Edited by pengecattaik at 16-6-2025 06:13 PM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, melancarkan perarakan tentera impiannya di Washington pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-79 semalam, ketika puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di seluruh negara, menuduhnya bersikap diktator.
Pada perarakan itu, Trump memberikan tabik hormat selepas melangkah ke pentas besar di hadapan Rumah Putih, dengan dua kereta kebal diletakkan berdekatan, sambil dentuman 21 das tembakan kehormatan kedengaran dan lagu kebangsaan dimainkan.
Perarakan yang menelan belanja mencecah AS$45 juta (RM191 juta) itu secara rasmi diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-250 Tentera Darat AS, selain bertepatan dengan hari lahir Trump, menampilkan kereta kebal, aksi lintas terbang dan hampir 7,000 anggota tentera berarak melepasi pentas kehormatan.
BH

|