View: 4742|Reply: 66
|
Nahas pelajar UPSI: Ada mangsa tercampak keluar, ada keluar sendiri dari bas
[Copy link]
|
|
GERIK – Ada dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Tasik Banding di sini pagi tadi keluar sendiri dari bas dinaiki yang terbabas ke dalam parit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sayani Saidon berkata, bahkan ada juga dalam kalangan mereka yang tercampak keluar akibat kemalangan tersebut sementara mangsa lain masih berada di dalam bas itu.
“Setakat ini seramai 13 mangsa telah disahkan meninggal dunia dan 31 orang cedera (dari bas) dan tiga mangsa mengalami kecederaan ringan.
“Seorang mangsa mengalami patah tangan (dari Perodua Alza) telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, bas yang membawa pelajar UPSI dan Perodua Alza tersebut berasa dalam laluan yang sama iaitu dalam perjalanan dari Jeli, Kelantan ke Gerik.
Sayani berkata, semasa jentera sampai didapati kemalangan melibatkan mangsa seramai 48 orang.
“Ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep saver dengan mengarahkan anggota membuat pemotongan pada bahagian belakang bas untuk membuat ruang kerja dengan menggunakan peralatan khas hidraulic cutter.
“Apabila ruang kerja berjaya dilakukan didapati terdapat enam mangsa yang masih berada di dalam bas. Dua mangsa cedera parah dan empat mangsa didapati telah meninggal dunia dan tidak tersepit,” katanya.
Beliau berkata, seterusnya tindakan penyelamatan dilakukan oleh bomba dengan menstabilkan mangsa yang cedera dan membawa keluar dari dalam bas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mangsa-mangsa yang cedera termasuk yang berjaya keluar dengan sendiri telah diberi perawatan awal oleh pihak KKM yang berada di lokasi.
“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), ambulans KKM dan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
#UPSIberduka. sedihnya sbb yg meninggal ni adalah our future generations yg bright. Allahu. pastu baca kat thread tadi kata driver bas ni mmg bawak laju katanya. ya ampun. moga syurga buat anak2 muda yg menjadi mangsa ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut. Takziah pada keluarga. Tak pasal banyak yg meninggal dunia |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 9-6-2025 11:16 AM
#UPSIberduka. sedihnya sbb yg meninggal ni adalah our future generations yg bright. Allahu. pastu ba ...
Dia mampos tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirajiun
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
"sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Nya lah kami kembali"
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Semoga keluarga mangsa yg terlibat terus tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirajiun |
|
|
|
|
|
|
|
astaghfirullah al azim innalillahiwainnalillahirajiun  |
|
|
|
|
|
|
|
Innalilah. Salam takziah kepada seluruh keluarga.  |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah .dr subuh td aku kemurungan.semoga family yg terlibat diberi kekuatan..sedih sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu ingatkan hari raya korban jangan merayau rayau.
Sebab hari Raya Aidiladha untuk hapuskan dosa. Banyakkan sedekah dan berkorban. |
|
|
|
|
|
|
|
Posh B40 pernah buat pengorbanan kepada jiran tak?
contohnya, tolong angkatkan baju jiran di jemuran kerana hari hujan ke, apa ke
|
|
|
|
|
|
|
|
x sure chuols. tp yg confirmed katanya kelindan bas meninggal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayu tgk
Salam takziah buat waris keluarga mangsa yg terkorban. Moga roh kesemua arwah dicucuri rahmat dn ditempatkn di kalangan yg beriman. Moga dikurniakan kekuatan dn ketabahan buat keluarga mangsa. Al-fatihah
Dan pd yg cedera moga dikurniakan kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. salam takziah utk semua keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
KALAU ya aku bilang KALAU driver dia tu yg drive macam haram, aku amat tak puas hati dia tak berpindah alam. orang lain pulak yang jadi mangsa. takdir , qada dan qadar yer mmg aku percaya, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........................................... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul raya korban duduk rumah jgn jalan sana sini, duduk rumah rezeki datang, daging byk org bagi taw, tapi kalau balik bandar ka nak balik kampus ka balik asrama kena keluar jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|