CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 1

80,000 orang solat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa

[Copy link]
Post time 8-6-2025 12:06 AM | Show all posts |Read mode





BAITULMAQDIS – Seramai 80,000 orang berkumpul di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis semalam  untuk menunaikan solat  Hari Raya Aidiladha di sebalik sekatan ketat Israel, lapor portal berita The Palestine Chronicle.


Jemaah datang dari seluruh wilayah Palestin yang diduduki Israel.


Mereka tetap hadir walaupun berdepan halangan anggota pasukan keselamatan Israel  di pintu masuk ke Kota Lama Baitulmaqdis.


Askar Israel memeriksa kad pengenalan dan menyekat akses bagi ramai yang cuba memasuki pekarangan masjid itu.


Saksi-saksi berkata, tentera Israel yang ditempatkan di beberapa pintu masuk ke Kota Lama menjadi punca kesesakan kerana enggan membenarkan ramai penduduk Palestin termasuk wanita dan warga emas memasukinya.


Menurut  laman berita Al- Mayadeen, selepas selesai solat sunat, kumpulan peneroka haram Yahudi memasuki Pintu Bab al-Asbat, Kota Lama dan melaungkan slogan provokasi.


Tindakan itu dianggap oleh rakyat Palestin sebagai provokasi yang disengajakan pada hari raya korban.


Sementara itu, di Tebing Barat, pasukan keselamatan Israel menghalang jemaah daripada memasuki Masjid Ibrahimi al-Khalil pada hari pertama Aidiladha.


Israel menutup laluan ke halaman masjid, pintu pagar dan kemudahan kawasan sekitarnya dalam tindakan yang meningkatkan ketegangan.


Al Mayadeen melaporkan,  Pemangku Ketua Pengarah Endowmen al-Khalil, Munjid al-Jabari  memberitahu agensi berita rasmi WAFA bahawa tentera Israel juga menghalang akses ke pintu timur masjid tersebut.


Al-Jabari berkata, ia menandakan kali ketujuh dalam tahun ini akses telah dinafikan di Masjid Ibrahimi, khususnya pada hari Jumaat, pada malam Ramadan dan kedua-dua cuti Hari Raya Aidilfitri serta Hari Raya Aidiladha. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2025 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas sembelih haiwan korban di situ....syahdu Yahudi terkenang ibadah Korbanot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.049999 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list