CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Jefferson-Wood ungguli acara 200m Trek Grand Slam

[Copy link]
Post time 1-6-2025 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Jefferson-Wood ungguli acara 200m Trek Grand Slam

Jun 1, 2025 @ 12:33pm





Melissa Jefferson-Wood (dua dari kiri) mengatasi pemenang emas 200m Olimpik, Gabby Thomas (dua dari kanan) pada perlumbaan 200m wanita Trek Grand Slam di Franklin Field, Philadelphia, Pennsylvania. – Foto AFP



PHILADELPHIA, Amerika Syarikat: Pemenang gangsa Olimpik acara 100 meter, Melissa Jefferson-Wood mencatat masa 21.99 saat dalam acara 200m wanita pada kejohanan Trek Grand Slam di Philadelphia pagi tadi, mengatasi atlet emas 200m Olimpik, Gabby Thomas di Franklin Field.

Jefferson-Wood, yang biasanya lebih dikenali dalam acara pecut jarak pendek berkata, latihan khusus untuk 200m membuahkan hasil selepas sekadar menduduki tempat ketiga di Miami awal bulan ini.

"Saya sudah berlatih betul-betul untuk acara ini. Saya beritahu diri sendiri, apa yang berlaku di Miami tidak akan berulang," katanya.

Dalam acara 100m berpagar wanita, pelari Jamaica, Ackera Nugent menang dengan catatan 12.44s, manakala pelari Kenya, Agnes Jebet Ngetich memenangi 1,500m dengan masa 3:58.04.

Pelari Republik Dominica, Marileidy Paulino muncul juara acara 400m berpagar wanita dengan masa 49.12s, sementara pelari Britain, Matthew Hudson-Smith mengungguli 400m lelaki dengan masa 44.51s.

Dalam acara 800m lelaki, pelari Kanada, Marco Arop mencatat masa 1:43.48 untuk meraih kemenangan - kejayaan ketiganya dalam acara itu bagi siri Grand Slam.

Arop, yang meraih emas Kejohanan Dunia 2023 dan perak Olimpik 2024, menewaskan pelari tuan rumah Josh Hoey (1:44.41) dan akan bertanding dalam acara 1,500m pagi esok.

"Saya rasa hebat, tengok suasana penonton! Dalam stadium sebegini memang mudah nak berlari laju, jadi saya kena beri persembahan terbaik," kata Arop kepada TNT Sports.

Dalam acara lelaki lain, Kenny Bednarek mencatat 19.95s untuk memenangi acara 200m, manakala pelari Brazil, Alison dos Santos kekal tanpa kalah selepas menang acara 400m berpagar dengan masa 48.11s.

Atlet bertanding dalam dua pusingan bagi setiap 12 acara dan jumlah mata keseluruhan akan menentukan juara kumpulan. – REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2025/06/1403282/jefferson-wood-ungguli-acara-200m-trek-grand-slam





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 1.662701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list