CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 5

[Tempatan] JPNS tak terima laporan dakwaan pengantin tak dapat cuti kerana mesyuarat PIBG

[Copy link]
Post time 12-5-2025 11:00 AM | Show all posts |Read mode


Seremban: Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (JPNS) belum mendapat sebarang maklumat mengenai dakwaan seorang pengantin tidak dapat hadir perkahwinannya kerana perlu menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di daerah ini.


Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar ketika dihubungi memaklumkan pihaknya tidak menerima laporan berhubung kesahihan perkara itu.


"JPNS belum dapat membuat sebarang pengesahan kesahihan berita ini. Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu berkenaan.


"Sehingga pagi ini, kita belum menerima sebarang laporan ataupun aduan oleh mana-mana pihak, " katanya.




Pemilik akaun mendakwa, pengantin perempuan mengajar di sebuah sekolah di Seremban dan tidak dapat berada di hari persandingannya kerana tidak dibenarkan mengambil cuti.


"Pengetua tidak benarkan cuti disebabkan ada mesyuarat PIBG. Jadi dia tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan sendiri, sedihnya.


"Saya terkejut dengar cerita ini. Pengantin hanya sampai di Sabak Bernam hampir jam 6 petang disebabkan kesesakan lalu-lintas pada hari cuti," kongsinya.


Dia mendakwa, ibunya mendapati guru terbabit sudah memohon cuti tiga bulan lebih awal, namun hanya dimaklumkan cuti tidak diluluskan tiga minggu sebelum majlis.


"Secara tiba-tiba lagi tiga minggu sebelum majlis, pengetua beritahu tak dapat cuti sebab ada PIBG. Lagi tiga minggu majlis baru pengetua cakap tak boleh, sedangkan kad sudah diedar," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ada mesyuarat PIBG je pun..
Takkan tk leh bg pelepasan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 01:45 PM | Show all posts
Cerita sebelah pihak, and it's not even from orang yang terlibat secara langsung. Dengar boleh sambil nantikan plot twist and turn yang bakal menyusul.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-5-2025 01:45 PM
Cerita sebelah pihak, and it's not even from orang yang terlibat secara langsung. Dengar boleh sambi ...

Itu la ntah2 sekadar content...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 pengantin tu yg tk nak ada di majlis kenduri tu dgn alasan kerja
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 02:35 PM | Show all posts
tipu ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044181 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list