View: 706|Reply: 15
|
‘Nak berlakon ‘love story’, bercinta dengan hantu pun jadilah’-Amerul Affendi
[Copy link]
|
|
Amerul Affendi tidak pernah berkecil hati hanya kerana kerap ditawarkan watak antagonis dalam drama atau filem lakonannya sebelum ini.
Amerul atau nama penuhnya Mohd. Amerul Affendi Mohd. Mawardi, 39, berkata, karakter sebegitu tidak seharusnya dipanjang negatif kerana mampu memberi impak positif terhadap pelakon itu sendiri.
“Saya tak kecil hati dan rasa seronok juga sebab karakter antagonis mengajar supaya tidak menjadi seperti watak yang saya jayakan itu.
“Watak sebegitu mengingatkan dan memanusiakan saya agar jangan jadi seperti mereka,” katanya dalam satu temu bual podcast baru-baru ini.
Berkongsi watak idamannya, Amerul mengimpikan untuk berlakon dalam naskhah bergenre romantis.
“Saya nak ‘love story’. Tak pernah berlakon bercinta, asyik jadi orang jahat menghalang cinta orang lain
“Sebenarnya saya tak letak harapan tinggi, bercinta dengan hantu pun okey,” tutur bintang drama Bru itu.
Dalam perkongsian lain, bintang filem 6 Jilake itu berpendapat, bidang seni tidak boleh dijadikan kerjaya tetap dan perlu mempunyai kerjaya sampingan lain.
Dia juga mengakui memilih untuk menjadikan kerjaya lakonan sebagai hobi selepas melihat banyak kisah sedih membabitkan pelakon veteran hari ini.
“Lakonan sekadar hobi dan bukan tempat untuk cari makan dan itu yang saya nampak industri di Malaysia sebab saya lihat ramai pelakon veteran kita di usia tua mereka sangat menyedihkan.
“Jadi perkara itu buat saya rasa benda ini tak boleh dijadikan kerjaya, harus ada benda lain yang ‘backup’ dan bersedia untuk pencen.
“Industri ini tak menjamin masa depan,” katanya lagi kepada pengarah dan penerbit Erma Fatima yang mengendalikan podcast tersebut.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Eh motif hilang ingatan ko pernah jadik hero berlakon filem cinta2 dengan Chelsia Ng, heroin ko? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 30-5-2025 03:15 PM
Dua kali kot korang berlakon togeder2.
1. Roti Canai Love Story (Tak tengok sebab macam tak best).
2. Kalut Nak Kahwin (Ni baru meols tau ada after google. Nanti nak tengok). |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam perkongsian lain, bintang filem 6 Jilake itu berpendapat, bidang seni tidak boleh dijadikan kerjaya tetap dan perlu mempunyai kerjaya sampingan lain.
Dia juga mengakui memilih untuk menjadikan kerjaya lakonan sebagai hobi selepas melihat banyak kisah sedih membabitkan pelakon veteran hari ini.
“Lakonan sekadar hobi dan bukan tempat untuk cari makan dan itu yang saya nampak industri di Malaysia sebab saya lihat ramai pelakon veteran kita di usia tua mereka sangat menyedihkan.
“Jadi perkara itu buat saya rasa benda ini tak boleh dijadikan kerjaya, harus ada benda lain yang ‘backup’ dan bersedia untuk pencen.
“Industri ini tak menjamin masa depan,” katanya lagi kepada pengarah dan penerbit Erma Fatima yang mengendalikan podcast tersebut.
preach brodaaa preaaach
Iols setuju |
|
|
|
|
|
|
|
setulus cinta aqilah pun hang berlakon jadi hero gak kan
maybe dia nak drama episod2 kot
sebab macam tak pernah tgk drama2 panjang dia ni jadi hero bercinta
|
|
|
|
|
|
|
|
Talented. Dia ni muka manis je. Kena kasi groom lagi penampilan |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dia berlakon dengan sari yanti sebagai office mate. Watak Sari yanti psikotik dan amerul ni ikut je cakap sari yanti. Dalam cerita tu nampak watak amerul macam jatuh cinta dengan watak sari yanti. |
|
|
|
|
|
|
|
kerjaya lakonan sebagai hobi, tapi suatu ketika dulu kau la yg banyak menyindir xdapat job sebab x cukup follower 1juta..bagus la dah benti..
kau berlakon ok.. tak semestinya kena berlakon love story jadi hero baru orang kenal..cite web drama bru tu pun aku boleh tengok sebab ada dia..eh cite apa je yg dia ni berlakon tapi x memorable? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa kalau ada drama strong kuat ok dia ni jd hero... muka dia ni typical je muka lelaki lain. Cuba jadi suami yg baik...yg bahagia dgn isteri tibe2 isteri meninggal masa melahirkan. Sejak tu heolss berilusi dan bercinta dgn hantu. Ha gitu |
|
|
|
|
|
|
|
wey aku suke die ni belakon..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 30-5-2025 11:13 PM
Dua kali kot korang berlakon togeder2.
1. Roti Canai Love Story (Tak tengok sebab macam tak best).
Ade lagi, chuols. Citer jula juli kan bercinta ngn adriana adnan. Ala yg kwn heols jijang tu bercinta ngn mirapiljah pulak, who is bff to watak adriana. Meols tertengok repeat citer ni tahun lepas kat astruk. Kalo tak, taktau pun. Zaman2 mira comel lg |
|
|
|
|
|
|
|
miss_strangers replied at 5-6-2025 10:24 AM
Talented. Dia ni muka manis je. Kena kasi groom lagi penampilan
Kan. Heols ni meols rase same spesis muka dgn sopi jikang. Tak hesmes tp dua2 meols suka tgk sbb ade daya tarikan..aura kot..hahah. Pandai blakon pon faktor. |
|
|
|
|
|
|
|
Duta lover replied at 5-6-2025 03:11 PM
Aku rasa kalau ada drama strong kuat ok dia ni jd hero... muka dia ni typical je muka lelaki lain. C ...
Fuh pandai chuols buat jalan citer sendiri. Boleh usulkan pada kaka erma. Meols cadangkan antu tu ambik peah barkoba. Sbb hero gelap2 kena dgn heroin putih2 baru menarik utk ditonton, kontra kaler |
|
|
|
|
|
|
|
Prebet sapu tu bukan bercinta ke? Igt2 lupa da pulak plot citer tu...yg heroin jd skort girl tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuma ingat dia ni berlakon jadi mat indon dengan azhan rani tu. Azhan watak oku dok atas kusi roda. |
|
|
|
|
|
|
|
sukanyanyi replied at 5-6-2025 08:01 AM
Ade lagi, chuols. Citer jula juli kan bercinta ngn adriana adnan. Ala yg kwn heols jijang tu berci ...
Oooo meols pun baru tawu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|