View: 1012|Reply: 36
|
[Jenayah]
Menghina Negeri Sarawak, Affin Bank Guna Spesis Burung Yang Salah Dekat Kad Bank!
[Copy link]
|
|
Pada akhir April lalu, Affin Bank telah melancarkan akaun Affin Kenyalang Saving Account-i yang dikhaskan untuk negeri Sarawak.
Akaun baharu itu hanya boleh dibuka oleh rakyat Sarawak yang mempunyai huruf ‘K’ pada MyKad mereka.
Kad berwarna hitam itu dihiasi dengan gambar Burung Kenyalang pada bahagian latar belakangnya.
Bagaimanapun perkara itu telah menimbulkan kritikan apabila imej Burung Kenyang yang digunakan itu bukanlah spesies yang ada di Sarawak, lapor Free Malaysia Today.
Salah Spesies Burung Kenyalang Pada Kad Debit Sarawak, Affin Bank Digesa Minta Maaf
Burung Kenyalang di Sarawak istimewa
Menurut Adun Pending, Violet Yong berkata Burung Kenyalang pada kad itu adalah spesies Great Hornbill.
Sementara Burung Kenyalang yang ada di Sarawak adalah jenis ‘Enggang Badak’.
“Bagaimana Affin Bank guna identiti salah mewakili Sarawak? Enggang Sarawak mempunyai tengkuk berwarna hitam, manakala yang terdapat pada kad berwarna putih, mengesahkan ia adalah spesies salah,” katanya menurut Borneo Post.
Katanya lagi, kesalahan itu tidak wajar dilakukan oleh Affin Bank. Ini kerana kerajaan Sarawak menjadi pemegang saham majoriti, baru-baru ini.
Pada masa sama beliau menyeru pihak bank untuk memanggil semula kad tersebut, kemudian mengganti kad baharu yang memaparkan spesies Burung Kenyalang yang betul. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Stop lah sikit2 rasa terhina ni boleh tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hallluuuuuuu… salah tu berbalik pada korang lah as sarawakian…
“Katanya lagi, kesalahan itu tidak wajar dilakukan oleh Affin Bank. Ini kerana kerajaan Sarawak menjadi pemegang saham majoriti, baru-baru ini.”
Buat keje mcm mana? Asik nak cari salah je but salah tu dari diri sendiri juga
Shame on you balik lah… byk nau bunyi tapi keje x semenggah  |
|
|
|
|
|
|
|
teringat peribahasa enggang sama enggang, pipit sama pipit...
 |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa?
Apa yang salahnya
Jambul dia melentik.kan? |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 19-5-2025 09:54 AM
Kenapa?
Apa yang salahnya
Jambul dia melentik.kan?
kepala dh betui.
Badan salah kaler.
Hornbill depa kaler hitam semua. Xde bulu putih tang leher tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 19-5-2025 10:12 AM
kepala dh betui.
Badan salah kaler.
Hornbill depa kaler hitam semua. Xde bulu putih tang leher ...
Oooo mcm tu
Baru iols perhati balik di atas...
Badan lain rupanya
Hahaha
Tqtq uols explain kat iols |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah la skit2 nk shentap..burung tu tak kenal ko pun |
|
|
|
|
|
|
|
Itu lah..sikit2 nk salahkan Semenanjung..
Dah tau Sarawak tu pemegang besar kononnya..kenapa tak buat meeting spesis Kenyalang siap2...?
Sikit2 nk sentap..mcm bodo... |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal salah spesies burung je punnn...ayyoo
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni la geng terpaling harmoni..klau betul harmoni isu bodoh camni buat rilek sudah kata harmoni bukan terang2 buat silap mcm bendera msia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya pihak Affin Bank masa nak start projek akaun bank khas utk orang Sarawak ni, ada buat meeting ke? Ada orang Sarawak dalam meeting tu? Kalau takde, siapa je nak kisah tang burung tu asal Sarawak atau semenanjung. Burung tu pon kalau dia dari Sarawak, bukan dia boleh buka akaun bank kat Affin & dapat kad pastu dia bising pasal tak guna gambar dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kan big boss akan bagi final approval & dia akan endorse kt mana2 gmbr ke surat ke tanda dia dh setuju, terminate je la big boss tu |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling kaya kan, pastu sikit2 salah Semenjung dah kenapa? Kitorang semenanjung ni salah besar apa dgn korang.. Sbb shipping kitorg murah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 kes isunya sama.
kesilapan working level -> lepas screening -> sentap -> terhina
kalau ko merasakan sentap itu bukan reaksi yang betul, you should despise both. Bukan ko sentap tak boleh, aku sentap takpe.
|
|
|
|
|
|
|
|
vanillaessence replied at 19-5-2025 08:17 AM
Sarawak ada 8 spesis burung kenyalang.
Semenanjung Malaya ada 11 burung kenyalang.
Punya ketandusan burung kenyalang di Sarawak |
|
|
|
|
|
|
| |
|