|
|
[Tempatan]
DNA tak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan - Pakar forensik
[Copy link]
|
|
|
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/19/friend-and-alleged-bully-of-zara-qairina-transferred-schools-after-seeing-her-unconscious-inquest-told/191630
Friend and alleged bully of Zara Qairina transferred schools after seeing her unconscious, inquest told
KOTA KINABALU, Sept 19 — The Coroner’s Court here was told today that Zara Qairina Mahathir’s close friend and alleged bully, identified only as “A”, had transferred out of school after being traumatised by the sight of Zara’s unconscious body in the early hours of July 16.
Chief warden Azhari Abdul Sagap said “A” was among the students who saw the 13-year-old after she was found unconscious and placed at another spot while waiting to be taken to hospital.
During cross-examination, lawyer Joan Goh asked Azhari about the circumstances.
Goh: Are you aware that “A” saw Zara when she was placed next to the warden’s house?
Azhari: Yes, because I had asked the other students to call her after reading messages from “A’s” mother. I initially wanted to ask “A” but I was in an emotionally unstable condition, so I didn’t end up asking.
Goh: What time was this?
Azhari: I can’t remember, but it was before the ambulance came.
Goh: So you had asked “A” to come down after you read her mother’s messages? This was before the ambulance?
Azhari: Yes.
Earlier, the court heard that the ambulance had arrived at SMKA Tun Datu Mustapha at about 4am, while “A’s” mother had sent Azhari messages between 10.28pm and 10.58pm the night before, complaining that her daughter’s wallet had been stolen. She had also urged an immediate spot check of dormitory room A-3-6.
Goh then asked if “A” had shown any signs of trauma after the incident.
Goh: Were you aware that “A” left the school because she felt traumatised?
Azhari: No. She wasn’t showing signs of trauma.
Azhari also referred to a photograph taken by guard Linah Mansoding, which showed “A” with another student.
Goh: You can tell she’s not traumatised from the photograph?
Azhari: Yes, she even held up the “peace” sign in the photo.
The court was told that “A” left the school on July 18, a day after Zara Qairina’s death, and submitted medical leave certificates for her absence.
She collected her belongings from the school on August 11 and transferred out a few weeks later. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-pelajar-bermalam-di-rumah-zara-empat-hari-sebelum-kejadian-539133
Inkues Zara Qairina: 'Pelajar A' bermalam di rumah Zara empat hari sebelum kejadian
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa empat hari sebelum pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama, seorang remaja dikenali sebagai 'Pelajar A' telah bermalam di rumah Allahyarham.
Perkara itu dimaklumkan ibu Zara, Noraidah Lamat, kepada Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, ketika mereka bertemu di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth pada 16 Julai lalu.
“Semasa di Unit Kecemasan, ibu Zara ada ceritakan bahawa Zara kelihatan ceria di rumah dan suka menulis. Pelajar A dikatakan kawan baik Zara, tahu tentang dirinya dari A hingga Z.
"Pada 12 Julai, semasa sekolah mengadakan gotong-royong PIBG, Pelajar A mengikut Zara pulang ke Sipitang. Mungkin sebab itu ibu Zara menganggap Pelajar A rapat dengannya,” kata Azhari yang merupakan saksi kelapan prosiding inkues yang memasuki hari ke-10 hari ini.
Azhari berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili Pelajar A.
Pelajar A merupakan antara lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos lalu atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.
Prosiding inkues akan bersambung pada Isnin depan di hadapan Koroner Amir Shah Hassan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1448004/penyebaran-maklumat-tak-tepat-berkaitan-kematian-zara-punca-telefon
Penyebaran maklumat tak tepat berkaitan kematian Zara punca telefon awam sekolah ditutup - Saksi
KOTA KINABALU: Penyebaran maklumat tidak tepat berkaitan kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyebabkan talian telefon awam di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha terpaksa ditutup.
Saksi kelapan dalam prosiding inkues, Azhari Abd Sagap, berkata ketika beliau berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth, seorang ibu pelajar cuba menghubunginya sebanyak tiga kali.
Ketua warden berusia 31 tahun itu berada di hospital selepas Zara Qairina dihantar oleh ambulans apabila dia ditemui tidak sedarkan diri.
"Pada 16 Julai, ibu kepada seorang pelajar menghubungi saya sebanyak tiga kali tetapi saya tidak jawab kerana berada di Unit Kecemasan hospital.
"Beliau bertanya mengapa anaknya (dirujuk sebagai pelajar A) berada di hospital. Saya jawab pelajar A berada di sekolah," katanya, sambil menambah soalan itu mendorong beliau mengarahkan talian telefon awam sekolah ditutup.
Pelajar A adalah antara lima remaja yang didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan buli terhadap Allahyarham Zara.
Ketika disoal balas peguam kepada pelajar A, Joan Goh, Azhari berkata, berdasarkan pertanyaan ibu terbabit, wujud kemungkinan maklumat tidak sahih sedang tersebar ketika itu.
Sementara itu, Azhari memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa ibu Zara, Noraidah Lamat, memberitahunya di hospital bahawa Zara dan pelajar A adalah rakan baik.
"Setahu saya, pelajar A ikut Zara balik ke Sipitang pada 12 Julai kerana sekolah mengadakan gotong-royong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
"Mungkin sebab itu ibu Zara menganggap pelajar A adalah kawan rapat Zara," katanya.
Bagaimanapun, selepas kematian Zara, Azhari berkata, ibu pelajar A memaklumkan kepadanya bahawa Noraidah ada mengganggu anaknya melalui mesej WhatsApp.
Prosiding inkues hari ke-10 yang berlangsung separuh hari itu ditangguhkan ke Isnin ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1265728/inkues-zara-qairina-salah-faham-membawa-kepada-penutupan-telefon-awam-di
Inkues Zara Qairina: Salah faham membawa kepada penutupan telefon awam di sekolah
Kota Kinabalu: Maklumat tidak tepat berhubung arwah Zara Qairina Mahathir membawa kepada penutupan telefon awam di SMKA Tun Datu Mustapha.
Saksi kelapan prosiding inkues, Ketua Warden, Azhari Abd Sagap, 31, berkata ketika dia berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth, seorang ibu pelajar cuba menghubunginya sebanyak tiga kali.
Dia berada di hospital selepas sebuah ambulans membawa Zara ke sana apabila pelajar itu ditemui tidak sedarkan diri.
"Pada 16 Julai, ibu seorang pelajar menghubungi saya sebanyak tiga kali tetapi saya tidak menjawab kerana saya berada di Unit Kecemasan.
"Dia bertanya mengapa anaknya (dirujuk sebagai pelajar A) berada di hospital. Saya menjawab bahawa pelajar A berada di sekolah," katanya sambil menambah soalan itu mendorong beliau mengarahkan supaya telefon awam sekolah ditutup.
Pelajar A adalah salah seorang kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes buli melibatkan Zara.
Ketika disoal peguam pelajar A, Joan Goh, Azhari berkata berdasarkan soalan ibu berkenaan, terdapat maklumat tidak sahih yang tersebar.
Sementara itu, Azhari memberitahu Mahkamah Koroner bahawa ibu Zara, Noraidah Lamat, memaklumkan kepadanya di hospital bahawa Zara dan pelajar A adalah kawan baik.
"Setakat yang saya tahu, pelajar A mengikut Zara pulang ke Sipitang pada 12 Julai kerana sekolah mengadakan gotong-royong PIBG.
"Mungkin sebab itu ibu Zara menganggap pelajar A adalah kawan baik Zara.
Namun, selepas kematian Zara, Azhari berkata ibu pelajar A memaklumkan kepadanya bahawa Noraidah telah mengganggu anaknya melalui mesej WhatsApp.
Prosiding hari ke-10 yang berlangsung separuh hari itu ditangguhkan ke Isnin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1265766/inkues-zara-qairina-pelajar-pindah-sekolah-selepas-kejadian-tidak-pasti-ia
Inkues Zara Qairina: Pelajar A pindah sekolah selepas kejadian, tidak pasti ia kerana trauma - Saksi
Kota Kinabalu: Seorang pelajar yang menyaksikan keadaan arwah Zara Qairina Mahathir sebelum dibawa ke hospital, berpindah keluar dari SMKA Tun Datu Mustapha beberapa minggu selepas kejadian.
Ketua warden sekolah, Azhari Abd Sagap, 31, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa pelajar berkenaan, dirujuk sebagai Pelajar A, adalah kawan baik Zara.
Ketika disoal balas oleh peguam Pelajar A, Joan Goh, saksi mengesahkan bahawa Pelajar A memang berada di tempat kejadian ketika Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai kira-kira jam 3 pagi.
"(Pada 16 Julai) saya minta Pelajar A datang selepas membaca mesej daripada ibunya. Saya tidak ingat waktu sebenar (saya memanggilnya), tetapi ia berlaku sebelum ambulans tiba.
"Pelajar A memang melihat Zara," katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada hari ke-10 prosiding inkues.
Mesej terakhir ibu Pelajar A kepada Azhari diterima pada 15 Julai jam 10.54 malam, memaklumkan mengenai dompet yang hilang.
Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai di sekolah sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.
Sementara itu, Azhari berkata beliau tidak pasti sama ada Pelajar A meminta ditukarkan sekolah kerana mengalami trauma.
Mahkamah juga dimaklumkan bahawa mulai 26 Julai, ibu Pelajar A memaklumkan pihak sekolah tentang cuti sakit anaknya dari 28 Julai hingga 18 Ogos.
Pada 11 Ogos, ibu berkenaan memberitahu Azhari bahawa beliau akan datang ke sekolah untuk mengemaskan barang-barang anaknya dari asrama sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1265805/inkues-pelajar-ambil-cuti-sakit-lebih-2-minggu-selepas-insiden-zara-qairina
Inkues: Pelajar A ambil cuti sakit lebih 2 minggu selepas insiden Zara Qairina
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa seorang pelajar dirujuk sebagai A, antara lima yang didakwa berhubung kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mengambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden malang menimpa remaja itu pada 16 Julai lalu.
Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, berkata ibu pelajar A menghantar dua sijil cuti sakit daripada klinik kesihatan dengan tarikh berasingan kepada beliau menerusi aplikasi WhatsApp untuk memaklumkan perkara itu.
Saksi kelapan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina itu berkata sijil cuti sakit pertama bermula 28 Julai hingga 4 Ogos telah dihantar pada 28 Julai manakala sijil cuti sakit kedua bermula 8 hingga 18 Ogos dihantar pada 7 Ogos.
"Pada 11 Ogos, ibu pelajar A menghantar pesanan WhatsApp memaklumkan minggu itu beliau akan datang ke sekolah untuk mengambil semua barang-barang pelajar A dan berterima kasih kerana (warden) sudi menengok-nengok (memantau) anaknya sepanjang bersekolah di sini," katanya.
Azhari membuka aplikasi WhatsApp di telefonnya dan membacakan mesej yang diterima daripada ibu pelajar A ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili pelajar A yang didakwa dalam kes buli Zara Qairina, pada hari ke-10 prosiding inkues.
Azhari berkata beliau tahu bahawa pelajar A ada melihat Zara Qairina diletakkan di tepi rumah warden iaitu laluan antara bangunan Blok A ke Blok B sebelum ambulans tiba di asrama berkenaan.
Ketika disoal adakah dia tahu pelajar A telah keluar dari sekolah kerana berasa trauma, beliau berkata: "Tidak. Dia juga tidak menunjukkan dia trauma."
Beliau berkata pengawal keselamatan asrama Linah Mansoding @ Jaliha ada mengambil gambar pelajar A serta seorang lagi rakannya, dengan pelajar A menunjukkan tanda 'peace' dan gambar tersebut diambil ketika kedua-duanya diminta datang ke sekolah itu untuk diambil keterangan.
Goh: Gambar saja boleh tunjuk tidak trauma?
Azhari: Ya. Dia siap 'peace' lagi gambar yang pengawal keselamatan ambil.
Semalam, Azhari memberitahu mahkamah bahawa pelajar A telah berpindah sekolah beberapa minggu selepas insiden Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri di asramanya pada 16 Julai lalu, namun tidak mengetahui alasan permindahan tersebut.
Dalam prosiding hari ini, Azhari berkata ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat ada menceritakan kepada beliau bahawa pelajar A merupakan kawan baik anaknya itu dan mengetahui semua berkaitan Zara Qairina.
Menurut Azhari, pelajar A ada mengikut Zara Qairina balik ke rumahnya di Sipitang pada 12 Julai selepas program gotong-royong PIBG sekolah.
"Itu yang saya tahu. Mungkin itu yang ibu Zara Qairina anggap pelajar A ini kawan baik Zara Qairina, yang kenal Zara Qairina," katanya.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Isnin.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, pada 17 Julai lepas. Pelajar itu ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.kosmo.com.my/2025/09/19/remaja-didakwa-buli-zara-qairina-buat-peace/
Remaja didakwa buli Zara Qairina buat ‘peace’
KOTA KINABALU – Salah seorang remaja yang didakwa membuli pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir didakwa tidak menunjukkan sebarang trauma apabila pulang ke asrama untuk memberi keterangan.
Ketua warden, Azhari Abd. Sagap, 31, berkata demikian berdasarkan gambar yang diambil oleh pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Linah Mansoding @ Jahila pada 22 Julai lalu.
Linah juga merupakan saksi keenam inkues kematian Zara Qairina yang bermula sejak 3 September lalu dan telah memasuki hari ke-10 hari ini.
Peguam, Joan Goh: Pelajar A keluar dari sekolah kerana dia rasa trauma. Adakah awak tahu?
Azhari: Tidak tahu dan dia (pelajar A) pun tidak tunjukkan dia trauma. Ada gambar yang diambil pengawal keselamatan, gambar A dan seorang lagi pelajar datang ke sekolah untuk beri keterangan sebab sejak 18 Julai, Pelajar A tidak balik ke sekolah. Gambar itu tak menunjukkan Pelajar A dan pelajar seorang lagi trauma.
Goh: Tengok gambar saja dah cukup untuk cakap Pelajar A tidak trauma?
Azhari: Dia siap ‘peace’ lagi dalam gambar yang pengawal ambil.
Goh: Jadi tengok gambar boleh tahu?
Azhari: (tidak memberikan jawapan)
Goh: Siapa yang ambil gambar itu?
Azhari: Aunty Linah.
Goh merupakan peguam yang mewakili Pelajar A yang merupakan salah seorang daripada lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini pada 20 Ogos lalu atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.
Difahamkan, Pelajar A, walaupun telah dikeluarkan daripada sekolah berkenaan, remaja terbabit masih belum berdaftar di mana-mana sekolah sejak kejadian tersebut.
Selepas dibawa pulang oleh ibunya pada 18 Julai lalu, penjaga Pelajar A telah mengemukakan dua surat cuti sakit sebelum dikeluarkan daripada sekolah berkenaan.
Semalam, Azhari memberitahu beberapa minggu selepas Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri, salah seorang pelajar yang didakwa membuli remaja terbabit telah berpindah sekolah namun alasan perpindahan tidak diketahui.
Terdahulu ketika ditanya sama ada, beliau ada meminta kebenaran daripada ibu Pelajar A untuk membawa remaja berkenaan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Papar untuk diambil keterangan,Azhari menjawab: ‘Tidak.’
“Saya tidak terfikir (untuk minta kebenaran) pada masa itu. Pegawai polis suruh saya bawa dan saya terus bawa. tetapi berdasarkan `chat’ dengan ibu Pelajar A pada 18 Julai lalu, dia maklum (anaknya dibawa ke IPD),” kata Azhari.
Prosiding bersambung Isnin ini. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1448107/pelajar-cuti-sakit-lebih-2-minggu-buat-tanda-peace-dalam-gambar
Pelajar A cuti sakit lebih 2 minggu; buat tanda 'peace' dalam gambar diambil selepas insiden Zara Qairina - Ketua Warden
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini, hari ini, diberitahu bahawa seorang pelajar dirujuk sebagai A, mengambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden malang menimpa arwah Zara Qairina Mahathir pada 16 Julai lalu.
Pelajar A adalah seorang daripada lima remaja yang didakwa berhubung kes buli Zara Qairina.
Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, berkata ibu pelajar A menghantar dua sijil cuti sakit daripada Klinik Kesihatan dengan tarikh berasingan, kepada beliau melalui aplikasi WhatsApp untuk memaklumkan perkara itu.
Saksi kelapan berusia 31 tahun pada inkues kes kematian Zara Qairina itu berkata, sijil cuti sakit pertama dari 28 Julai hingga 4 Ogos lalu telah dihantar pada 28 Julai, manakala sijil cuti sakit kedua bermula 8 hingga 18 Ogos dihantar pada 7 Ogos.
"Pada 11 Ogos lalu, ibu pelajar A menghantar pesanan WhatsApp memaklumkan minggu itu, beliau akan datang ke sekolah untuk mengambil semua barang-barang pelajar A.
"Dia juga berterima kasih kerana (warden) sudi menengok-nengokkan (memantau) anaknya sepanjang bersekolah di sini," katanya.
Azhari membuka aplikasi WhatsApp di telefonnya dan membacakan mesej diterima daripada ibu pelajar A, ketika menjawab soalan peguam, Joan Goh yang mewakili pelajar A, pada hari ke-10 prosiding inkues, hari ini.
Azhari berkata, beliau mengetahui pelajar A ada melihat Zara Qairina diletakkan di tepi rumah warden, iaitu laluan antara bangunan Blok A ke Blok B, sebelum ambulans tiba di asrama berkenaan.
Ketika disoal sama ada beliau mengetahui pelajar A telah keluar dari sekolah kerana berasa trauma, beliau berkata: "Tidak. Dia juga tidak menunjukkan dia trauma."
Beliau berkata, pengawal keselamatan asrama, Linah Mansoding @ Jaliha ada mengambil gambar pelajar A serta seorang lagi rakannya, dengan pelajar A menunjukkan tanda 'peace'.
Katanya, gambar itu diambil ketika kedua-dua mereka diminta datang ke sekolah untuk diambil keterangan.
Goh: Gambar saja boleh tunjuk tidak trauma?
Azhari: Ya. Dia siap (buat tanda) 'peace' lagi dalam gambar yang pengawal keselamatan ambil.
Semalam, Azhari memberitahu mahkamah bahawa pelajar A telah berpindah sekolah, beberapa minggu selepas kejadian Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama pada 16 Julai lalu, namun tidak mengetahui alasan perpindahan itu.
Pada prosiding hari ini, Azhari memaklumkan bahawa ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, ada menceritakan kepada beliau bahawa pelajar A merupakan kawan baik arwah anaknya itu dan mengetahui semua berkaitan Zara Qairina.
Beliau berkata, pelajar A juga dikatakan mengikut Zara Qairina balik ke rumahnya di Sipitang pada 12 Julai lalu selepas program gotong-royong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
"Itu yang saya tahu. Mungkin itu yang ibu Zara Qairina menganggap pelajar A adalah kawan baik Zara Qairina, yang kenal Zara Qairina," katanya.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Isnin depan.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang di bawah bangunan asrama sekolahnya di Papar pada awal pagi 16 Julai. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1448082/ibu-zara-qairina-kata-air-matanya-sudah-habis-sepanjang-perjalanan
Ibu Zara Qairina kata 'air matanya sudah habis' sepanjang perjalanan ke hospital - Saksi
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir meluahkan bahawa 'air matanya sudah habis' sepanjang perjalanan dari rumahnya di Sipitang ke Hospital Queen Elizabeth di sini.
Perkara itu dikongsikan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar Azhari Abd Sagap, 31, pada prosiding inkues kes remaja berkenaan yang memasuki hari ke-10.
Azhari berkata pihak sekolah turut menyantuni Noraidah supaya bersabar dengan insiden yang menimpa anaknya ketika mereka bertemu di hospital pada hari kejadian.
"Semasa kami bertemu Noraidah di hospital kira-kira 10 pagi pada 16 Julai lepas, beliau kelihatan tenang dan tidak menangis. Beliau berkata 'air mata saya sudah habis sepanjang perjalanan dari Sipitang ke hospital'," kata Azhari ketika disoal peguam Joan Goh, yang mewakili seorang kanak-kanak yang didakwa terlibat dalam kes buli Zara Qairina.
Saksi kelapan itu turut menyatakan ketika berada di Unit Kecemasan hospital, Noraidah menceritakan mengenai sifat ceria Zara Qairina yang rajin menulis dan mempunyai tiga diari.
Azhari juga berkata Noraidah meminta diari-diari itu diberikan kepadanya.
Saksi itu berkata wanita itu turut meminta beberapa warden lain menyerahkan diari berkenaan kepadanya.
Azhari bagaimanapun memaklumkan kepada Noraidah diari berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Isnin dengan saksi kanak-kanak akan memberi keterangan.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-maklumat-peribadi-tersebar-prosiding-libat-saksi-pelajar-ditangguh-539123
Inkues Zara Qairina: Maklumat peribadi tersebar, prosiding libat saksi pelajar ditangguh
KOTA KINABALU: Prosiding inkues yang sepatutnya mendengar keterangan saksi dalam kalangan pelajar pada petang ini ditangguhkan ke Isnin depan berikutan penyebaran maklumat peribadi saksi di media sosial.
Peguam Datuk Ram Singh yang mewakili salah seorang pelajar tersebut berkata, maklumat yang tersebar di aplikasi TikTok telah mendedahkan butiran penuh saksi tersebut termasuk nama penuh, alamat tempat tinggal dan nombor telefon.
“Laporan pihak polis akan dibuat dalam masa terdekat oleh pihak kami.
“Orang yang tidak bertanggungjawab itu juga telah mendedahkan penerangan bertulis saksi dua perenggan pertama dan perenggan terakhir serta muka surat tandatangan terakhir.
“"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Bagi saya, ini satu bentuk intimidasi. Pegawai pendakwa juga memaklumkan perkara ini akan disiasat.
"Saya turut bersimpati dengan ibu bapa kanak-kanak itu kerana mereka perlu melalui keadaan ini," katanya.
Dalam pada itu, Koroner Amir Shah Amir Hassan menyatakan kekecewaannya terhadap kebocoran maklumat itu kerana ia menyebabkan gangguan dan penangguhan terhadap prosiding yang sudah memasuki hari ke-10 hari ini.
Beliau berkata, prosiding pada Isnin ini akan dijalankan secara tertutup membabitkan saksi bawah umur itu yang akan ditempatkan di bilik saksi.
Bagi prosiding secara tertutup mengikut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak, saksi akan berada di bilik khas, dibantu seorang jurubahasa dan seorang 'pendamping' pilihan mereka.
"Namun, pendamping ini tidak boleh daripada individu yang berpotensi menjadi saksi. Jika dia berpotensi menjadi saksi, maka individu lain perlu dilantik, sebaiknya dari kalangan waris terdekat.
"Dari segi susunan tempat duduk, kanak-kanak itu akan berada di hadapan kamera, manakala pendamping di belakang tetapi masih kelihatan dalam rakaman kamera," katanya.
Mahkamah Koroner juga membenarkan pegawai undang-undang daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Sabah Law Society untuk turut hadir dalam prosiding itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/09/19/whatsapp-leak-exposes-student-witness-disrupts-zara-qairina-inquest/191615
WhatsApp leak exposes student witness, disrupts Zara Qairina inquest
KOTA KINABALU, Sept 19 — The inquest into the death of 13-year-old Zara Qairina Mahathir was disrupted today after the statement of a student witness was leaked on social media and circulated widely on WhatsApp.
Lawyer Datuk Ram Singh said the leak had exposed the witness’s personal details, including her name, home address and identification number.
He added that a TikTok video had also revealed the names of all five accused child offenders.
“I spoke to the witness and her mother this morning, and I don’t think she is ready to testify today. She is scared after what happened and was in tears when I met her. Her mother was also emotional,” he said.
Coroner Amir Shah Amir Hassan then adjourned the hearing, sternly reminding all parties to respect confidentiality and protect the identities of minors involved in the proceedings.
“I would like to issue another reminder to the public. Once there is a leakage or disruption, this is what happens, and now the witness is intimidated by the actions of irresponsible parties.
“I have advised Ram to lodge a police report immediately and let authorities take action. I remind everyone again not to disrupt proceedings. I’m so disappointed but there’s no other choice here,” said Amir Shah.
He added that the inquest would hopefully continue on Monday with the same witness.
Ram, who is representing the first child witness — Zara Qairina’s good friend and alleged bully — said the exposure was damaging for his client but expressed optimism it would not affect the outcome of the inquest and the upcoming trial.
“It is not right, and it has caused unnecessary trauma. We have laws to protect child witnesses, and this kind of exposure undermines the whole process. I feel sorry for them going through this,” he said.
He also said Zara’s mother had been left “perturbed and upset” by online comments about her daughter and the leaked testimony.
Zara’s mother’s lawyer, Shahlan Jufri, likewise condemned the exposure of the minors and urged the public to act with sensitivity.
“We have been saying all this while that all the gatherings be postponed because we don’t want it to impact the inquest. This is an example of such disruptions. Child witnesses are fragile and there are specific laws to protect them,” he said.
Proceedings will resume on Monday in camera, with arrangements made for the student to testify from a separate room in line with the Child Evidence Act.
Zara was found unconscious in a drain beside her hostel at SMKA Tun Datu Mustapha in Papar in the early hours of July 16. She was taken to Queen Elizabeth Hospital in Kota Kinabalu, where she died the next day from her injuries. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-peguam-gesa-elak-tindakan-ganggu-perjalanan-prosiding-539167
Inkues Zara Qairina: Peguam gesa elak tindakan ganggu perjalanan prosiding
KOTA KINABALU: Tindakan pihak luar menyebarkan maklumat berkaitan saksi dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, dikhuatiri menjejaskan kelancaran perjalanan kes serta memberi tekanan emosi kepada saksi dan keluarga mangsa.
Peguam yang mewakili ibu Allahyarham, Shahlan Jufri menegaskan, perkara inilah yang menjadi sebab pihaknya sebelum ini menggesa agar sebarang perhimpunan solidariti ditangguhkan buat sementara waktu bagi mengelakkan gangguan seperti yang berlaku hari ini sehingga prosiding tidak dapat diteruskan.
“Kita perlu faham, saksi kanak-kanak ini masih rapuh dan ada undang-undang khusus yang melindungi mereka.
"Gangguan luar bukan sahaja menjejaskan emosi mereka, tetapi juga perjalanan inkues,” katanya ketika bertemu media, di sini hari ini.
Beliau turut mengecam tindakan pihak tertentu yang menyebarkan kenyataan saksi kerana ia jelas menimbulkan tekanan kepada saksi serta keluarga, termasuk ibu Zara, Noraidah Lamat.
Menurutnya, perjalanan inkues masih panjang dengan melibatkan lebih 60 saksi akan dipanggil, termasuk lebih 30 saksi kanak-kanak berusia antara 13 hingga 17 tahun.
“Bayangkan, ada yang baru berumur 13 tahun, baru mengenal dunia asrama. Tekanan emosi sebegini boleh memberi kesan mendalam kepada mereka,” tambahnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dalam mengulas, membuat komen atau memuat naik video berkaitan inkues selagi prosiding masih berjalan.
Sementara itu, prosiding hari ini turut menyaksikan pakar tulisan tangan, Dr. Lintini, hadir semula ke mahkamah untuk meneliti beberapa dokumen tambahan.
Prosiding inkues yang sepatutnya mendengar keterangan saksi dalam kalangan pelajar pada petang ini ditangguhkan ke Isnin depan berikutan penyebaran maklumat peribadi saksi di media sosial.
Koroner Amir Shah Amir Hassan menyatakan kekecewaannya terhadap kebocoran maklumat itu kerana ia menyebabkan gangguan dan penangguhan terhadap prosiding yang sudah memasuki hari ke-10 hari ini.
Beliau berkata, prosiding pada Isnin ini akan dijalankan secara tertutup membabitkan saksi bawah umur itu yang akan ditempatkan di bilik saksi.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by terma2nkondisi2 at 19-9-2025 08:47 PM
https://www.sinarharian.com.my/article/748689/berita/semasa/pelajar-a-trauma-diganggu-ibu-zara-qairina---saksi
'Pelajar A' trauma diganggu ibu Zara Qairina - Saksi
KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa seorang pelajar yang dikaitkan dengan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir telah mengambil cuti sakit selama 19 hari sebelum berpindah ke sekolah lain.
Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, yang tampil sebagai saksi kelapan, memaklumkan bahawa ibu kepada pelajar berkenaan - dirujuk sebagai Pelajar A - telah menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan mengemukakan dua sijil cuti sakit daripada klinik kesihatan.
“Pada 28 Julai, ibu Pelajar A menghantar sijil cuti sakit bermula dari 28 Julai hingga 4 Ogos. Kemudian, pada 7 Ogos, beliau menghantar sijil baharu untuk tempoh 8 Ogos hingga 18 Ogos,” jelas Azhari ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili salah seorang remaja dalam kes tersebut.
Azhari turut memaklumkan bahawa ibu Pelajar A pernah meminta cuti tambahan pada 26 Julai atas alasan anaknya mengalami trauma selepas didakwa diganggu oleh ibu Zara Qairina melalui mesej WhatsApp.
“Beliau menyatakan anaknya trauma dan memberi amaran bahawa tindakan akan diambil sekiranya nama anaknya terus disebut. Saya menasihatkan agar perkara itu dilaporkan terus kepada pegawai penyiasat,” katanya.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Hassan akan bersambung semula pada Isnin, melibatkan saksi dalam kalangan pelajar.
Dalam prosiding terdahulu, Azhari turut memaklumkan bahawa salah seorang pelajar yang dituduh dalam kes tersebut telah berpindah ke sekolah lain.
Namun, beliau tidak mengetahui sebab sebenar pemindahan itu kerana ia di luar bidang tugasnya.
Menurutnya lagi, pelajar lain yang turut dituduh masih bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha dan telah dipanggil untuk sesi kaunseling serta memberi keterangan. - Awani
---
tajuk artikel ni ditukar... artikel asal -> Inkues Zara Qairina: Pelajar ambil cuti 19 hari sebelum bertukar sekolah
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-pelajar-ambil-cuti-19-hari-sebelum-bertukar-sekolah-539109 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/20/zara-qairina-inquest-week-two-wrap-chief-warden-recounts-final-night-events-denies-school-negligence/191744
Zara Qairina inquest week two wrap: Chief warden recounts final night events, denies school negligence
KOTA KINABALU, Sept 20 — The inquest into Zara Qairina Mahathir’s death this week sat for three days and revolved mostly around the testimony of a key figure — the 31-year-old chief warden at the hostel who was on the witness stand for two and a half days — the longest duration for any witness so far.
After examining the cause of death last week and establishing the mechanics of her injuries, this week delved further into setting up the circumstances, dispelling many online speculations, while also opening up more questions with warden Azhari Abd Sagap’s and forensic Dr Logaraj Ratha’s testimonies.
Events on the night of Zara Qairina’s fall
Zara Qairina was confronted by her Form 4 seniors and had her locker and bag searched by her Form One peers following accusations of theft involving money, a bank card, and other items.
There were four separate complaints of stolen items that day, but Zara Qairina was suspected of stealing from two, including her best friend, student A.
During the search, the students found a Malaysian flag pin in her badge belonging to her dorm leader, who was also one of the seniors involved in the confrontation, but none of the other missing items.
She ran out in distress, crying and insisting she had not stolen anything.
From there, she was last seen on the third-floor toilet/bathroom, just adjacent to where she was believed to have fallen from.
The seniors later admitted in a written statement to the school that they had used harsh language during their confrontation with Zara Qairina, although Azhari clarified that they did not physically harm her. The same students are currently facing a bullying charge in Children’s Court.
The missing items were not recovered.
Azhari was also the second adult on the scene of Zara Qairina’s fall, and admitted to ordering students to carry her body, with the intention of taking her to the hospital.
The plan was abandoned when he realised they could not carry her 53kg body far, so they waited for an ambulance instead.
There were questions about why Azhari ordered the students to move Zara Qairina instead of carrying her himself to which he said he considered that “I’m a male, Zara is female” and he believed the four female students, along with a security guard, could manage.
Complex friendship with “Student A”
Student A has emerged as one of the central figures in the inquest.
She is among the five accused of bullying Zara Qairina, yet was also her best friend — having spent the weekend before the incident at Zara’s home in Sipitang.
Zara Qairina’s mother said she knew Zara ‘A to Z’ but Student A was also involved in the confrontation on July 15.
Student A’s mother claimed her daughter had been subjected to harassment, including stolen belongings, a broken-into locker, shoes strewn about, and personal items such as a phone card and iron being “borrowed” and returned in poor condition.
The inquest heard that Student A’s mother had pleaded for her daughter to be moved to a different dorm where she hoped she would not be subject to the same treatment after complaining almost monthly since March of untoward incidents.
However, warden Azhari said that all the complaints received were from Student A’s mother and claimed that Student A had not personally reached out or exhibited any signs of distress.
The last message she sent was on the night of July 15, at 10.54pm after a series of messages asking for Azhari to conduct a “spot check” for the stolen items, including her IC and bank card.
Azhari said he had called Student A to come down from her dorm at the time Zara Qairina was found because he saw the messages from her mother and wanted to ask her about it, although he later said he only saw the messages upon arriving at the hospital.
Lawyers for Student A alleged that she was traumatised by the events and later asked her mother to withdraw her from the school on July 18.
After extended medical sick leave, she was eventually transferred out.
Azhari said that he did not think she was traumatised from her demeanour, and pointed out a photo taken on July 18 where Student A, who was sitting with her friend, was seen flashing a peace sign.
The extent of the bullying and whether it was addressed
Investigations have pointed towards elements of bullying, although the matter remains ambiguous, compounded with allegations of neglect by Student A’s mother.
It was heard that Zara Qairina’s name was scrawled on the school’s RBT or design technology class with “Zara perasan cantik” (“Zara thinks she’s pretty”), and that she had indeed been threatened by a senior named “Kak M” who uttered the words “Kalau aku touch touch kau ni, berdarah sudah” (“If I touch you, you’ll bleed”).
Azhari said that Kak M was feeling “emotionally unstable” that day because of her messy room.
Student A’s lawyer, Joan Goh, also submitted a series of monthly Telegram messages sent by Student A’s mother to Azhari, detailing incidents of bullying, theft, property misuse, phone card confiscation, and repeated requests to transfer her daughter to a different dorm.
Azhari said the school conducted internal investigations into the complaints, although these largely consisted of questioning the students involved.
When a student denied any wrongdoing, Azhari said there was no evidence of misconduct and that Student A was even advised not to “simply accuse” others of stealing.
Azhari also said the complaints were made by Student A’s mother, not by Student A herself.
He added that Student A did not express any signs of distress when asked.
When the judge expressed concerns about her line of questioning, Goh said that her intent was to show ongoing bullying and neglect on the part of the school.
Azhari said the four senior students who confronted Zara Qairina on the night of July 15 over theft allegations were given counselling sessions after the incident came to light.
He admitted, however, that they should have reported the matter to the warden instead of confronting her directly.
Rumours of “Tomboy” and “Kak M”
Azhari clarified that neither Kak M nor Tomboy were involved in any incidents leading up to Zara Qairina’s death, contrary to social media speculation.
“Kak M” was a senior student mentioned in a viral audio clip between Zara and her mother, in which she allegedly made a threatening remark in May.
He said that Tomboy was not present in the state the night Zara fell — she was in Perlis for a school programme with another teacher while the Kak M matter did occur.
Azhari said the school conducted an investigation after the audio clip was released by Zara Qairina’s mother, but noted that neither Zara nor her mother had filed a report with school authorities prior to the recording going viral.
Azhari said he had passed along results of the investigation to the police.
When asked about other accusations directed at the school, Azhari became emotional and said that one of the students had been wrongly identified as Kak M on social media.
Other issues:
Why there was no autopsy performed initially
A forensics doctor who had dealt with Zara Qairina’s body insisted he had informed her mother, Noraidah Lamat of her right to ask for an autopsy despite the police’s decision not to ask for one.
He said he had repeatedly explained to her, in front of another relative, Nur Shila.
Noraidah had previously stated that the doctors had not met her or told her of the importance of a post mortem.
Social media impact
The intense scrutiny from social media has impacted the case and people involved in many ways, most notably emotional distress.
Proceedings were halted on Friday after documents leaking the name and personal details of the first witness, Student A.
A TikTok video also showed the names of other student witnesses.
Azhari felt that the students, the school and he was vilified by social media speculations and vitriol in an emotional outburst on Thursday. He said his own personal life was impacted.
Zara’s diaries
The significance of her diaries remains unclear but Noraidah had noted how Zara Qairina liked to keep journals.
Two were found in her cupboard initially, and another two a day later.
School authorities found additional 15 loose pages at her classroom’s book rack, an open space which could be accessed by anyone.
Noraidah had asked for these diaries, but the police also requested them as evidence.
Azhari noted that he and another teacher had read most of the content, and believed other students had likely accessed them as well.
No reports of bullying from Zara or her mother
Despite audio evidence submitted of Zara Qairina complaining of being threatened and harassed, no reports were ever made to the school, said the warden.
He said Zara Qairina was a “normal 13-year-old student” who did not exhibit any signs of being bullied.
Why was the female warden of the dorm not present?
Questions were raised about why Azhari was called and not the female wardens of the dormitory the night of Zara Qairina’s fall. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/09/1448398/inkues-kematian-zara-qairina-selepas-10-hari-ini-antara-fakta
Inkues kematian Zara Qairina: Selepas 10 hari, ini antara fakta penting keterangan 8 saksi
KUALA LUMPUR: Inkues bagi mencari punca kematian Zara Qairina Mahathir, 13, di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah, masuk hari ke-10 semalam selepas bermula pada 3 September lalu.
Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai koroner, menyenaraikan 70 saksi akan dipanggil memberi keterangan pada inkues ditetapkan 3 dan 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha itu ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu pada 17 Julai.
Lapan saksi sudah memberi keterangan ialah Pakar Patologi Forensik HQE, Dr Jessie Hiu; Pemeriksa Dokumen di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE, Dr Janefer Voo dan Pegawai Perubatan Jabatan Neurosurgeri HQE, Dr Pavankumar Balachandran.
Selain itu, Pegawai Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Inspektor Maidon Bernadus; Pengawal keselamatan di SMKA Tun Datu Mustapha, Linah Mansoding @ Jaliha; Pegawai Perubatan Forensik HQE, Dr Logaraj Ratha dan Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap.
Berikut antara fakta penting keterangan lapan saksi berkenaan.
SAKSI KELAPAN: Azhari Abd Sagap
Isu diari arwah
• Saksi memaklumkan pihaknya mahu tahu kandungan diari Zara Qairina kerana Noraidah Lamat, iaitu ibu arwah berulang kali menyebut mengenai dokumen itu, namun beliau mengakui tiada siapa memberi kebenaran kepada mereka untuk membacanya.
• Menjelaskan barangan milik arwah, termasuk sebuah diari bertulis Love and Peace, diserahkan kepada ibu arwah selepas dikemas daripada bilik isolasi asrama. Mengakui pertama kali melihat gambar diari terbabit pada prosiding 18 September, tidak pernah melihatnya sebelum itu.
• Menyatakan semua barangan di lokar Zara Qairina diberi kepada ibu arwah, kecuali diari yang dijumpai guru bernama Cikgu Miswati bersama dua pelajar ketika mengemas lokar atas arahannya. Beliau juga ingat bahawa dompet arwah juga ada dalam lokar dengan baki wang RM7.
• Menjelaskan 15 helaian kertas dipercayai mengandungi tulisan arwah ditemui di rak buku kayu di belakang kelas arwah yang tidak berkunci dan boleh diakses sesiapa. Mengakui tidak logik diari arwah disimpan di rak buku terbuka, tetapi menegaskan helaian tulisan itu memang ditemui di situ dan kemudian diserahkan kepada polis bersama gambar kedudukan rak.
Kisah 'Pelajar A'
• Seorang pelajar dirujuk sebagai A mengambil cuti sakit lebih dua minggu dengan tarikh berasingan selepas insiden malang menimpa arwah Zara Qairina pada 16 Julai lalu. Pelajar A seorang daripada lima remaja yang didakwa berhubung kes buli Zara Qairina.
• Sijil cuti sakit diperolehi daripada Klinik Kesihatan, yang pertama dari 28 Julai hingga 4 Ogos lalu dihantar pada 28 Julai, manakala yang kedua bermula 8 hingga 18 Ogos dihantar pada 7 Ogos dan pada 11 Ogos, ibu pelajar A memaklumkan akan datang ke sekolah untuk mengambil semua barang anaknya.
• Azhari berkata beliau mengetahui pelajar A ada melihat Zara Qairina diletakkan di tepi rumah warden, iaitu laluan antara bangunan Blok A ke Blok B sebelum ambulans tiba di asrama berkenaan dan tidak tidak menunjukkan tanda trauma.
• Dakwa ketua warden asrama itu lagi, dalam gambar dirakam oleh Linah ketika pelajar A dan seorang lagi pelajar diminta datang ke sekolah untuk diambil keterangan, pelajar A menunjukkan tanda peace.
• Azhari juga memberitahu mahkamah bahawa pelajar A yang dimaklumkan oleh ibu arwah bahawa dia kawan baik anaknya, telah berpindah sekolah beberapa minggu selepas kejadian menimpa Zara Qairina, namun tidak tahu alasan perpindahan itu.
Istilah 'MA' dan tuduhan mencuri
• Azhari memberitahu Mahkamah Koroner bahawa istilah 'MA' yang digunakan pelajar merujuk kepada "Mesyuarat Asrama", bermaksud perjumpaan ramai pelajar, bukannya sesi memanggil serta menyoal seorang pelajar secara peribadi dan beliau tidak tahu mengapa wujud sesi itu.
• Beliau difahamkan tindakan pelajar senior itu adalah melakukan siasatan terhadap kes curi membabitkan Zara Qairina, sekadar bertanya 'betul atau tidak kau (Zara Qairina) mencuri,'.
• Sebelum itu, pengawal keselamatan sekolah, Linah Mansoding mengesahkan wujud budaya 'MA', iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior di asrama sekolah itu dan tidak menolak kemungkinan Zara Qairina turut dipanggil menghadiri sesi berkenaan.
Isu 'Kak M'
• Azhari memaklumkan cerita mengenai 'Kak M' bermula sejak Mei lalu mengikut hasil siasatan pihak sekolah dan mempersoalkan kenapa Noraidah berdiam diri tidak membuat sebarang laporan kepada pihak sekolah walaupun anaknya dikatakan pernah mengadu mengenai masalah dihadapi di asrama.
• Dakwanya, ibu Zara Qairina juga tidak pernah menceritakan sebarang insiden buli kepadanya ketika mereka bertemu di unit kecemasan hospital selepas pelajar itu dimasukkan ke situ dan dakwaan berkenaan hanya diketahui selepas Noraidah membuat hantaran dalam TikTok.
• Sebelum ini, warganet menuduh 'Kak M' sebagai individu terbabit dalam kes membuli Zara Qairina susulan tular rakaman audio perbualan antara arwah dengan ibunya, dalam media sosial.
• Azhari memberitahu 'Kak M' adalah pelajar yang baik dan bukan individu yang wajahnya tular di media sosial dengan tuduhan terhadap pelajar itu disifatkannya sangat zalim hanya kerana dia orang pertama menjumpai Zara di bawah bangunan asrama.
Dakwaan ugutan, sembunyi kebenaran
• Azhari memberitahu bahawa 'Kak M' membuat kenyataan 'berbaur ugutan' dengan kata-kata 'kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni' terhadap arwah Zara Qairina kerana berada dalam keadaan emosi tidak stabil selepas tahu adik perempuannya dikatakan diejek oleh arwah dan seorang lagi pelajar .
• Terhadap dakwaan pihak pengurusan SMKA Tun Datu Mustapha dan kakitangannya tidak pernah cuba menyembunyikan kebenaran di sebalik kematian Allahyarham, Azhari menegaskan, mereka tidak pernah cuba melindungi pembuli atau pembunuh Zara Qairina.
• Beliau yang mengalirkan air mata ketika inkues berkata walaupun berusaha menyelamatkan arwah pada 16 Julai, menemani Zara Qairina dan ibunya di hospital, hadir ke pengebumian pelajar itu di Sipitang dan memberi kerjasama penuh kepada polis, beliau dan pihak sekolah tetap menerima kecaman.
Aduan buli
• Azhari menegaskan tidak pernah menerima sebarang aduan buli membabitkan Zara Qairina daripada mana-mana pihak sebelum ini, juga tidak pernah menerima aduan daripada ibu bapa arwah atau aduan bahawa Zara Qairina dibuli oleh empat remaja (B, C, D dan E) dan tiada pelajar memaklumkan kepadanya mengenai buli oleh B, C, D atau E semasa berada di lokasi kejadian.
• Menyatakan tiada pelajar memaklumkan bahawa Zara Qairina dipukul di kepala, sama ada di lokasi kejadian atau selepas 16 Julai dan selepas kejadian juga, tiada pelajar tampil membuat aduan bahawa arwah dibuli senior, ditolak, dibuang dari tingkat tiga atau dibunuh senior.
• Hanya tahu isu selepas melihat posting ibu arwah di TikTok, namun tidak pasti sama ada ia berunsur buli atau tidak. Menyifatkan tuduhan di media sosial bahawa CCTV di asrama dipotong bagi melindungi pembuli sebagai fitnah dan tidak betul kerana memang tiada CCTV dipasang di asrama dan perkara itu bukan bidang kuasanya.
SAKSI KETUJUH: Dr Logaraj Ratha
• Sekitar jam 5 petang, 17 Julai 2025, Dr Logaraj dimaklumkan mengenai kematian di Wad Neurosurgeri HQE yang membabitkan siasatan polis dan mayat Zara Qairina dipindahkan dari wad ke Jabatan Perubatan Forensik.
• Dr Logaraj memaklumkan perkara itu kepada pakar patologi forensik bertugas ketika itu, Dr Ding Chee Swan, selain menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar.
• Inspektor Wong memaklumkan telah berjumpa Dr Pavankumar Balachandran, pegawai perubatan bertugas di Jabatan Neurosurgeri yang mengesahkan punca kematian Zara Qairina ialah kecederaan otak traumatik teruk dengan hypoxic ischaemic encephalopathy.
• Inspektor Wong memberitahu perlu merujuk pihak atasan sebelum memberi maklum balas lanjut dan kemudian memaklumkan polis tidak akan mengeluarkan Borang Pol. 61 (Permintaan untuk Bedah Siasat). Dr Logaraj menerima surat pelepasan / kebenaran daripada Inspektor Wong untuk menyerahkan jenazah kepada Noraidah tanpa melalui proses bedah siasat undang-undang.
Tidak mahu bedah siasat
• Dr Logaraj bertemu Noraidah dan kakak iparnya, Nur Shira serta memaklumkan bahawa polis tidak mengeluarkan Borang Pol. 61, namun menerangkan kepada mereka keperluan dan kepentingan bedah siasat yang masih boleh dijalankan dengan persetujuan waris.
• Noraidah diberi masa secukupnya untuk membuat keputusan, kelihatan tenang dan diberi ruang untuk berfikir sebelum membuat keputusan, namun memutuskan bedah siasat tidak dilakukan walaupun sudah diberi penerangan.
• Berikutan itu, pihak hospital menyerahkan jenazah kepada Noraidah selaras dasar jabatan dan hospital bersama Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri.
SAKSI KEENAM: Linah Mansoding @ Jaliha
• Bertugas di asrama perempuan pada 15 Julai, bermula jam 8 malam hingga 8 pagi keesokannya dan sekitar jam 3 pagi, seorang pelajar senior datang memaklumkan ada pelajar pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.
• Bergegas ke lokasi dan melihat Zara Qairina terlentang di longkang tidak sedarkan diri, masih bernafas dengan tengkuk berdarah lalu menghubungi Azhari dan kemudian mengambil sekeping gambar arwah sebelum menghubungi hospital dan ambulans datang sekitar jam 4 pagi.
• Menjelaskan pelajar yang memaklumkan kejadian itu datang seorang diri tanpa ditemani pelajar lain, manakala blok asrama tempat kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada gril keselamatan di koridor.
• Menyatakan telefon awam di kawasan asrama ditutup 48 jam selepas kejadian 16 Julai dengan mematikan suis atas arahan ketua warden kerana pelajar banyak menghubungi ibu bapa mereka. Blok A mempunyai tiga telefon awam dan Blok B juga tiga.
SAKSI KELIMA: Inspektor Maidon Bernadus
• Menunjukkan kepada Mahkamah Koroner patung yang digunakan ketika menjalankan simulasi kejadian di asrama. Patung yang ditunjukkan kelihatan rosak dengan bahagian kepala terpisah daripada badan serta kedua-dua kaki patah.
• Simulasi bermula jam 3 pagi dengan bantuan cahaya lampu bangunan asrama serta lampu tambahan forensik. Patung berat asal 10 kilogram (kg) digunakan, ditambah pemberat batu bata di bahagian pinggang hingga ke bawah sehingga jumlah keseluruhan kira-kira 53kg, tinggi patung 180 sentimeter (sm), iaitu lebih 27sm daripada ketinggian Zara Qairina.
• Memaklumkan Zara Qairina dipercayai kali terakhir dilihat di tandas tingkat tiga asrama sebelum ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan pada awal pagi 16 Julai berdasarkan siasatan awal Inspektor Wong.
• Tugas mengesan cap jari, kesan tapak kaki, darah atau tompokan darah tidak dijalankan pasukannya kerana ia siasatan susulan. Dua siasatan tempat kejadian terdahulu sudah dilakukan oleh Inspektor Alif dari Unit Forensik IPK Sabah.
SAKSI KEEMPAT: Dr Pavankumar Balachandran
• Menjelaskan punca utama kematian Zara Qairina ialah kecederaan otak traumatik teruk dengan komplikasi hypoxic-ischemic encephalopathy (HIE) iaitu kecederaan otak akibat kekurangan oksigen (hipoksia) dan aliran darah (iskemia) ke otak.
• Mangsa dikesan mengalami pendarahan teruk dalam otak serta tiada tindak balas otak sebaik tiba di hospital. Keadaan Zara Qairina merosot selepas dimasukkan ke HQE dan meninggal dunia pada 17 Julai, jam 1.07 tengah hari selepas dua hari dirawat pasukan pakar.
• Kematian dimaklumkan kepada pegawai penyiasat dan mayat disimpan di wad sehingga ketibaan pegawai penyiasat.
• Dimaklumkan kronologi insiden menimpa Zara Qairina sehingga dihantar ke Jabatan Kecemasan HQE jam 4.38 pagi oleh pasukan Pre-Hospital Care (PHC) Klinik Kesihatan Kinarut. Trauma alert diaktifkan jam 4.42 pagi.
Pemeriksaan neurosurgeri
• Pemeriksaan awal pasukan neurosurgeri mendapati mangsa sudah dalam keadaan intubasi, tidak menunjukkan sebarang tindak balas neurologi, bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan, tahap kesedaran pada skala paling rendah dan anak mata kekal membesar tanpa refleks otak.
• Pemeriksaan luaran menemui bengkak dan luka koyakan pada bahagian belakang kepala yang telah dijahit bagi menghentikan pendarahan.
• Hasil imbasan CT scan otak menunjukkan pendarahan akut pada subarachnoid di kedua-dua belah hemisfera otak, pendarahan subdural di beberapa bahagian termasuk fissura interhemisferica dan tentorium cerebelli, selain tanda awal herniasi tonsillar di foramen magnum.
• Laporan perubatan turut merekodkan kehilangan kejelasan antara bahan kelabu dan putih otak, tanda kerosakan neurologi kritikal.
SAKSI KETIGA: Dr Janefer Voo
• Menyatakan tiada kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit ketika Zara Qairina tiba di HQE dan beliau menerima pesakit yang dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 4.38 pagi 16 Julai.
• Antara kecederaan dialami mangsa adalah bengkak dan pendarahan di bahagian belakang kepala, patah tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri, patah tertutup pada pergelangan kaki kanan.
• Selepas pemeriksaan, trauma alert diaktifkan di Jabatan Kecemasan HQE pada jam 4.42 pagi 16 Julai bagi rujukan segera kepada pasukan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi.
Kecederaan Zara Qairina
• Berdasarkan penilaian awal, pesakit disyaki mengalami kecederaan otak trauma yang serius, kecederaan di bahagian belakang kepala, patah kedua-dua pergelangan kaki serta pergelangan tangan kiri dan pendarahan dalaman akibat trauma impak tinggi pada badan.
• Menyatakan tekanan darah pesakit terlalu rendah, disyaki akibat kecederaan dalaman, namun tidak mengesan kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit.
• Selepas proses resusitasi dan pengimejan, pesakit didapati mengalami pendarahan dalam otak, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri dan tumit kiri, patah tertutup pada lengan kiri dan kaki kanan, patah tulang lumbar vertebrae 2, 3 dan 4, pembekuan darah pada tulang pelvis dan otot psoas kiri.
SAKSI KEDUA: Nurul Atiqah Mohd Noh
• Menjelaskan sebanyak 21 beg barang kes PDRM mengandungi kertas bertulisan tangan diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya dan beliau membuat pengecaman semula dokumen terbabit di Mahkamah Koroner.
• Dokumen diperiksa termasuk helaian kertas bertulisan tangan yang ditanda 'Y' serta buku latihan, buku kerja dan buku nota milik Zara Qairina yang ditanda 'W' bagi membandingkan tulisan tangan dengan contoh tulisan yang ada untuk menentukan sama ada ia milik arwah atau bukan.
• Memeriksa dan membuat perbandingan antara tulisan dipertikaikan dan contoh tulisan Zara Qairina menggunakan kanta pembesar dan peralatan saintifik Video Spectral Comparator.
• Beberapa perenggan tulisan tangan Zara Qairina yang menyuarakan ketidakpuasan hati kepada ibu dibacakan di mahkamah dan saksi mengesahkan ia tulisan arwah kerana cirinya sama dengan tulisan pada buku yang bertulis nama arwah.
• Mendedahkan sebuah buku bertanda 'W3' mengandungi dua gaya tulisan tangan berbeza dan ada dua nama sebagai pemilik, ditulis oleh Zara Qairina dan seorang lagi individu secara bersilih ganti pada tarikh berbeza.
SAKSI PERTAMA: Dr Jessie Hiu
• Bedah siasat tidak mengesan dadah biasa dalam tubuh arwah, tetapi Phenytoin, iaitu ubat antisawan untuk merawat epilepsi, juga biasa diberi sebagai rawatan pencegahan dalam kes kecederaan otak traumatik teruk bagi mengurangkan risiko sawan awal selepas trauma, dikesan dalam tisu buah pinggang.
• Hasil pemeriksaan tidak menunjukkan sebarang pembengkakan, lebam, lecetan, koyakan atau kecederaan lain dan keadaan selaput dara didapati utuh.
• Merumuskan Zara Qairina tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga asrama sekolah berdasarkan pemeriksaan lokasi dan perbandingan ketinggian mangsa dengan pagar konkrit koridor.
• Mengenai dakwaan Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh, Dr Jessie menyatakan mustahil untuk menghidupkan mesin basuh jika seseorang dengan berat 53 kilogram dimasukkan ke dalamnya.
• Menyerahkan kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada Zara Qairina jatuh kerana membunuh diri atau atas kerelaan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni ada satu artikel berita lama (12 sept 2025).. terlepas pula nak letak di tred ni
tak perasan pula berita ni dilaporkan di mana2 portal yg lain
---
https://www.kosmo.com.my/2025/09/12/inkues-telefon-bimbit-pengawal-jadi-eksibit-baharu-kes-zara/
Inkues: Telefon bimbit pengawal jadi eksibit baharu kes Zara
KOTA KINABALU – Telefon bimbit milik saksi keenam dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir disenarai sebagai bahan eksibit baharu dengan nombor rujukan ke-139.
Mahkamah Koroner diberitahu, telefon bimbit milik saksi keenam berkenaan sebelum ini digunakan saksi ketika bertugas membuat rondaan di kawasan sekolah dan asrama termasuklah pada malam kejadian.
Katanya, rondaan dijalankan bermula pukul 8 malam dengan lima titik kawalan atau ‘point jam’ termasuk di rumah guru dan asrama pelajar setiap dua jam sekali.
“Setiap rondaan mengambil masa di antara 30 minit hingga hampir sejam dengan catatan dibuat menggunakan telefon bimbit berkenaan sebelum dimasukkan semula ke dalam buku laporan.
“Rondaan dijalankan secara bergilir oleh pengawal lelaki yang meliputi semua kawasan sekolah termasuk asrama pelajar perempuan. Sepanjang rondaan dijalankan, laporan tidak menunjukkan sebarang pergerakan atau aktiviti mencurigakan,” katanya.
Ketika ditanya jika saksi boleh menunjukkan hasil laporan berkenaan, beliau berkata boleh sekiranya maklumat terbabit masih ada di dalam telefon dan tidak dipadamkan.
Beliau bagaimanapun berkata, gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit didakwa dipadamkan setiap kali selesai bertugas.
Semasa ingin dibuka, telefon bimbit terbabit gagal dibuka disebabkan kehabisan bateri dan didaftarkan sebagai eksibit baharu dalam prosiding sebelum dibuka untuk mengetahui kandungan di dalamnya sebaik bateri dicas
Prosiding inkues akan bersambung bagi mendengar keterangan lanjut berhubung peranan telefon bimbit dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.sinarharian.com.my/article/749212/berita/semasa/inkues-zara-qairina-saksi-pelajar-kedua-dijangka-mula-beri-keterangan-petang-ini
Inkues Zara Qairina: Saksi pelajar kedua dijangka mula beri keterangan petang ini
KOTA KINABALU - Memasuki hari ke-12 prosiding inkues kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir dengan saksi pelajar kedua dijangka akan memberi keterangan pada petang ini.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili saksi Pelajar A, Joan Goh berkata, saksi kedua yang akan memberi keterangan pada petang ini bukan di antara lima saksi pelajar yang dituduh sebelum ini.
“Sekiranya berjalan lancar, kemungkinan saksi kanak-kanak kedua akan dipanggil untuk memberi keterangan lewat petang ini,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah pada Selasa.
Dalam pada itu, Joan berkata, keterangan saksi utama (Pelajar A) dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dilakukan selama dua hari banyak memberi tumpuan kepada kejadian pada 12 Julai lalu apabila Pelajar A bermalam di rumah arwah.
Menurut Joan, saksi berkenaan menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku pada malam tersebut serta beberapa isu lain yang dialami sepanjang berada di sekolah, termasuk insiden buli.
“Kami menumpukan kepada tempoh selepas 12 Julai kerana anak guam kami merupakan rakan rapat arwah. Saksi telah memberi keterangan tentang apa yang berlaku pada malam itu serta pengalaman berkaitan masalah buli di sekolah," ujarnya lagi.
Tambahnya, meskipun saksi berdepan dengan pelbagai soalan daripada beberapa barisan peguam yang mewakili pihak berbeza, jawapan yang diberikan kekal konsisten.
“Ada dua hingga tiga kumpulan peguam yang bertanyakan soalan dari sudut berbeza tetapi jawapan yang diberikan tetap selari. Ini menunjukkan keterangan saksi sangat jelas,” katanya.
Beliau turut menjelaskan sesi prosiding akan diteruskan pada petang ini kerana saksi masih keletihan selepas memberi keterangan hampir dua hari berturut-turut.
Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di sekolahnya awal pagi pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini yang berpunca daripada kecederaan otak traumatik teruk dengan komplikasi hiposia iskemia (HIE). - Awani |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-saksi-dedah-arwah-dipanggil-ke-dorm-lain-nafi-tuduhan-mencuri-peguam-539725
Inkues Zara Qairina: Saksi dedah arwah dipanggil ke dorm lain, nafi tuduhan mencuri - Peguam
KOTA KINABALU: Saksi pertama, iaitu Pelajar A, memaklumkan kepada Mahkamah Koroner pada prosiding inkues kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir hari ini bahawa Allahyarham telah dipanggil ke sebuah dorm lain pada malam 15 Julai lalu untuk disiasat berhubung satu kes kecurian.
Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara, Shahlan Jufri berkata, mahkamah diberitahu sebaik kembali ke biliknya sekitar jam 9 malam, Zara menangis dan menjerit menafikan tuduhan berkenaan.
“Pada ketika itu, Zara ada menggunakan beberapa perkataan bagi menafikan tuduhan tersebut selepas balik semula ke biliknya.
"Malangnya, tiada seorang pun rakan dorm yang cuba menenangkan beliau, meskipun ketika itu semua ahli dorm masih belum tidur,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding di sini hari ini.
Maklumnya lagi, saksi turut menyatakan selepas insiden itu dia tidak lagi melihat Zara kerana telah masuk tidur.
Dalam pada itu, Shahlan menjelaskan, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan keterangan Pelajar A kerana ia menggambarkan situasi sebenar yang berlaku selepas arwah disiasat.
“Kita tahu, selepas siasatan Zara menangis di lantai biliknya sambil menafikan penglibatan dalam kes kecurian itu. Semua ahli dorm menyaksikan kejadian berkenaan, namun tiada seorang pun tampil untuk menenangkan beliau,” katanya.
Keterangan Pelajar A selesai diberikan kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Prosiding akan bersambung esok dengan saksi kedua yang akan ditemani ibunya sebagai pendamping, manakala pihak pendakwaan dijangka mengemukakan dua lagi saksi seterusnya.
Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di sekolahnya awal pagi pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini yang berpunca daripada kecederaan otak traumatik teruk dengan komplikasi hiposia iskemia (HIE). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1449627/zara-qairina-menangis-dipanggil-pelajar-senior-saksi-ke-10
Zara Qairina menangis dipanggil pelajar senior - Saksi ke-10
KOTA KINABALU: Saksi ke-10 inkues kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini memberitahu mahkamah, pelajar Tingkatan Satu itu pernah dipanggil pelajar senior dan dilihat menangis di asrama selepas kejadian.
Peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, berkata pelajar terbabit dijangka menyambung keterangannya esok.
Shahlan yang mengulas prosiding hari ke-12 inkues berkata saksi ke-10 itu juga adalah saksi kanak-kanak yang keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Beliau turut mengesahkan beberapa pakar tulisan tangan bebas akan hadir ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu esok.
Beliau berkata, pakar tulisan tangan berkenaan sudah selesai menjalankan analisis mereka.
"(Peguam kami) Mohd Syarulnizam Mohd Salleh akan memberi taklimat kepada media pagi esok," katanya kepada New Straits Times.
Minggu lalu, Shahlan memaklumkan pakar berkenaan ditugaskan untuk mengesahkan ketulenan bahan bertulis yang dikemukakan, termasuk buku nota, dokumen peribadi serta sebuah diari, sebagai sebahagian daripada prosiding inkues kematian remaja perempuan berusia 13 tahun itu.
Pengesahan itu dianggap penting bagi memastikan sebarang analisis psikologi terhadap tulisan Zara Qairina dilakukan berdasarkan dokumen yang sahih.
Pada hari ketiga inkues sebelum ini, pakar pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Nurul Atiqah, dipanggil sebagai saksi dan memeriksa 21 bahan bukti termasuk helaian kertas yang koyak, buku nota, buku teks sekolah serta buku latihan.
Beliau memaklumkan kepada mahkamah tulisan tangan yang dipertikaikan dalam bahan bukti itu mempunyai persamaan dengan tulisan dalam dua buku teks sekolah dan satu buku latihan milik Zara Qairina.
Bagaimanapun, sebuah buku berkenaan yang dikenali sebagai 'W3' didapati ditulis bersama oleh Zara Qairina dan seorang rakannya. Muka surat pertama buku itu mengandungi nama dan tulisan kedua-dua pelajar, menunjukkan bahawa mereka berkongsi pemilikan buku itu.
Sementara itu, peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang pelaku kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina, memaklumkan anak guamnya, yang juga saksi kanak-kanak pertama dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang tadi selepas memberikan keterangan selama dua hari.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu di sekolahnya, SMKA Tun Datu Mustapha, dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/utama/2025/09/1267297/inkues-saksi-kanak-kanak-kedua-sahkan-zara-qairina-dipanggil-senior-dan
Inkues: Saksi kanak-kanak kedua sahkan Zara Qairina dipanggil senior dan menangis
Kota Kinabalu: Peguam keluarga Zara Qairina Mahathir mengesahkan beberapa pakar tulisan tangan akan hadir ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, esok.
Shahlan Jufri berkata, pakar tulisan tangan bebas sudah selesai menjalankan analisis mereka.
"(Peguam kami) Mohd Syarulnizam Mohd Salleh akan memberi taklimat kepada media pagi esok," katanya kepada New Straits Times.
Minggu lalu, Shahlan memaklumkan pakar itu ditugaskan untuk mengesahkan ketulenan bahan bertulis, termasuk buku nota, dokumen peribadi dan diari, sebagai sebahagian daripada inkues yang sedang berlangsung berhubung kematian remaja perempuan berusia 13 tahun itu.
Pengesahan ini penting untuk memastikan sebarang analisis psikologi terhadap tulisan Zara Qairina adalah berdasarkan dokumen yang sahih.
Dalam hari ketiga inkues, seorang pemeriksa dokumen, Nurul Atiqah saksi dari Jabatan Kimia di Petaling Jaya dipanggil.
Beliau sudah memeriksa 21 bahan bukti termasuk helaian kertas yang koyak, buku dan buku teks serta buku latihan sekolah.
Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa tulisan tangan yang diragui dalam bahan itu adalah serupa dengan yang terdapat dalam dua buku teks sekolah dan sebuah buku latihan milik Zara Qairina.
Namun begitu, salah satu buku yang dikenali sebagai W3, ditulis oleh Zara bersama seorang lagi rakan.
Muka surat pertamanya mengandungi nama serta tulisan kedua-duanya, menunjukkan buku itu dimiliki bersama.
Mengulas hari ke-12 inkues hari ini, Shahlan berkata saksi kanak-kanak kedua sudah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan koroner Amir Shah Amir Hassan.
Beliau berkata, saksi ke-10 dalam prosiding selama 17 hari itu memberitahu mahkamah bahawa Zara Qairin memang dipanggil oleh pelajar senior dan dilihat menangis di asrama selepas itu.
Pelajar itu dijangka menyambung keterangannya esok.
Sementara itu, peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili salah seorang pelaku kanak-kanak yang berkaitan dengan kes Zara, berkata anak guamnya, iaitu saksi kanak-kanak pertama, sudah dibebaskan sekitar jam 3.30 petang selepas memberi keterangan selama dua hari.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai di sekolahnya, SMKA Tun Datu Mustapha, dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth (HQE). |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|