Edited by YgBenar at 10-8-2025 10:02 AM
KEPALA BATAS - Pemilik kedai perkakasan yang tular kerana perbuatan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik di sini pada Sabtu memberi alasan sedang mengukur panjang batang besi untuk memasang bendera terbabit di luar kedai. Pang Chin Tian, 59 berkata, kejadian itu berlaku pada pagi Sabtu dan dia tidak perasan bendera itu dipasang secara terbalik oleh pekerjanya sebelum dia menaikkan batang besi berkenaan.
Malah menurutnya, pekerjanya turut diarahkan mengambil gambar untuk melihat ukuran panjang besi yang perlu digunakan. "Kita memang nak ukur besi itu tengok berapa panjang dan bendera itu pun belum diikat lagi. "Ketika video dirakam itu hanya testing (percubaan) sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini pada Sabtu. Terdahulu, Chin Tian dan pekerjanya dipanggil polis untuk memberi keterangan berikutan video tular yang mengundang pelbagai reaksi warganet berikutan tindakan mereka memasang Jalur Gemilang secara terbalik. Beliau yang telah menjalankan perniagaan itu di Taman Bertam Permata, di sini sejak 10 tahun lalu turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang dilakukan dan sedia memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan. "Ya kami mengakui kesilapan yang dilakukan dan saya ingin mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas apa yang berlaku," katanya lagi.

KEPALA BATAS – Warganet mengecam tindakan dua lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai perkakasan di Bertam di sini, yang bertindak memasang dan mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik selepas rakaman perbuatan itu tular di media sosial hari ini. Dalam rakaman berdurasi 21 saat itu, seorang lelaki kelihatan sengaja memasang Jalur Gemilang terbalik pada sebatang kayu atau besi panjang sebelum mengibarkannya, manakala seorang lagi merakam aksi tersebut. Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang menganggapnya sebagai tidak menghormati bendera negara, apatah lagi ketika sambutan Bulan Kebangsaan sedang berlangsung. Video berkenaan mula tersebar luas sejak pagi tadi selepas dimuat naik ke beberapa platform media sosial, dengan ramai pengguna mengecam perbuatan tersebut.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Polis Pulau Pinang berhubung kejadian tersebut. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
|