CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: JohnPaulusss

[Tempatan] DNA tak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan - Pakar forensik

[Copy link]
Post time 22-8-2025 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.sinarharian.com.my/article/744645/berita/semasa/ibu-allahyarhamah-zara-mohon-dibenar-sertai-prosiding-inkues

Ibu Allahyarhamah Zara mohon dibenar sertai prosiding inkues

KOTA KINABALU – Permohonan pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir untuk mengisytiharkan beliau sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian anaknya akan didengar di Mahkamah Koroner pada Khamis depan.

Menurut kenyataan bersama pasukan peguam, permohonan tersebut telah difailkan pada Selasa lalu.

“Pada 19 Ogos lalu, kami telah memfailkan permohonan di Mahkamah Koroner agar anak guam kami, Noraidah, dideklarasikan sebagai orang yang berkepentingan dalam prosiding inkues berkenaan kematian Zara.

“Dalam permohonan itu juga, kami memohon agar Noraidah, melalui kami, dibenarkan terlibat dalam prosiding inkues tersebut untuk memeriksa dan menyoal balas saksi, meneliti dokumen, mencadangkan serta membawa saksi-saksi dan dokumen tambahan bagi membantu koroner,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Selain itu, mereka turut memohon agar diberikan salinan dokumen relevan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum prosiding bermula.

“Permohonan ini telah ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Koroner pada jam 9 pagi, 28 Ogos ini,” tambah kenyataan itu.

Sebelum itu, kenyataan bersama berkenaan dikeluarkan oleh peguam Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2025 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/08/25/put-off-bullying-case-until-after-zara-qairina-inquest-say-lawyers

Put off bullying case until after Zara Qairina inquest, say lawyers

PETALING JAYA: A trial of five teenage girls on bullying charges should be put off until an inquest is held to determine the circumstances that led to the death of schoolgirl Zara Qairina Mahathir, according to lawyers.

M Visvanathan said it was improper to begin the criminal proceedings when it was not known if bullying had contributed to Zara’s death, while Salim Bashir said it would be premature to conduct a prosecution of the five, as the trial would put the coroner’s inquiry into question.

Another lawyer, S N Nair, said the trial could be delayed to give way to the inquest. “Depending on the outcome of the inquiry, the charges against the five could be amended or withdrawn,” he added.

The coroner’s inquiry into her death is scheduled to begin on Sept 3 at the Kota Kinabalu coroner’s court.

Visvanathan said the matter was more pressing as it had been revealed that Zara had kept a detailed diary of all the alleged bullying incidents before her death.

“To facilitate a meaningful investigation into her cause of death, the post-mortem report and also all surrounding circumstances must be looked into during the inquiry,” he said.

Salim said the Criminal Procedure Code provided for a coroner to stop the inquiry when charges were levelled against suspects for an offence concerning the death of a person.

Five teenagers were charged in Kota Kinabalu children’s court on Aug 20 with uttering abusive words against Zaira Qairina which could have caused her distress. They are alleged to have done so between 10pm and 11pm on July 15 at SMK Agama Tun Datu Mustapha in Papar.

Zara died in hospital a day after she was found unconscious at 4am on July 16 after allegedly falling from the third floor of the school hostel.

The Attorney-General’s Chambers has defended its decision to charge the teenagers. He said the charges related specifically to acts of bullying and were not connected to Zara’s death.

Salim said interested parties could also seek a revision by the High Court to determine the correctness, legality and propriety of the coroner’s inquiry proceeding.

Nair said the public prosecutor could also apply for the five accused to be granted a discharge not amounting to an acquittal pending the outcome of the inquest. New suspects could be prosecuted if there was evidence of culpability, he said.

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.sinarharian.com.my/article/745495/berita/semasa/peguam-wakili-ibu-zara-qairina-dibenar-sebagai-pihak-berkepentingan-dalam-inkues

Peguam wakili ibu Zara Qairina dibenar sebagai pihak berkepentingan dalam inkues

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, melalui pasukan peguamnya dibenarkan untuk diisytiharkan sebagai pihak berkepentingan dalam inkues kematian anaknya yang dijadual berlangsung pada 3 September ini.

Keputusan itu dibuat selepas prosiding pendengaran permohonan pasukan peguam berkenaan di Mahkamah Koroner, di sini pada Khamis.

Mahkamah turut membenarkan pasukan peguam yang mewakili kelima-lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos lalu berhubung kematian Zara Qairina, untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding tersebut.

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bertindak sebagai koroner, membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya, pasukan peguam Noraidah dan pasukan peguam salah seorang tertuduh terbabit.

Dalam prosiding itu, Azreena memaklumkan bahawa inkues akan diteruskan seperti dijadualkan, namun prosiding akan didengar di hadapan koroner baharu, Amir Shah Amir Hassan.

Sementara itu, peguam Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah berkata, mahkamah membenarkan pihaknya menjadi pihak berkepentingan sekali gus mempunyai akses terhadap dokumen daripada pihak pendakwaan.

"Kami telah diberikan kebenaran untuk menjadi pihak berkepentingan dan juga akan menerima ataupun mempunyai akses kepada dokumen-dokumen daripada pihak pendakwaan tetapi ada empat syarat yang perlu diikuti ataupun perlu dipatuhi oleh pasukan peguam kami.

Hari ini juga ada permohonan pihak peguam-peguam bela yang mewakili pesalah kanak-kanak yang dituduh di mahkamah kanak-kanak minggu lepas sama seperti kami, mereka minta dibenarkan sebagai dimasukkan sebagai pihak yang berkepentingan dalam inkues ini," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu, di sini.

Shahlan berkata, pihaknya bagaimanapun membantah permohonan tersebut ketika prosiding berlangsung.

"Pihak kami membantah permohonan tersebut namun pihak Pejabat Peguam Negara tidak mempunyai bantahan dan disebabkan itu permohonan telah dibenarkan oleh hakim Mahkamah Koroner.

Permohonan kedua pula, mereka memohon agar inkues ini ditangguhkan atas hujahan yang dikemukakan di mahkamah tadi dan pihak kami pun membantah permohonan tersebut. Permohonan mereka telah ditolak oleh hakim Mahkamah Koroner," jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa dokumen berkaitan termasuk laporan bedah siasat Zara Qairina akan diperoleh pada 2 September depan.

Sebelum itu, Shahlan turut bersama rakan sepasukannya iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Peguam Datuk Ram Singh bersama Joan Goh dan Elmer Prem Gunasan mewakili seorang daripada remaja yang didakwa manakala peguam, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan pula mewakili remaja lain.

Sementara itu, pegawai pengendali inkues terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes, dan Dacia Jane Romanus.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/utama/2025/08/1257541/peguam-keluarga-zara-qairina-peguam-tertuduh-dibenar-jadi-pihak-berkepentingan#

Peguam keluarga Zara Qairina, peguam tertuduh dibenar jadi pihak berkepentingan inkues

Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini, hari ini membenarkan permohonan pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian remaja itu yang akan bermula Rabu depan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan sama oleh barisan peguam mewakili lima remaja tertuduh yang didakwa terbabit dalam kes buli Zara Qairina pada 20 Ogos lalu.

Keputusan itu dibacakan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Hakim Azreena Aziz, yang bersidang sebagai Koroner selepas pasukan peguam diketuai Hamid Ismail memfailkan permohonan berkenaan pada 19 Ogos lalu, sehari selepas sebutan inkues terbabit.

Peguam mewakili tertuduh pula membuat permohonan semalam melalui Jabatan Peguam Negara (AGC), walaupun ia dibantah peguam yang mewakili Noraidah.

Deklarasi itu membolehkan anak guam masing-masing memeriksa dan menyoal balas saksi selain meneliti dokumen berkaitan bagi membantu Koroner.

Noraidah turut hadir pada sesi pendengaran permohonan pihak berkepentingan itu, tiba di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada jam 8.50 pagi diiringi pasukan peguamnya.

Pasukan peguam Noraidah terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan dan Farrah Nasser.

Sementara itu, lima remaja tertuduh diwakili barisan peguam diketuai Datuk Ram Singh bersama Joan Goh, Prem Elmer Ganasan, Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

Pegawai pengendali inkues pula terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

Mahkamah Koroner turut dimaklumkan semua dokumen berkaitan inkues akan diserahkan kepada peguam sehari sebelum prosiding bermula, manakala senarai saksi dijangka dimaklumkan selewat-lewatnya hari ini atau esok.

Wakil Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS), Adrian Cham, turut hadir sebagai pemerhati dan SLS akan terus bertindak sebagai pemerhati sepanjang prosiding berlangsung.

Pada 18 Ogos lalu, Mahkamah Koroner menetapkan tarikh 19 hari sepanjang September depan bagi prosiding inkues, iaitu pada 3 hingga 4, 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September untuk menyiasat punca kematian Zara Qairina.

Sementara itu, pada 20 Ogos lalu, lima remaja dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina Mahathir.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, kira-kira jam 4 pagi pada 16 Julai lalu.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), Kota Kinabalu, namun disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Kematian pelajar itu mendapat liputan meluas termasuk di media sosial selepas ia dikaitkan dengan dakwaan perbuatan buli di sekolah terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1258099/inkues-kematian-zara-qairina-pakar-patologi-antara-70-saksi-dipanggil#

Inkues kematian Zara Qairina: Pakar Patologi antara 70 saksi dipanggil

Kuala Lumpur: Pakar Patologi yang menjalankan pemeriksaan bedah siasat (post-mortem) terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir antara saksi utama akan dipanggil untuk memberi keterangan ketika inkues berhubung kematian remaja berkenaan.

Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan, saksi utama itu akan menerangkan mengenai punca kematian mangsa.

"Setakat ini pihak Pendakwa Raya yang bertindak sebagai Pegawai Pengendali bercadang untuk memanggil lebih kurang 70 orang saksi.

"Pasukan Pegawai Pengendali juga sudah membuat persiapan rapi, termasuk penyediaan dokumen yang akan dikemukakan ketika prosiding inkues berkenaan serta penyerahan dokumen kepada peguam yang mewakili pihak-pihak berkepentingan dalam prosiding berkenaan.

"Prosiding inkues ini juga akan disertai oleh pihak-pihak berkepentingan dan peguam pemerhati sepertimana yang dibenarkan oleh Mahkamah Koroner," katanya.

Menurutnya, pihak-pihak berkepentingan iaitu ibu Zara Qairina diwakili oleh Tetuan Hamid & Co, Shahlan Jufri & Co, Tetuan Rizwan M Borhan & Co, JP Keruak serta Messrs FN Lee & Nasser.

"Pihak berkepentingan pesalah kanak-kanak pertama diwakili oleh Tetuan Ram Singh & Co serta Goh & Associates dan pihak berkepentingan pesalah kanak-kanak kedua hingga kelima diwakili oleh Tetuan Azhier Arisin & Jaafar.

"Sabah Law Society pula bertindak sebagai peguam pemerhati. Jabatan ini bertekad untuk memastikan prosiding inkues dapat dijalankan dengan lancar bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

"Jabatan ini juga berpegang kepada prinsip keadilan bukan sahaja hendaklah dilaksanakan, tetapi juga hendaklah dilihat sebagai telah dilaksanakan (Justice must not only be done but must also be seen to be done)," katanya.

Katanya, pihaknya juga maklum dan menyedari mengenai perhimpunan "No Justice No Merdeka" yang dikatakan akan berlangsung pada hujung minggu ini di Sabah berhubung kematian Zara Qairina, meskipun pihak Pendakwa Raya sudah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bagi mengadakan inkues selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

"Prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina ditetapkan untuk pendengaran pada 3 hingga 5, 8 hingga 12, 17 hingga 19, 22 hingga 26 dan 29 hingga 30 September ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2025/09/1259348/peguam-tertuduh-tidak-dibenarkan-jadi-pihak-berkepentingan-inkues-zara-qairina

Mahkamah ketepikan kebenaran peguam keluarga, tertuduh jadi pihak berkepentingan inkues Zara Qairina

Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengetepikan keputusan koroner yang sebelum ini membenarkan pasukan guaman Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan peguam bela mewakili lima remaja tertuduh menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Mahkamah turut mengetepikan keputusan koroner terhadap Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) sebagai peguam pemerhati dalam inkues terbabit.

Bagaimanapun, mahkamah menyatakan pihak-pihak terbabit bebas untuk memperbaharui permohonan mereka di hadapan koroner baharu dalam prosiding yang bermula esok.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada semua pihak, hari ini susulan semakan yang difailkan oleh pasukan peguam keluarga Zara Qairina dan SLS.

"Apa-apa perintah yang dibuat berkaitan sebarang permohonan dalam inkues terbabit adalah dibatalkan. Pihak-pihak terbabit bebas untuk memperbaharui permohonan mereka di hadapan koroner baharu," katanya.

Duncan berkata, dalam kes ini, koroner terdahulu membuat perintah menerima peguam bagi tertuduh remaja sebagai pihak berkepentingan dan membenarkan mereka mengambil bahagian dalam prosiding inkues.

"Tidak lama selepas itu, beliau (koroner terdahulu) menarik diri atas alasan kepentingan peribadi dalam perkara itu.

"Selepas berpandangan bahawa beliau tidak boleh meneruskan kes itu, adalah tidak wajar untuk beliau memutuskan isu substantif yang sepatutnya diserahkan kepada pertimbangan Koroner baharu, kerana tindakan itu sama seperti membuat keputusan bagi pihak koroner akan datang dan menjejaskan prinsip kesaksamaan," katanya.

Mahkamah juga menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) terhadap SLS.

Duncan berkata, walaupun SLS hadir dalam inkues ini hanya sebagai pemerhati, dengan peranannya terhad kepada memerhati prosiding dan membantu mahkamah jika dijemput, Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk memanggil dan memeriksa rekod mana-mana prosiding di hadapan mahkamah bawahan bagi memastikan ketepatan, kesahan atau kewajaran sebarang penemuan, hukuman atau perintah, serta keteraturan prosiding.

Bidang kuasa penyeliaan ini boleh dilaksanakan atas usul Mahkamah sendiri. Dalam konteks itu, mana-mana pihak boleh membawa sesuatu isu kepada perhatian Mahkamah untuk pertimbangan.

"Memandangkan dimensi kepentingan awam dalam perkara ini dan peranan Persatuan Undang-Undang Sabah sebagai penjaga kepentingan itu, saya berpandangan bahawa locus standi tidak sepatutnya menghalang mereka daripada membangkitkan isu ini. Oleh itu, saya menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya," kata Duncan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah, membangkitkan bantahan awal terhadap permohonan SLS.

Beliau berkata, pemohon SLS, dalam kapasitinya sebagai pemerhati, tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Koroner yang membenarkan peguam bagi tertuduh remaja diterima sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues dan keputusan koroner untuk menarik diri daripada mendengar lanjut perkara itu.

Beliau berhujah bahawa peranan pemohon sebagai pemerhati hanyalah untuk memerhati prosiding inkues.

Nahra dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairus Johari dan Dacia Jane Romanus.

Bagi permohonan semakan itu, SLS membangkitkan persoalan undang-undang sama ada koroner terkhilaf dari segi undang-undang apabila membenarkan peguam bagi tertuduh remaja diterima sebagai pihak berkepentingan dalam inkues.

Keduanya, sama ada keputusan koroner yang membenarkan peguam tertuduh remaja menjadi pihak berkepentingan kekal sah di sisi undang-undang, dalam keadaan koroner itu kemudiannya menarik diri kerana potensi konflik kepentingan.

SLS dan pasukan peguam keluarga Zara Qairina memfailkan permohonan semakan mereka secara berasingan mengikut Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah.

Pasukan SLS dianggotai presidennya, Datuk Mohamed Nazim Maduarin, Jamadi Saleh, Dominic Ghani, dan Nabila Norsahar.

Peguam Shahlan Jufri, bersama-sama Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser, dan Elhanan James mewakili keluarga Zara Qairina.

Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili seorang daripada tertuduh remaja yang dikaitkan dengan kes buli Zara Qairina.

Peguam Azhier Farhan Arisin, bersama Abdul Fikry Jaafar Abdullah, mewakili empat lagi tertuduh remaja yang lain.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz, yang bertindak sebagai koroner, berkata inkues akan diteruskan seperti yang dijadualkan tetapi akan didengar di hadapan koroner berbeza iaitu Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan.

Tarikh perbicaraan inkues ditetapkan bermula pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September, dan 22 hingga 30 September ini.

Dalam keputusan yang sama, koroner membenarkan permohonan daripada peguam yang mewakili remaja terbabit untuk diterima sebagai pihak berkepentingan dan memberikan mereka akses kepada dokumen kes.

Pada 20 Ogos lalu, lima remaja mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan menghina terhadap Zara Qairina.

Inkues ini dijalankan susulan kematian Zara Qairina, pelajar di sebuah sekolah agama di Papar.

Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada keesokannya.

Kematian Allahyarham mencetuskan solidariti awam yang meluas, dengan gesaan daripada pemimpin negeri, aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan agar siasatan rapi dijalankan demi kepentingan keadilan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2025 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 2-9-2025 09:49 PM

https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/02/zara-qairinas-death-inquest-starts-in-kota-kinabalu-tomorrow/189797

Zara Qairina’s death inquest starts in Kota Kinabalu tomorrow

KOTA KINABALU, Sept 2 — The inquest into the death of Form One student Zara Qairina Mahathir will commence tomorrow at the Coroner’s Court here.

The 19-day proceedings, fixed for Sept 3 to 4, Sept 8 to 12, Sept 17 to 19 and Sept 22 to 30, will be presided over by Sessions Court Judge Amir Shah Amir Hassan, sitting as coroner.

A total of 70 witnesses, including the pathologist who conducted the post-mortem on the teenager, are expected to testify.

Deputy Head of Prosecution II Datuk Badius Zaman Ahmad will lead the proceedings, assisted by deputy public prosecutors Nahra Dollah, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan and Dacia Jane Romanus, who will serve as conducting officers.

Zara Qairina, 13, was pronounced dead at Queen Elizabeth Hospital here on July 17. She had been admitted to the hospital after being found unconscious in a drain near her school dormitory in Papar at 4 am on July 16.

On Aug 13, the Attorney General’s Chambers (AGC) announced that an inquest would be conducted into her death after reviewing the investigation report submitted by the police.

On Aug 8, the AGC ordered the exhumation of Zara Qairina’s remains to allow for a post-mortem examination. — Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2025/09/1259662/inkues-zara-qairina-bapa-dibenar-jadi-pihak-berkepentingan

Inkues Zara Qairina: Bapa, ibu dibenar jadi pihak berkepentingan

Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai Koroner, membenarkan permohonan bapa, 44, dan ibu, 45, untuk terbabit dalam prosiding inkues melalui pasukan peguamnya.

Pasukan peguam berkenaan terdiri daripada Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Perbicaraan inkues dijangka memanggil saksi pertama pada 2 petang ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2025 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.utusan.com.my/nasional/2025/09/inkues-zara-qairina-semua-peguam-kembali-menjadi-pihak-berkepentingan/

Inkues Zara Qairina: Semua peguam kembali menjadi pihak berkepentingan

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner sebentar tadi membenarkan permohonan peguam-peguam yang mewakili lima remaja bawah umur yang didakwa terlibat dengan kes buli Zara Qairina Mahathir untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues membabitkan kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Koroner Amir Shah Amir Hassan memutuskan demikian atas alasan kepentingan semua pihak perlu dilindungi.

“Selepas membaca dan mendengar hujah kesemua pihak, saya mendapati hujah berkait dengan lima juvenil tersebut hanyalah spekulasi. Kesemua kepentingan semua pihak berhak dilindungi.

“Saya benarkan permohonan peguam bagi remaja pertama hingga kelima sebagai pihak berkepentingan. Syarat-syarat yang dikenakan kepada peguam ibu bapa, turut terpakai kepada peguam-peguam lima remaja,”kata Amir Shah.

Sebagai pihak berkepentingan, pihak yang diberikan keterangan dibenarkan untuk bertanya soalan tetapi bukan dalam cara soal balas, akan dibekalkan dokumen termasuk pernyataan saksi berkaitan prosiding.

Pada awal prosiding, peguam-peguam mewakili ibu bapa Zara Qairina, Noraidah Lamat dan Mahathir Mohd. Hashim telah diberi kebenaran oleh mahkamah untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut selepas tidak mendapat sebarang bantahan daripada mana-mana phak.

Persatuan Guaman Sabah (SLS) turut dibenarkan untuk berada dalam inkues terbabit sebagai peguam pemerhati dan amicus curie (sahabat mahkamah).

Terdahulu, peguam mewakili ibu Zara Qairina, Rizwandean M. Borhan mengemukakan bantahan terhadap permohonan yang dikemukakan oleh peguam-peguam bela remaja itu.

Hujahnya, permohonan yang dibuat adalah pramatang malahan pertuduhan yang dihadapi oleh lima remaja terbabit tidak berkaitan dengan tujuan inkues dijalankan iaitu bagi mencari punca kematian Zara Qairina.

“Ia seperti mereka (peguam bela tertuduh) sedang melakukan raptai (rehearsal) bagi kes di Mahkamah Kanak-Kanak,”kata peguam itu.

Turut berkongsi sentimen yang sama ialah peguam Jamadi Saleh bagi pihak SLS yang turut menyatakan bahawa inkues bertujuan untuk mencari punca kematian.

Sementara itu, peguam-peguam yang mewakili lima remaja terbabit, Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Azhier Farhan Arisin menghujahkan kehadiran mereka sebagai pihak berkepentingan hanyalah bagi menjaga kepentingan anak-anak guamnya.

“Kalau kami hanya dibenarkan sebagai peguam pemerhati dan perlu membuat permohonan untuk membantah soalan yang ditanya kepada anak guam kami, ia akan menyusahkan dan melambatkan prosiding,”katanya.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Duncan Sikodol membatalkan perintah Mahkamah Koroner terdahulu yang membenarkan pihak-pihak tersebut menjadi pihak berkepentingan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1441742/fakta-individu-penting-prosiding-inkues-zara-qairina#

Fakta, individu penting prosiding Inkues Zara Qairina

Koroner: Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan

Pihak Pendakwaan:

Pengarah Pendakwaan Negeri: Nahra Dollah

Timbalan Pendakwa Raya: Mohd Fairus Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Dacia Jane Romanus

Timbalan Ketua Pendakwaan II: Datuk Badiuszaman Ahmad

Peguam Keluarga Zara Qairina:

Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip, Clarice Vyonne Conrad

Peguam 5 Tertuduh (remaja):

Datuk Ram Singh, Joan Goh, Prem Elmer Ganasan, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Fareez Salleh, Sylvester Kuan

Saksi Inkuiri:

Jumlah semasa: 68 saksi (termasuk 35 kanak-kanak)

# tertakluk kepada perubahan

Tarikh Penting:

11 September, 9.30 pagi: Lawatan koroner ke lokasi kejadian
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/03/pathologist-tells-inquest-zara-qairinas-injuries-consistent-with-fall-from-height-but-unlikely-from-being-pushed-or-accidental-slip/189878

Pathologist tells inquest Zara Qairina’s injuries consistent with fall from height but unlikely from being pushed or accidental slip

KOTA KINABALU, Sept 3 — A forensic pathologist told the inquest today that student Zara Qairina Mahathir’s injuries were consistent with a fall from height, but said it was unlikely she was pushed or accidentally fell while standing on the third-floor corridor.

Dr Jessie Hiu, the first witness to testify, said her site examination found that the corridor’s concrete rail and metal bar on top measured almost three-quarters of Zara’s height, making it improbable she toppled from a standing position beside the railing.

“Based on the height and width of the concrete railing, the height of the horizontal metal rails and the deceased’s antemortem height, it is possible for her to climb onto the concrete railing, cross over the metal rails and stand on top of the concrete railing,” she said in her statement.

Dr Hiu was among the pathologists who conducted the post-mortem after Zara’s body was exhumed on August 10.

After detailing the extent of her injuries in a 19 page autopsy report and a witness statement Dr Hiu said their distribution was consistent with a fall.

“Reconstruction based on the injuries indicates that the deceased landed on her left foot, followed closely by the right, resulting in more severe injuries to the left heel and leg bones (comminuted fracture of the left calcaneum, comminuted fracture and oblique fracture of the distal left tibia).

“Following the impact, she fell backward, predominantly onto her left side, sustaining injuries to her left wrist, left forearm, left elbow and the back of her head.

“The force generated upon landing on her lower limbs was transmitted upward, leading to fractures of the fourth to the second lumbar vertebrae associated with psoas muscle haematoma and a localised retroperitoneal pelvic tissue haematoma,” she said.

The court was shown autopsy photos from the exhumation.

On July 16, Zara was rushed to Queen Elizabeth Hospital at 4.38am in critical condition with a Glasgow Coma Scale score of three out of fifteen, indicating severe brain injury.

“She was unconscious. A trauma alert was activated at 4.42am. She was assessed and managed by multidisciplinary teams.

“Clinical examination, CT scans and radiographs revealed a scalp haematoma at the vertex, intracranial bleeding with brain swelling, hypoxic ischemic encephalopathy, fracture of the distal left radius, dislocation of the left wrist joint, bilateral comminuted fracture of the distal tibia, an open wound on the left ankle, fracture of the distal third of the left tibia, dislocation of the ankle joints, comminuted fracture of the left calcaneum, fracture of the second to fourth lumbar vertebrae, left psoas muscle haematoma and extraperitoneal pelvic tissue haematoma,” she said.

Zara succumbed to severe traumatic brain injury with hypoxic ischemic encephalopathy the following day at 1.07pm.

When questioned by Deputy Public Prosecutor Datuk Badiuszaman Ahmad on whether the distribution of injuries suggested chronic physical abuse, Dr Hiu said no.

She explained that assault cases usually leave injuries scattered across the body and in different stages of healing, unlike Zara’s grouped injuries which matched two mechanisms of a fall: direct impact on landing and deceleration causing internal bleeding, particularly in the brain.

“The distribution of the injuries are consistent with a fall on landing on the feet,” said Dr Hiu.

She said direct impact trauma is caused upon landing typically causing fractures. In this case the direct impact trauma on both lower limbs. The deceleration injury are due to movement of the body and the internal organs. Once the body landed on the ground there is sudden deceleration but internal organs are still moving resulting in injuries.

“In this case the bleeding on the brain due to stretching and tearing of blood vessels due to sudden deceleration. In chronic physical abuse the mechanism of injury is only direct trauma,” she said.

Dr Hiu also told the court that she had asked Zara’s mother Noraidah Lamat to point out injuries she saw on her daughter’s body.

Court was adjourned at around 4.30pm.

Dr Hiu is the first of some 68 witnesses expected to be called during this inquest. She is expected to be called again tomorrow for questioning.

Zara’s death has gained nationwide attention for allegations of improper handling of the investigation and bullying.

Public outrage has pressured authorities into holding an inquest into her cause of death while five teenagers from her school are also facing bullying charges.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/09/1441885/inkues-kematian-zara-qairina-ubat-antisawan-dikesan-dalam-tisu-buah

Inkues kematian Zara Qairina: Ubat antisawan dikesan dalam tisu buah pinggang

KOTA KINABALU: Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah.

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dalam tisu buah pinggang.

Katanya, Phenytoin ialah ubat antisawan yang digunakan untuk merawat epilepsi yang juga biasa diberikan sebagai rawatan pencegahan dalam kes kecederaan otak traumatik teruk.

"Analisis toksikologi di makmal Jabatan Kimia tidak mengesan dadah biasa dalam sampel hati si mati. Namun, Phenytoin dikesan dalam tisu buah pinggang.

"Phenytoin ialah ubat antisawan yang digunakan untuk merawat epilepsi, juga biasa diberikan sebagai rawatan pencegahan dalam kes kecederaan otak traumatik teruk bagi mengurangkan risiko sawan awal selepas trauma," katanya.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pertama inkues kematian arwah Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini, petang ini.

Terdahulu, katanya ketika bedah siasat, beliau mengambil sampel tulang sternum, tulang rusuk, kuku jari kanan dan kiri, calitan faraj rendah, faraj tinggi, dubur dan perineum untuk profil DNA.

Katanya, sampel hati dan buah pinggang juga diambil untuk analisis dadah dan toksikologi di Jabatan Kimia.

"Semua spesimen diserahkan kepada Inspektor Wong Yew Zhung bersama 'Borang Pengendalian Spesimen dan Barang Kes Mediko-Legal' dan borang Jabatan Kimia Malaysia untuk pemeriksaan forensik/toksikologi," katanya.

Sementara itu, katanya pemeriksaan alat kelamin luaran, selaput dara, saluran faraj bawah, perineum dan dubur si mati turut dilakukan.

Bagaimanapun, katanya hasil pemeriksaan itu tidak menunjukkan pembengkakan, lebam, lecetan, koyakan atau kecederaan lain dengan keadaan selaput dara didapati utuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
isi artikel berita dari kosmo ni basically sama mcm dlm berita malaymail di post 71#.. cuma yg ni dlm bm

https://www.kosmo.com.my/2025/09/03/zara-qairina-jatuh-tapi-tidak-ditolak/

Zara Qairina jatuh tapi tidak ditolak

KOTA KINABALU- Kecederaan yang terdapat pada tubuh pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir adalah konsisten dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi tetapi tidak disebabkan ditolak atau terjatuh secara tiba-tiba..

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Jessie Hiu @ Jessie Dorey Hiu Chen Chen, yang merupakan saksi pertama inkues bagi mencari punca kematian remaja terbabit membuat dapatan tersebut berdasarkan kecederaan dan pemeriksaan di Blok Rabiatul Adawiyah, Asrama Qurratua’yun Sekolah Menengah kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan (TDML), Kinarut.

Dr. Hiu merupakan salah seorang daripada empat pakar patologi yang terlibat dalam bedah siasat mayat remaja berkenaan selepas kuburnya digali semula.

“Pemeriksaan lokasi telah dijalankan pada 2 Ogos 2025 bermula pukul 12.30 tengah hari di asrama si mati. Ukuran dari lantai ke rel besi mendatar paling atas yang dipasang pada pagar konkrit di tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm). Saya dimaklumkan bahawa ketinggian si mati ialah 154cm.

“Perbezaan antara ketinggian si mati dan rel besi mendatar paling atas ialah 36cm. Ketinggian rel besi tersebut adalah lebih daripada tiga perempat ketinggian si mati dan kemungkinan melebihi pusat graviti beliau. Bagi wanita, pusat graviti secara umumnya terletak di kawasan pelvis, selalunya di bawah pusat sedikit ketika berdiri.

“Berdasarkan ukuran ini, pada pendapat saya, adalah tidak mungkin si mati jatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri bersebelahan pagar konkrit di koridor.

“Berdasarkan ketinggian dan lebar pagar konkrit, ketinggian rel besi mendatar serta ketinggian si mati, terdapat kemungkinan si mati (Zara Qairina)memanjat ke atas pagar konkrit, melepasi rel besi dan berdiri di atas pagar konkrit tersebut,” katanya ketika memberi membaca penyataan saksinya di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Selain itu, Dr. Hiu memberitahu kecederaan yang terdapat pada tubuh badan tidak sepadan dengan kecederaan akibat didera (chronic physical abuse) atau diserang (assaulted).

Tambah pakar patologi tersebut, rekonstruksi berdasarkan kecederaan menunjukkan bahawa Zara Qairina jatuh ke belakang selepas mendarat pada kaki kiri terlebih dahulu diikuti dengan kaki kanan menyebabkan kecederaan lebih teruk pada tumit dan tulang kaki kiri.

Pada prosiding hari ini juga, sebanyak 172 keping gambar mayat Zara Qairina yang diambil sewaktu bedah siasat dilakukan.

Terdahulu, pakar patologi itu memaklumkan Zara Qairina telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth pada pukul 4.38 pagi, 16 Julai lalu dalam keadaan kritikal akibat keederaan otak yang teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenazah Zara Qairina alami pereputan, tapi bedah siasat boleh dijalankan - Pakar Patologi

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2025 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aaaa...

Mksdnya si mati bunuh diri ???...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2025 11:37 AM | Show all posts
namemysoul replied at 4-9-2025 11:24 AM
Aaaa...

Mksdnya si mati bunuh diri ???...

erghhhh

baca sambil membayangkan situasi, momen2 kejadian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2025 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/09/1442029/inkues-kematian-zara-qairina-peguam-bela-bawa-patung-ke-mahkamah

Inkues kematian Zara Qairina: Peguam bawa patung ke mahkamah

KOTA KINABALU: Kehadiran peguam mewakili tertuduh remaja, Datuk Ram Singh bersama rakan guaman membawa sebuah patung ke Mahkamah Koroner di sini, hari ini, mencuri tumpuan wakil media yang hadir sejak awal pagi.

Patung berkenaan dibawa bagi membantu Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pada prosiding hari kedua inkues kematiannya.

Dr Jessie dijangka menyambung keterangannya dengan menjawab pertanyaan Pegawai Pengendali dari Jabatan Peguam Negara (AGC), selain soalan pihak berkepentingan termasuk ibu dan bapa arwah melalui peguam masing-masing.

Peguam mewakili lima tertuduh remaja yang berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak, juga dijangka mengemukakan soalan.

Semalam, Dr Jessie memberitahu mahkamah, hasil pemeriksaan mendapati kecederaan dialami arwah adalah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau juga menegaskan, tidak mungkin arwah jatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan itu pada awal pagi 16 Julai lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/09/04/impossible-to-fit-zara-qairina-into-washing-machine-pathologist-tells-court

Impossible to fit Zara Qairina into washing machine, pathologist tells court

KOTA KINABALU: A forensic pathologist who conducted the post-mortem on Zara Qairina Mahathir told the Coroner's Court on Thursday (Sept 4) that it was impossible to place the 13-year-old inside a washing machine.

Dr Jessie Hiu, 58, who has been with the Queen Elizabeth Forensic Medicine Department here since 1998, said this was unlikely due to the deceased’s weight.

She said this when questioned by the conducting officer, Deputy Head of Prosecution II Datuk Badius Zaman Ahmad, on the second day of the inquest into the death of the Form One student.

Badius Zaman: Doctor, did you find any washing machines during your visits to the scene?

Dr Hiu: Yes, there was one, on the ground floor, opposite the staircase.

Badius Zaman: Doctor, do you know the size of the washing machine?

Dr Hiu: It was a domestic washing machine, not an industrial one.

Badius Zaman: Is it possible to put the victim into the washing machine?

Dr Hiu: I didn’t check the size of the drum. I was informed the deceased weighed 53kg, and I don’t think the machine could operate with a 53kg load.

The hearing before the Coroner, Sessions Court Judge Amir Shah Amir Hassan, continues.

Previously, a video went viral claiming that Zara Qairina had been killed by being put into a washing machine. It was later revealed that the content creator who had made the claim only did it to make content for his TikTok channel.

Zara Qairina, 13, was pronounced dead at Queen Elizabeth Hospital on July 17. She had been admitted a day earlier after being found unconscious in a drain near her school dormitory in Papar at 4am.

On Aug 13, the Attorney General's Chambers (AGC) announced that an inquest would be conducted into her death after reviewing the police investigation report.

Earlier, on Aug 8, the AGC ordered the exhumation of Zara Qairina's remains to allow for a post-mortem examination. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.nst.com.my/amp/news/crime-courts/2025/09/1270135/pathologist-rules-out-foul-play-zara-qairinas-fall

Pathologist rules out foul play in Zara Qairina's fall

KOTA KINABALU: Queen Elizabeth Hospital (HQE) pathologist Dr Jessie Hiu ruled out the possibility that the late Zara Qairina Mahathir had been pushed or attacked, causing her to fall from the third floor of her dormitory before she was found unconscious beneath the building in the early hours of July 16.

Continuing her testimony on the second day of the inquest into Zara's death at the Coroner's Court here today, Dr Hiu dismissed both assumptions based on findings from the site inspection where the teenager was discovered unconscious.

Responding to questions from deputy prosecution chief II Datuk Badiuszaman Ahmad, who is conducting the inquest, Dr Hiu said it was highly likely that Zara had either jumped or swung herself while holding onto the iron grille suspended above the dormitory corridor wall.

Inquest officer: Based on your written statement in paragraph 32, can you explain why it was unlikely she fell accidentally or was pushed?

Dr Hie: Based on measurements taken at the site, it was not possible because the iron railing on the corridor wall was very high. She could not have fallen accidentally because of its height. If she had been pushed, the railing would have prevented her from falling.

Inquest officer: What is the most likely possibility?

Dr Hiu: As I explained and demonstrated at the site, she (the deceased) might have stood on the concrete wall and either jumped or swung herself while holding onto the hanging grille.

Inquest officer: Can I say there was no attack and the cause of death was a fall from height?

Dr Hiu: Based on the site inspection, yes.

Inquest officer: Can you confirm the deceased either jumped or swung herself?

Dr Hiu: Based on the information on her position and location on July 16, she either jumped or swung herself.

During today's proceedings, Dr Hiu also explained several photographs taken during the site inspection, along with a demonstration carried out with HQE medical officers to reconstruct how Zara might have fallen.

The demonstration aimed to determine whether the fall could have happened accidentally or as a result of being pushed from behind.

She added that the inspection also sought to establish how Zara fell, based on her injuries and the condition of her body when she was found unconscious beneath the building in the early hours of July 16.

Earlier, she said the site inspection was conducted on Aug 2 with assistance from HQE medical officers, three police personnel, and several school staff.

In court, Dr Hiu also demonstrated how Zara might have landed feet first before collapsing backwards, ending up lying on her back with her face upwards.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2025 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2025/09/1270055/post-mortem-reveals-multiple-injuries-zara-qairina

Post-mortem reveals multiple injuries on Zara Qairina

KOTA KINABALU: The post-mortem on the late Zara Qairina Mahathir revealed several injuries.

Forensic pathologist Dr Jessie Hiu, the first witness in the inquest into the death of the 13-year-old student, said they were still able to conduct both external and internal examinations despite the body being in a state of moderate to advanced decomposition.

According to her witness statement, which she read yesterday, the deceased had a sutured laceration at the back of the head, with no fractures to the skull or facial bones.

Other findings included:

1. The brain showed liquefactive changes due to decomposition and could not be assessed.

2. The lower part of the left forearm, wrist, hand and fifth finger were bruised, with deformity of the left forearm and wrist.

3. Bruises were found on the right ankle, along with a comminuted fracture of the distal part of the right tibia (the right leg bone) involving the right ankle joint.

4. A laceration on the left foot, bruises on the left ankle and foot, as well as comminuted and oblique fractures of the distal part of the left tibia.

5. A comminuted fracture of the calcaneum (the heel bone of the left leg), with dislocation of the left ankle joint.

6. Fractures of the second to fourth lumbar vertebrae (lower back bones).

7. Haematoma of the psoas muscles.

8. Localised retroperitoneal pelvic tissue haematoma.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Rom belajar buat kapal dari Melayu' - Persatuan akademik mahu UIAM bertindak
Abahmung'Rom belajar buat kapal dari Melayu&
Views : 820 Replies : 27
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2667 Replies : 1516
travelll
em.ay.aa.nand26travelll
Views : 0 Replies : 0
traveeeeelll
em.ay.aa.nand26traveeeeelll
Views : 0 Replies : 0
Semakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-guru di SJKC berdepan dilema  antara mengekalkan penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
YgBenarSemakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-
Views : 416 Replies : 17
Seorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, akhirnya buat laporan polis lepas muka dia tiba-tiba viral dalam live seorang pempengaruh lelaki Kelantan di restoran.
YgBenarSeorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, ak
Views : 1161 Replies : 53
travvvvvvvvvvvvvvvveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeellllllllllll
ros.e.ande.rsentravvvvvvvvvvvvvvvveeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Views : 0 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 318119 Replies : 3221
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23537 Replies : 431
travell
ros.e.ande.rsentravell
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.062782 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list