Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan perkembangan terbaharu berhubung kes kematian, Zara Qairina Mahathir dalam sidang media khas di Bukit Aman pada Rabu.
Berikut merupakan 13 intipati penting yang dikongsikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar:
1. Punca kematian Zara Qairina pada awalnya dikenalpasti sebagai kecederaan otak yang disebabkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.
2. Terdapat ketidakpatuhan siasatan di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk bedah siasat. Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan ketua bahagiannya.
3. Terdapat persetujuan atau permohonan ibu mangsa supaya bedah siasat tidak dibuat dan persetujuan itu direkodkan dengan tanda tangan di dalam satu surat atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak hospital. Dokumen itu turut ditandatangani oleh doktor patalogi serta pegawai penyiasat. Surat itu bertajuk; “Surat akuan enggan bedah siasat mayat atas kemahuan sendiri”.
4. Pada 10 Ogos, empat pakar patalogi melakukan bedah siasat dan punca kematian sama seperti dapatan awal iaitu kecederaan otak yang disebabkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak. 'The injury is sustained due to a fall.'
5. Pada 12 Ogos, perbincangan telah dibuat dengan antara Peguam Negara dengan polis dan berpendapat inkues perlu dibuat. Permohonan akan dibuat kepada koroner dalam masa terdekat.
6. Inkues adalah untuk mendapat kebenaran terhadap persoalan kepada penyebab kejadian.
7. Task force yang ditubuhkan juga akan menyiasat ke arah elemen lain terutamanya dari sudut jenayah.
8. Polis membuka 15 kes siasatan terhadap pelbagai penyebaran berita yang tidak sahih.
9. Seorang wanita berusia 39 tahun ditahan untuk siasatan berhubung penyebaran berita palsu.
10. Siasatan task force juga merekodkan keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara.
11. 82 percakapan telah direkodkan termasuk pelajar dan antara mereka ada yang dipanggil semula untuk membantu siasatan.
12. Siasatan polis tidak menemui sebarang kaitan dengan penglibatan vvip.
13. Semua kecederaan yang dialami Zara telah diterangkan kepada keluarga dan peguam.
Charge those involved in bullying Zara Qairina, say lawyers
KOTA KINABALU: Lawyers representing Zara Qairina Mahathir's family have proposed to the Attorney-General's Chambers (A-GC) to charge those involved in bullying the girl before her death.
Referring to details revealed by federal police Criminal Investigation Department director Datuk M. Kumar, they said several key disclosures were made related to the death of the 13-year-old.
Among the findings were statements pointing towards bullying before the incident that befell Zara.
"If those statements can be trusted in court, we propose that the Attorney-General's Chambers prosecute the individual or individuals named in those statements who committed the bullying under Section 507D(2) of the Penal Code (criminalising threatening, insulting, or defamatory words and acts that provoke harm).
"Under this section, offenders may be punished with imprisonment of up to 10 years, or a fine, or both.
"If this step is taken, an inquest will no longer be necessary," said a joint statement issued by Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh and Farrah Nasser.
The lawyers, however, said that should those statements not be strong or sufficient enough to constitute an offence under Section 507D(2) of the Penal Code, further investigations must continue to strengthen such evidence.
"In this situation, the inquest should be conducted concurrently with the further investigations. Prosecution can then follow."
The team urged people with information to come forward and assist investigations.
"Channel your information to the police. If you are afraid or need assistance to do so, you may meet with us.
"We thank Datuk M. Kumar and the Bukit Aman special task force for acting swiftly to investigate Zara's death.
"Finally, we thank and appreciate all Malaysians who have supported and prayed for justice for Zara.
"At the same time, please refrain from making false speculations regarding Zara's death."
Zara, a 13-year-old student of SMKA Tun Mustapha in Papar, was found unconscious on July 16 at her school and pronounced dead the following day at Queen Elizabeth Hospital here.
KOTA KINABALU - Sidang media yang diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, pada Rabu, berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir, membuktikan bahawa ‘plot twist’ yang tular di media sosial sebelum ini adalah tidak benar.
Pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Zara Qairina berkata, sidang media tersebut membuktikan bahawa dakwaan kononnya anak guam mereka menjadi punca kematian remaja itu adalah tidak benar.
"Sidang media itu membuktikan bahawa 'plot twist' yang ditularkan beberapa minggu lalu di platform-platform media massa kononnya anak guam kami menjadi punca kematian Zara adalah tidak benar.
"'Plot twist' itu adalah satu naratif jahat dan jijik yang direka untuk memfitnah anak guam kami dan Zara," kata pasukan peguam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Pasukan peguam turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah JSJ Bukit Aman dan pasukan petugas khasnya kerana bertindak pantas menyiasat kes berkenaan.
Bagaimanapun, mereka merayu supaya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kematian Zara Qairina tampil menyalurkan maklumat tersebut.
"Kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan polis di atas, kami merayu agar anda tampil ke hadapan dan salurkan maklumat kepada polis.
"Jika anda takut atau memerlukan bantuan untuk berbuat demikian, anda boleh berjumpa dengan kami.
"Akhir sekali, kami berterima kasih dan menghargai seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dan berdoa mencari keadilan untuk Zara.
"Dalam pada yang sama, elakkan membuat spekulasi yang tidak benar tentang kes kematian Zara," katanya.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh barisan peguam iaitu Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk di media sosial, selepas ia didakwa mempunyai kaitan dengan kejadian buli di sekolah berkenaan.
Kes kematian Zara Qarina: Sabah Law Society pantau teliti prosiding inkues
KOTA KINABALU: Sabah Law Society (SLS) akan terus memantau dengan teliti prosiding inkues dan sebarang tindakan undang-undang susulan demi kepentingan awam berkaitan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir.
Presiden SLS, Datuk Mohamed Nazim Maduarin, berkata pihaknya mengalu-alukan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengarahkan inkues kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar mengikut Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.
"Komitmen kami jelas, keadilan mesti ditegakkan dan ia mesti dilihat ditegakkan, kerana apabila keselamatan anak-anak kita terancam, tiada perkara lain yang lebih penting.
"Dapatan inkues ini akan menjadi asas kepada AGC untuk menentukan sama ada pendakwaan perlu dibuat. Kami mengingatkan orang ramai bahawa sama ada pendakwaan dilakukan atau tidak, akhirnya bergantung kepada dapatan inkues dan kecukupan bukti di sisi undang-undang.
"Urutan proses ini penting bagi memelihara integriti sistem keadilan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Inkues ialah proses kehakiman bebas bagi meneliti punca dan keadaan kematian, menentukan sama ada terdapat unsur jenayah, serta memastikan semua fakta relevan didedahkan.
Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di sekolahnya pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.
Mohamed turut mengingatkan perbuatan membuli, sama ada secara fizikal, lisan, psikologi atau dalam talian, tidak mempunyai tempat dalam apa jua persekitaran, apatah lagi di sekolah.
Beliau berkata, SLS melalui Jawatankuasa Kecil Pemberdayaan dan Perlindungan Komuniti, yang menerajui inisiatif pencegahan dan respons terhadap buli, akan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan di Sabah untuk mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih selamat.
Katanya, pindaan terbaru terhadap Kanun Keseksaan (Seksyen 507B–G) adalah langkah penting memerangi perlakuan itu dengan jenayah pelbagai bentuk penyalahgunaan dan mengenakan hukuman berat sekiranya ia menyebabkan kemudaratan termasuk kes cubaan atau kematian akibat bunuh diri.
"Namun, perubahan undang-undang ini mesti disusuli dengan penguatkuasaan konsisten, langkah pencegahan berkesan, serta perubahan budaya dan paradigma dalam cara institusi menangani aduan," katanya.
Peguam ibu Zara Qairina nafi terima arahan saman doktor terkenal
KOTA KINABALU - Peguam, Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya beliau bakal memfailkan saman terhadap seorang doktor terkenal.
Ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat, Hamid mengesahkan bahawa kenyataan mendakwa Noraidah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan saman adalah tidak benar.
"Tidak betul (kenyataan itu)," katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp.
Sejak pagi Jumaat, tular di Facebook beberapa hantaran yang mendakwa tindakan saman akan diambil oleh ibu Zara Qairina.
Antara hantaran tersebut berbunyi,"Terkini! Ibu Zara Qairina arah peguam saman seorang doktor terkenal" dan"Memang dia terjun sendiri – Keluarga Zara Qairina bakal saman doktor".
Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kematian pelajar Tingkatan Satu itu menarik perhatian meluas, termasuk di media sosial, selepas ia dikaitkan dengan dakwaan kejadian buli di sekolah berkenaan.
'Tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
KOTA KINABALU: "Kami terkejut, panik dan tidak mampu membuat keputusan waras ketika kejadian," itu luahan ibu Zara Qairina Mahathir menerusi akaun Noie AiDa dalam satu komen di dalam Facebook yang tular di media sosial sejak Khamis.
Noraidah Lamat, 45, menjawab persoalan mengenai tindakan menolak proses bedah siasat terhadap anaknya, Zara Qairina yang disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Menurut komen tersebut, tiada penerangan yang jelas mengenai proses tersebut dan mereka tidak biasa melalui kes berkenaan.
"Kami panik, tiada satu pun nasihat dan pengukuhan diberikan akan proses bedah siasat. Kalau kami tahu, kami tak akan sesekali turun tandatangan enggan bedah siasat.
"Boleh bayangkan ke sekarang? Kematian ini berlaku begitu cepat... satu malam saja di Hospital Queen Elizabeth, 20 jam masuk wad Neurologi," tulisnya.
Sementara itu, peguamnya, Hamid Ismail mengesahkan akaun dengan nama pengguna "Noie AiDa" itu adalah milik Noraidah.
Dalam sidang akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, pada Rabu, beliau memaklumkan siasatan mendedahkan, terdapat persetujuan daripada Noraidah enggan proses bedah siasat dilakukan.
Terdahulu, M Kumar turut mendedahkan hasil bedah siasat pada 10 Ogos mendapati ia selari dengan diagnosis awal iaitu kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak berpunca daripada jatuh.
Bedah siasat dijalankan atas arahan Peguam Negara itu turut disertai tiga doktor dari Hospital Serdang dan HQE, Kota Kinabalu. - Sinar Harian
Ringkasan AI -
- Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, menjelaskan mereka panik dan tidak faham proses bedah siasat ketika kematian anaknya, menyebabkan keputusan menolak bedah siasat dibuat secara tergesa-gesa.
- Peguam Hamid Ismail mengesahkan komen tular di Facebook menggunakan akaun "Noie AiDa" adalah milik Noraidah, yang menjelaskan situasi sebenar semasa kejadian.
- Bedah siasat kedua pada 10 Ogos mengesahkan kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah berpunca daripada jatuh, selari dengan diagnosis awal dan dijalankan atas arahan Peguam Negara.
Three senior cops to be quizzed in Zara Qairina's case, says Deputy IGP
KUALA LUMPUR: A team from the Bukit Aman Integrity and Standards Compliance Department (JIPS) will soon travel to Sabah to record statements from three senior police officers involved in the preliminary investigation into the death of Form One student Zara Qairina Mahathir.
Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay said the department has opened a disciplinary investigation paper (KST) against the district police chief, holding the rank of Superintendent; the district criminal investigation division chief, with the rank of ASP; and an investigating officer, with the rank of Inspector. They are suspected of non-compliance with standard operating procedures (SOPs) during the investigation into the case.
"The Bukit Aman JIPS officers will travel there within a day or two to record statements from these three officers. The investigation concerns non-compliance with SOPs in the Zara Qairina case and the supervision of investigating officers,” he said.
He said this to reporters after the launch of the book ‘Antologi Puisi Makan Suap’ at the Dewan Bahasa dan Pustaka, last night.
Ayob Khan said strict action would be taken against any investigating officers and supervisors found to have violated the investigation SOPs.
Ayob Khan said that, so far, the three senior officers involved are continuing to carry out their duties as usual.
On Wednesday, Bukit Aman Criminal Investigation Department director Datuk M. Kumar, at a press conference, said that the initial findings of the Bukit Aman Special Task Force investigation found elements of non-compliance with investigation procedures during the early probe into the death of Zara Qairina.
Zara Qairina, 13, was confirmed dead at Queen Elizabeth I Hospital, Kota Kinabalu, on July 17, after being found unconscious in a drain near the dormitory of SMKA Tun Datu Mustapha, in Papar, at about 4am on July 16. - Bernama
Stern action needed if SOPs ignored in Zara Qairina Mahathir probe, say counsels
KOTA KINABALU: Counsels acting for Zara Qairina Mahathir’s family want strict action against investigators if they did not comply with standard operating procedures during the investigation into the case.
In a joint statement, the lawyers said Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay’s announcement of an investigation into three senior officers was very much welcomed.
The lawyers are Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh and Farrah Nasser.
"We support this probe. The ‘justice for Zara’ wave would not have grown to this level if the investigations were conducted accordingly in the first place," they said.
They urged that deterrent action be taken against any officials found to have not complied with standard operating procedures during the probe into Zara’s case.
"We hope this justice for Zara wave would serve as a reminder to the police force to conduct investigations on any cases including deaths under suspicious circumstances thoroughly from the second a report is received," they said.
The lawyers said they are still waiting for the Attorney General’s Chambers to set an inquest date for this case.
Zara was found unconscious after she was believed to have fallen from the third floor of her school hostel building on July 16, and was declared dead a day later.
Investigators at first classified this as sudden death but later developments found she was a victim of bullying and calls to reinvestigate the case surfaced.
A nationwide #justiceforzara movement was activated with rallies and tahlil prayers held in multiple districts and states over the past week.
The Attorney General’s Chambers later allowed for Zara’s exhumation and for an autopsy to be conducted, where investigators found bruise and injury marks on her body.
Keluarga Wan Faris tuntut pihak berkuasa buka semula siasatan
Selepas kes kematian Zara Qairina Mahathir, ingatan orang ramai kini kembali kepada kes kematian membabitkan pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang meninggal dunia 12 tahun lalu.
Malam tadi Himpunan Justice for Faris diadakan di Dataran Warisan, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV bagi menuntut pihak berkuasa membuka semula siasatan jenayah terhadap kes berkenaan.
Menurut laporan Berita Harian, peguam keluarga, Alias Ibrahim, berkata, beberapa keterangan penting pada prosiding inkues sembilan tahun lalu sepatutnya mencukupi untuk memulakan siasatan.
"Terdapat beberapa bukti penting seperti nama suspek, laporan polis serta penemuan sampel DNA pada kain pelikat yang dijumpai bersama mangsa, juga sepasang selipar di lokasi mayat Allahyarham dijumpai.
"Namun, sebagai peguam saya kecewa dan terkilan kerana barangan bukti penting seperti DNA dan cap jari tidak dianalisis secara menyeluruh walaupun maklumat berkenaan sudah dikemukakan semasa prosiding koroner.
"Bukti dan keterangan dikemukakan di Mahkamah Koroner pada 2016 sudah mencukupi, namun mungkin ia tidak kukuh sepenuhnya bagi menghidupkan siasatan dan pertuduhan jenayah," katanya ketika ditemui pemberita.
Alias turut mendedahkan motif kejadian berkemungkinan membabitkan unsur buli dan dendam, susulan beberapa insiden yang menyebabkan segelintir pihak tidak berpuas hati terhadap Allahyarham.
"Saya sendiri mengendalikan kes ini sejak 12 tahun lalu. Apa yang masyarakat lihat dan baca dalam nota keterangan mahkamah yang tular di media sosial sebenarnya adalah fakta yang pernah didengar dalam prosiding rasmi mahkamah, bukannya rekaan," katanya.
Dalam pada itu, Alias berkata saman sivil yang difailkan keluarga terhadap kerajaan persekutuan dan pihak polis pada Julai lalu akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 26 Ogos ini.
Pihaknya turut mendesak siasatan jenayah diambil alih oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan bukan lagi dikendalikan oleh pasukan penyiasat dari Kelantan bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti.
Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.
Mayatnya dilaporkan dijumpai penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas itu dan hasil bedah siasat mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut serta tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Inkues Berhubung Kematian Zara Qairina Dijalankan Esok - AGC
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah menetapkan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina Mahathir esok, 18 Ogos.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara demikian susulan permohonan dibuat Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta593).
"Memandangkan kes ini adalah suatu kes yang berkepentingan awam, jabatan ini akan memohon agar permohonan kes ini dipercepat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan, bukan sahaja kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, tetapi juga demi kepentingan masyarakat umum," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu merujuk kepada kenyataan media AGC bertarikh 13 Ogos mengenai keputusan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.
AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia berhubung kes tersebut pada 12 Ogos.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth l, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pagi 16 Julai.
Pendengaran inkues kematian Zara Qairina bermula 3 September
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner hari ini menetapkan pendengaran inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir bermula pada 3 September depan.
Koroner Azreena Aziz menetapkan pendengaran pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September.
Tarikh itu ditetapkan pada prosiding sebutan inkues yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dari Jabatan Peguam Negara (AGC) selaku pegawai pengendali yang diketuai TPR Mohd Fairus Johari dari AGC Putrajaya.
Beliau dibantu tiga TPR dari AGC Sabah iaitu TPR Dana Arabi Wazani, TPR Afiq Agoes dan TPR Dacia Jane Romanus.
Ketika prosiding, Mohd Fairus memberitahu Mahkamah Koroner seramai 195 deponen atau saksi dikenal pasti untuk inkues berkenaan.
Bagaimanapun, katanya jumlah yang dipanggil akan diteliti semula dan senarai baharu akan dimaklumkan kepada Mahkamah Koroner sebelum inkues bermula pada 3 September depan.
Sementara itu, peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara memohon kepada Koroner untuk menjadi interested party atau pihak yang boleh menyoal ketika sesi inkues berlangsung.
Peguam Hamid Ismail ketika ditemui media selepas prosiding hari ini berkata, beliau dibantu lima rakan guamannya termasuk Shahlan Jufri akan memohon perkara itu kepada AGC pada minggu ini.
"Kami telah memohon untuk menjadi pihak yang menyoal bagi membantu pendakwaan tetapi kami diarahkan untuk memohon secara rasmi. Jadi, kami akan memohon pada minggu ini.
"Sabah Law Society pula bertindak sebagai Watching Brief dan buat masa ini status kami juga adalah Watching Brief tetapi apabila permohonan diluluskan, status kami berubah kepada interested party," katanya.
Mengenai saksi, beliau berkata semua yang disenaraikan oleh polis sebelum ini, termasuk ibu Allahyarham Zara Qairina adalah antara yang dijangka dipanggil pada prosiding inkues nanti.
Katanya, semua yang dipanggil oleh polis dalam siasatan kes kematian Zara sebelum ini, termasuk guru dan pelajar dijangka dipanggil sebagai saksi untuk pendengaran inkues.
"Kami juga memohon agar diberikan semua dokumen yang ada di AGC yang mana akan dijadikan bukti dalam kes ini," katanya.
AGC sebelum ini memutuskan agar inkues dijalankan bagi menentukan punca dan sebab kematian Allahyarham Zara Qairina.
Menerusi kenyataan jabatan itu pada Rabu lalu, ia menjelaskan inkues berkenaan termasuk untuk mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian pelajar berkenaan.
Keputusan mengadakan inkues dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes itu pada 12 Ogos lalu.
Inkues itu dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
Peguam Zara Qairina gesa pempengaruh jangan ugut saksi, fokus pada keadilan
KOTA KINABALU: Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail menggesa pempengaruh media sosial dan orang ramai agar tidak mengeluarkan kandungan yang boleh menakutkan saksi-saksi kes, terutama dalam usaha membawa keadilan ke muka pengadilan.
Beliau mendedahkan, terdapat individu yang bertemu dengannya dan meluahkan rasa gusar selepas didakwa menerima ugutan daripada segelintir pempengaruh TikTok yang menuduh mereka menyebarkan cerita palsu.
“Saya telah berjumpa dengan individu yang takut kerana ada TikTokers ugut kononnya mereka reka cerita. Saya harap saksi jangan takut,” katanya kepada media selepas sesi penyerahan sebutan inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Hamid turut menggalakkan saksi yang berasa terancam agar segera membuat laporan polis atau mendapatkan nasihat guaman daripada pasukannya.
“Kepada para pempengaruh dan influencers, tolong jangan takutkan saksi. Kita sedang mohon keadilan, bukan memfitnah atau menggugut orang,” tegasnya.
Inkues kematian Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu akan berlangsung dari 3 hingga 30 September bagi menentukan punca sebenar kematian dan sebarang unsur jenayah.
Zara Qairina probe found elements of bullying, neglect, says Saifuddin
KUALA LUMPUR: Home minister Saifuddin Nasution Ismail today said that the probe into the death of Form 1 student Zara Qairina Mahathir revealed elements of bullying, neglect and sexual harassment.
He told the Dewan Rakyat that these elements were uncovered after recording statements from 195 witnesses, including her hostel mates.
“Yes, there are elements of bullying. That is clear.
“There are also elements of neglect as she (Zara) had complained to the school. So the police are looking into the latter,” he said.
Saifuddin added that police had collected evidence, including Zara’s diary.
“Her diary entries give us a glimpse into the problems she was enduring,” he said.
“We opened her diary, we read what she wrote. We know her last movements, where she was at 11pm, 10pm what happened in the dorm, at 1am where she was.
“All of that is corroborative evidence. It is important because it establishes her level of thought, her mental process at the time.”
He also said that there was no cover-up in the investigation.
Likewise, he said there was no truth to claims that Zara’s death was linked to high-profiled individuals or that she had been shoved into a washing machine.
“Claims of attempted cover-ups and manipulation are very serious allegations which do not reflect the reality on the ground in terms of what the authorities have been doing,” he said.
He added that the suspected non-compliance with standard operating procedures during the initial investigation had not impacted the integrity of the probe.
“The investigation paper on Zara’s case was submitted to the Attorney-General’s Chambers this morning,” he said.
Zara was found unconscious at 4am on July 16 after allegedly falling from the third floor of her school’s hostel in Papar, Sabah. She died at Queen Elizabeth I Hospital the following day.
Last week, Bukit Aman criminal investigation department director M Kumar said that the case, initially classified as sudden death, was now being investigated for possible criminal elements, including bullying.
Saifuddin had decided to address Zara’s case at the lower house as it was frequently brought up by MPs.