semula bermula jam 3 pagi dengan bantuan cahaya lampu bangunan asrama serta lampu tambahan forensik.
Secara keseluruhan, hasil daripada simulasi mendapati, simulasi pertama iaitu jatuhan patung ke bawah tanpa daya tolakan atau dorongan adalah hampir dengan kedudukan mangsa melalui siasatan awal yang telah dilaksanakan oleh pegawai penyiasat melalui taklimat ringkas yang diberikan pada awalnya
Khamis lalu pasukan peguam ibu Zara berkata, keterangan membabitkan pakar biomekanik amat diperlukan dalam prosiding inkues Zara Qairina untuk pemahaman lebih terperinci punca kematian mangsa bagi menjawab pelbagai kemungkinan membabitkan pergerakan fizikal khusus mangsa jatuh dari tingkat tiga bangunan sama ada ditolak atau sebaliknya.
Peguam mewakili ibu Zara, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, keterangan saksi pertama hanya berdasarkan laporan bedah siasat sebagai pakar patologi bukan perincian analisis pergerakan daya fizikal membabitkan kecederaan oleh pakar biomekanik.
Pada sesi prosiding hari kedua Khamis lalu peguam mewakili ibu Zara yang juga pihak berkepentingan inkues, Rizwandean M Borhan bertanyakan kepada Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu adakah beliau juga seorang pakar biomekanik dan Dr. Jessie menjawab 'tidak' untuk pertanyaan itu.
Pakar biomekanik adalah pakar yang mengkaji tentang bagaimana dan mengapa kejatuhan berlaku memberi tumpuan kepada prinsip mekanikal dan fizikal yang mengawal keseimbangan dan kestabilan.
Dalam konteks undang-undang, pakar biomekanik menganalisis bagaimana daya fizikal mempengaruhi tubuh serta fokus pada insiden yang melibatkan kecederaan.
Inkues kes kematian Zara Qairina Mahathir dipengerusikan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak selaku koroner.
Prosiding inkues diadakan 3 September selama 17 hari sehingga 30 September depan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali iaitu Nahra Dollah, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan serta Dacia Jane Romanus.
Zara Qairina dipercayai kali terakhir berada di tandas berhadapan koridor sebelum ditemui pengsan - Saksi
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini, hari ini diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir dipercayai kali terakhir dilihat di tandas tingkat tiga asramanya sebelum ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan berkenaan pada awal pagi 16 Julai lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah, D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Inspektor Maidon Bernadus yang menyambung keterangan mengenai simulasi kejadian.
Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditanya peguam ibu arwah, Shahlan Jufri sebab ujian simulasi menggunakan jatuhan patung itu dibuat di tingkat tiga bangunan asrama berkenaan.
Katanya, maklumat itu berdasarkan siasatan yang dibuat oleh pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Wong Yew Zhung.
Maidon turut menerangkan kenapa simulasi atau pembinaan semula insiden kejadian itu dibuat pada jam 3 pagi, iaitu waktu yang sama insiden membabitkan arwah Zara berlaku pada 16 Julai lalu.
Shahlan: Simulasi dibuat pada jam 3 pagi dengan lampu tambahan, bagaimana keadaan itu berbeza dengan keadaan sebenar insiden?
Maidon: Mungkin semasa insiden keadaan pencahayaan kurang terang.
Shahlan: Mengapa kamu membuat simulasi tersebut di tingkat tiga?
Maidon: Saya membuat simulasi tersebut di tingkat tiga setelah mendapat taklimat daripada pegawai penyiasat kes.
Shahlan: Siapakah pegawai penyiasat kes yang berikan taklimat tersebut?
Maidon: Inspektor Wong.
Shahlan: Adakah Inspektor Wong ini menjelaskan kepada kamu mengapa simulasi tersebut dibuat di tingkat tiga?
Maidon: Ada.
Shahlan: Apakah yang dijelaskan kepada kamu oleh Inspektor Wong, mengapa simulasi tersebut dibuat di tingkat tiga?
Maidon: Kerana melalui siasatan Inspektor Wong, iaitu siasatan awal Inspektor Wong, menurut saksi di kedudukan tersebut dalam tandas tersebut, kedudukan terakhir mangsa dipercayai berada dalam tandas tersebut yang berhadapan dengan koridor.
Ketika prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan itu, Maidon turut ditanya sama ada simulasi yang dilakukan beliau bersama pasukannya disemak pakar bebas atau biomekanik.
Beliau bagaimanapun menidakkan perkara itu kerana tidak menerima arahan dari pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Maidon juga mengakui beliau bukan pakar dalam bidang membina semula kejadian.
Shahlan: Adakah hasil proses bina semula atau reconstruction ini pernah disemak oleh pakar bebas atau biomekanik?
Maidon: Tidak.
Shahlan: Mengapa tidak?
Maidon: Apabila saya membuat `reconstruct' (bina semula) saya akan menyediakan satu laporan siasatan di tempat kejadian sahaja.
Shahlan: Adalah lebih tepat sekiranya proses bina semula ini atau rekonstruksi ini disemak oleh pakar bebas atau pakar biomekanik, apa pendirian kamu?
Maidon: Sekiranya PDRM membuat reconstruct di tempat kejadian untuk mendapatkan pakar bebas atau biomekanik, kita harus mendapatkan arahan daripada pegawai atasan.
Shahlan: Berdasarkan pendapat kamu sebelum proses simulasi, adakah bina semula ini atau rekonstruksi, perlu disemak pakar bebas atau biomekanik?
Maidon: Mungkin perlu dan mungkin juga tidak tapi bergantung kepada pegawai atasan yang saya rujuk.
Shahlan: Kamu dan pasukan kamu yang melakukan proses bina semula atau rekonstruksi tidak mempunyai pengetahuan mengenai biomekanik atau dalam erti kata lain bukan pakar?
Maidon: Betul.
Shahlan: Selain membuat proses bina semula di tempat kejadian apa lagi kamu dan pasukan kamu buat di lokasi kejadian?
Maidon: Kita membuat ukuran jatuhan patung dengan dinding paling dekat dengan jatuhan patung di tingkat bawah.
Shahlan: Untuk siasatan ini, boleh beritahu mahkamah sama ada pasukan kamu menimbulkan cap jari, mengesan tapak kaki, darah atau tompokan darah di lokasi?
Maidon: Untuk makluman siasatan yang saya lakukan adalah siasatan susulan. Jadi penugasan seperti di atas saya tidak lakukan kerana ada dua siasatan tempat kejadian sebelum ini telah dilakukan oleh Inspektor Alif dari forensik IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Sabah.
Zara Qairina ditemukan dalam longkang, tidak sedarkan diri – Pengawal keselamatan
KOTA KINABALU – Seorang pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, yang dia menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah, kira-kira 3 pagi pada 16 Julai lepas.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar sejak 1 Julai 2012 berkata pada hari kejadian kira-kira 2 pagi, dia membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah dan mendapati tiada sebarang insiden luar biasa berlaku.
“Saya kemudian bergerak ke blok asrama bersebelahan, iaitu Blok Sumayyah yang merupakan asrama perempuan untuk membuat rondaan seterusnya,” katanya yang bertugas dari 8 malam pada 15 Julai hingga 8 pagi, 16 Julai lepas.
Linah berkata kira-kira 3 pagi, semasa berada di asrama Blok Sumayyah, dia dimaklumkan oleh seorang pelajar ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.
Wanita berkenaan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu. -BERNAMA
Zara Qairina ditemui tidak sedar diri dalam longkang, tengkuk berdarah - Pengawal Keselamatan
KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah, kira-kira jam 3 pagi pada 16 Julai lalu.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar sejak 1 Julai 2012, berkata pada hari kejadian kira-kira jam 2 pagi, dia membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah dan mendapati tiada sebarang insiden luar biasa berlaku.
"Saya kemudian bergerak ke blok asrama bersebelahan, iaitu Blok Sumayyah yang juga asrama perempuan untuk membuat rondaan seterusnya," katanya yang bertugas dari jam 8 malam pada 15 Julai hingga 8 pagi, 16 Julai lalu.
Linah berkata, kira-kira jam 3 pagi, semasa berada di asrama Blok Sumayyah, dia dimaklumkan oleh seorang pelajar ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.
Wanita berkenaan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.
"Saya terus menghubungi Ketua Warden Asrama, Ustaz Azhari berkenaan kejadian itu. Selepas menghubungi Ketua Warden Asrama tersebut, saya mengambil sekeping gambar Zara dalam keadaan terlentang di longkang berkenaan," katanya.
Asrama tiada CCTV, jeriji
Linah turut mendedahkan blok asrama tempat kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan gril keselamatan di koridor bangunan.
"Setahu saya, tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) di pasang di blok asrama Rabiatul Adawiyah. Tiada juga gril (palang besi) dipasang di koridor bangunan asrama tersebut," katanya.
Linah yang bertugas pada malam kejadian, memberitahu mahkamah bahawa keadaan itu menyukarkan pemantauan keselamatan pelajar, terutama pada waktu malam.
"Ambulans tiba kira-kira jam 4 pagi dan membawa Zara ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan," katanya.
Inkues kes kematian Zara Qairina Mahathir dipengerusikan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak selaku Koroner.
Prosiding dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali iaitu Nahra Dollah, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan serta Dacia Jane Romanus.
Di barisan pihak berkepentingan peguam ibu Zara, Noraidah Lamat diwakili Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Pihak berkepentingan mewakili bapa Zara, Mahathir Hashim @ Marikin diwakili peguam Sherzali Herza Asli, Nur Rafeeqa Afdul Mutalib dan Clarice Vyonne Conrad.
Pihak berkepentingan peguam Joan Goh, Phang Fui Fong, dan Prem Elmer Ganasan mewakili salah seorang remaja tertuduh terbabit dalam kes buli Zara.
Turut menjadi pihak berkepentingan peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Sylyester Kuan bersama Fareez Salleh mewakili empat lagi remaja tertuduh kes buli Zara.
Zara Qairina Mahathir 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu.
Pada 13 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh pihak polis.
Pada 8 Ogos lalu, AGC memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
Pelajar senior dipercaya saksi pertama lihat Zara Qairina tidak sedarkan diri, dia masih bernafas - Saksi
Kota Kinabalu: Seorang pelajar senior dipercayai saksi pertama melihat Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.
Perkara itu didedahkan pengawal keselamatan, Linah Mansoding @ Jaliha, 60, ketika membacakan keterangan bertulisnya pada inkues kematian arwah Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.
Beliau yang bertugas mengawal kawasan asrama perempuan pada hari kejadian, berkata didatangi seorang pelajar yang memberitahunya ada pelajar pengsan.
"Pada 15 Julai 2025, saya bertugas sebagai pengawal keselamatan bermula jam 8 malam sehingga 8 pagi keesokan harinya iaitu 16 Julai 2025.
"Sekitar jam 2 pagi pada 16 Julai 2025, saya membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah dan tiada apa-apa kejadian berlaku.
"Saya kemudian bergerak ke blok asrama bersebelahan iaitu Blok Sumayyah yang juga asrama perempuan untuk membuat rondaan seterusnya.
"Sekitar jam lebih kurang 3 pagi, semasa saya berada di asrama Blok Sumayyah, saya dimaklum oleh seorang pelajar bahawa ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang asrama Blok Rabiatul Adawiyah.
"Saya terus bergegas ke asrama Blok Rabiatul Adawiyah dan melihat seorang pelajar perempuan yang dikenali dengan nama Zara terlentang di longkang asrama dalam keadaan tidak sedar diri," katanya.
Beliau berkata, selepas melihat mangsa, beliau terus menghubungi Ketua Warden Asrama mengenai kejadian itu dan mengambil sekeping gambar Zara dalam keadaan terlentang di longkang terbabit.
"Selepas Ustaz Azhari (Ketua Warden) sampai di lokasi kejadian, beliau telah menghubungi hospital dan ambulans sampai pada sekitar jam 4 pagi.
"Pelajar yang dikenali sebagai Zara tersebut dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk terima rawatan," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan peguam ibu arwah Zara Qairina, Shahlan Jufri sama ada pelajar terbabit ditemani pelajar lain, Linah berkata hanya pelajar itu seorang memanggilnya.
Shahlan: Bagaimana dia memaklumkan kepada puan bahawa ada pelajar pengsan?
Linah: Dia panggil, aunty, aunty ada budak pengsan. Saya tanya apa bilik, dia cakap bukan di bilik, jadi kami terus berlari dan sampai di situ saya nampak pelajar terlentang. Saya tidak pegang sebab dia terlentang, tapi dia masih bernafas.
Shahlan: Masa dia panggil, ada siapa-siapa lagi?
Linah: Tiada, dia seorang saja.
Shahlan: Selepas dia panggil dan puan pergi ke tempat kejadian, adakah puan tahu siapa pelajar itu?
Linah: Ya memang saya tahu, lepas tengok muka saya terus ingat nama dia Zara.
Shahlan: Macam mana puan boleh pasti pelajar itu Zara?
Inkues Zara Qairina: Telefon awam asrama ditutup 48 jam selepas kejadian – Saksi
KOTA KINABALU: Telefon awam asrama ditutup 48 jam selepas Allahyarham Zara Qairina Mahathir ditemukan tidak sedarkan diri, menurut pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Kinarut, Linah Mansoding @ Jaliha, 64, yang juga saksi keenam inkues kes kematian pelajar berkenaan.
Linah memberitahu mahkamah ketika ditanya pihak berkepentingan yang juga peguam mewakili ibu Allahyarham, Shahlan Jufri pada sesi soal jawab prosiding yang masuk hari kelima, di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.
Shahlan: Dalam tempoh dua hari selepas 16 Julai 2025 adakah pelajar-pelajar sekolah boleh menghubungi ibu bapa mereka?
Linah: Macam ‘Public phone’ pun sana ada kena tutup selama dua hari dua malam.
Shahlan: ‘Public phone’ di sana ditutup selama dua hari dua malam?
Linah: Sebab budak-budak banyak call ibu bapa mereka.
Shahlan: Sebelum itu Puan ada berapa ‘public phone’ di sana?
Linah: Blok A tiga (telefon awam) blok B tiga (telefon awam)
Shahlan: Macam mana ‘public phone’ ditutup?
Linah: Dikasi mati suiz.
Shahlan: Siapa tutup suiz?
Linah: Ketua warden suruh tutup.
Bagaimanapun, pada sesi soal jawab itu mahkamah tidak dimaklumkan apakah motif telefon awam itu ditutup dan adakah perkara itu amalan biasa ia ditutup pada hari Khamis dan Jumaat selepas Allahyarahm ditemukan tidak sedarkan diri.
Inkues kes kematian Zara Qairina Mahathir dipengerusikan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak selaku koroner.
Prosiding dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali iaitu Nahra Dollah, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan serta Dacia Jane Romanus.
Di barisan pihak berkepentingan peguam Ibu Zara, Noraidah Lamat diwakili Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Pihak berkepentingan mewakili bapa Zara, Mahathir Hashim @ Marikin diwakili peguam Sherzali Herza Asli, Nur Rafeeqa Afdul Mutalib dan Clarice Vyonne Conrad.
Pihak berkepentingan peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh, Phang Fui Fong, dan Prem Elmer Ganasan mewakili salah seorang remaja tertuduh terbabit dalam kes buli Allahyarham.
Turut menjadi pihak berkepentingan peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Sylyester Kuan bersama Fareez Salleh mewakili empat lagi remaja tertuduh kes buli Zara.
Security guard: After Zara Qairina was found bleeding in drain alone, school’s payphones were shut down
KOTA KINABALU, Sept 10 — A security guard on duty told the Coroner’s Court today that only she and the student who alerted her were awake when 13-year-old Zara Qairina Mahathir was found unconscious in a drain outside her hostel block in the early hours of July 16.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, a security guard at SMKA Tun Datu Mustapha in Papar since 2012, said one of the students came running to her while she was on patrol at around 3am informing her that someone had “pengsan”(fainted) and then rushed to the location where she found an unconscious Zara Qairina on the ground.
“I saw a student known to me as Zara lying unconscious in the dormitory drain. I quickly contacted the Chief Dormitory Warden, Ustaz Azhari, regarding the incident. After informing the Chief Dormitory Warden, I took a photograph of Zara lying in the drain,” she said in her witness statement.
Questioned by counsel Shahlan Jufri whether there was anyone else on the scene at the time, she said: “There were no other students there at the time. They haven’t woken up yet,”
Shahlan: What did the ketua warden say when he arrived?
Linah: He said “Astagfirullahalazim what happened, how did she get here?,” I said I didn’t know. She was already like this on the ground when I arrived.
Linah said that the student did not seem to know who Zara Qairina was, claiming that she could not see her because she was “rabun” (low-sighted). She described the student as looking “scared”.
“I saw Zara lying on her back, bleeding from her head and legs.
“I took a photo with my Oppo handphone,” she said, adding that Zara Qairina was not conscious but still breathing. She also did not touch the body.
The photo taken by Linah has been crucial piece of evidence, and the only photo reportedly available of Zara Qairina at the crime scene that night and used by the investigating team.
Eventually, four other teachers including the chief warden arrived and waited for the ambulance to arrive together.
Shahlan: What was the teacher’s response when they arrived?
Linah: Diorang tingu saja sambil tunggu ambulance (They just looked on while waiting for the ambulance)
Shahlan: Any of them asked you questions?
Linah: Yes, they asked what happened but I just said she was like this when I saw her.
In the two days that followed, Linah said that the six public phones available at the school for students to contact their parents were shut down.
Asked how could the public phones be shut down, Linah said they “turned the switch off”.
“The head warden ordered their shutdown,” she said.
At this point, coroner judge Amir Shah Amir Hassan ordered questioning to stop as it was 12.30pm.
Earlier, she told the court that students sometimes borrowed her or the others’ phones when they did not have money to reload their prepaid phone cards.
The inquest continues tomorrow with a site visit to the hostel, where another mannequin demo is expected to be conducted.
Inkues Zara Qairina: Dua patung digunakan untuk simulasi jatuhan - Peguam
PAPAR - Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, hari ini menyaksikan demonstrasi jatuhan di lokasi kejadian menggunakan dua patung (mannequin) baharu bagi mendapatkan gambaran lebih tepat berhubung insiden itu.
Peguam, Datuk Ram Singh berkata, kedua-dua patung itu dilengkapkan dengan bekas air bagi mencapai berat 53 kilogram, hampir menyerupai fizikal Allahyarham.
"Patung baharu ini dipasang semula dengan bekas air untuk mendapatkan berat yang diperlukan. Pasukan CSI juga memanjat ke jeriji untuk menguji beberapa arah, termasuk tolakan dan tanpa tolakan. Kami cuba semua kemungkinan," katanya kepada media selepas lawatan ke lokasi.
Beliau yang mewakili salah seorang daripada lima remaja dituduh berkaitan kes Zara Qairina menambah, demonstrasi itu dilakukan di tingkat tiga bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini dan akan membantu pihak mahkamah menilai semula keadaan jatuhan.
Menurutnya, patung yang digunakan bukan crash test dummies sebenar, sebaliknya hanya digunakan untuk menunjukkan jarak jatuhan dan impak pendaratan.
"Kami hanya mahu menunjukkan impak dan lokasi jatuhan. Bezanya hampir tiada antara menggunakan air dan batu bata, kecuali semasa impak," jelasnya.
Ram Singh berkata, simulasi itu juga mendapati kedudukan impak konsisten dengan foto bukti yang ditandakan sebagai I7.
Beliau memaklumkan bahawa soalan lanjut akan diajukan semasa prosiding bersambung semula di mahkamah jam 3 petang.
Beliau turut menegaskan bahawa locus in quo atau lawatan ke lokasi kejadian adalah penting dalam mana-mana kes jenayah serius.
"Bagi mana-mana kes serius, locus in quo adalah penting. Ia membantu menjelaskan situasi sebenar. Kami juga perhatikan tiada CCTV di kawasan itu," ujarnya.
Beliau mengesahkan, dua mesin basuh domestik turut berada berhampiran lokasi jatuhan dan kawasan itu dipastikan selamat sepanjang simulasi berlangsung.
Rombongan Mahkamah Koroner termasuk Hakim Koroner Shah Amir Hassan, pegawai penyiasat, peguam dan pihak berkaitan meninggalkan lokasi sekitar jam 11.50 pagi tadi selepas selesai pemeriksaan dan demonstrasi.
Prosiding inkues akan disambung semula petang ini di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. - Awani
Inkues Zara Qairina: Arwah jatuh dalam keadaan berdiri, tak mungkin tergelincir - Saksi
Kota Kinabalu: Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menyambung keterangan pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner, di sini, petang ini berhubung hasil simulasi ketika sesi locus in quo di asrama Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada sebelah pagi.
Pada sebelah pagi, beliau hadir pada prosiding secara locus in quo yang dibuat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Limauan, Kinarut, Papar.
Prosiding di Mahkamah Koroner petang ini dimulakan dengan pertanyaan pegawai pengendali, Datuk Badiuszaman Ahmad mengenai simulasi yang dibuat di lokasi kejadian itu.
Dr Jessie menerangkan dapatan simulasi menggunakan patung itu yang dibuat berdasarkan dua situasi berbeza, masing-masing dalam keadaan duduk dan berdiri.
Badiuszaman: Pagi tadi, kita membuat dua rekonstruksi di lokasi. Boleh terangkan kepada mahkamah apa dapatan simulasi itu?
Dr Jessie: Dapatan rekonstruksi pagi ini berdasarkan dua senario, pertama ialah (patung) dalam keadaan duduk dan ditolak dari belakang. Patung jatuh dari bangunan dengan muka ke bawah. Senario kedua adalah dalam keadaan berdiri dan jatuh terus ke bawah, patung jatuh ke longkang.
Badiuszaman: Adakah ia sama dengan dapatan pertama?
Dr Jessie: Dalam kes ini ada dua parameter, pertama kecederaan di kedua kaki. Parameter lain ialah jarak dari bangunan. Senario pertama patung jatuh jauh dari bangunan tapi muka dan badan menghadap ke bawah.
Senario kedua, patung mendarat dengan dua kaki secara terus, tapi dekat dengan bangunan, bukan lokasi yang dipercayai lokasi kaki si mati mendarat.
Badiuszaman: Boleh beritahu mahkamah mana satu yang paling mungkin?
Dr Jessie: Senario kedua, mendarat dengan kedua belah kaki.
Sementara itu, Dr Jessie menjelaskan arwah Zara Qairina mengalami kecederaan tulang patah yang teruk di bahagian tibia atau tulang betis, disebabkan jatuh dari ketinggian.
Beliau menjawab pertanyaan peguam mewakili ibu arwah Zara Qairina, Rizwandean M Borhan yang menyatakan kemungkinan arwah mengalami kecederaan lebih teruk jika jatuh dari tingkat tiga bangunan.
Rizwandean turut menyatakan ada banyak kemungkinan yang boleh menjadi punca arwah jatuh, termasuk kemungkinan ditolak dan ia dipersetujui pakar patologi itu yang juga saksi pertama inkues sebelum ini.
Bagaimanapun, Dr Jessie menerangkan dalam kes arwah Zara Qairina, arwah mendarat dengan kakinya pada satu jarak dari bangunan asrama dan tidak mungkin boleh tergelincir.
"Saya setuju ada banyak kemungkinan jatuh, bagaimanapun dalam kes ini dia mendarat atas kaki pada satu jarak dari bangunan.
"Berdasarkan rekonstruksi (simulasi kejadian) pagi ini, dia tidak boleh hanya tergelincir dan jatuh menegak.
"Kita juga mewujudkan senario yang lain. Untuk mendapatkan kedudukan yang mana dia dipercayai mendarat, badannya mesti ke hadapan dan mendarat dengan kedua belah kaki dahulu," katanya.
Rizwandean turut bertanya sama ada Dr Jessie tahu jika ada ujian DNA dibuat ke atas palang besi di atas tembok koridor asrama di lokasi arwah Zara Qairina dipercayai berada sebelum jatuh pada 16 Julai lalu.
Inquest: Zara Qairina landed on her feet, says pathologist
KOTA KINABALU: After this morning's Coroner's Court visit to the scene where the late Zara Qairina Mahathir was found unconscious, a Queen Elizabeth Hospital (HQE) pathologist continued her testimony in the afternoon session of the inquest into the teens death.
Dr Jessie Hiu was questioned about the results of the simulation conducted at Zara Qairina's dormitory.
This morning, she attended the locus in quo proceedings before coroner Amir Shah Amir Hassan in Limauan, Kinarut, Papar.
The court session began with questions from conducting officer Datuk Badiuszaman Ahmad.
Dr Hiu explained the findings from the mannequin-based reconstruction conducted under two different scenarios — one in a seated position and another while standing.
Badiuszaman: Can you explain to the court the findings from the simulation?
Dr Hiu: The reconstruction this morning was based on two scenarios. The first was the mannequin in a seated position, pushed from behind. It fell from the building face-down. The second was while standing and falling straight down, with the mannequin landing in the drain.
Badiuszaman: Is that consistent with the first finding?
Dr Hiu: There are two parameters in this case. The first is injury to both legs. The other is the distance from the building. In the first scenario, the mannequin fell further from the building but landed face-down. In the second, the mannequin landed directly on both feet but closer to the building — not at the location believed to be where the deceased's feet landed.
Badiuszaman: Which is more likely?
Dr Hiu: The second scenario, landing on both feet.
Dr Hiu also explained that Zara Qairina suffered severe fractures to the tibia (shinbone), caused by falling from a height.
She was responding to questions from lawyer Rizwandean M. Borhan, who represents Zara Qairina's mother, suggesting that the deceased could have sustained worse injuries had she fallen from the third floor of the building.
Rizwandean also highlighted the possibility of multiple causes behind the fall, including being pushed, which Dr Hiu — the first witness in the inquest — agreed it was possible.
However, Dr Hiu clarified that in Zara Qairina's case, the deceased landed on her feet some distance away from the dormitory building, making it unlikely that she could have simply slipped.
"I agree there are many possible ways of falling. However, in this case, she landed on her feet at some distance from the building.
"Based on this morning's reconstruction, she could not have simply slipped and fallen straight down.
"We also tested other scenarios. To land at the location believed to be her landing spot, her body must have been tilted forward and landed feet-first," she said.
When Rizwandean asked Dr Hiu if she knew whether DNA tests had been conducted on the iron railing atop the dormitory corridor wall — the spot where Zara Qairina was believed to have been before falling on July 16, she said none had been done.
Forensic expert: Zara Qairina most likely conscious at time of fall
KOTA KINABALU, Sept 11 — Based on her injuries, 13-year-old Zara Qairina Mahathir was most likely conscious when she fell, a pathologist told the Coroner’s Court here today during the inquest looking into her cause of death.
In her testimony today, forensic pathologist Dr Jessie Hiu said that her injuries upon impact showed that she would have had to land feet first and it would have been difficult for anyone carrying her to put her in such a position that would have caused that landing.
“The persons carrying her would have to position the body with the feet down and stretch it out from the ledge to where she landed, which was quite a distance,” she said to a question by counsel Datuk Ram Singh.
When asked how many people it would require to make that possible, she said she would not know.
Ram: “In short, Zara would have to be conscious, standing upright. Not unconscious. Am I correct to say that?”
Dr Hiu: “Yes, likely.”
Zara was found unconscious on the ground floor of her hostel in the early hours of July 16.
She died from severe trauma injuries to her head the next day.
During questioning by lawyer Rizwandean M. Borhan, forensic pathologist Dr Hiu said that the injuries sustained by Zara narrowed the possibilities of how she had fallen.
Rizwandean: “Am I correct to say there are many possibilities of how the deceased could have fallen, for example the position of her feet on the metal railing or the cement railing, whether she had fallen from the ledge, or whether she had been pushed? Taking into account that you examine people who have died, you cannot say with full certainty how the deceased had fallen. Am I correct?”
Dr Hiu: I agree there are many possibilities of falling. However, in this case the deceased had landed on her feet a distance from the building. Based on the reconstruction this morning, she could not have just slipped and fallen straight down. To get from the position on the ledge to where she allegedly landed, the body must be projected forward and land down both feet first.”
She also told the court it was unlikely that Zara had been struck on the top of her head with a blunt weapon, as the injury pattern would have been different.
“There may be a laceration at the point of impact, with any skull fracture and brain bleeding concentrated under that site. But in this case, the bleeding was generalised, which is more consistent with a deceleration-type injury rather than a localised force,” she said when questioned by counsel Azhier Farhan.
When asked if a blow from above would normally cause a depressed skull fracture, Dr Hiu said it would depend on the force used. However, she confirmed that Zara did not suffer any depressed skull fracture. The only laceration present was at the back of her head.
Dr Hiu said Zara’s injuries were consistent with a fall from height, first landing on her feet and then falling backwards.
She also explained that she had considered the decomposition process in her autopsy, noting that tissue integrity deteriorates over time.
“If the body has decomposed, determining the cause of death becomes more difficult, especially in cases of severe decomposition. However, bone injuries can still be detected,” she said.
In Zara’s case, Dr Hiu said that because her brain had already decomposed extensively, she could not determine the cause of death purely from the post-mortem. Instead, she relied on Zara’s clinical tests and scans done before death, while excluding other injuries as possible causes.
Dr Hiu was the first witness in the inquest, which began on September 3. She was recalled for her expert opinion after a site visit to the school today to reenact and reconstruct the alleged fall on July 16.
Zara was found unconscious on the ground floor of SMKA Tun Datu Mustapha’s girls’ dormitory and died from her injuries at the hospital the following day.
The inquest was ordered to determine her cause of death following allegations of improper procedural conduct in the investigation.
Inkues Zara Qairina: 'Tiada VVIP pengaruhi keterangan, Zara sedar ketika jatuh' - Dr Jessie Hiu
Kota Kinabalu: Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menjelaskan beliau tidak tahu ada mana-mana individu penting (VVIP) atau pihak ketiga cuba mempengaruhi beliau dalam memberi keterangan di Mahkamah Koroner.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peguam Datuk Ram Singh yang bertanya sama ada jawapan beliau pada inkues kematian Allahyarham Zara Qairina itu berdasarkan kepakaran beliau semata-mata dan tidak dipengaruhi VVIP atau pihak ketiga.
Ram: Jawapan kamu tidak dipengaruhi atau dikesani oleh dakwaan yang mengatakan ada VVIP atau pihak ketiga, hanya berdasarkan kepakaran?
Dr Jessie: Saya tidak tahu ada mana-mana VVIP atau pihak ketiga.
Dr Jessie yang sebelum ini memberi keterangan sebagai saksi pertama inkues kematian Zara Qairina dipanggil semula menyambung keterangan berkaitan simulasi yang diadakan pada prosiding locus in quo di asrama sekolah arwah Zara Qairina yang turut dihadirinya, pagi tadi.
Dalam satu lagi soalan, Dr Jessie bersetuju dengan kenyataan Ram bahawa arwah Zara dalam keadaan sedar ketika jatuh dalam insiden pada awal pagi 16 Julai lalu.
Beliau juga berpendapat agak sukar untuk menjatuhkan seseorang dalam keadaan tegak dengan mengangkatnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ram: Adakah kemungkinan dia (arwah Zara) kena angkat dan dibuang ke tingkat bawah?
Dr Jessie: Ya, tapi orang yang angkat mesti posisikan badannya memanjang untuk menyamai di mana dia mendarat dengan kaki terlebih dahulu dari 'ledge' yang mana agak jauh.
Ram: Dalam kes ini, dengan ketinggian Zara 154 sentimeter dan berat 53 kilogram, berapa orang angkat?
Dr Jessie: Saya tidak tahu.
Ram: Adakah betul saya katakan apabila orang tidak sedarkan diri dan angkat orang pengsan, ia sukar diangkat?
Dr Jessie: Sukar untuk memegang badan dalam keadaan tegak untuk menjatuhkannya tepat seperti lokasi di mana dia dipercayai mendarat dengan kaki dahulu mendarat.
Ram: Ringkasnya Zara sedar dan berdiri tegak ketika jatuh, bukan tidak sedar?
Dr Jessie: Ya, 'likely'.
Ram bersama rakan guamannya mewakili seorang daripada lima tertuduh kanak-kanak yang berdepan pertuduhan kes buli di Mahkamah Kanak-Kanak.
Dr Jessie selesai memberi keterangan petang ini sebelum disambung esok oleh pengawal keselamatan asrama arwah Zara Qairina yang memberi keterangan bermula semalam mengenai insiden menimpa arwah pada 16 Julai lalu.
Punca kematian Zara Qairina ditentukan melalui pemeriksaan klinikal, imbasan CT -Pakar patologi
KOTA KINABALU - Pakar patologi forensik memberitahu Mahkamah Koroner di sini pada Khamis bahawa punca kematian Zara Qairina Mahathir ditentukan melalui pemeriksaan klinikal dan imbasan CT yang dijalankan ketika mangsa masih bernyawa.
Dr Jessie Hiu, 58, yang menjalankan bedah siasat memberi keterangan bahawa pemeriksaan itu turut mengetepikan kemungkinan bahawa kecederaan lain telah menyebabkan kematian remaja berusia 13 tahun itu.
"Punca kematian ditentukan berdasarkan pemeriksaan klinikal dan imbasan CT yang dijalankan ketika remaja itu masih bernyawa, serta penemuan bedah siasat yang menolak kemungkinan kecederaan lain sebagai punca kematian,” katanya.
Beliau berkata, otak mangsa didapati berada dalam keadaan pereputan lanjut semasa proses bedah siasat dijalankan pada 10 Ogos lepas.
Menurut beliau, tahap pereputan yang tinggi menjadikan proses menentukan punca kematian lebih rumit, tetapi kecederaan pada tulang lazimnya masih boleh dikesan.
Dr Hiu yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth di sini sejak 1998 berkata demikian ketika disoal peguam Nurul Rafiqah Afdul Mutolip, yang mewakili bapa Zara Qairina, pada hari keenam inkues kematian remaja berkenaan.
"Pereputan adalah proses berterusan yang menyebabkan tisu mereput sehingga hanya tinggal rangka. Dalam kes ini, saya tidak dapat menentukan punca sebenar kematian melalui bedah siasat kerana otak mangsa telah berada pada tahap pereputan lanjut,” katanya.
Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth.
Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum, setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung esok. - Bernama
Pathologist: Zara Qairina’s cause of death determined by clinical examination, CT scan
KOTA KINABALU — A forensic pathologist today told the Coroner’s Court that clinical examination and a computed tomography (CT) scan performed while Zara Qairina Mahathir (picture) was still alive were used to determine her cause of death.
Dr Jessie Hiu, 58, who conducted the post-mortem, testified that the examination also ruled out other injuries as possible causes of the 13-year-old girl’s death.
“The cause of death was determined based on the clinical examination and CT scan conducted while she was alive, as well as post-mortem findings, which ruled out other injuries as possible causes of death,” she said.
She said the teenager’s brain was already in an advanced state of decomposition during the post-mortem, which was carried out on Aug 10
She explained that advanced decomposition makes determining the cause of death increasingly difficult; however, skeletal injuries can often still be assessed.
Dr Hiu, who has been with the Department of Forensic Medicine at Queen Elizabeth Hospital here since 1998, was being questioned by lawyer Nurul Rafiqah Afdul Mutolip, representing Zara Qairina’s father, during the sixth day of the inquest into the teenager’s death.
“Decomposition is an ongoing process of tissue breaking down until (only) the skeleton remains. In this case, I was unable to determine the exact cause of death from the post-mortem due to the advanced decomposition of the brain,” she said.
The inquest proceedings before Coroner Amir Shah Amir Hassan will resume tomorrow.
Zara Qairina died on July 17 at Queen Elizabeth Hospital, where she had been admitted a day earlier after being found unconscious in a drain near her school hostel in Papar at 4 am.
On Aug 8, the Attorney General’s Chambers ordered her remains to be exhumed for a post-mortem, before announcing an inquest into her death on Aug 13. — BERNAMA
Inkues: Peguam mohon pakar psikiatri nilai keadaan mental Zara Qairina
Kota Kinabalu: Peguam mewakili tertuduh remaja, Datuk Ram Singh hari ini memohon Mahkamah Koroner supaya membabitkan pakar psikiatri forensik bagi menilai keadaan mental Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam prosiding inkues kematian pelajar terbabit.
Menurutnya, faktor psikologi arwah perlu diberi perhatian kerana kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi di asrama sekolah dan membabitkan remaja berusia 13 tahun.
"Persoalan utama ialah apakah keadaan mental Zara pada masa itu dan mengapa arwah berada di koridor pada masa itu.
"Ini memerlukan kepakaran psikiatri forensik, bukan sekadar penilaian fizikal," katanya ketika ditemui media selepas prosiding inkues kematian arwah Zara, petang ini.
Menurutnya, keterangan saksi pakar patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, hari ini jelas menunjukkan bidang beliau hanya terhad kepada aspek perubatan kecederaan dan kesan jatuhan, bukan psikologi.
"Mahkamah perlu melihat faktor menyeluruh, termasuk tekanan emosi atau isu lain yang mungkin mendorong arwah berada di lokasi itu.
"Justeru kami mohon mahkamah mendapatkan khidmat psikiatri forensik kerajaan untuk analisis lebih komprehensif," katanya.
Permohonan itu turut disokong peguam keluarga Zara yang menekankan pentingnya penilaian psikologi dibuat bagi melengkapkan keseluruhan gambaran insiden.
Koroner Amir Shah Amir Hassan kemudian mengambil maklum perkara itu dan menangguhkan keputusan untuk tindakan lanjut.
Prosiding hari ini turut menyaksikan simulasi menggunakan tiga patung bagi menggambarkan kemungkinan cara arwah jatuh dari bangunan asrama.