CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: JohnPaulusss

[Tempatan] DNA tak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan - Pakar forensik

[Copy link]
Post time 4-9-2025 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.sinarharian.com.my/article/746492/berita/semasa/inkues-zara-qairina---apa-perlu-anda-tahu

Inkues Zara Qairina - Apa perlu anda tahu

PROSIDING inkues bagi mengenal pasti punca kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mula berlangsung pada Rabu dengan beberapa saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk Pakar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu.

Bagaimanapun, prosiding hari pertama itu telah menimbulkan pelbagai interpretasi dan spekulasi dalam kalangan orang ramai.

Ikuti penjelasan peguam yang juga bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki mengenai proses inkues yang dijalankan itu.

Inkues Zara Qairina bermula pada Rabu selama dua hari, sebelum bersambung lagi pada 8 hingga 30 September ini. Prosiding itu tidak terus-menerus dan ada yang dilangkaui. Namun, jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 18 hari.

Ia akan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan sebagai Koroner, menggantikan Koroner, Azreena Aziz.

Kenapa bukan Hakim tetapi Koroner? Kenapa Inkues, bukan dakwa jenayah?

Hari ini kita belajar sama-sama. Tujuan saya satu, supaya kita faham sistem keadilan. Kita perkukuhkan kedaulatan undang-undang dalam Rukun Negara.

Apa itu inkues?

Inkues merupakan suatu prosiding rasmi untuk cari punca kematian. Ia selalunya dibuat bila suatu kes itu diragukan cara siasatannya.

Contoh kes Wan Ahmad Faris. Sekolah kata bunuh diri, polis kata kematian mengejut. Tetapi ibu bapa Wan Ahmad Faris tidak puas hati. Mereka merayu kepada Timbalan Pendakwa Raya, untuk prosiding inkues di mahkamah. Timbalan Pendakwa Raya sokong dan bawa kes tersebut ke Mahkamah Koroner.

Selepas tiga tahun, Mahkamah putuskan keputusan terbuka (open verdict). Maknanya Mahkamah Koroner tolak dapatan polis dan putuskan Wan Ahmad Faris dibunuh oleh orang yang tidak dikenali.

Jadi polis kena buat kerja kembali. Ini sama yang berlaku dalam kes Zara. Polis putuskan kematian mengejut tiada unsur jenayah.

Namun Timbalan Pendakwa Raya minta bedah siasat lanjut. Digali kubur dan dibawa ke Mahkamah Koroner untuk dibicara. Yang dibicara bukan siapa pesalah, tetapi langkah pertama, apa yang terjadi pada Zara Qairina.

Siapa yang patut ada?

1. Koroner: sebagai hakim siasatan.

2. Pendakwa Raya: mewakili kepentingan awam.

3. Keluarga Zara Qairina: hadir dengan peguam.

4. Saksi-saksi: doktor, pakar, mereka yang nampak kejadian.

5. Orang awam: kerana prosiding ini terbuka.

Pihak lain?

Kalau mahu masuk, mesti mohon pada Koroner. Dan hanya jika ada kepentingan sah. Bukan semua orang boleh jadi pihak dalam inkues.

Kes Zara Qairina ini unik kerana tahap kes tersebut sudah dikategorikan sebagai berkepentingan awam.

Apabila peguam keluarga Zara Qairina minta bukan saja hadir, tetapi turut jadi pihak yang boleh tanya saksi, Mahkamah Koroner benarkan.

Bila peguam orang kena tuduh (OKT) pembuli mintak masuk sekali untuk dengar inkues. Mahkamah benarkan pada mulanya. Tetapi Peguam Keluarga Zara Qairina membantah. Buat rayuan bersama Majlis Peguam Sabah (SLC).

Akhirnya Mahkamah akur dan tolak kembali permohonan peguam OKT.

Walaupun Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah kehadiran SLC dalam prosiding. Mahkamah benarkan juga dan tolak bantahan AGC, kerana kes berkenaan sudah di tahap berkepentingan awam.

Makanya buat masa ini peguam OKT pembuli tidak boleh berada dalam inkues. Melainkan dirayu lagi sekali.

Ini membuktikan sistem keadilan bukan hendak berpihak pada mana-mana atau kita boleh suka-suka pilih siapa menang.

Bukan isu AGC vs peguam vs mahkamah.

Inilah bukti semak dan imbang. Dalam sistem kehakiman kita, tiada siapa berkuasa mutlak. Ada Mahkamah Koroner. Ada Mahkamah Tinggi. Ada Mahkamah Rayuan. Ada Mahkamah Persekutuan. Lapisan demi lapisan supaya keadilan tetap terpelihara.

Rakyat jangan hanya jadi pemerhati.

Mari celik undang-undang.

Percaya kepada proses. Biar lambat, biar berlapis, tetapi itulah tanda keadilan berjalan.

Kedaulatan undang-undang itu bukan bermaksud siapa patut menang. Tetapi proses keadilan berjalan tanpa gangguan agar kita mendapat kebenaran.

Untuk Zara Qairina.

Untuk semua mangsa buli yang sudah tidak mampu bersuara.

Agar keadilan tertegak untuk mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/09/04/court-has-to-decide-on-true-nature-of-zara-qairina039s-death-says-pathologist

Court has to decide on true nature of Zara Qairina's death, says pathologist

KOTA KINABALU: Queen Elizabeth Hospital forensic pathologist Dr Jessie Hiu says the Coroner's Court has to decide on the true nature of Zara Qairina Mahathir's death, including whether it was accidental or self-inflicted.

On the second day of Dr Hiu's testimony, counsel Datuk Ram Singh had asked if there was a possibility that Zara Qairina had jumped off the third floor of her hostel.

"That is for the Coroner's Court to decide," she said

Ram was referring to Dr Hiu's earlier testimony, where she had stated Zara Qairina's fall was not accidental nor was pushed.

"My question is if it is not by accident and not pushed, is there a possibility that she jumped off on her own accord?" asked Ram.

"She was standing on the floor next to the railing, not on top of the railing as shown in the photographs," Dr Hiu responded, referring to photographs of a reconstruction of the incident during a site visit on Aug 2, provided during her witness testimony.

Ram pushed further and asked: "What is the definition to use in such a situation that the deceased did it as a suicide?"

"That is for the court to decide," Dr Hiu replied again.

Dr Hiu provided testimony before Coroner Amir Shah Amir Hassan.

Earlier, Dr Hiu had used a mannequin to explain to the court the extent of the injuries found on Zara Qairina's body.

The inquest will resume on Sept 8.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2025 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
https://malaysia.news.yahoo.com/doctor-says-zara-qairina-died-100455703.html

Doctor says Zara Qairina died from fall, but stops short of calling it suicide

KOTA KINABALU, Sept 4 — The forensic pathologist who conducted the post-mortem on 13-year-old Zara Qairina Mahathir testified today that she could not determine whether the teenager’s fatal fall was a case of suicide.

Dr Jessie Hiu, the first of 68 witnesses expected to testify, told the inquest that her role was only to explain the injuries and possible causes of the fall, but not to determine intent.

This was highlighted during a tense exchange with Datuk Ram Singh, a lawyer representing five teenagers accused of bullying Zara.

After Dr Hiu testified that it was unlikely Zara had accidentally slipped or was pushed while standing on the floor, Ram pressed her on the possibility of a self-inflicted fall.

Ram: If not an accident or a push while standing... there's a possibility that the deceased fell on her own accord?

Dr Hiu: That is for the court to decide.

Ram: In short, whatever definition we use, could this situation be that the deceased did it as suicide? Not an accident, not a slip, not pushed. I am only asking for your opinion as an expert.

Dr Hiu: Same answer, it is for the court to decide.

Reconstruction and limitations

Dr Hiu explained that based on the location where Zara's body was found, she would have had to either jump or swing from a grill above the railing to land at that specific spot. While certain it was a fall from a height, she could not confirm which floor.

She used a mannequin to demonstrate that Zara's injuries — primarily to her left foot, wrist, side, and back — were consistent with a fall, concluding that Zara likely landed on her feet before falling backward and hitting her head on a concrete surface.

When questioned by Ridzwandean Borhan, a lawyer for Zara’s mother, Dr Hiu acknowledged the limitations of the post-mortem.

She said that light assaults like slaps or punches occurring before the fall could have left superficial bruises not visible during her examination, which took place weeks after the death.

“If superficial, and it doesn't involve the tissue under the skin or muscle, I might not be able to see the injuries,” she said.

The inquest, presided over by Coroner Amir Shah Amir Hassan, concluded its second day at 4 pm. The hearing is scheduled for 19 days.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2025 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
selepas selesai sesi inkues semalam

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1443511/inkues-zara-qairina-21-dokumen-bertulisan-tangan-buku-diserah-kepada

Inkues Zara Qairina: 21 dokumen bertulisan tangan, buku diserah kepada Jabatan Kimia

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu sebanyak 21 beg barang kes Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengandungi kertas bertulisan tangan diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor.

Perkara itu diberitahu Pemeriksa Dokumen di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Nurul Atiqah Mohd Noh selaku saksi kedua inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Beliau berkata, semua dokumen bertanda W1 hingga W6, Y1 hingga Y7 dan Y9 hingga Y15 bermeterai Polis Diraja Malaysia 314, selain satu Borang Polis 31 bernombor aduan Kinarut 1776/25 itu diterima pada jam 8.37 pagi, 20 Ogos lalu.

Ketika prosiding, Nurul Atiqah membuat pengecaman semula dokumen terbabit yang berupa helaian kertas mengandungi tulisan tangan yang ditanda 'Y', selain buku latihan, buku kerja dan buku nota milik arwah Zara Qairina yang ditanda 'W'.

Prosiding hari ini bermula jam 9.20 pagi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dengan Dana Arabi Wazani selaku pegawai pengendali yang menyoal saksi.

Nurul Atiqah, 44, ialah saksi kedua inkues kematian arwah Zara Qairina, dengan pengalaman kerja selama 21 tahun sebagai pegawai sains di Jabatan Kimia Malaysia.

Tugas beliau ialah menerima kes dan menyediakan laporan kimia serta menjalankan pemeriksaan dokumen yang dipertikaikan membabitkan pemeriksaan seperti tandatangan, tulisan tangan, tulisan taip, pindaan, proses percetakan, kertas dan dakwat.

"Saya juga pernah memberi keterangan di mahkamah apabila diperlukan. Sepanjang pengetahuan saya, keterangan saya diterima oleh mahkamah," katanya dalam keterangan yang dibacanya.

Menurutnya, tulisan tangan dalam dokumen terbabit diperiksa dan dibuat perbandingan dengan contoh yang ada bagi menentukan sama ada tulisan dalam dokumen terbabit milik arwah Zara Qairina atau bukan.

"Saya telah memeriksa semua tulisan tangan dan melakukan perbandingan antara tulisan tangan yang dipertikaikan dengan semua contoh tulisan tangan.

"Saya melihat ciri-ciri tulisan tangan antara kedua-duanya dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri-ciri tulisan tangan yang ada.

"Saya menggunakan kanta pembesar dan peralatan saintifik Video Spectral Comparator dalam pemeriksaan saya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2025/09/1261531/inkues-pemeriksaan-temukan-tulisan-tangan-orang-lain-dalam-sebuah-buku-milik

Inkues: Pemeriksaan temukan tulisan tangan orang lain dalam sebuah buku milik Zara Qairina

Kota Kinabalu: Pemeriksa dokumen Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh, menemukan tulisan tangan orang lain dalam sebuah buku milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang diperiksanya sebelum ini.

Ketika membacakan keterangan bertulisnya di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, Nurul Atiqah berkata, tulisan tangan itu ditemukan dalam buku bertanda 'W3' di beberapa muka surat.

"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'W3' pada muka surat 2, 7 hingga 14, 25 hingga 37, 46, 58 hingga 64 dan 73 hingga 89 menunjukkan perbezaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan daripada contoh tulisan tangan 'SA' (tulisan tangan Zara Qairina).

"Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini tidak ditulis oleh penulis contoh (Zara Qairina).

"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'W3' pada muka surat satu adalah campuran tulisan tangan penulis contoh (Zara Qairina) dan seorang yang lain," katanya.

Buku bertanda W3 itu, katanya ialah sebuah buku 'Diamonds' yang beliau nomborkan dari muka surat satu hingga 103, bertarikh antara 16 November 2024 dan 24 Mei 2025, mengandungi tulisan tangan yang dipertikaikan atau dipercayai bukan milik arwah Zara Qairina.

Secara keseluruhan, Nurul Atiqah memeriksa sebanyak 15 helai kertas, empat buku nota dan dua buku teks yang mengandungi tulisan tangan bagi menentukan sama ada tulisan terbabit milik arwah Zara Qairina atau bukan.

Sementara itu, beliau berkata semua dokumen lain yang diperiksanya hanya mengandungi tulisan arwah Zara Qairina sendiri berikutan pemeriksaan menunjukkan persamaan yang signifikan dengan contoh tulisannya.

Dokumen itu ialah helaian kertas bertanda Y1 hingga Y7 dan Y9 hingga Y15, selain dalam helaian kertas Y8 dan buku bertanda W1 dan W2.

"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'Y1' hingga 'Y7' dan 'Y9' hingga 'Y15' menunjukkan persamaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan dengan contoh tulisan tangan 'SA'. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini ditulis oleh penulis contoh (Zara Qairina).

"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'Y8' menunjukkan persamaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan dengan contoh tulisan tangan 'SA'. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini ditulis oleh penulis contoh.

"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'W1' dan 'W2' menunjukkan persamaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan dengan contoh tulisan tangan 'SA'. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini ditulis oleh penulis contoh," katanya.

Setelah selesai dianalisis, katanya semua dokumen terbabit dimasukkan kembali ke dalam beg barang kes asal dan dimeterai kembali dengan label keselamatan 'JABATAN KIMIA MALAYSIA'.

Nurul Atiqah berkata, dokumen itu bersama tiga salinan laporan kimia kemudian diserahkan kepada polis pada jam 10.45 pagi, 2 September lalu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2025 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
https://malaysiagazette.com/2025/09/08/koroner-beri-amaran-jangan-kongsi-eksibit-inkues-zara-qairina/

Koroner beri amaran jangan kongsi eksibit inkues Zara Qairina

KOTA KINABALU, 8 Sept (Bernama) — Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang dikemukakan dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, menerusi media sosial.

Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan menyampaikan peringatan itu selepas menerima aduan berkenaan hal itu, sambil menegaskan bahawa tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

“Saya menerima aduan bahawa terdapat beberapa eksibit yang telah dibocorkan dan saya ingin mengingatkan semua pihak supaya tidak berkongsi perkara ini dengan sewenang-wenangnya. Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Prosiding siasatan kematian remaja itu memasuki hari ketiga hari ini dengan mahkamah mendengar keterangan Nurul Atiqah Mohd Noh, 44, seorang pemeriksa dokumen di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor.

Terdahulu, Nurut Atiqah memberikan keterangan pihaknya menerima 21 beg mengandungi empat buku nota, dua buku teks dan 15 keping kertas yang semuanya dikenal pasti sebagai milik si mati.

Prosiding siasatan akan bersambung selepas rehat tengah hari.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.

Pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkembangan Terkini Inkues Zara Qairina | 8 September 2025

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2025 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/08/blood-stained-journal-among-exhibits-in-inquest-into-zara-qairinas-death/190465

Blood-stained journal among exhibits in inquest into Zara Qairina’s death

KOTA KINABALU, Sept 8 — A blood-stained journal containing emotionally charged entries about her mother was among the documents tendered at the inquest into the death of 13-year-old Zara Qairina Mahathir today.

A co-authored book written by Zara and a friend was also among the 21 items submitted as exhibits at the Coroner’s court here.

Document expert Nurul Atiqah Mohd Noh from the Malaysian Chemist Department confirmed the journal entries were in Zara’s handwriting.

She said that all but one of the exhibits  — W3 – were authored by Zara based on handwriting samples taken from her text books.

Among the 21, 15 (Y1-Y15) were loose pages, four(W1-W4) were notebooks and two (W5-W6) were reference books. The books were dated as far back as 2012 while the pages were dated up to April 2025.

During questioning lawyer Datuk Ram Singh read out excerpts from loose pages submitted where the writer expressed anger towards her mother, Noraidah Lamat, writing that she was better off without her and using foul language in her tirade.

He also pointed out the blood stains that appeared on one of the pages.

Ram: In document evidence Y8, there are blood stains on the document, did you notice?

Nurul Atiqah: Ya

Ram: Did you send it for further analysis?

Nurul Atiqah: No

Ram: As a document examiner, what do you think the stain is?

Nurul Atiqah: I do not know.

Ram is the lawyer for one of the teenagers accused of bullying Zara the night before she was found unconscious on the ground floor of her dormitory building in SMKA Tun Datu Mustapha Limauan on July 16.

Earlier, Nurul Atiqah, who is from the Department’s headquarters in Petaling Jaya said that the documents were sent to the DNA forensic lab before being sent to her for handwriting analysis.  

It has yet to be determined how the stains appeared on the page or what was the original book where the pages came from.

The loose pages saw ramblings and rants about Zara’s friendships with various peers and also relationship with her mother, the latter painting emotionally negative feelings.

Ram pointed out that one of the notebooks entered into exhibit – W4 – saw Zara write “pergi mati” as the topic which Nurul Atiqah also attributed as Zara’s handwriting.

Lawyer for Zara’s mother Ridwandean M Borhan however said it was too early to confirm the writing belonged to Zara and said they would call in their own expert witness to confirm.

Meanwhile, it was also revealed that Zara had a shared diary with a friend which they took turns to write in.

“The questioned handwriting on “W3” on pages two, 7–14, 25–37, 46, 58–64 and 73–89  shows significant differences in handwriting characteristics compared with the handwriting specimen.

In questioning by lawyer Azhier Farhan, Nurul Atiqah said page one of the book had handwriting and names of both Zara and someone else because it was owned by the two of them.

Nurul Atiqah said she had experience of examining some 670 documents of which 120 were handwriting cases. Others include signatures, printing, paper and ink analysis.

Coroner judge Amir Shah Amir Hassan adjourned the court at around 5.20pm.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
laporan drpd the edge lebih terperinci berkenaan sesi inkues hari ni, 8 september

https://theedgemalaysia.com/node/769678

Zara Qairina's handwritten note and bloodstained journal among exhibits in inquest

KOTA KINABALU (Sept 8): A document examiner on Monday told the Coroner’s Court here that she did not refer a note written on a sheet of paper by the late Form One student Zara Qairina Mahathir about her mother to a psychiatrist for evaluation.

Nurul Atiqah Mohd Noh, 44, a document examiner attached to the Document Examination Division of the Forensic Science Analysis Centre, under the Department of Chemistry Malaysia, said this in response to questions from lawyer Datuk Ram Singh, who is representing a juvenile charged with bullying the deceased.

Ram: Referring to exhibit Y9 (a sheet of paper), did you read the sentence: “ok aku harap sangat nanti di akhirat aku nda mahu jumpa kau... jangan kau cari aku, aku nda mau liat muka mu lagi.. pun aku kan terpaling salah di mata mu... baik kau nda payah lahirkan aku, kau bunuh ja aku.” (Ok, I really hope that in the afterlife I will never see you... don’t look for me, I don’t want to see your face again... I know I am entirely at fault in your eyes... it would have been better if you had never given birth to me, just kill me)

Nurul Atiqah: Yes.

Ram: When you read this, did it come to your mind to tell the investigating officer to refer this statement to another expert, like a psychiatrist?

Nurul Atiqah: No.

Nurul Atiqah also stated that she noticed a stain on the top right corner of the sheet (Y9) but was unsure what it was.

Ram: Now, look at exhibit Y8 (another sheet of paper)... I read the part of the content “Bismillah, saya Zara Qairina, ingin memutuskan persahabatan dengan..." (In the name of Allah, I, Zara Qairina, wish to end a friendship with...) dated Jan 5, 2025. Did you analyse it? Nurul Atiqah replied “Yes”.

Ram: When you saw the bloodstain, did you advise that it be sent to the chemist for analysis?

Nurul Atiqah: It was sent to the Forensic DNA Division first before being sent to me.

She also told the court she had examined an exercise book belonging to the deceased.

Ram further asked whether she had analysed the cover page of the exercise book, which had the words “pergi mati” (go and die) written in the ‘Subject’ column.

“Yes, I have analysed it,” replied Nurul Atiqah.

Earlier, she said her division had received 21 bags containing four notebooks, two textbooks, and 15 sheets of paper, all of which were identified as belonging to the deceased.

When questioned by deputy public prosecutor Dana Arabi Wazani, the witness said it was impossible to imitate the handwriting found in the two notebooks, 15 sheets of paper and two textbooks belonging to the student.

She said this was because the handwriting across the documents involved many topics and had been written over a long period of time.

“The examination found similarities in the style of writing, namely rounded handwriting with clear letter formation, balanced spacing between letters, and positioning of letters on the line or page,” said Nurul Atiqah.

The hearing before Coroner Sessions Court Judge Amir Shah Amir Hassan continues on Tuesday.

Zara Qairina, 13, died on July 17 at Queen Elizabeth Hospital, where she had been admitted a day earlier after being found unconscious in a drain near her school hostel in Papar at 4am.

The Attorney General’s Chambers ordered her remains exhumed for a post-mortem on Aug 8, before announcing a formal inquest into her death on Aug 13.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1443867/inkues-zara-qairina-tiada-kesan-lebam-pada-tubuh-ketika-sampai-di#

Inkues Zara Qairina: Tiada kesan lebam pada tubuh ketika sampai di hospital

KOTA KINABALU: Tiada kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit ketika Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tiba di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Saksi Dr Janefer Voo, 32, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan, berkata pada 16 Julai, jam 4.38 pagi, beliau menerima Zara yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Antara kecederaan dialami mangsa termasuklah bengkak dan pendarahan di bahagian belakang kepala, patah tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri serta patah tertutup pada pergelangan kaki kanan.

Selepas pemeriksaan, "Trauma Alert" diaktifkan di Jabatan Kecemasan HQE pada jam 4.42 pagi, 16 Julai, bagi rujukan segera kepada pasukan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi.

"Berdasarkan penilaian saya, pesakit disyaki mengalami kecederaan otak trauma yang serius, kecederaan di bahagian belakang kepala, patah pada kedua-dua pergelangan kaki serta pergelangan tangan kiri, selain disyaki mengalami pendarahan dalaman.

"Disebabkan tekanan darah pesakit yang terlalu rendah, beliau disyaki mengalami kecederaan dalaman akibat trauma 'impak tinggi' pada badan yang menyebabkan pendarahan dalaman.

"Tiada kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit," katanya ketika membacakan kenyataan saksi di hadapan Mahkamah Koroner di sini.

Pegawai penyelaras, Datuk Badiuszaman Ahmad, kemudian meminta Dr Voo menandatangani kenyataan saksinya.

Dr Voo berkata, selepas proses resusitasi dan pengimejan dilakukan, pesakit didapati mengalami pendarahan dalam otak, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri dan tumit kiri, patah tertutup pada lengan kiri dan kaki kanan, patah tulang lumbar vertebrae 2, 3 dan 4, serta pembekuan darah pada tulang pelvis dan otot psoas kiri.

Dr Voo adalah pegawai perubatan pelatih dari Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ditempatkan di HQE.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.utusan.com.my/nasional/2025/09/kecederaan-kepala-zara-kemungkinan-luka-akibat-objek-tumpul/

Kecederaan kepala Zara kemungkinan luka akibat objek tumpul

KOTA KINABALU: Doktor yang pertama menerima dan menerima pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir  tidak menolak kemungkinan bahawa kecederaan yang ada di kepala remaja terbabit disebabkan oleh trauma akibat objek tumpul (blunt force trauma).

Perkara itu dimaklumkan Dr. Janefer Voo yang merupakan saksi keempat inkues di Mahkamah Koroner di sini hari ini ketika ditanya oleh peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina.

Peguam Rizwandean M. Borhan: Berdasarkan kecederaan `scalp vertex hematoma’ (pengumpulan darah) bolehkah kecederaan ni disebabkan oleh `blunt force trauma’ (kecederaan akibat hentakan objek tumpul)?

Dr. Voo: Kemungkinan ya.

Terdahulu, Dr. Voo selaku doktor yang pertama menerima dan menerima Zara Qairina memaklumkan remaja terbabit tiba di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dalam keadaan sangat kritikal dan tidak stabil.

Katanya, pemeriksaan awal terhadap remaja terbabit ketika itu mendapati tiada kesan lebam atau penderaan pada tubuh remaja terbabit ketika ditanya oleh Pegawai Pengendali Inkues, Datuk Badius Zaman Ahmad.

Ketika ditanya mengenai kadar kelangsungan hidup (rate of survival) Zara Qairina berdasarkan pemeriksaan awal, doktor terbabit menyatakan: “Rate of survival tidak pasti tetapi daripada pemeriksaan awal saya, pesakit dalam keadaan sangat kritikal dan tidak stabil.”

Dr Voo turut menyenaraikan beberapa kecederaan yang dialami remaja terbabit yang kebanyakan adalah jenis `close fracture’ (patah dalaman tanpa sebarang luka pada kulit) dan juga turut ditemukan internal bleeding due to trauma (pendarahan dalaman).-UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2025/09/1443949/inkues-kematian-zara-qairina-arwah-diberi-semua-rawatan-diperlukan-untuk

Inkues kematian Zara Qairina: Arwah diberi semua rawatan diperlukan untuk diselamatkan - Pegawai Perubatan

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini, hari ini diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir sudah menerima semua rawatan yang diperlukan bagi menyelamatkannya ketika dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 16 Julai lalu.

Saksi ketiga inkues kematian pelajar tingkatan satu itu, Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE, Dr Janefer Voo berkata pesakit pada ketika itu diberikan resusitasi bagi menstabilkan keadaannya.

Beliau menjawab soalan Pegawai Pengendali, Datuk Badiuszaman Ahmad yang bertanya mengenai keadaan Zara Qairina ketika Dr Janefer bersama pasukannya memeriksa dan merawat pesakit pada masa itu.

Dr Janefer turut menerangkan hasil diagnosis pesakit berdasarkan laporan perubatan dan pemeriksaannya pada masa itu yang mana pesakit mengalami polytrauma yang tidak diketahui mekanisme kecederaannya.

Badiuszaman: Sila terangkan hasil diagnosis berdasarkan laporan perubatan dan pemeriksaan doktor.

Dr Janefer: Hasil diagnosis ini dalam muka surat lima (laporan perubatan), di mana pesakit mengalami polytrauma di mana mekanisme kecederaan tidak diketahui. Kecederaan yang dialami ialah `severe traumatic brain injury' dengan pendarahan otak `hypoxic ischemic injury', bengkak belakang kepala dan luka, `closed fracture' hujung tulang radius tangan kiri, `closed fracture' hujung tulang tibia dan buku lali kaki kanan, `open fracture' hujung tulang tibia dan buku lali sebelah kiri dan juga patah tulang kaki kiri. Juga kepatahan tulang lumbar dua, tiga dan empat, darah beku pada pelvis dan otot psoas kiri.

Badiuszaman: Selain rawatan dinyatakan dalam laporan perubatan, apa lagi rawatan lain yang boleh membantu pesakit pada masa itu?

Dr Janefer: Semua rawatan yang diperlukan bagi meresusitasi pesakit telah diberikan bagi menstabilkan pesakit.

Badiuszaman: Kamu katakan pesakit tidak sedarkan diri, nyatakan 'rate of survival' pesakit pada masa itu?

Dr Janefer: 'Rate of survival' tidak pasti, tapi mengikut penilaian awal saya pada masa itu, pesakit dalam keadaan sangat kritikal dan tidak stabil.

Ketika prosiding, Dr Janefer turut menerangkan mengenai proses rawatan yang diberikan kepada arwah Zara Qairina yang bermula dari 'trauma alert' yang diaktifkan selepas pemeriksaan awal terhadap pesakit.

"Ini adalah proses resusitasi yang telah dijalankan dan ia adalah bermula dari 'trauma alert' yang diakifkan dan telah dihadiri oleh doktor lain.

"Yang pertama bagi 'airway' yang libatkan proses intubasi, memasukkan tiub pernafasan dan pesakit diberikan resusitasi air dan juga memerlukan transfusi darah bagi menstabilkan tekanan darah pada masa itu.

"Close manipulative reduction' telah dibuat oleh doktor bahagian ortopedik bagi membetulkan tulang kaki kiri yang terkehel teruk, selain itu pasukan ortopedik telah meletakkan `cement plaster backslab' pada tangan kiri dan juga kedua kaki, manakala luka belakang kepala dijahit bagi mengawal pendarahan," katanya.

Dr Janefer turut menerangkan sebab pemberian beberapa jenis ubat kepada Zara Qairina ketika dirawat pada masa itu.

Katanya, perkembangan pesakit sepanjang berada di Jabatan kecemaaan adalah tidak stabil dan dalam keadaan kritikal kerana memerlukan resusitasi air dan produk darah selain ubat bagi membantu menstabilkan tekanan darah.

"Selain itu, luka belakang kepala dijahit bagi mengawal pendarahan. Semua proses ini dilakukan bersama pasukan trauma hinggalah keputusan makmal dan pengimejan tersedia," katanya.

Dr Janefer berkata pesakit kemudian dimasukkan ke wad neurosurgery HQE pada jam 6.40 petang, 16 Julai lalu selepas beberapa jam dirawat sejak tiba di Jabatan Kecemasan pada jam 4.38 pagi hari yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2025/09/1261997/inkues-zara-qairina-pasukan-trauma-tidak-hubungi-polis-kerana-fokus

Inkues Zara Qairina: Pasukan trauma tidak hubungi polis kerana fokus selamatkan nyawa

Kota Kinabalu: Pasukan trauma tidak menghubungi pihak polis ketika Allahyarham Zara Qairina Mahathir dibawa ke jabatan kecemasan kerana keutamaan mereka adalah menyelamatkan nyawa pesakit terlebih dahulu.

Saksi yang juga Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Janefer Voo memberitahu Mahkamah Koroner bahawa keadaan Zara Qairina ketika dibawa ke hospital pada awal pagi 16 Julai lalu adalah sangat kritikal.

"Kami tidak menghubungi pihak polis kerana pesakit berada dalam keadaan sangat kritikal.

"Tambahan pula, maklumat tambahan daripada kakitangan perubatan juga tidak dapat memastikan mekanisme kecederaan (bagaimana kecederaan berlaku).

"Dalam kes ini, keutamaan kami adalah menstabilkan pesakit," katanya ketika disoal peguam keluarga Zara Qairina, Rizwandean M Borhan pada hari keempat Inkues Kematian Zara Qairina hari ini.

Dr Janefer turut memberitahu mahkamah, ketika itu, tiada kehadiran polis atau ibu mangsa.

Ketika ditanya peguam bela, Datuk Ram Singh sama ada beliau sedar pakaian Zara Qairina sepatutnya diserahkan kepada polis atau boleh digunakan untuk analisis forensik, beliau menjawab, perkara itu tidak terlintas di fikirannya pada waktu itu.

"Pada waktu itu, saya sedang menjalankan resusitasi ke atas pesakit, jadi apabila pakaian ditanggalkan, ia akan disimpan di dalam beg oleh kakitangan kami.

"Berkenaan penyerahan pakaian kepada polis atau forensik, saya tidak terfikir langsung mengenai perkara itu.

"Keutamaan saya adalah menstabilkan pesakit," katanya.

Dr Janefer berkata, beliau juga tidak ingat pakaian Zara Qairina, tetapi tahu tudung pelajar itu tiada kerana kepalanya sudah dibalut.

Saksi berkenaan yang mempunyai lima tahun pengalaman sebagai pegawai perubatan di jabatan kecemasan dan trauma, turut memaklumkan beliau tidak merujuk Zara Qairina ke Pusat Krisis Sehenti (OSCC) atas sebab sama, iaitu menyelamatkan nyawa.

Terdahulu, Dr Janefer memberitahu Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip bahawa OSCC adalah pusat rujukan untuk kes penderaan kanak-kanak, buli, rogol dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2025/09/1444004/inkues-kematian-zara-qairina-mangsa-tidak-dirujuk-ke-oscc-hqe

Inkues kematian Zara Qairina: Mangsa tidak dirujuk ke OSCC HQE

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak dirujuk ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu (OSCC) yang ada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) ketika arwah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan pada 16 Julai lalu.

Perkara itu diakui Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE, Dr Janefer Voo ketika menjawab pertanyaan peguam bapa arwah Zara Qairina, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip pada prosiding inkues hari ini.

Nurul Rafeeqa bertanya mengenai OSCC selepas melihat latar belakang kursus yang pernah dihadiri Dr Janefer yang antara lain termasuk berkaitan OSCC.

Nurul Rafeeqa: Saya rujuk doktor kepada CV (Curriculum Vitae), salah satu kursus dihadiri doktor ialah 'one stop crisis centre' atau OSCC. Adakah terdapat OSCC di hospital yang doktor berkhidmat sekarang?

Dr Janefer: Ada

Nurul Rafeeqa: Boleh terangkan fungsi OSCC?

Dr Janefer: Fungsi OSCC setahu saya adalah bertujuan merawat mengenai penilaian kes tertentu, contohnya keganasan rumah tangga, penderaan atau 'neglect' kanak -kanak dan juga kes lain seperti rogol.

Nurul Rafeeqa: Boleh terangkan bagaimana OSCC berfungsi?

Dr Janefer: Ia berfungsi mengikut kes, antaranya kes seperti disebutkan tadi yang mana ia membabitkan laporan polis, pemeriksaan fizikal, bergantung kepada kes tertentu, rujukan unit lain seperti pediatrik atau pembedahan dan juga 'social welfare', kaunseling dan perlindungan kanak-kanak jika diperlukan.

Nurul Rafeeqa: Adakah doktor berpendapat bahawa kes membabitkan kanak-kanak perlu dirujuk ke OSCC?

Dr Janefer: Bergantung kepada kes yang diterima.

Nurul Rafeeqa: Adakah pernah pesakit Zara Qairina dirujuk ke OSCC?

Dr Janefer: Bagi kes ini tiada.

Nurul Rafeeqa: Pada pendapat doktor, adakah pesakit Zara Qairina pada ketika itu perlu dirujuk ke OSCC?

Dr Janefer: Semasa penilaian kami ketika pesakit sampai ke Jabatan Kecemasan, disebabkan pesakit dalam keadaan tidak stabil, keutamaan pada masa itu ialah bagi menyelamatkan nyawa.

Nurul Rafeeqa: Adakah pernah pesakit dalam keadaan tidak stabil dirujuk ke OSCC mengikut pengalaman doktor?

Dr Janefer: Sepanjang pengalaman saya tidak pernah lagi.

Nurul Rafeeqa turut bertanya sama ada pesakit kanak-kanak yang cedera disebabkan impak yang tinggi boleh dirujuk ke OSCC.

Dr Janefer menjawab: Setahu saya, ia bergantung kepada 'history' dan juga mekanisme kecederaan atau penyebab kecederaan itu.

Nurul Rafeeqa: Boleh doktor jelaskan sekiranya kes seuatu pesakit dirujuk ke OSCC, apakah prosedur itu?

Dr Janefer: Ini bergantung kepada kes OSCC berkenaan, jikamembabitkan kanak-kanak, maka rujukan kepada doktor bahagian kanak-kanak diperlukan.

Saksi ketiga inkues kematian Zara Qairina itu selesai memberi keterangan pada tengah hari, sebelum inkues disambung dengan saksi lain pada sebelah petang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
https://malaysiagazette.com/2025/09/09/kurang-pasti-tentang-kecederaan-berjalur-tumpu-selamat-zara-qairina-saksi/

Kurang pasti tentang kecederaan berjalur, tumpu selamat Zara Qairina – Saksi

KOTA KINABALU – Pegawai perubatan yang pertama memeriksa Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, beliau tidak melihat sebarang kecederaan berbentuk jalur selari seperti kod bar atau ‘barcode injuries’ pada tubuh pelajar Tingkatan Satu itu.

Dr Janefer Voo, 32, yang berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini menyatakan perkara itu sebagai maklum balas kepada soalan peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang daripada remaja yang terlibat dalam kes buli si mati.

Ram: Doktor, adakah anda menemukan sebarang kecederaan berbentuk kod bar pada tubuhnya (Zara Qairina)? Adakah anda melihat apa-apa?

Dr Voo menjawab “Tidak, saya tidak menyedari sebarang kecederaan sedemikian.

Ram: Awak tidak menyedarinya atau awak memang tidak memeriksanya?

Dr Voo: Apabila pesakit tiba, kami melakukan pemeriksaan segera pada tangan dan lengan. Kami mendapati ada kelainan pada tangan kiri, yang kemudiannya dipasang pendakap. Pada masa itu, diagnosis awal ialah patah tertutup. Tiada apa-apa yang direkodkan mengenai kecederaan berbentuk jalur seperti kod bar.

Ram: Apabila anda menanggalkan pakaian Zara Qairina, anda pasti periksa seluruh badannya untuk meneliti kecederaan dari kepala hingga ke kaki, depan dan belakang. Betul?

Dr Voo menjawab: “Ya, namun keutamaan kami adalah mengenal pasti kecederaan yang mengancam nyawa”.

Berkongsikan pengalaman beliau berkhidmat selama lima tahun di Jabatan Kecemasan dan Trauma, saksi ketiga berkenaan memberi keterangan bahawa kebanyakan pesakit yang mengalami kecederaan berjalur seperti kod bar merupakan golongan remaja atau lingkungan awal 20-an, dan kecederaan seumpama itu lazimnya berkaitan dengan perbuatan mencederakan diri sendiri.

Doktor berkenaan turut menjelaskan kecederaan terbabit boleh disebabkan oleh objek tajam dan coraknya akan kelihatan seperti kod bar.

Menjawab soalan lain, Dr Voo berkata beliau tidak pasti apa yang berlaku pada pakaian si mati selepas ia ditanggalkan kerana kebiasaannya barang-barang milik pesakit akan diuruskan oleh jururawat dan paramedik.

Ram: Doktor, adakah terlintas dalam fikiran anda pakaian berkenaan perlu diserahkan kepada polis untuk analisis forensik?

Dr Voo: Pada masa itu, kami menumpukan untuk menyelamatkan pesakit. Setelah pakaian ditanggalkan, ia mungkin telah dimasukkan ke dalam beg oleh petugas kami. Tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menyerahkannya kepada polis. Keutamaan saya adalah menstabilkan remaja terbabit.

Ditanya sama ada si mati memakai tudung semasa tiba di jabatan terbabit, Dr Voo berkata, “Tidak memakai tudung, kerana luka di belakangnya telah pun dibalut. Jadi, saya tidak ingat sama ada dia memakai tudung atau tidak”.

Terdahulu, Dr Voo memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah doktor pertama yang memeriksa Zara Qairina pada 16 Julai, selepas remaja berkenaan dibawa ke jabatan itu oleh seorang penolong pegawai perubatan dan pihak ambulans dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun pada masa itu punca kecederaan tidak diketahui.

Prosiding siasatan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan akan bersambung selepas rehat tengah hari.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di HQE pada 17 Julai. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.

Pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2025 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.kosmo.com.my/2025/09/09/inkues-tiada-kecederaan-self-harm-pada-tubuh-zara-qairina/

Inkues: Tiada kecederaan ‘self-harm’ pada tubuh Zara Qairina

KOTA KINABALU – Doktor pertama menerima dan merawat pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir selepas tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) tidak menjumpai sebarang kecederaan kod bar (barcode injury) pada mana-mana bahagian lengan tangan remaja terbabit.

‘Barcode injury’ merujuk kepada kecederaan disebabkan objek tajam yang dibuat secara sengaja dan berulang-ulang serta kelihatan seperti kor bar pada produk.

Kecederaan sebegini sering dikaitkan dengan individu yang mempunyai kecenderungan untuk melukakan dirinya sendiri (self harm) disebabkan pelbagai faktor termasuk tekanan emosi.

“Sewaktu pesakit (Zara Qairina) tiba di Jabatan Kecemasan JQE, kami telah menjalankan pemeriksaan segera (termasuk) tangan dan lengan dan mendapati terdapat ‘deformity’ pada tangan kanan jadi kami telah pakaikan ‘splint’ pada pesakit.

“Itu kecederaan awal yang kami lihat ketika itu ialah close fracture (parah tulang tanpa sebarang luka menembusi kulit) dan (tiada) berkaitan ‘barcode injury’,” kata Dr. Janefer Voo yang juga pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan HQE.

Saksi ketiga inkues itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam, Datuk Ram Singh yang mewakili salah seorang remaja yang didakwa berkaitan kes Zara Qairina.

Selain itu, Dr. Voo ketika disoal peguam, Abdul Fikry Jaafar Abdullah turut memberitahu beliau juga tidak menemukan sebarang garis-garis merah di bahagian belakang badan remaja itu.

Abdul Fikry merupakan peguam yang mewakili empat remaja yang turut didakwa berkaitan kes Zara Qairina.

Difahamkan, garis-garis merah melintang di kiri dan kanan badan remaja itu, dilihat oleh ibunya, Noraidah Lamat ketika jenazah Zara Qairina dimandikan sebelum dikebumikan pada kali pertama.

Pada awal keterangannya, Dr. Voo juga menyatakan beliau tidak menemukan sebarang kesan lebam atau penderaan.

Pada 4 September lalu, hari kedua inkues berkenaan, pakar patologi, Dr. Jessie Hiu tidak membuat sebarang dapatan sama ada Zara Qairina membunuh diri atau tidak.

Sebaliknya, ujar pakar tersebut, beliau menyerahkan kepada Mahkamah Koroner untuk memutuskan hal tersebut.

Naratif Zara Qairina berkemungkinan membunuh diri ditimbulkan oleh Ram berdasarkan laporkan pakar patologi berkenaan yang menyatakan remaja terbabit berkemungkinan terjun sendiri atau menghayunkan badannya sebelum melompat dari tingkat tiga asrama sekolahnya.

Prosiding yang didengar Koroner Amir Shah Amir Hassan itu bersambung pukul 2 petang ini. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkembangan Terkini Inkues Zara Qairina | 9 September 2025

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/09/zara-qairina-inquest-police-simulation-suggests-fall-without-force-matched-crime-scene/190567

Zara Qairina inquest: Police simulation suggests fall without force matched crime scene

KOTA KINABALU, Sept 9 — The inquest into the death of 13-year-old Zara Qairina Mahathir today heard that a police crime scene simulation suggested a fall without any external force most closely matched the position in which her unconscious body was found on the ground floor of her school hostel.

Inspector Maidon Bernadus from the Sabah police headquarters criminal investigation department told the court that the simulation was conducted using a dummy and recorded two methods of falling — the first without any push or pressure, and the second with slight force.

“The test was carried out using a mannequin weighing about 10kg, attached with additional weight so that it matched the victim’s estimated weight of 53kg,” he said.

Maidon said the dummy, borrowed from Queen Elizabeth Hospital, was released from the third floor of SMKA Tun Datu Mustapha Limauan’s hostel building as instructed by the investigating officer.

In the recording, the first simulation — without a push — landed in a position more consistent with the crime scene photo where the deceased was found.

The second test, with some force applied, landed further out on the grass.

Maidon testified that the mannequin sustained the most damage to its legs and head upon impact.

“The most obvious damage was on the legs and head,” he said, adding that there was a “loud boom” on impact which he believed would have been similar if it had been a human body.

When asked why the test was carried out at 3am, Maidon explained that the timing was chosen to replicate conditions on the night of Zara’s alleged fall on July 16.

“There were no students at the hostel at the time because it was the weekend and they had gone home,” he said.

Pressed by lawyer Datuk Ram Singh, he confirmed that the impact point of the first simulation was “almost the same” as the police photograph of Zara’s body at the scene.

He said the height and weight estimates used in the experiment were based on information given during a police briefing.

Ram Singh requested that the dummy be brought to court tomorrow for further examination of its damages, to which Maidon replied he would try to obtain it.

“I have surrendered the dummy back to the hospital but I will ask for it again,” he said.

The CD recording of the simulation was admitted into evidence.

The inquest continues tomorrow, September 10, with the same witness.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/09/doctor-says-he-explained-zara-qairinas-cause-of-death-to-family-despite-mothers-claim/190562

Doctor says he explained Zara Qairina’s cause of death to family, despite mother’s claim

KOTA KINABALU, Sept 9 — A neurosurgeon told the inquest into the death of 13-year-old schoolgirl Zara Qairina Mahathir that he had spoken to her mother and some family members after realising she had suffered irreversible brain damage and faced a poor prognosis.

Testifying as the fourth witness in the coroner’s court, Dr Pavankumar Balachandran from Queen Elizabeth Hospital’s Neurosurgery Department said he also recalled informing family members about Zara’s time and cause of death after she succumbed to her injuries on July 17.

Accused by Zara’s mother of not being informed of the cause of death, Dr Pavankumar insisted he had spoken to family members, including her mother, when he first realised Zara’s poor prognosis and again after her death on July 17.

“As far as I recall I have explained to the mother and some of the relatives regarding the time and cause of death,” he said during questioning.

Lawyer for Zara’s mother, Rizwandean Borhan, said he was instructed by Noraidah Lamat specifically to ask whether he saw the investigating officer (IO) engaging with her, to which Dr Pavankumar said he did.

Rizwandean: I have been instructed by the deceased’s mother who said the IO never talked to her on July 17. Can you explain this?

Dr Pavankumar: I can only state that they were discussing. I saw the IO explaining to the mother.

When asked whether he thought a post-mortem should have been conducted, Dr Pavankumar said it was typically discussed between the IO and the forensics department and was beyond his scope.

“Normally, we hand the case over to the IO and they will discuss it and come to a consensus on what to do next. I don’t normally keep track as we leave it up to the police and forensics department,” he said.

Earlier, in his witness statement, he told the court that Zara showed no clinical signs of improvement since being admitted to his ward at 6.40pm on July 16, gradually deteriorating before succumbing to her injuries at about 1.07pm the next day.

The cause of death was severe traumatic brain injury with hypoxic ischaemic encephalopathy.

Dr Pavankumar said such injuries usually have poor outcomes, and in this case Zara was at the lowest level of consciousness — measuring E1VTM1 on the Glasgow Coma Scale, which assesses eye, verbal and motor responsiveness.

“This is the lowest level of consciousness whereby the patient has lost the ability to breathe on her own, hence she has to be intubated and put on a mechanical ventilator,” he said.

The doctor said he then called for a family conference, where he noted the presence of Zara’s mother.

“I have explained to the investigating officer and the deceased’s mother regarding the cause of death. After the investigating officer’s discussion with the deceased’s mother, he instructed that the body can be sent to the Department of Forensic Medicine,” he said in his witness statement.

Meanwhile, counsel Datuk Ram Singh raised questions about the presence of the anti-seizure drug Phenytoin, which was detected in her body during the toxicology report.

Both Dr Pavankumar and third witness Dr Janefer Voo, who was the first to attend to Zara when she was admitted, said they did not administer the drug.

Dr Voo said she had prescribed 10 types of medication to stabilise the patient, including Fentanyl, Rocuronium, IM ATT, Tranexamic Acid and Cefuroxime, but not Phenytoin.

Dr Pavankumar said Zara had sustained such severe and irreversible brain injury that in this case, prophylactic medication would not have changed the outcome.

Last week, Queen Elizabeth Hospital pathologist Dr Jessie Hiu testified that traces of Phenytoin were found in Zara’s kidney tissue.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Rom belajar buat kapal dari Melayu' - Persatuan akademik mahu UIAM bertindak
Abahmung'Rom belajar buat kapal dari Melayu&
Views : 820 Replies : 27
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2667 Replies : 1516
travelll
em.ay.aa.nand26travelll
Views : 0 Replies : 0
traveeeeelll
em.ay.aa.nand26traveeeeelll
Views : 0 Replies : 0
Semakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-guru di SJKC berdepan dilema  antara mengekalkan penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
YgBenarSemakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-
Views : 416 Replies : 17
Seorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, akhirnya buat laporan polis lepas muka dia tiba-tiba viral dalam live seorang pempengaruh lelaki Kelantan di restoran.
YgBenarSeorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, ak
Views : 1161 Replies : 53
travvvvvvvvvvvvvvvveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeellllllllllll
ros.e.ande.rsentravvvvvvvvvvvvvvvveeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Views : 0 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 318119 Replies : 3221
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23537 Replies : 431
travell
ros.e.ande.rsentravell
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057891 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list