View: 5137|Reply: 92
|
Mahkamah luluskan pernikahan sah di Malaysia Marissa Aslam membungkam kunci mulut
[Copy link]
|
|
Edited by Burong_Hantuk at 27-5-2025 03:04 PM
Mahkamah luluskan, pernikahan Marissa, Aslam sah di MalaysiaKUALA LUMPUR – Hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi, pasangan sensasi Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid memilih untuk tidak memberikan sebarang respons berhubung prosiding permohonan pengesahan pernikahan mereka.
Mereka yang memakai pelitup muka bergegas ke Dewan Bicara Dua bersama peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri memandangkan kes itu sepatutnya dibicarakan pada pukul 11 pagi.
Bahkan, anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu juga hanya membungkam ketika wakil media mengucapkan salam kepadanya dan suami.
Begitupun, Marissa tampak menganggukkan kepala dan memberi jawapan tatkala soalan berkenaan keadaannya pada ketika ini diajukan.
“Okey,” katanya ringkas sambil mengekori Ahmad Aslam dan peguam.
Menurut peguam dari Tetuan Muhammad Ammar & Associates, kehadiran pasangan itu hari ini adalah bagi prosiding siasatan permohonan pengesahan pernikahan mereka di Songhkla, Thailand pada 27 Disember 2023 di pihak Marissa.
Pada 5 Mei lalu, pempengaruh berusia 20 tahun dan Ahmad Aslam, 26, muncul di mahkamah sama untuk penyerahan dokumen dan prosiding siasatan pertama pihak lelaki.
Menurut peguam mereka, andai siasatan dan dokumen lengkap selain hakim berpuashati dengan hasil siasatan, pihak mahkamah sudah boleh mengeluarkan perintah pengesahan pernikahan.
Terdahulu, perkahwinan pasangan yang bernikah di luar negara dua tahun lalu itu mengundang perhatian ramai selepas ibunya mendakwa mereka bernikah secara rahsia.
Pernikahan itu juga dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Ahmad Aslam, iaitu Umisya Mazlan sedang mengerjakan umrah.
Ahmad Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang kini berusia tiga bulan.
Manakala dengan Marissa pula, dia pernah kehilangan bayi yang dilahirkan pra-matang pada Ogos tahun lalu iaitu ketika kandungan berusia enam bulan. – KOSMO! ONLINE
___________________________________________________________________________________________________________________
KUALA LUMPUR – Kontroversi status perkahwinan pengaruh, Marissa Dania Hakim dan pasangannya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rasyid selesai selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan di Thailand pada 27 Disember 2023 sah dari segi hukum syarak.
Peguam syarie mewakili pasangan terbabit, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, berkata, pernikahan tersebut juga disahkan undang-undang di Malaysia dan pendaftaran perkahwinan boleh dilakukan anak guamnya selepas mendapat pengesahan Hakim Syarie, Wan Mohd. Najib Wan Hamat.
“Alhamdulillah, mahkamah sudah meluluskan permohonan mereka mengikut Seksyen 23(1A) iaitu pengesahan poligami di luar negara tanpa kebenaran.
“Pernikahan itu kini sudah mendapat pengesahan di Malaysia, seterusnya memerlukan anak guam saya mendaftarkannya secepat mungkin,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding kedua siasatan permohonan pengesahan pernikahan, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Ammar menafikan dakwaan yang mengatakan kedua anak guamnya itu mengemukakan pendaftaran pernikahan hanya selepas lebih setahun bernikah di Songhkla susulan kehamilan Marissa.
“Oh tidak, apa yang saya jelaskan sebelum ini hanyalah contoh sahaja kerana untuk mana-mana pasangan pun, pendaftaran pernikahan sangat penting.
“Perkara membabitkan pengesahan pernikahan di bawah undang-undang negara mempunyai kaitan dengan isu perwalian, nasab, harta pusaka dan sebagainya,” ujarnya.
Pada 5 Mei lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama adalah bagi tujuan prosiding siasatan dan pengesahan pernikahan di luar negara.
Bagaimanapun, prosiding tersebut terpaksa ditangguh berikutan kesalahan teknikal yang berlaku ketika mengisi borang.
Isu membabitkan Marissa dan Aslam mula menyorot perhatian ramai selepas didakwa sudah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Lebih mencuri tumpuan, perkahwinan tersebut didakwa berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa Marissa mahupun isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan yang ketika itu mengerjakan umrah.
Ahmad Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang kini berusia tiga bulan.
Manakala Marissa pernah kehilangan bayi yang dilahirkan secara pra-matang pada Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya hati seorang ibu |
|
|
|
|
|
|
|
sweetfasha replied at 27-5-2025 02:24 PM
sedihnya hati seorang ibu
Dgrnya aslam ni lama sgt dh ngorat marisa. Sejak zmn sekolah boleh kata xpenah penat utk ngorat marisa tp marisa ignore. Bakyah pn tau, mklum la ank remaja yg lawa, rebutan.. jenuh nk ejas ke kiri ke kanan...
Ujung2 aslam menikah tp dh nikah xdpt lupakan marisa gak agaknya.... dlm kepala dok pkir nak marisa jugak.
Mmg lawa lah budak marisa ni. Cuma buang mekap xtau la kot muka mcm org kampung pulak dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 27-5-2025 02:31 PM
Dgrnya aslam ni lama sgt dh ngorat marisa. Sejak zmn sekolah boleh kata xpenah penat utk ngorat ma ...
Lepas aslam kahwin, marisa yg kejar aslam. Ada video family soal aslam, dia kata marisa yg kejar dia. |
|
|
|
|
|
|
|
nikah semula la... senang, baby pun kecik lagi dalam perut |
|
|
|
|
|
|
|
wolfheart replied at 27-5-2025 02:36 PM
Lepas aslam kahwin, marisa yg kejar aslam. Ada video family soal aslam, dia kata marisa yg kejar d ...
Yes baru ingt gk.btul. maknanya bakyah pn dh xlarat nk tepis dh bebudak ni. Klu dh nmpk hari2 sejak zmn sekolah... mgkin hati sgt2 tertaut. Mcm pisah kejap time lps spm pun bumped balik kt somewhere in kl mgkin besemangat waja utk cntact balik.
Sbb dua2 rupa herlok..susah sikit nk kasi ajar. Dah rupa elok tp degil ketegaq pulak masing2.
Misya tu mcm tersepit mangsa kdaan je haha lol sian hg budak oi.... nangis air mata darah sklipun laki hg tetap bhgi hati kpd 2 parts. |
|
|
|
|
|
|
|
TAAAKKK SAAHHH laa tu..
Tu yg diam..
Kalau sah dah laamaa dah dia dok jawab..syukur syukur syukurr
So bila diam ni korang faham2 sendiri laa.ye |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 27-5-2025 02:46 PM
Yes baru ingt gk.btul. maknanya bakyah pn dh xlarat nk tepis dh bebudak ni. Klu dh nmpk hari2 seja ...
Oo patutlah.. Masa bujang lom kahwin.. Aslam kojar marissa n sekali Aslam berumahtangga, marissa pula yg p kojar lgi.. Ni saling melengkapi kejar mengejar kan.. Hebat dowhh cinta pertama tak leh lupa.. Sian pula 1st wife. |
|
|
|
|
|
|
|
Farnor replied at 27-5-2025 02:53 PM
Oo patutlah.. Masa bujang lom kahwin.. Aslam kojar marissa n sekali Aslam berumahtangga, marissa p ...
Ye.. mcm kita gak la depa pun... zmn sekolah menengah ada pakwe makwe.. tp kita ni alhmdlh jumpa jodoh lain dh selamat beranak pinak.. xpulak aku teserempak dgn bekas pakwe hahahaha... alhmdlh tuhan mudahkan urusan kita bab2 ni..
Mcm bakyah ni tuhan uji dia bab kedegilan anak. Anak pulak anak yg dia target sgt. Aku nengok dia besarkn anak2 dia aku yg letih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Umur baru 20 dah turun naik mahkamah kau dik.. demi kote ku turutkan gituhh |
|
|
|
|
|
|
|
anggeriklatifah replied at 27-5-2025 02:53 PM
TAAAKKK SAAHHH laa tu..
Tu yg diam..
Kalau sah dah laamaa dah dia dok jawab..syukur syukur syukurr
Iols teka pun tak sah juga... Plus dan kena basuh kaw2 dengan hakim.. |
|
|
|
|
|
|
|
ihtisyam1 replied at 27-5-2025 02:45 PM
nikah semula la... senang, baby pun kecik lagi dalam perut
Ooo ada baby lg
Jenuh susun anak si aslam
|
|
|
|
|
|
|
|
anggeriklatifah replied at 27-5-2025 02:53 PM
TAAAKKK SAAHHH laa tu..
Tu yg diam..
Kalau sah dah laamaa dah dia dok jawab..syukur syukur syukurr
Rasa jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, kes sudah selesai. (Pernikahan) ini memang sah.
SYUKUR LAH... |
|
|
|
|
|
|
|
anggeriklatifah replied at 27-5-2025 02:53 PM
TAAAKKK SAAHHH laa tu..
Tu yg diam..
Kalau sah dah laamaa dah dia dok jawab..syukur syukur syukurr
Alhamdulillah, kes sudah selesai. (Pernikahan) ini memang sah.”
Demikian maklum balas suami kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid selepas prosiding siasatan permohonan pengesahan nikah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Pernikahan mereka Sah... |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 27-5-2025 02:31 PM
Dgrnya aslam ni lama sgt dh ngorat marisa. Sejak zmn sekolah boleh kata xpenah penat utk ngorat ma ...
Tanpa mekap mesti lawa. Dr dia kecik2 pon dh nmpk dia bakal mmbesar cantik |
|
|
|
|
|
|
|
elokla dia diam..dia buka mulut nanti, berguni2 org mengata. |
|
|
|
|
|
|
| |
|