CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 870|Reply: 1

[Dunia] Isteri CEO OceanGate tahu detik tepat Titan meletup

[Copy link]
Post time 25-5-2025 08:54 PM | Show all posts |Read mode


Washington: Wendy Rush, isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OceanGate, Stockton Rush, mengetahui dengan tepat detik kapal selam Titan yang membawa suaminya dan empat yang lain meletup.


Portal NDTV melaporkan, Wendy Rush berada di atas kapal sokongan Polar Prince, memantau misi itu sebelum mendengar bunyi bunyi yang kuat secara tiba-tiba melalui sistem komunikasi, ketika kapal menyelam ke bangkai Titanic pada 2023 .


"Apa itu?" soal Wendy Rush tanpa sedar itu adalah saat tepat Titan meletup jauh di Lautan Atlantik Utara, serta-merta membunuh semua lima individu di dalamnya.


Rakaman baru daripada Pengawal Pantai Amerika Syarikat - yang diperoleh oleh BBC - menunjukkan detik tragis itu.


Wendy, juga seorang pengarah di OceanGate, sedang menjejaki misi Titan dengan teliti apabila kapal selam itu tiba-tiba senyap, kira-kira 90 minit selepas ia turun ke dasar laut.



Titan berada hampir 3,353 meter di bawah air ketika mengalami letupan dahsyat.


Letupan itu serta-merta membunuh Stockton Rush; penjelajah Britain, Hamish Harding; pakar Titanic Paul-Henri Nargeolet; jutawan Pakistan, Shahzada Dawood dan anak lelakinya Suleman yang berusia 19 tahun.


Dokumentari BBC bertajuk Imposion: The Titanic Sub Disaster, mendedahkan badan gentian karbon kapal selam itu menunjukkan tanda kegagalan struktur, ketika penyelaman sebelumnya setahun sebelum tragedi itu.


Walaupun ada amaran daripada pakar, OceanGate terus menggunakan kapal selam berkenaan.


Perjalanan maut pada tahun 2023 itu adalah selaman Titan ke-88, dan misi laut dalam yang pertama pada tahun berkenaan. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia ni selalunya ada je tanda amaran awal sebelum kejadian. Tapi masih tak hiraukan. What a loss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.042078 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list