Edited by JoyahMengayah at 13-8-2025 02:51 PM
BAKAL jadi kenyataan, pelakon dan penyanyi Fattah Amin mengakui akan membawa merealisasikan impian anak perempuannya, Nur Fatima Aisya untuk melancong ke Taman Tema Disneyland di Tokyo, Jepun pada tahun ini.
Menurut atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, percutian tersebut sudah dirancang tetapi jadual perlu diatur agar tidak menganggu jadual persekolahan Fatima.
“Memang kami ada perancangan cuma Fatima terikat dengan jadual persekolahannya.
“Bila saya sudah maklum mengenai jadual persekolahan Fatima, bolehlah merancang. Tahun ini kami akan ke sana.
“Kami akan pergi ke sana dengan keluarga termasuk ibu, ayah dan adik-beradik.,” katanya kepada HibGlam pada sidang media memperkenalkannya sebagai duta jenama air mineral NEX di sini, hari ini.
Fattah bagaimanapun memberitahu perkara berkaitan hal keluarga termasuk perihal anak sepatutnya boleh dimaklumkan secara peribadi berbanding menggunakan platform media sosial.
“Cuma itulah, boleh sahaja perkara itu disampaikan dengan WhatsApp,” ujarnya.
Sementara itu, dalam majlis yang berlangsung hari ini, dia teruja apabila berpeluang menjadi duta bagi produk air minuman mineral yang mengandungi bahan semulajadi.
“Sebenarnya saya sudah lama teringin nak jadi duta produk air mineral.
“Kalau diberikan peluang lancarkan produk minuman, memang saya nak keluarkan air mineral jenama sendiri.
“Air mineral NEX adalah produk pemprosesan semulajadi yang memang bagus untuk kesihatan,” jelasnya.
Baru-baru ini, Fatima mencuri perhatian ramai dalam media sosial apabila menuntut bapanya melancong ke Disneyland Tokyo.
HIBGLAM
|