View: 1675|Reply: 16
|
Mila sedia ikut jejak Hani Mohsin dan Tiara
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pelakon, atlet dan pelatih seni mempertahankan diri jiujitsu, Mila Mohsin, 31, sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkah ibu dan bapanya, Allahtyrham Hani Mohsin dan Puan Sri Tiara Jacquelina, 57.
Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin berkata, ibunya yang juga penerbit dan pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu turut merestui dirinya menjadi pelakon menerusi filem Laknat.
"Alhamdulillah, ibu saya dah bagi restu untuk babitkan diri dalam bidang filem. Kebetulan, pengarah filem Laknat menghubungi saya dan tanpa berfikir panjang terus bersetuju untuk berlakon di bawah arahannya.
"Ketika itu juga saya merasakan sudah bersedia nak menceburi dunia perfileman tanah air.
"Sebelum ini, saya mungkin diperlukan dalam bidang-bidang lain iaitu menjadi atlet, pesaing dan pelatih jiujitsu selama sedekad, manakala sembilan tahun sebagai juru mekap artis," katanya yang juga membuat kemunculan awalnya di pentas teater Melur The Musical.
Permata hati sulung kepada pelakon dan pengacara rancangan tempatan "Roda Impian", Allahyarham Hani Mohsin Mohd. Hanafi itu, turut menyifatkan dirinya sangat bertuah kerana darah seni kuat mengalir dalam badan.
"Saya sangat bertuah dapat belajar daripada ibu dan arwah bapa. Setiap langkah yang saya lewati mereka ada dalam fikiran, jiwa dan hati saya di mana-mana.
"Jika filem itu berjaya, saya sangat berterima kasih dan bersyukur. Bagi saya, ia sudah mencukupi jika sesuatu naskhah itu ditulis dengan baik, penuh mendalam dan bermakna.
"Saya hargai cerita yang bagus dan percaya semua cerita yang bermanfaat untuk diceritakan, memang patut diceritakan. Kalau ada rezeki untuk masuk 'mainstream', saya terima saja," katanya.
Selain Mila, filem yang mula ditayangkan 5 Jun depan itu turut dibintangi Aeril Zafrel, Puteri Balqis, Jalil Hamid, Amerul Affendi, Noorkhiriah dan Naque Ariffin.
Walaupun Mila tidak dapat mengelak daripada dibandingkan dengan ibu bapanya, dia kini lebih matang dan bersedia untuk berdiri atas usaha sendiri serta dikenali sebagai individu dengan legasi seni yang tersendiri.
"Ya, itu satu perkara yang saya bangga kerana dapat melakukannya dengan usaha sendiri. Tapi, saya rasa bertuah sebab saya dapat menyaksikan dedikasi, kecekalan dan kemahiran mereka. Oleh itu, saya dapat tahu tahap mereka dan saya ingin melewati tahap mereka.
"Sudah tentu ada tekanan kerana kita tidak boleh mengawal apa yang orang fikir. Jika saya berpeluang, saya boleh tunjuk diri saya sendiri. Yang mana, saya seorang individu dan ingin masuk dalam industri ini dalam gaya saya sendiri.
"Saya bukan mereka. Saya seorang diri. Mereka luar biasa dan saya berharap untuk menjadi sebanyak mereka suatu hari nanti dan sentiasa melihat mereka sebagai inspirasi," katanya.
Walaupun lahir daripada darah seni dua ikon tersohor negara, Mila tidak mahu bersandar sepenuhnya pada nama besar ibu bapanya dan menegaskan tiada 'jalan pintas' untuk berjaya dalam bidang ini.
Menurut Mila, gaya lakonannya berbeza daripada ibunya yang juga seorang pelakon terkenal, namun dia tetap menjadikan keluarganya sebagai sumber inspirasi dan kekuatan.
"Sebelum saya memulakan mana-mana projek, saya pasti akan minta restu daripada ibu. Itu penting bagi saya. Saya mahu lakukan yang terbaik untuk dia, keluarga saya dan masyarakat.
"Mungkin sebab itulah ia mengambil masa yang panjang untuk saya benar-benar bersedia kerana setiap orang ada masa yang tertentu. Dulu saya takut dengan perbandingan. Sekarang, saya terima semuanya.
"Saya kagum dengan Bront Palarae yang serba-boleh. Beliau bawa nama Malaysia ke pentas lebih besar dan saya mahu lakukan perkara sama. Pelakon Malaysia sangat berbakat dan dunia perlu tahu mengenainya.
"Saya akan bekerja keras untuk menjadi sebaik ibu dan bapa, tetapi saya akan jadi sebuah legasi yang berbeza," katanya.

|
|
|
|
|
|
|
|
tgk gmbr dia dkt google, bila tenung lama2 mmg nampak iras hani mohsin tu dkt muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah sheols mengemudi enfiniti? Eh enfiniti ada lagikah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah sheols mengemudi enfiniti? Eh enfiniti ada lagikah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah 31 tahun umur dia...cepatnya masa berlalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uish betul la, muka dia memang banyak ikut arwah. Suka tengok Hani mohsin dalam drama bulan bintang Capricorn, kalau x silap tayang kat NTV7 |
|
|
|
|
|
|
|
BlackpingU replied at 29-5-2025 03:36 PM
Dah 31 tahun umur dia...cepatnya masa berlalu..
Tu la kan..masa pak dia ninggal tu umur brp eh... sekolah rendah ke menengah |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik sgt mila ni... mak dan pak tiri pulak kaya raya |
|
|
|
|
|
|
|
Dh 31tahun
Hmm better concentrate on hosting jela |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa...
 |
|
|
|
|
|
|
|
masa arwah Mohsin meninggal rebah kat LCCT tu Mila ni kecik lagi duks ebelah Mohsin masa tu. Kalau tak bermak tirikan Serina Chep Wan. Jodoh x de |
|
|
|
|
|
|
|
esotik muka sheol ni bila tgk depan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawoo...tapi terjun ke bidang lakonan jugk, lagi sng sbb org industri kenal mak ayah dia....igtkn aman2 ja hidup sng xpyh gigih nak turun pdg shooting berjam2 kt set huhuhu
Tapi boleh la nk selektif dlm memilih naskhah yg bagus giteww. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa sebijik muka arwah paknya, kalau berbakat itu adalah bonus, cara menjawab kat iv berdasarkan artikel yg ditulis reporter menunjukkan yang Hani Karmila sangat matang dan cerdik orangnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|