CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: JohnPaulusss

[Tempatan] DNA tak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan - Pakar forensik

[Copy link]
Post time 9-10-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.sinarharian.com.my/article/751648/berita/semasa/inkues-zara-qairina-zara-nafi-curi-dompet-bersumpah-wallahi---saksi

Inkues Zara Qairina: Zara nafi curi dompet, bersumpah ‘Wallahi’ - Saksi

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner di sini pada Khamis diberitahu bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pernah berkata, “dulu ja saya buat benda tu tapi sekarang saya berubah,” ketika ditanya oleh seorang rakan asrama berhubung dakwaan kecurian barang milik pelajar lain pada 15 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh saksi ke-19, iaitu seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

Peguam Mohd Azhier Farhan Arisin berkata, saksi memberitahu mahkamah bahawa dia dan Zara Qairina hanya kenalan biasa kerana tinggal di bilik asrama bersebelahan.

“Saksi menyatakan bahawa pada malam 15 Julai 2025, kira-kira jam 9 malam, rakan sebiliknya datang memaklumkan bahawa dompet yang mengandungi wang tunai dan kad pengenalan (IC) telah hilang.

“Rakan sebiliknya itu turut menyatakan syak terhadap Zara sebagai individu yang mengambil barang tersebut. Ketika Zara datang berjumpa dengannya, saksi bertanya sama ada dia tahu mengenai kehilangan dompet berkenaan,” katanya ketika prosiding.

Menurut Mohd Azhier, saksi menyatakan Zara menjawab “tahu” dan menafikan dia mencuri barang berkenaan.

“Saksi memintanya bersumpah dan Zara berkata, ‘Wallahi, saya tidak ambil barang tersebut’. Zara turut berkata, ‘dulu ja saya buat benda tu tapi sekarang saya berubah’,” katanya.

Tambah beliau, saksi menjelaskan bahawa selepas perbualan itu, dia tidak lagi bertanya apa-apa kepada Zara Qairina dan hanya berbual dengan rakannya yang lain.

“Saksi menegaskan bahawa dia tidak memarahi Zara semasa pertemuan itu, sebaliknya hanya bertanya dengan nada biasa. Selepas itu, dia menyuruh Zara pulang ke biliknya sendiri.

“Saksi turut melihat pelajar lain datang dan bertanya kepada Zara tentang kehilangan barang berkenaan. Salah seorang pelajar berkata, ‘kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah juga,’ namun Zara tidak mengaku,” katanya.

Mohd Azhier berkata, saksi memaklumkan bahawa selepas itu dia tidak mencampuri urusan antara Zara dan tiga pelajar lain tersebut.

“Saksi memberitahu mahkamah bahawa reaksi Zara ketika itu kelihatan normal dan dia menjawab dengan tenang. Lima minit kemudian, semua pelajar kembali ke bilik masing-masing.

“Saksi juga menyatakan tidak melihat Zara dalam keadaan tertekan atau menangis selepas pertemuan itu,” katanya.

Peguam Mohd Azhier bersama pasukannya Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan mewakili empat daripada lima remaja yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina.

Mereka hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues yang kini memasuki hari ke-20.

Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.sinarharian.com.my/article/751654/berita/semasa/inkues-zara-qairina-circle-nineteen-tak-terlibat-buli-zara-qairina-pelajar-junior-lain---saksi

Inkues Zara Qairina: 'Circle Nineteen' tak terlibat buli Zara Qairina, pelajar junior lain - Saksi

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner di sini pada Khamis diberitahu bahawa kumpulan pelajar yang dikenali sebagai ‘Circle Nineteen’ tidak pernah terlibat dalam sebarang perbuatan membuli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir atau pelajar junior lain di sekolah.

Perkara itu dimaklumkan oleh saksi ke-19, iaitu seorang kanak-kanak yang juga pelajar sekolah terbabit, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

Peguam Joan Goh berkata, pihaknya bertanya secara langsung kepada saksi tersebut berhubung kewujudan dan peranan kumpulan ‘Circle Nineteen’ semasa prosiding inkues kematian Zara Qairina.

“Saksi menjelaskan bahawa ‘Circle Nineteen’ hanyalah kumpulan 19 pelajar yang merupakan rakan rapat sejak Tingkatan Satu dan sering melakukan aktiviti bersama.

“Saya bertanya secara khusus sama ada kumpulan itu pernah terlibat membuli Zara pada bila-bila masa, dan jawapan saksi adalah ‘tidak’. Saya juga bertanya sama ada mereka pernah membuli pelajar junior lain, dan jawapan juga ‘tidak’,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Joan berkata, dalam keterangannya, saksi turut memaklumkan bahawa dia pernah menerima maklumat daripada seorang pelajar junior mengenai kehilangan dompet dan timbul syak terhadap Zara.

“Saksi mengarahkan seseorang memanggil Zara ke dorm dan bertanya dengan baik sama ada Zara mengambil dompet tersebut. Zara menjawab, ‘dulu saja saya buat benda ini, sekarang tidak sudah’, lebih kurang begitu katanya.

“Selepas itu, saksi berbual seperti biasa dengan rakan-rakan lain di dalam bilik. Kemudian, seorang senior lain masuk dan saksi tidak tahu apa yang berlaku selepas itu, lalu keluar dari dorm dan tidur sekitar jam 10 malam,” katanya.

Jelas beliau, berdasarkan keterangan diberikan, tiada sebarang unsur paksaan, tekanan mahupun tindakan agresif dilaporkan berlaku terhadap Zara oleh saksi berkenaan.

Joan bersama rakan sepasukannya, Datuk Ram Singh, mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dikaitkan dalam kes Zara Qairina dan hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues yang sedang berlangsung.

Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.sinarharian.com.my/article/751661/berita/semasa/inkues-zara-qairina-saksi-dengar-perkataan-bodoh-ketika-pelajar-bertanya-zara

Inkues Zara Qairina: Saksi dengar perkataan 'bodoh' ketika pelajar bertanya Zara

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner di sini pada Khamis diberitahu bahawa seorang pelajar telah mengeluarkan perkataan “bodoh” ketika menyoal Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, menurut keterangan saksi ke-19 yang juga seorang kanak-kanak perempuan.

Inkues yang kini memasuki hari ke-20 itu berlangsung di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Peguam Shahlan Jufri, yang mewakili pihak berkepentingan berkata, saksi berkenaan menegaskan bahawa tiada konflik peribadi antara dirinya dan Zara Qairina, malah keterangannya menjelaskan situasi sebelum dan semasa pertemuan dengan arwah pada malam kejadian.

“Sekitar jam 9 malam, 15 Julai 2025, saksi dimaklumkan oleh rakan sebiliknya bahawa dompet yang mengandungi wang dan kad pengenalan telah hilang. Rakan tersebut turut menyatakan syak terhadap Zara.

“Saksi kemudian meminta seorang pelajar lain memanggil Zara ke biliknya, dan pertemuan pertama hanya melibatkan saksi bersama rakan-rakannya. Saksi bertanya kepada Zara dengan soalan seperti ‘kau tahu kah dompet IC pelajar ini hilang?’ dan ‘kau ada curi kah barang pelajar ini?’. Zara menjawab, ‘tiada, saya tidak ambil’,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Tambahnya, Zara turut melafazkan sumpah “Wallahi” secara jelas bagi menafikan tuduhan mencuri barang tersebut.

“Tidak lama kemudian, seorang pelajar lain masuk dan bertanya beberapa soalan sebelum keluar dan kembali semula ke dorm bersama dua lagi pelajar. Mereka kemudian menyoal Zara mengenai kehilangan dompet itu.

“Saksi menyatakan bahawa dia sendiri ada berkata kepada Zara, ‘kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah juga’, namun Zara tetap tidak mengaku,” katanya.

Shahlan berkata, saksi itu turut mengesahkan bahawa dia mendengar dengan jelas perkataan “bodoh” disebut oleh salah seorang pelajar ketika sesi soal jawab tersebut berlangsung, namun tidak pasti siapa yang mengucapkannya.

Menurutnya lagi, saksi tidak dapat mengingati berapa lama dia berada di dalam bilik ketika pertemuan itu berlangsung, dan tidak menyedari sebarang reaksi emosi luar biasa daripada Zara.

“Saksi memberitahu, selepas beberapa ketika, dia keluar dari bilik bersama dua pelajar lain manakala Zara masih bersama beberapa pelajar lain. Saksi menyatakan dia bercadang untuk tidur di dorm lain bersama beberapa rakan, dan telah memaklumkan kepada ketua dorm terlebih dahulu,” katanya.

Tambahnya lagi, saksi kemudian keluar dari dorm untuk tidur sekitar jam 10 malam dan tidak keluar antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi. Beliau dikejutkan oleh rakannya pada awal pagi dan dimaklumkan mengenai penemuan Zara yang terbaring di bawah bangunan asrama.

“Saksi berkata dia terkejut apabila melihat keadaan Zara dari tangga di aras tiga,” katanya.

Shahlan bersama pasukan peguamnya Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James — mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina, yang merupakan pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.

Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/10/09/no-cruelty-only-conversations-about-missing-wallet-but-budu-was-used-student-b-tells-zara-qairina-inquest/194035

No cruelty, only conversations about missing wallet but ‘budu’ was used, Student B tells Zara Qairina inquest

KOTA KINABALU, Oct 9 — A Form Four student at SMKA Tun Datu Mustapha accused of bullying Zara Qairina Mahathir told the Coroner’s Court today that she never scolded, humiliated, or harmed the 13-year-old girl the night she fell — only questioning the latter about a missing wallet.

Known only as Student B following a court order to withhold the underaged witnesses names, the older girl testified that her brief encounter with Zara Qairina on the night of July 15 was calm and limited to asking her and clarifying suspicions raised by another dorm mate.

“She told the court she did not scold or get angry at Zara,” lawyer Azhier Farhan Arisin told reporters after the closed-door hearing.

“She said she had only asked her whether she knew about the missing wallet and IC belonging to another student. She denied it, saying she didn’t take it.”

According to the lawyer, Student B was one of the dorm leaders and said Zara Qairina appeared normal and not emotionally distressed throughout their brief exchange.

Student B said she called Zara Qairina to her room that night after her roommate complained that her wallet had gone missing, and that she suspected the the 13-year-old girl had taken it.

When Zara Qairina came to the room and was confronted, she said “No, I didn’t take it.”

“She then asked Zara to swear ‘Wallahi’ (in God’s name) that she didn’t, and she did — clearly and without hesitation.”

Student B said there were other senior students in the dorm room who witnessed the exchange.

“She then told Zara, ‘Just admit if you took it, we won’t be angry,’ but she said Zara Qairina did not admit and then said she no longer did such things as she had ‘changed’,” the lawyer recounted.

When more students started questioning Zara Qairina again, Student B said she was not involved anymore and did not know if anyone had attempted to stop it.

“She did remember one student using the word ‘budu’ (meaning stupid in Sabah),” another lawyer Shahlan Jufri related.

Student B said the confrontation that night was not any kind of official dorm or hostel disciplinary process, known as Mesyuarat Asrama (MA) or Mesyuarat Bilik (MB).

She claimed that Zara Qairina appeared “normal” and was not distressed before everyone dispersed to their respective rooms about five minutes later.

Student B said she later went to sleep in another dorm room with several friends and maintained that she never left the room between midnight and 3am — the hours in which Zara Qairina was believed to have fallen from the third floor.

Student B claimed she was awakened later and that someone told her Zara Qairina was lying outside the dormitory on the ground floor.

The witness also confirmed she was part of a close-knit group of 19 senior students known as “Circle Nineteen”, but denied that the group functioned as an unofficial disciplinary body or was known to the wardens.

When asked whether it was common for seniors to call juniors for questioning, Student B said it was not unusual for older students to “advise” juniors or reprimand them firmly, but insisted there was no conflict or history of animosity between her and Zara Qairina.

“She said had no problem with Zara. They were not close, but she said she never saw her being scolded or disturbed by other students’,” said Azhier.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-ada-ahli-circle19-pindah-sekolah-selepas-kejadian-saksi-542166

Inkues Zara Qairina: Ada ahli 'Circle-19' pindah sekolah selepas kejadian - Saksi

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar yang merupakan ahli kumpulan 'Circle-19' telah berpindah sekolah selepas insiden yang menimpa pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

Peguam Azhier Farhan Arisin, yang mewakili empat remaja dalam kes buli Zara Qairina, berkata saksi yang juga pengikut 'Circle-19' dan beberapa rakannya dalam kumpulan itu masih belajar di sekolah berkenaan namun tidak lagi tinggal di asrama sejak September lepas.

Berkongsi keterangan saksi kanak-kanak kesepuluh itu, beliau berkata menurut saksi, 'Circle-19' membawa maksud kumpulan tersebut mempunyai 19 ahli dan mereka adalah kawan rapat.

Azhier Farhan berkata saksi juga memaklumkan bahawa dia dan Zara Qairina adalah kenalan biasa kerana tinggal di blok asrama yang sama namun di bilik bersebelahan.

"Kata saksi, dia ada berjumpa Zara Qairina pada malam 15 Julai kerana rakan sebilik saksi datang berjumpa dengannya memaklumkan dompet mengandungi duit dan kad pengenalan hilang, dan rakan sebilik saksi mengesyaki Zara Qairina mengambil barang tersebut," katanya kepada pemberita pada prosiding inkues yang memasuki hari ke-20 hari ini.

Azhier Farhan berkata saksi turut memaklumkan mahkamah bahawa Zara Qairina mengetahui tentang kehilangan barang pelajar berkenaan apabila ditanya namun menafikan telah mengambilnya, dan saksi juga memberitahu bahawa dia tidak memarahi Zara Qairina.

Beliau berkata saksi juga memaklumkan bahawa ketika dia ingin mengarahkan Zara Qairina pulang ke biliknya, seorang rakan masuk dan bertanya kepada remaja tersebut sama ada dia mengambil barang milik rakannya itu.

"Menurut saksi, dia berkata 'kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah' namun Zara Qairina tidak mengaku. Saksi juga berkata dia melihat reaksi Zara Qairina adalah normal dan menjawab seperti biasa," katanya.

Peguam itu berkata saksi menjelaskan bahawa dia tidak melihat Zara Qairina mengalami gangguan emosi dan tidak perasan sama ada remaja tersebut menangis selepas berjumpa dengan rakan-rakannya kerana dia tidak masuk campur dalam urusan mereka.

Sementara itu, peguam Shahlan Jufri, yang mewakili ibu Zara Qairina, pula berkata saksi tersebut memaklumkan bahawa dia tidur di bilik lain bersama beberapa rakannya pada malam tersebut.

Beliau memaklumkan bahawa menurut saksi, aktiviti tidur di bilik lain dalam asrama bukanlah satu kesalahan selagi mereka meminta izin daripada ketua bilik dan memberitahu di mana mereka akan tidur.

"Kata saksi, dia kemudian bergerak keluar ke bilik lain untuk tidur sekitar pukul 10 malam. Saksi berkata dia tidak keluar dari bilik antara 12 tengah malam hingga 3 pagi.

"Menurut saksi, dia dikejutkan oleh kawannya, dan saksi diberitahu mengenai Zara Qairina yang terbaring di bawah. Saksi berkata dia terkejut melihat keadaan Zara Qairina dari tangga aras tiga," kata Shahlan.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung 13 Okt depan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Rom belajar buat kapal dari Melayu' - Persatuan akademik mahu UIAM bertindak
Abahmung'Rom belajar buat kapal dari Melayu&
Views : 820 Replies : 27
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2667 Replies : 1516
travelll
em.ay.aa.nand26travelll
Views : 0 Replies : 0
traveeeeelll
em.ay.aa.nand26traveeeeelll
Views : 0 Replies : 0
Semakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-guru di SJKC berdepan dilema  antara mengekalkan penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
YgBenarSemakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-
Views : 416 Replies : 17
Seorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, akhirnya buat laporan polis lepas muka dia tiba-tiba viral dalam live seorang pempengaruh lelaki Kelantan di restoran.
YgBenarSeorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, ak
Views : 1161 Replies : 53
travvvvvvvvvvvvvvvveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeellllllllllll
ros.e.ande.rsentravvvvvvvvvvvvvvvveeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Views : 0 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 318119 Replies : 3221
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23537 Replies : 431
travell
ros.e.ande.rsentravell
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.037087 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list