Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Zara Qairina Mahathir akan didakwa di mahkamah.
Perkara itu diputuskan selepas jabatan itu meneliti kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berdasarkan keterangan yang ada.
"Jabatan ini menegaskan walaupun keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan itu tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan, polis sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan kematian Zara Qairina, 13, kepada AGC hari ini untuk meneruskan proses seterusnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor, berkata kertas siasatan itu diserahkan selepas soal siasat terhadap 195 saksi dibuat.
Saifuddin Nasution dipetik berkata, siasatan kes kematian Zara Qairina yang menjurus kepada tiga elemen iaitu buli, pengabaian dan gangguan seksual sudah diserahkan kepada AGC selepas polis selesai mengambil keterangan daripada 195 saksi.
"Kini terpulang kepada AGC untuk menentukan hala tuju seterusnya, sama ada melakukan pertuduhan atau sebaliknya, selain memastikan prosiding inkues dilaksanakan sebagai platform terbaik untuk semua pihak membentangkan bukti secara telus dan terbuka," katanya dipetik.
Dalam pada itu, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah menetapkan prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina ditetapkan bermula 3 September ini.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah bersidang sebagai Koroner, Azreena Aziz, menetapkan tarikh prosiding iaitu pada 3 dan 4, 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September.
Seramai 195 saksi akan dipanggil dalam inkues yang berlangsung selama 19 hari itu.
AGC sebelum ini memutuskan supaya inkues dijalankan bagi menentukan punca dan sebab kematian Allahyarham Zara Qairina.
Menerusi kenyataan jabatan itu, ia menjelaskan inkues berkenaan termasuk untuk mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian pelajar berkenaan.
Inkues itu dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada 3 pagi, mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth serta disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.
Lima remaja akan didakwa ugut Zara Qairina guna komunikasi - AG
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Seramai lima remaja perempuan berusia bawah 18 tahun akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu ini atas pertuduhan membuli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dengan mengugut melalui komunikasi.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pendakwaan terhadap kesemua remaja terbabit akan dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Mereka akan dituduh pada lusa kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarhamah Zara Qairina,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Mengikut peruntukan tersebut, sesiapa sahaja yang dengan apa-apa cara menggunakan perkataan atau komunikasi berunsur ancaman, kesat atau menghina sehingga menyebabkan seseorang merasa diganggu, tertekan, takut atau bimbang, boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli berkenaan berdasarkan keterangan yang diperoleh.
AGC turut menjelaskan, keputusan menuduh suspek bagi kesalahan buli tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan prosiding inkues bagi kes kematian gadis asal Sipitang, Sabah itu ditetapkan bermula 3 September ini selama 19 hari.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bersidang sebagai Koroner menetapkan tarikh inkues pada 3 dan 4, 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September.
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
KOTA KINABALU- Pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, 45, menegaskan bahawa individu yang akan didakwa berhubung kes Zara Qairina Mahathir wajar dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
Menurut kenyataan bersama pasukan peguam, cadangan itu dibuat susulan kenyataan media Peguam Negara pada Isnin mengenai keputusan untuk menuduh suspek yang terlibat dalam kes tersebut.
“Kami menyambut baik keputusan Peguam Negara itu. Keputusan tersebut adalah selaras dengan cadangan kami kepada Jabatan Peguam Negara melalui kenyataan media pada 14 Ogos lalu.
“Cadangan kami ketika itu ialah, memandangkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mendedahkan bahawa wujud keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara, pendakwaan mesti dilakukan terhadap individu-individu yang disebut dalam keterangan tersebut di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun, pasukan peguam memaklumkan mereka masih belum mengetahui identiti sebenar individu yang akan didakwa di mahkamah serta peruntukan undang-undang yang bakal digunakan dalam pertuduhan nanti.
“Kami berharap pendakwaan terhadap individu terbabit dikaitkan dengan kematian Zara dengan mengguna pakai seksyen di atas agar hukuman berat dikenakan terhadap mereka sekiranya berlaku sabitan,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Post time 19-8-2025 09:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
penjelasan penuh menteri dalam negeri, saifuddin nasution berkaitan kes adik zara dlm sesi jawab semasa sesi bahas di dewan rakyat semalam
Kes Zara Qairina: 'Kita baca catatan tangan dia, kita tahu momen-momen terakhir dia'
Kuala Lumpur: Menjawab persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meyakinkan Dewan Rakyat hari ini bahawa inkuiri kematian Zara Qairina Mahathir akan merungkai punca sebenar kematian remaja itu.
Beliau menegaskan keputusan untuk mengadakan inkuiri itu membuktikan ketelusan kerajaan dan pihak berkuasa dalam mengendalikan siasatan kes berkenaan.
Ikuti penjelasan penuh Saifuddin Nasution dalam sesi menjawab sesi perbahasan di Dewan Rakyat, tadi.
"Hakikat bahawa kita bersetuju inkuiri dibuat. Itu menunjukkan bahawa sikap kita adalah kita tak ada apa pun nak selindung. Okay ya. Jauh sekali bila saya sebut soal persetujuan ibu dalam menandatangani consent letter (surat pengizinan tidak melakukan bedah siasat), saya langsung tak terlintas bahawa kenyataan fakta itu adalah untuk meletakkan ibu pula pada posisi bersalah, jauh sekali. Tak adalah.
"Saya cuma memaklumkan satu penyataan fakta apa berlaku pada 17 haribulan di antara pegawai penyiasat. Dia khilaf, ketidakpatuhan, sebab niat dia tu nak mempermudahkan ibu yang sudah pun kematian anak dan nak menyegerakan pengebumian. Saya takkan pertahankan perkara itu, ya, kerana Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, telah pun mengambil satu pendirian, akan ada satu langkah susulan termasuk kemas kini semua sekali proses dan prosedur siasatan dalaman sebab ini adalah proses yang berterusan, ya. Apakah ibu tu telah diberi kefahaman dan sebagainya? Itu semua bila inkuiri nanti, perkara itu boleh sahaja dijelaskan. Ya.
"Apakah IO (pegawai penyiasat) berpuas hati tentang cause of death, COD (punca kematian), yang telah disebut oleh doktor? Kecederaan parah mengakibatkan oksigen tak sampai ke otak, kerana otak sudah mengalami kecederaan. Hal itu semua akan diestablish (tetapkan) nanti. Apakah tiga hala tuju siasatan tu IO tak tahu? Hala tuju tu hanya kita tahu setelah kita menjalankan proses mengambil keterangan. Tapi pada momen itu 16 haribulan 3 pagi, 17 haribulan, cause of death yang doktor sebut, tak ada siapa tahu.
"Tak ada siapa tahu. Hanya setelah siasatan dibuat dengan memanggil saksi, kawan-kawannya di sekolah dan kawan di kampung, gurunya, warden, ibunya sendiri, ayahnya. Jadi saya nak tegaskan bahawa apabila Bukit Aman mengambil alih, ia tak mengubah hala tuju siasatan. Jadi, itu yang saya sebut tadi bahawa ketidakpatuhan terhadap proses siasatan itu tidak sama sekali menjejaskan keseluruhan integriti siasatan kerana ia yang perlu kita tengok sekarang adalah apakah pernyataan cause of death oleh doktor pakar dengan apakah setelah mayat digali itu, cause of death itu sama.
"Yang itu biarlah Jabatan Peguam Negara yang meneliti hasil laporan daripada polis. Dia sangat structured (berstruktur) dalam memberikan penghujahan dia. Siasatan memang ada dua tahap. Sebab itu saya jelaskan tahap awal adalah permulaan yang menentukan landasan framing (kerangka), kerangka siasatan dan hala tuju. Bila Bukit Aman teruskan, ia kekal atas landasan yang sama. Cuma bezanya adalah siasatan awal setakat 3 Ogos cuma menemui 38 saksi. Tapi bila Bukit Aman ambil, kita luaskan skop siasatan sehingga 195. Rakan-rakannya sahaja 100 orang lebih, ya.
"Setakat siasatan pertama, dia siasat di bawah sudden death (kematian mengejut). Kerana doktor kata punca kematian, kecederaan pada otak. So dia siasat kat situlah, pada sudden death, okay. Tapi bila kita pergi lebih lanjut, terutama selepas mayat digali, and then ada yang sekarang dilengkapkan oleh Jabatan Patologi, pakar kimia, termasuk kita pakai pakar-pakar psikiatri kita daripada D11 (Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita & Kanak-Kanak), Bukit Aman yang menyiasat sebab kita buka diari dia (Zara Qairinia), kita baca catatan tangan dia, kita tahu momen-momen terakhir dia. Pada jam 11 malam dia berada di mana, 10 malam apa berlaku di asrama. Ya, pada pukul 1 pagi dia berada di mana, sebelum dia ditemui. Kesemuanya itu, ya, adalah merupakan corroborative evidence (keterangan sokongan) yang kita lengkapkan untuk mengetahui tentang catatan diari dia penting.
"Pakar psikiatri kita sebab itu establish (menentukan) dia punya dia punya tahap apa nama fikiran dia, mental dia pada ketika itu. Baik, dengan semua perkara persoalan yang dibangkitkan termasuk saranan bahawa kes buli harus dilihat dengan lebih serius, saya sambut baik. Sebab itu, tak mudah untuk saya berdiri sini. Sebab itu saya sebut tadi dengan jelas tanpa basa-basi, isu buli termasuk di sekolah, sikap yang kena ambil adalah meminta para pentadbir supaya tidak mengambil pendekatan atau cuba untuk menutup. Bawa ke tengah sebab sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat."
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama jam 4 pagi pada 16 Julai lalu.
Pelajar berusia 13 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.
Post time 19-8-2025 09:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
turn saifuddin nasution, skip ke 1:49:53
skip ke 3:16:17 utk bhgn ucapan saifuddin berkenaan bekas pengetua sekolah terbabit Dan juga cucu tyt sabah
berkenaan dakwaan cucu tyt sabah terlibat, saifuddin cakap (skip ke 3:16:33), "cucu tyt pulak katanya.. mmg nama sama, nama bapak pun sama.. sama betul.. tapi bukan anak, bukan cucu dia.. org lain"
Post time 19-8-2025 10:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 19-8-2025 12:15 PM
kebetulan2 yg timbul dlm kes adik zara ni
---
menantu tyt sabah = Arifin Arif, menteri sains, teknologi dan inovasi sabah merangkap exco pendidikan negeri dan juga exco agama negeri
---
arifin arif pernah cakap, ketika Zara Qairina dirawat di hospital, dia bersama Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) dan rombongan hadir menziarahi ibu mangsa..
dia juga ada kata, "Empat hari selepas Zara meninggal dunia, saya bersama rombongan Yayasan Sabah dan wakil rakyat Sindumin menziarahi keluarga Allahyarhamah di Sipitang bagi menyampaikan salam daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor," katanya yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah.
arifin arif cakap dia takde anak yg bernama sekian2.. saifudin nasution pulak cakap (rujuk sesi dewan rakyat dlm hantaran di atas), "cucu tyt pulak katanya.. mmg nama sama, nama bapak pun sama.. sama betul.. tapi bukan anak, bukan cucu dia.. org lain"
---
kebetulan2 yg menyebabkan timbulnya persoalan dlm kalangan rakyat
zara qairina tu org biasa2 je, tapi kenapa masa adik zara di hospital sebelum meninggal tu vip2 ni siap dtg melawat? (arifin arif, menteri sains teknologi inovasi sabah yg juga exco pendidikan dan agama sabah, dan juga sorang lagi, Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan, KPM)
adakah masa tu diorg ada apa2 program kementerian ke dan kebetulan masa tu diorg dgr ada berlakunya kes yg berkemungkinan besar jatuh dari tingkat 3 sekolah pastu diorg pun masa tu buat keputusan segera nak dtg melawat, atas dasar prihatin kepada org awam?
kebetulan pula arifin arif ni menantu kepada tyt sabah dan kebetulan pula timbul isu 'nama sama, nama bapa pun sama'
kebetulan2 yg timbul ni la yg menyebabkan spekulasi2 tertentu yg timbul dlm kalangan rakyat.. kerajan pula dilihat lambat uruskan kes ni so spekulasi2 ni makin meliar la
kalau la kerajaan uruskan kes ni dgn baik dan cepat, mesti tak timbul spekulasi2 ni
Peguam ibu Zara Qairina mohon pendakwaan lima remaja esok ditangguh
KOTA KINABALU - Pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memohon agar pendakwaan yang dijadualkan pada Rabu ditangguhkan sementara waktu supaya dapat dipertimbangkan semula untuk mendakwa lima remaja terbabit di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
Dalam kenyataan media bersama, pasukan peguam itu memaklumkan bahawa mereka baru mengetahui lima remaja tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana membuli Zara Qairina.
"Selepas kami mengeluarkan kenyataan media semalam, kami baru mengetahui bahawa lima remaja tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana membuli Zara Qairina.
"Kami dengan ini memohon agar Peguam Negara dapat menangguhkan pendakwaan tersebut buat sementara waktu.
"Kami memohon agar Peguam Negara dapat mempertimbangkan agar semua remaja di atas dituduh di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
"Sekiranya keterangan yang ada tidak mencukupi untuk membuktikan sabitan bagi kesalahan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, kami berharap siasatan lanjut dapat diteruskan menjurus ke arah kesalahan tersebut dan pendakwaan ditangguh seketika," katanya pada Selasa.
Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya merayu supaya kesemua remaja terbabit didakwa atas kesalahan lebih berat sekiranya keterangan sedia ada serta hasil siasatan lanjut mencukupi bagi membuktikan pertuduhan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
"Kami sangat khuatir sekiranya pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan diteruskan dan semua tertuduh mengaku bersalah pada esok hari atau tarikh-tarikh berikutnya, apabila siasatan lanjut ataupun inkues menemui keterangan yang boleh membuktikan berlakunya kesalahan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan atau kesalahan yang lebih berat, mereka tidak lagi boleh didakwa atas dasar 'Double Jeopardy' yang termaktub di dalam Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sehubungan itu, pasukan berkenaan memaklumkan bahawa mereka telah menghantar surat kepada Peguam Negara pada pagi Selasa melalui e-mel berhubung perkara tersebut.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh peguam Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Peguam keluarga Zara Qairina harap pendakwaan lebih berat dibuat terhadap 5 remaja esok
KUALA LUMPUR: Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir berharap Jabatan Peguam Negara (AGC) mempertimbangkan pendakwaan yang lebih berat terhadap lima individu yang akan dituduh atas kes buli esok.
Ini kerana, barisan peguam keluarga mangsa beranggapan langkah untuk mendakwa lima suspek terbabit atas pertuduhan buli mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan kepada seseorang yang berkemungkinan berasa terganggu, tertekan, takut atau cemas yang sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda atau kedua-duanya, adalah ringan.
Susulan itu, barisan enam peguam mewakili ibu Zara Qairina diketuai Hamid Ismail dalam kenyataan bersama hari ini, berkata pihaknya memohon AGC dapat menangguhkan pendakwaan itu untuk sementara waktu.
"Kami memohon Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dapat mempertimbangkan untuk semua remaja terbabit dituduh mengikut Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan iaitu melakukan provokasi yang menyebabkan mangsa mencederakan diri atau membunuh diri yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Sekiranya keterangan yang ada tidak mencukupi untuk membuktikan sabitan bagi kesalahan Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan itu, kami berharap supaya siasatan lanjut dapat diteruskan menjurus ke arah kesalahan itu dan pendakwaan ditangguh seketika.
"Namun, sekiranya kesalahan yang ada sekarang dan hasil siasatan lanjut mencukupi untuk mendakwa semua remaja bagi kesalahan lebih berat daripada Seksyen 507D (2), kami merayu mereka didakwa dengan kesalahan yang lebih berat itu," katanya.
Hamid berkata, barisan peguam khuatir jika pendakwaan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dikenakan, semua tertuduh akan terus mengaku bersalah pada esok atau tarikh berikutnya ketika pertuduhan dibuat.
"Apabila siasatan lanjut ataupun inkues menemui keterangan yang boleh membuktikan berlakunya kesalahan mengikut Seksyen 507D (2) atau kesalahan yang lebih berat daripada itu, mereka (lima remaja terbabit) tidak boleh lagi didakwa atas dasar 'Double Jeopardy' yang termaktub dalam Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan.
"Sebab itu, kami menulis surat kepada Peguam Negara (berhubung perkara ini) dan sudah dihantar melalui e-mel," katanya.
Double Jeopardy bermaksud semua remaja terbabit atau suspek tidak boleh didakwa lebih dari sekali mengikut seksyen sama.
Semalam, Mohd Dusuki berkata, lima remaja perempuan akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu pada Rabu ini (esok) berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina,13, kerana mengugut dengan mengeluarkan perkataan bersifat mengancam.
Beliau berkata, pertuduhan ke atas lima remaja bawah 18 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan kepada seseorang yang berkemungkinan berasa terganggu, tertekan, takut atau cemas.
Prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak lazimnya dilakukan secara tertutup.
Sebelum ini, AGC dalam kenyataan rasmi mengesahkan sudah meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu terbabit dalam kes buli itu berdasarkan keterangan yang ada.
Menurut kenyataan itu, keputusan menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat kerana ia tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.
Jabatan itu menegaskan, walaupun pertuduhan kesalahan buli dilakukan, siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina tetap diteruskan termasuk prosiding inkues.
Post time 19-8-2025 12:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 19-8-2025 12:07 PM
secara ringkasnya
peguam negara nak dakwa ikut subseksyen 507C(1), yang mana secara relatifnya hukuman yg diperuntukkan adalah lebih ringan
peguam2 ibu kepada arwah adik zara pula nak ikut subseksyen 507D(2), secara relatifnya, hukuman lebih berat
sebab kalau dah jatuh hukum cepat sekiranya suspek2 tu terus mengaku bersalah, suspek2 tu tak boleh didakwa lagi mengikut seksyen yg sama (double jeopardy) apabila dpt jumpa bukti2 yg kukuh utk dakwa dgn hukuman lebih berat masa inkues nanti tu
Zara Qairina: Pendakwaan tetap teruskan kes Seksyen 507C
KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) tetap meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan berusia bawah 18 tahun di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, esok berhubung kes buli Allahyarham pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan, pendakwaan akan diteruskan seperti biasa mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).
Terdahulu peguam ibu arwah Zara Qairina memohon pendakwaan terhadap lima remaja yang terbabit dalam kes buli ditangguh sementara.
Ia berikutan mereka mendakwa pertuduhan yang dicadangkan terlalu ringan, tidak sepadan dengan tragedi yang berlaku dan mengelak ‘double jeopardy’ (seseorang tidak boleh dibicarakan atau dihukum dua kali atas kesalahan sama) dari digunapakai di masa hadapan.
Semalam, Mohd. Dusuki mengesahkan lima remaja perempuan dalam kes buli Zara Qairina akan didakwa pertuduhan mengugut dengan mengeluarkan perkataan mengancam.
Menurut beliau, pertuduhan terhadap remaja bawah umur itu akan dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (pindaan 2025) yang mana seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan terbabit adalah berhubung menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan kepada seseorang yang berkemungkinan berasa terganggu, tertekan, takut atau cemas.
Seksyen berkenaan menyebut, sesiapa dengan apa cara atau melalui apa-apa kaedah, menggunakan atau membuat ugutan dengan mengeluarkan perkataan atau komunikasi bersifat mengancam, menghina atau mengaibkan, atau melakukan apa-apa perbuatan yang mengancam, menghina atau mengaibkan.
Beliau memaklumkan, lima remaja berusia bawah 18 tahun itu, akan didakwa ke mahkamah.
Sebelum ini, AGC memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina.
Tegasnya, keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu proses inkues yang akan berjalan.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar itu meninggal dunia 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama kira-kira pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital oleh pihak sekolah. – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR: The majority of individuals whose statements have been recorded in connection with the death of Zara Qairina Mahathir were her classmates and dormitory mates.
So far, police have taken statements from 195 people, including the school principal, teachers, wardens, general staff, and medical officers who examined Zara after she was found injured within the school compound in the early hours of July 16.
KOTA KINABALU: The lawyer representing the family of the late Zara Qairina Mahathir has appealed to witnesses who have yet to come forward to do so to assist in the ongoing investigation.
Lawyer Hamid Ismail said there were still individuals who wished to meet his team regarding the investigation into the death of the 13-year-old student, and urged them to step forward.
Kes Zara Qairina: 5 remaja dituduh guna perkataan mencela, mengaku tidak bersalah
KOTA KINABALU: Lima remaja didakwa di Mahkamah Kanak-kanak di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Kesemua remaja berumur bawah 18 tahun itu yang identiti mereka tidak boleh didedahkan mengikut Akta Kanak-kanak 2001, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, pada prosiding tertutup.
Mengikut pertuduhan, mereka dituduh dalam mencapai niat bersama, telah menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina yang mana perkataan itu didengari yang mungkin menyebabkannya berasa terganggu dengan perkataan berkenaan, antara jam kira-kira 10 hingga 11 malam 15 Julai lalu di sebuah sekolah di Papar.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata setiap tertuduh terbabit dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.
Beliau berkata, hanya perkara itu boleh didedahkan, manakala hal lain yang berkaitan dengan prosiding tidak boleh didedahkan berikutan perintah larangan dikeluarkan mahkamah.
Selain Nor Azizah, pihak pendakwaan turut dibarisi Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, dan Deepa Nair Thevaharan.
Pasukan peguam, Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili seorang daripada tertuduh berkenaan, manakala baki empat tertuduh lagi diwakili oleh peguam, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 September dan 16 Oktober depan, manakala pendengaran kes bermula 8 hingga 12 Disember serta 15 hingga 19 Disember.
apa ke jadah soalan tu.. sah sah benda tu clear dalam cerita2 sebelum ni.. mmg pukul 2 pagi waktu org patut tido, dah kalau org tu tanak tido, nak buat keje lain, takkan warden nak kena duduk sebelah dia? takkan kawan2 lain tak boleh tido nak kena tunggu dia? tt takde keluarga yg stay asrama ke? cuba tanya kat asrama boleh makan maggi tak? pastu cuba check kat tong sampah berapa byk sampah paket maggi? benda yg terang2 berlaku, takyah jd isu.. korang nak isukan skrg "kenapa zara mati" atau "siapa bunuh zara"..
skrg netizen semua berpegang pd siapa bunuh, even kalau kes turn out to be dia bunuh diri, netizen akan salahkan polis, sekolah, kpm, kerajaan madani, hospital.. semua lah salah.. punca? sbb netizen nak drama..
Post time 22-8-2025 01:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 19-8-2025 09:23 AM
turn saifuddin nasution, skip ke 1:49:53
skip ke 3:16:17 utk bhgn ucapan saifuddin berkenaan bekas ...
pada 18 ogos, masa menteri sebut "nama sama.. nama bapak pun sama.. sama betul.. tapi bukan cucu dia.. org lain", pada nada ucapan dia tu, dia bagi penekanan ketika sebut "sama betul"
semasa ucapannya pada 20 ogos pula, dia mengakui telah terkhilaf semasa menyampaikan info 'nama sama tapi org lain' tu
mcm mana la org nak yakin dgn kualitinya sbg seorg menteri apabila telah terjadinya kesilapan bodoh begini