CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3140|Reply: 55

[Tempatan] Seleweng dana lebuh raya: SPRM sita aset nilai RM32 juta dari kediaman Tan Sri

[Copy link]
Post time 30-5-2025 04:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-5-2025 12:57 PM


Seleweng dana lebuh raya: SPRM sita aset nilai RM32 juta dari kediaman Tan Sri






  • Oleh .MAISARAH SHEIKH RAHIM
  • 29 Mei 2025, 9:56 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset bernikai kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri susulan siasatan melibatkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Sitaan itu melibatkan tas tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai selain kediaman mewah.
Menurut sumber, sitaan itu susulan penggeledahan oleh Bahagian Siasatan SPRM di dua kediaman milik individu berkenaan yang terletak di ibu negara hari ini.

Menerusi penggeledahan ini, SPRM telah menyita 217 unit jam tangan mewah pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM5 juta, 27 unit tas tangan berjumlah lebih RM1 juta dan barang kemas berjumlah lebih RM4 juta.

Menerusi penggeledahan itu juga, SPRM turut menyita sembilan unit kenderaan mewah seperti Bentley, Mercedes-Benz dan Range Rover bernilai hampir RM7 juta,” katanya.

Sumber berkata, susulan penggeledahan itu, SPRM turut menemui sebuah stor simpanan pelbagai jenis minuman berakohol mewah di salah sebuah kediaman yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta dan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Dalam tindakan yang dijalankan itu juga, SPRM turut membuat sitaan ke atas sebuah unit kediaman mewah terletak di ibu negara dianggarkan bernilai sekitar RM12 juta yang dioercayai milik individu berkenaan,” katanya.

Sumber turut menjelaskan kesemua barang dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001. – UTUSAN




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 07:17 AM | Show all posts
Siqpq datuk ni. Penyelewengan dana pembinaan lebuh raya katanya, tansri mana ni uols
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak beno hiway kat lembah klang neh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kayanya beliau. Jam tgn mewah smpi 217. Hari2 pakai jam lain ke camna?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 07:55 AM | Show all posts
otai_g replied at 29-5-2025 11:43 PM
Kayanya beliau. Jam tgn mewah smpi 217. Hari2 pakai jam lain ke camna?

org pecah amanah mmg akan cari bende2 yg boleh di simpanutk tukar jadi cash bila kantoi.
kalau negara barat beli art yang juta juta tu
salah satu cara nak cuci duit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 08:06 AM | Show all posts
sebuah stor simpanan pelbagai jenis minuman berakohol mewah di salah sebuah kediaman yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta


bukan type m ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2025 08:33 AM | Show all posts
Orenn1 replied at 30-5-2025 07:17 AM
Siqpq datuk ni. Penyelewengan dana pembinaan lebuh raya katanya, tansri mana ni uols

maju hiway kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 08:53 AM | Show all posts
ada kena mengena dgn nyonya kena culik tak jumpa2 tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2025 04:43 AM | Show all posts

Siapq tak sri nya uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2025 09:12 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-5-2025 05:13 PM



SPRM sita enam kediaman mewah, tanah milik Tan Sri

MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI

30 Mei 2025 11:25pm
Masa membaca: 2 minit


]



KUALA LUMPUR - Enam kediaman mewah dan sebidang tanah lot milik seorang pemegang konsesi bergelar Tan Sri disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat susulan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Sumber memaklumkan, sitaan itu dilakukan hasil penggeledahan oleh Bahagian Siasatan SPRM membabitkan hartanah bernilai kira-kira RM12 juta.


SPRM turut menemukan seekor kuda mewah bernilai ratusan ribu ringgit yang dipercayai dibeli menggunakan dana sukuk.

"Menerusi serbuan terbabit, SPRM turut menemukan seekor kuda mewah bernilai ratusan ribu ringgit yang dipercayai dibeli menggunakan dana sukuk.

"Susulan itu, SPRM juga telah memanggil individu terbabit bersama isterinya bagi diambil keterangan namun hanya wanita itu yang hadir selepas suaminya memaklumkan mengalami masalah kesihatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, SPRM dijangka memanggil antara 30 hingga 50 orang saksi untuk membantu siasatan selain meneruskan siasatan untuk mengesan aset milik Tan Sri dan isterinya di dalam dan luar negara.

Media pada Khamis melaporkan SPRM menyita pelbagai aset bernilai kira-kira RM32 juta milik individu sama termasuk beg tangan berjenama, barang kemas, kenderaan mewah, jam tangan dan wang tunai.

Dalam operasi itu juga, SPRM menemui sebuah stor di salah sebuah kediaman yang digunakan untuk menyimpan pelbagai minuman keras mewah dianggarkan bernilai RM3 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan memaklumkan, semua barang dan aset berkenaan disita bagi siasatan lanjut mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.



Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca komen kat fb katanya type M
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 09:36 AM | Show all posts
masa tu pulak ler sakit nya
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 31-5-2025 09:29 AM
Baca komen kat fb katanya type M

Wahhh...mesti terkenal ni....siap ada tempat arak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mex2 highway tu ke yg terbengkalai
Buruk je i nak lalu hari2 gi dpulze tu dgn jalan disempitkan grrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 31-5-2025 09:29 AM
Baca komen kat fb katanya type M

Wah...siap ada simpanan arak mahal..sapo la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah banyaknya harta...
Tak boleh tahan ada bilik simpan arak
Bukan kaleng2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2025 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
M ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 12:52 PM | Show all posts
M kaya raya pun bukan boleh dipercayai...Katanya pernah seorg Non muslim ke rumah antara orang type M yg kaya di Malaysia ..siap ada sudut BAR(Beer)  kecil dirumah. Wallauhualam
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg rumah dkt iron river tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca forum lowyat terus dah ada calon okt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.069075 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list